click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label MOTOR KLASIK. Show all posts
Showing posts with label MOTOR KLASIK. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Kita Boleh...!

Big bike shop di Puchong...menjual dan membaiki motorsikal berkuasa tinggi. Juga menjual alat ganti dan aksesori. Pengimport tunggal Royal Enfield . Lagi artikel mengenai Big Bike Shop boleh di baca Royal Enfield Kini Kembali


Mail Motor di Batu 16 Rawang sangat popular terutama dikalangan ahli Lanun Bikers...Kini bengkel bertauliah Harley Davidson...
#

Harraz Auto di Bt 12 Rawang menjadi pilihan pelanggan kereta kontinental...

Setiapkali ingin membaiki atau membeli aksesori kenderaan atau apa saja urusan ekonomi  jangan lupa dahulukan kedai  milik orang islam kita. Sewajibnya kita meningkatkan ekonomi rakan seagama. Khidmat mereka lebih jujur. Serba sedikit kekurangan adalah perkara biasa.. Jika kita perhati lebih 90 peratus pemilikan motorsikal dikuasai oleh orang kita, ironinya pengusaha bengkel juga penjual motorsikal masih dikuasai oleh orang lain. Aku lebih suka berurusan dengan orang kita kerana secara logiknya pengetahuan mereka dalam membaiki kenderaan adalah lebih baik kerana  kebanyakan pengusaha bengkel  kita adalah bikers.

Aku tumpang bangga bila bilangan pengusaha bengkel orang kita semakin bertambah. Kita mempunyai pilihan untuk menghantar kenderaan dikalangan orang kita sekiranya tidak berpuashati dengan mutu perkhidmatan pengusaha terdahulu. Setidak-tidaknya imej buruk yang ditonjol sesetengah pengusaha akan  tertebus oleh pengusaha lain yang semakin ramai. Beginilah senario dikalangan pengusaha bengkel milik bukan islam. Bukan semuanya baik bahkan kekadang jauh lebih teruk berbanding mutu orang kita namun bilangan pengusaha mereka yang ramai dapat mengabui mutu pengusaha yang teruk.

Jom berubah dan sokong..Kita boleh...!




Tuesday, March 6, 2012

Kereta klasik...

Kekadang elok juga jadi katak bawah tempurung..kita tak kesah dengan dunia luar. Macam orang asli yang tinggal  jauh di hutan pendalaman tu..mereka apa peduli dengan dunia luar. Apa perlunya TV, apa gunanya kereta, motor, rumah besar , sijil berjela bla.bla bla..kitaran hidup macam orang lain jugak, kecil, membesar, beranak pinak  dan akhirnya menuju tempat sama juga..Kubur....Kepala aman damai tak perlu fikir pasal hutang..Bila kita dengan dunia kita, tanpa pengaruh dunia luar, keinginan yang bukan-bukan tak le menerjah membuak-buak..bila luas pemandangan dan ramai rakan inilah jadinya., tak pernah puas dengan apa yang ada. Persekitaran kadang-kadang mempengaruhi emosi kita.

Semalam pergi kedai Mail Motor. Jiwa  jadi kacau lagi..depan bengkel sengaja dia tayang motor Suzuki Katana 500 old school, yang sudah dibikin cantik. Tanya harga, dia jawab RM13500. nak kata mahal, secara perbandingan, motor Honda CB90 aku tu rasa lagi mahal, dekat 7k aku dah habis., bila bawak 50km/jam bergegar satu badan berbanding motor Katana tu yang masih rileks membesit 150km/jam keatas. Rasa macam berkenan..hu hu..

Tak taulah aku, main motor ni pun macam bermusim jugak kot..dulu bila tiba main gasing, sekampong gila main gasing, main guli pun gitu, main lastik, gelang getah pun sama, baling tin susu, rejam kotak rokok dll. Bila malam rakan motor telifon, dia tanya berminat tak dengan Honda Bailey 160 harga 3500, sudah bikin tip top..ish.ish..dalam hati rasa macam nak..Apahal ni semua geng macam dah beralih arah main motor klasik pulak. Rakan yang ini sekarang dah gila main motor retro..motor Kawasaki ZZR1200 dah tukar kepada Kawasaki W800.. dan 2 bijik lagi motor lama lain ada tersadai belakang rumah dia  nak bikin jadi cantik..

Lepas termenung sejenak,  argh malaslah nak tambah lagi masalah, motor klasik aku tu pun dah berbulan tersadai tak boleh start sebab bateri habis., . Motor yang lain tu pun, asyik yang satu je yang aku lenjan.  Bila keinginan nak bertukarganti motor ala-ala burok menjelma segera ku pujuk hati ini...cukup-cukuplah tu dengan motor...pakailah apa yang ada..pejam celik nanti jadi klasik jugak motor yang dimiliki. Tapi petang tadi bila ternampak  pasangan Mat Salleh bersama van VW beatle dengan plat no dan bendera Denmark, semakin teruja pulak nak layan kereta klasik  . arghhh..pulak dah..!


He he..Kalau dapat kereta sport klasik ni lagi ok kan...!




Friday, February 24, 2012

Royal Enfield kini kembali...


Selalu orang memberi komen kepada mat-mat motor..tak sayang ke berhabis duit beli kenderaan yang hanya boleh naik dua orang..? dah tu pulak bila hujan terpaksa berteduh di bawah jambatan..kesihan..tetapi tahukah anda untuk komen pertama tu rasanya kurang relevan sebab kebanyakkan yang beli motor ni biasanya memiliki kenderaan famili lain. Orangramai sepatutnya berterimakasih kepada mat-mat motor kerana tanpa pengorbanan mereka , akan bertambah parahlah kesesakan jalanraya apabila masing-masing memandu kereta untuk ke sesuatu destinasi.

Tayar motor aku hanya mampu bertahan sehingga 18000km, perlu ditukar baru.

Sekiranya minyak murah, kesesakan tiada, guna lebuhraya percuma, aku pun akan memilih berkereta ke mana-mana.,,syiok duduk dalam aircond..Naik motor ni dahlah panas, resiko kemalangan tinggi, penyelenggaraan tak berapa murah ( kecuali motor kecik) dsb, tapi bila dah timbang-timbang bermotor lebih menjimatkan masa juga penjimatan kewangan maka kami tolak tepi masalah panas, hujan, berisiko dsb.

Ramai berpendapat bermotorsikal ni berbahaya..memang tak dinafikan, tapi tahukah anda risiko kemalangan ada dimana-mana, kalau memang nak terjadi sesuatu bencana dalam tidur pun boleh berlaku kemalangan. Jadi tak payahlah fikir yang bukan-bukan tentang nasib diri, yang kita sendiri pun tak tahu apa akan jadi..Paling penting terapkan tunggangan yang selamat dan selebihnya bertawakal.

Jomlah bermotor seperti kami..ha ha..Cuba korang congak ok, berapa banyak duit minyak, duit tol duit parking dll yang korang boleh jimat..duit yang diselamatkan disini boleh korang guna untuk perkara lain seperti melahap makanan yang korang inginkan..kesihan aku tengok ramai orang sanggup mengikat perut untuk membeli makanan diingini semata-mata reserve duit untuk mengayakan tauke stesen minyak, operator lebuhraya juga pengusaha parkir kenderaan... Berdenyut kepala hotak aku bila sesekali bawak kereta.. terasa betul duit keluar.. asyik-asyik turunkan cermin kereta bayar tol.., tol lagi..., tol lagiii..! issh bawak 50 ringgit macam takda nilai dizaman ini bila berkereta ...lagi sakit hati, bayar tetap bayar walaupun jalan mengesot-ngesot macam siput...Apa barang...!

Amacam kalau korang sambar motor-motor klasik macam ni..Foto atas ehsan Big Bike Shop pengimport tunggal motor Royal Enfield ke Malaysia..pilih jangan tak pilih...!

Bullet 350..RM30557 OTR


Bullet 500 RM41889.45


Bullet 500

Bullet 350..

Ha ha..kalau berkenan telefonlah sendiri jurujual 03 89449822, email:  thebigbikeshop10@yahoo.com...cakap dengan Pak Berahim atau En Fadil...aku tolong promosi saja..

Wednesday, February 22, 2012

Upgrade motor...

Ramai sudah teman-teman  yang membeli motor saing dengan aku dulu telah bertukar motor baru. Trend selera penonggang motor ni nampaknya berubah  ikut peringkat umur. Yang muda akan kutuk kalau kawan-kawan sebaya membeli selain dari motor sport, walaupun tahu bawak motor meniarap ni akan sakit pinggang, sakit lengan dsb tapi terpaksa kontrol macho konon-konon selesa teramat. ha ha..Selalunya selepas puas bermotor sport akan upgrade ke motor bogel/naked kemudian Sport tourer atau DP  dan penghujungnya akan beralih ke motor ala-ala klasik pulak.

Tidak hairanlah motor ala-ala klasik mendapat permintaan yang tinggi di pasaran sekarang, barangkali ramai mat-mat motor yang dahulunya tergila-gila dengan motor jenis lain telah sampai ke pringkat ini sekarang. Kedai Big Bike Shop di  Pusat Perdagangan Suria, Puchong yang membawa masuk motor Royal Enfield dikhabarkan tak menang tangan melayan permintaan/pertanyaan  orang ramai yang berminat membeli motor tersebut, Stok pertama dibawa masuk telah habis disambar pembeli.

Sempat aku bersembang dengan salah sorang pembeli yang menempah motor klasik tersebut semasa berkunjung ke bilik pameran motor itu baru-baru ini. Dia bagitau zaman menonggang motor laju, berjaket tebal telah berlalu, dah puas dah..sekarang ni walaupun masih mahu melayan keinginan bermotor tapi  memilih secara santaiii.. sebab tu motor klasik jadi pilihan...

Dulu memang aku  tak berapa percaya, kenapa pemandu agak berusia bila memandu tak sederas orang muda. Kita yang muda masa tu, mula la bising bila  mengekori mereka..hisssh bawak la laju sikit...bengkak je hati..rupanya sekarang baru aku faham. Sebagaimana orang muda, orang berusia pun mempunyai 'kelajuan nikmat' bila memandu...rupanya kelajuan nikmat turut berubah seiring dengan peredaran usia...

Macam tak caya je kelajuan nikmat aku masa bawak kereta sekarang antara 90-120km/jam saja., entah ..cubalah juga bawak laju, tanpa sedar nanti kelajuan akan berligar sekitar itu semula..dan kekadang rasa syok pulak bawak sekitar 70km/jam .sambil layan Radio Klasik Nasional..ha ha..Kelajuan nikmat bila bawak motor  pulak..antara 140-160 km/jam...laju ke..? bagi yang tak pernah bawak motor besar kelajuan motor sebegini sebenarnya rasa lebih kurang macam bawa kereta dengan kelajuan kereta 90-120km/jam saja...!

Aku adalah juga cuba tonggang uji motor klasik tu baru ni..ish-ish rasa macam sangat perlahan je. Aku rasa untuk pakai sesekali sekala ok kot.. tak jadilah aku nak upgrade/downgrade semua motor aku ke kategori motor ini lagi..barangkali belum jadi  pilihan utama aku lagi kot...

Ermm baki baki jiwa  muda masih ada lagi agaknya..he he..


Monday, August 22, 2011

Simpan.., jangan tak simpan..!



Bukan untuk dijual., hanya untuk tontonan di bilik pameran menjual motorsikal..yang sebelah kanan tu macam aku punya..tapi dia punya macam lagi cantik je..

Nilai motor ni dulu Rm600 pun tak cecah..tapi sekarang cubalah tanya...kalau dah bikin macam ni Rm6000 pun  orang belum tentu mau lepaskan. Bila dah jadi barang antik entah napa tiba-tiba orang mula suka balik...Kalau korang semua perasan., perasaan orang terhadap sesuatu perkara biasanya  memang macam tu la....Mula suka..,tak suka dan akan suka balik..contoh terbaik...Motor Yamaha RD harga pun dah mula   mencanak naik semula...begitu juga dengan kereta kodok valkswagen ataupun mini ..Lepas ni korang tengok  kereta Proton Saga generasi pertama yea..sekarang ni orang mungkin tak berapa suka lagi..tapi tanda-tanda disukai kembali dah mula ada. Setahu aku YAM Sultan Johor ada koleksi kereta tu di galeri kereta baginda. Jadi sesapa yang ada lagi model tu simpan baik-baik...Tak lama lagi naik harga tu beb..sekarang ni kalau ada orang nak beli RM1000 pun mujur, tapi tengoklah akan datang....Masa tu mungkin akan muncul Kelab Proton Saga Gen1..ha ha..

Simpan..,jangan tak simpan...!

Tuesday, June 14, 2011

Ku relakan perpisahan ini...




Skuter x9 hebat aku telah dimiliki insan lain...Sdr Omar dari Perlis telah membeli skuter itu pada hari Selasa 7hb Jun baru ni...Dia berkereta datang ke Rawang, bersama 4 orang lagi geng rider yang pernah bersama-sama ride ke Laos sebelum ini. Malam yang sama dibawa skuter tu balik Perlis...

Aku dengan berat hati mengambil keputusan menjual skuter tersebut kerana tak terlarat melayan sorang-sorang 4 biji motor yang aku ada...kalau 4 bini macam Salleh Yaakob tu oklah juga...ini motor, apa barang mau banyak-banyak...daripada aku bazirkan duit dan masa lebih baik aku layan motor yang aku betul-betul nak guna.....bila dah banyak motor ni rasa macam cepat saja road tax /insuran nak luput tempoh..dah tu pulak bersilihganti perlu diperbaharui ...tak sanggup aku...itu belum kira maintenance..servis, tayar dsb... lagi pun motor-motor ni perlu dibawak selalu...lagi dibiarkan lagi cepat jahanam motor tu..

Motor kerengga dulu..Single seat...

Motor kerengga sekarang berwajah baru . Dah pasang seat panjang...

Sekarang ni hari-hari biasa kerja aku naik suzy, outstation bawak Bm, keliling taman atau masjid aku bawak motor kerengga..he.he.. motor kerengga ni road tax pun aku tak nak hidupkan. Abang polis tahan nanti aku bagitau la ini hanyalah sebuah basikal bermesin...tak rosakkan jalan dan tak bawak jauh mana pun...sebab tu tempat duduk motor aku dah tukar bagi boleh naik berdua..senang nak bawak anak bujang aku naik bersama-sama nanti...

Kereta...? argh bila dah selalu bawak motor...cepat saja darah menyirap bila sesekali naik kereta...jem..jem.jem..Lalu jalan berbayar pun perlu bersesak-sesak .. Apa barang..beb..!

Monday, March 14, 2011

Hati tak syok kalau...




Tag pos laju pun masih terpasang lagi..beli setem ni RM180  Kuala Trengganu.-Rawang.

 Honda CB90 tahun 1964...lebih tua dari usia aku motor ni..


Apa nak heran, motor baru pun sakit, nikan pula motor lama..adatlah tu...ha ha ..


Apa nak buat, dah memang motor tua..keluar masuk bengkel le..kena buat post mortem lagi.. Motor aku tag pos laju pun tak tanggal lagi., bermula keluar stor pos laju dan mula start, motor ni dah menjadi tumpuan ramai., tak sorang-sorang datang menyapa..Berapa harga?, motor jenis apa?  tahun berapa?..dll Dengan kembang dada wa tonggang  keluar untuk bawak balik la..Tin..Tin.! orang ramai  tekan hon., siap menjulur kepala keluar tingkap kenderaan masing-masing...wa pun sengih-sengih jelah sambil angguk -angguk kepala..he he..

Tapi wa berpeluh satu badan bila tiba lampu isyarat , enjin terus padam..alamaak...! masa ni lain aku tak ingat dah...yang ingat cuma pesanan kekawan yang sudah pakai motor tua , kalau pakai motor tua hati kena cekal, telinga kena tebal sebab bila motor buat hal tentu ramai yang tumpang sekaki pakat-pakat kutuk...diorang nak menyakat je sebenarnya..ha ha ..nampaknya betul-betul kena kat aku kali ini...tak berani nak toleh pada orang yang lalu lalang, takut diorang terlebih ramah menegur...

Nak tak nak aku cepat-cepat  tolak  motor ke tepi kedai, cari tempat redup...aku talipon bengkel mail mintak bantuan..pendek cerita motor aku ditolak guna kaki oleh mekanik untuk bawak balik bengkel.
Periksa punya periksa api tak cukup kuat sebab  bateri lemah, mekanik bagitau sistem coil tak cukup kuat untuk recharge bateri...kena modify..'aargh buat apa yang patutlah IL...janji boleh jalan.'

Hati aku dah was-was nak bawak balik nanti bila motor dah siap. takut buat perangai lagi depan orang ramai...ish..ish ada sapa nak bagi pinjam pick-up..? kah kah.kah...!




Thursday, March 3, 2011

Yang ini berkenan..yang itu pun berkenan ish..ish..


Motor hitam belakang tu nampak lagi mengancam erk...milik pomen Pok Topa. dok amboh jua pulok..argh tapi dapat yang kaler merah pun ok dah. Aku akan lenjan keliling Malaya nanti motor nih..ada sapa nak join..?

Lampu belakang kepala rimau...bila tekan brek mata kaler hijau menyinar wei... bior nampak garang supaya orang belakang  tak sondol motor aku nanti...top speed cuma dapat 90km/jam saja...


he he nilah dia pomen Pok Topa...

Yes... motor tua wa dah siap. Lelah 2 tahun lebih menunggu akhirnya terubat bila dapat melihat dan mencuba sendiri menunggangnya. Macam orang beranak. bila dengar bayi menangis terus rasa hilang sakit masa meneran..ha ha..Kalau boleh ikat atas motor, nescaya aku bawak balik jugak Ahad baru ni..Nak tunggu pomen pos tak tau lah pulak apa masalah yang bakal dihadapi nanti.

Nampaknya bertambah lagi lah aktiviti hujung minggu aku nanti..Layan geng motor klasik pulak..ada bagusnya bila ramai geng ni...selain boleh meramaikan kenalan, dapat lah juga beralih selera bila dah jemu nanti.. takdalah layan benda yang sama je..dan boleh lah wa beralasan kalau tak dapat menyertai mana -mana aktiviti geng yang lain.

Vespa klasik nyaris-nyaris aku terbeli baru-baru ni...nak ikut nafsu memang aku sangat berkenan dengan vespa nih,mujur cepat-cepat urut dada., sebab kalau banyak sangat motor tua bawah garaj nanti, bila masa pulak nak bagi hidup enjin. Cukuplah motor cb90 ni mewakili motor tua aku. lagipun skuter x9 dah boleh masuk dengan geng vespa. Sekarang ni dah ada 3 bijik motor yang aku terpaksa bersilih ganti menggunakannya. ish.ish. Anak lelaki aku tak berkenan pulak dengan motor-motor ni. tapi anak pompuan aku yang no 2 tu jangaan dipelawa..pantang di beri peluang..silap-silap motor besor aku pun di tonggangnya. he he...

Tapi ada satu lagi motor yang aku sangat-sangat berkenan...motor apa tak maulah wa cerita selagi angan-angan tak menjadi kenyataan..tu juga antara sebab wa gugurkan vespa dari senarai motor idaman wa...Cukuplah empat...ha ha..

Saturday, December 4, 2010

KREATIF...


Posted by Picasa


Gambar ni aku tangkap semasa ride ke Sedili sewaktu berhenti rehat solat jumaat di masjid Kg Salong sebelum sampai ke Pekan Pahang..Boleh tahan jugak kreatif budak sini. Kalu diorang bubuh mesin rumput atau mesin tebu tentu boleh tunjuk kerek pada mamat motor..sudah boleh join geng motor Harley nih...ha..ha..



Dalam aku asyik surf internet aku terjumpa gambar motor kayu ni..sebijik cutting motor yang aku jumpa masa di Salong ..Tapi kalu tengok pada seat dia, musti kena buat sesuatu.,kalau tidak..., rasa hilang txlxr bila pegang sebab kebass lepas ronda-ronda..he he

Friday, November 19, 2010

MOTOR BAGAIMANA PILIHAN ANDA..?







Setiap seorang tu unik..mempunyai citarasa yang berbeza..begitu juga dengan pemilihan motor..Ada suka sport, Chopper dan sebagainya..Bagaimana dengan anda?

Bagi aku sudah tentulah jenis touring jadi pilihan..entah.. dari dulu lagi memang aku suka motor jenis ni..sebab aku tengok macam segak je abang-abang polis bawak motor ni..

Lagipun motor ni tak kesah nak bawak macamana..nak laju boleh, nak bawah slow pun orang tak kesah.,berbanding motor sport kena bawak laju..bawak slow alamat sakit pinggang le...

Dual Puppose-DP pun aku sangat berkenan..Tong kiri kanan, tong belakang..rupabentuk rugged tu yang aku berkenan sungguh nak sambar..yang ni kalau bawak xpdc melalui offroad memang sangat syok....

Skuter? Pada pendapat aku,,sangat sesuai untuk kegunaan harian sebab ringkas dan amat selesa..motor jenis nilah aku lenjan hari-hari untuk urusan kerja.

Bila dah mula main motor..semua berkenan,semua nak sambar..motor-motor jenis retro/klasik pun aku sangat suka..vespa lama etc.. argh kalau bole semua aku naklah..

Motor chopper? motor ni jenis layan santai..aku kurang minat jenis ni, tapi kalau ada orang nak bagi free aku ambik jugak..he he..

Saturday, November 13, 2010

EVOLUSI SEBUAH CHOPPER



Syok abang-abang ni mencuba penemuan baru., jelas terpancar keriangan mereka..Walaupun terpaksa menggunakan kuasa tujahan kaki untuk menggerakkan tapi menyeronokkan bila menuruni bukit..,brek pun dah jadi eksesori wajib masa tu supaya bila turun bukit curam boleh le kontrol kelajuan..kalau tak..! bila masa nak kawal handle..bila masa pulak nak jaga-jaga cawat terselak...



Bila naik bukit rasa nak tercabut kepala lutut, maka tercetuslah idea untuk memasang enjin..tapi janji boleh jalan..takdalah enjin injection macam sekarang..suspension turut dipasang..getaran kuat sangat..mana tahan beb..!



Seiring dengan peredaran zaman, motor pun berubah le..penambahbaikan pada kuasa enjin turut mempengaruhi ketinggian handle motor..dulu handle rendah sebab nak bagi lebih aerodinamik sebab guna kuasa kaki..jadi masa turun bukit senang le tunduk..

Sekarang guna enjin power jadi takda masalah...sebab tu handle chopper sekarang semakin tinggi..ada tu yang lebih tinggi dari kepala .he.he..

Thursday, November 4, 2010

LAGI BURUK LAGI BERHARGA..!



Betul tak apa yang aku cakap dalam post aku sebelum ini.. Jadi kepada sesiapa yang memiliki motor lama-lama tu..boleh lah congak-mencongak mahu pecahkan rekod sediada ni..kalau kadar RM 3.2 bagi setiap US dollar bermakna motor tu berharga RM1.92juta...! Hah letak le harga korang punya dalam RM1.921 juta.. Kalau mau pegang rekod lama lebih baik letak RM1.92 biliun..mesti bertahan lama punya.. alah diorang pun harga main tarok je..ha ha..

The World's Most Expensive MotorcyclePrint this page | by Jared Paul Stern (RSS feed)
Oct 17th 2008 at 9:02AM
The only supercharged example of the legendary British-made Vincent Black Lightning motorbike ever made, built to break the world speed record in 1950, never actually accomplished that feat. It will probably break the world record for a motorcycle sold at auction however when it goes on the block this Sunday with an estimate of $400,000 - $600,000. The one-off Vincent (above), offered at Bonhams' Classic Motorcycle Mechanics Show sale in Stafford, UK, only needs to break the current record of $520,000 (for a 1915 Cyclone) to be dubbed the world's most expensive motorcycle. Barely ever ridden, the beautiful bike is in mint condition, adding to its value. And while $600,000 seems like a lot for a motorcycle, we're pretty sure this one will only appreciate.

[via Men.Style]

MOTOR KLASIK


 
Posted by Picasa



Ha.ha. ini koleksi dua roda terbaru aku..belajar belajar berjinak dengan barang lusuh..mana tau satu hari nanti harga dia melojak gila...Memang dari dulu aku berkenan dengan motor ni, semasa kat kampong lagi aku tengok ada seorang pakcik yang menggunakan motor jenis ni..sebijik je ada kat kampong..tapi bila aku dah tak duduk kampong dan pakcik tu pun dah meninggal, aku pun tak jumpa kat mana motor tu sekarang..

Dalam aku membelek iklan dalam internet, aku terpandang lah iklan motor ni..dipendekkan cerita aku berjumpalah dan terus beli dari Brader Ayi,dekat Alam Flora Kajang..Cerita membeli ni 2 tahun lepas punya cerita..Nak memulihara motor yang jadi masalah 2,3 biji bengkel aku tanya, semua harga potong kepala..ada yang mintak 7 ribu..bior betull..Aku ikut nasihat ayi hantar motor tu kat Bukit Payong Trengganu. Kebetulan si Ayi ni pong orang Trengganu..Boleh lah tu..jadi masa aku balik kampong bini, bolehlah aku singgah bengkel tengok-tengok motor tu..

Sekarang ni nak masuk 3 raya motor aku tak siap lagi..Masa aku jumpa minggu lepas, Pok Stopa bagitau 2,3 bulan lagi..Mentang mentang repair motor klasik, nak menyiapkan motor pun ikut stail klasik, makan tahun..! Sedak alek mung lah Pok Topa..2 tahun lebih aku boleh tunggu takkan 2,3 bulan tak boleh..bertambah klasiklah motor aku bila siap nanti sebab lama sangat siapnya.

Bila dah siap nanti kalau ada orang berkenan.., RM250000 boleh lah aku lepas..Iyealah nak menjadikan motor semula pun bertahun..sangat unik tu..Memang betul.. Motor ni cuma ada sebiji je di DUNIA..!Tak caya..? check lah di JPJ..Model macam tu mungkin banyak la..tapi mana ada yang sama chasis no dan sama no plate..ha.ha..Bukan ke unik namanya..

Jadi aku boleh letak harga berapa aku suka..lagi pun bukannya macam gula atau ayam yang dibawah harga kawalan KPPDNK..Mana tau ada orang berkenan.. Orang ni bukan kira.., kalau dah datang dia punya gila.., potrait yang tak boleh berjalan dan perlu diusung pun harga berjuta..

Sunday, September 13, 2009

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK