click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label Jom tanam bunga. Show all posts
Showing posts with label Jom tanam bunga. Show all posts

Sunday, November 22, 2020

Baugainvillea Bonsai...

Kekadang jeles bila tengok perkongsian Utuber bagaimana pokok bunga kertas mereka hidup subur dan berbunga.

Pokok pokok yang penulis tanam kebanyakkanya berdaun lebat tapi tanpa bunga.

Bukan bunga kertas saja, pokok bunga lain pun begitu..nak kata tak letak baja, letak juga..mungkin tak cukup kuantiti dan kekerapan.

Kerana sering gagal menaikkan seri laman melalui bunga, penulis mencuba menyulam halaman dengan pokok pokok berdaun yang berwarna., antaranya Pokok Puding,. Jenjuang dll. Dengan kepelbagaian spesis daun berwarna diharap naiklah sikit seri laman...

Ketika banyak masa dek pkpb ini kerap juga menonton perkongsian Utuber bagaimana ingin menambah seri halaman dengan pelbagai jenis pokok bunga pelbagai warna antaranya bunga kertas.

Utuber tersebut memberitahu 99.99 peratus pokok akan berbunga dengan kaedah yang dia pakai. Hah semangat untuk mencuba.



Antara sebab pokok dalam pasu tak mau berbunga adalah kerana akar mencari nutrient diluar pasu.. pokok menjadi terlalu subur daun. Atau mabuk daun.

Akar yang terkeluar perlu dipotong.

Setelah tanah dalam pasu digemburkan letak baja bunga dalam 2 sudu...Ketika musim panas baja perlu dilarutkan dengan air..Sekarang musim hujan baja sekadar ditabur dan dikambus sekeliling pokok.

Cantas ranting dan daun muda.


Baja sudah, cantas sudah ..letak alas halang akar tembus ke tanah pun sudah..

Tunggulah samada berbunga ker tak nanti..

Tak berbunga juga, nampaknya dalam hati cuma ada taman tapi tak cukup kuntum untuk berbunga hehe..

Sunday, August 4, 2019

Tanam Sayur Semi hidroponik


Aktiviti berkebun harini menanam pokok sup dan pokok ketumbar dari keratan pangkal  secara semi hidroponik. Usaha yang ringkas tapi banyak manfaat.

Kaedah ini sangat bagus untuk kita yang kebanyakkannya malas untuk menyiram pokok atau selalu sangat berada diluar kawasan...Pokok-pokok disirami dengan sendiri.



Gunakan bahan-bahan terpakai yang banyak terdapat di dalam kabinet. Untuk sumbu sebaiknya guna tali jerami, tapi boleh juga guna pakaian lama...


Sumbu dijulurkan keluar melalui lubang didasar pasu..


Sumbu dibahagian dalam dibiarkan berlebihan untuk dijuraikan bersama tanah.


Masukan tanah organik yang telah diadun dengan tinja ayam ke dalam pasu dan tanamlah keratan pangkal pokok sup dan ketumbar. Sumbu yg terjulur dimasukkn ke dalam balang berair. Kaedah kapilari ini tanah tanaman akan sentiasa lembab tanpa perlu disiram ..


Sarungkan balang dengan polybag hitam untuk mengelakkan akar terdedah dari pancaran matahari.

Senang bukan..Aktiviti masa lapang yang menyihatkan...


Berikut hasil tauge yang dicambah sendiri setelah 3hari...Cambah Tauge



Selamat mencuba😊

Friday, August 2, 2019

Jom Buat Baja Kompos


2hb Ogos 2019, Jumaat

Penulis bersemangat  membuat baja kompos menggunakan sisa organik  domestik dan sampah-sampah halaman rumah...Daripada dilupuskan memenuhi tempat pembuangan sampah, elok diolah bahan tersebut dan dimanfaatkan  sebagai baja organik.

Penulis memang suka bercucuk tanam keliling rumah. Masalah timbul untuk melupuskan ranting, dahan, daunan sesudah mencantas pokok-pokok yang semakin merimbun . Itu belum lagi rumput-rumpai atau dedaunan kering. Jalan pintas selalunya membakar namun ketika musim hujan sukar untuk dibakar selain mengeluarkan asap  tebal sehingga menganggu jiran jiran. Pernah terfikir untuk membina incinerator mini sebagai tempat pembakaran tanpa asap tapi kos mencecah ribuan ringgit, seringkali menangguhkan hasrat tersebut..

Penelitian UTube membawa penulis mencuba membuat baja kompos dengan barang barang terpakai..


Kebetulan banyak tong-tong cat sesudah mengecat rumah. Tong-tong ini akan dijadikan tempat mengumpulkan bahan yang ingin dijadikan baja kompos.

Untuk pengudaraan yang baik lubang-lubang kecil ditebuk di sekeliling tong...Lubang tidak terlalu besar untuk mengelakkan lalat memasuki tong. Percubaan pertama ini lubang-lubang turut ditebuk di keseluruhan dasar tong untuk menyahkan air yang terbentuk hasil pemeraman bahan buangan tadi...

Untuk fasa berikutnya akan menggunakan kaedah pengumpulan air buangan  kerana ia sangat baik untuk tanaman..


Paling senang buat lubang pengumpulan air mengguna penutup botol..Tebuk lubang dang gamkan ke belakang tong


Pastikan gam betul betul melekat dengan meletakkan pemberat untuk beberapa jam


Beginilah hasil modifikasi...


Jika tong  besar dan air ingin dikumpul dibahagian dasar tong, boleh letak bakul supaya air yang dikumpul tidak merendam kompos bahagian bawah...Air yang terkumpul boleh dikutip dengan membuka saja penutup botol nanti.

Jika tong kecil dan memaksimakan ruang kompos, tadah saja air dibawah tong menggunakan takungan lain tapi pastikan penadah betul- betul rapat dengan tong supaya tidak menarik minat lalat datang.


Segala jenis sisa domestik boleh dicampakkan ke dalam tong. Sebelum itu letak lapisan tanah. Kemudian di sulam dengan daun, rumput,kertas ranting dll...Tabur dengan lapisan tinja ayam untuk memperkenalkan micro organisma sebagai ejen pereputan. Sementara menanti sisa buangan berikutnya tutup dengan tanah supaya dapat membendung bau.  Ulang langkah sehingga tong penuh..



Percubaan pertama ini, ternyata kekurangan sisa domestik untuk tong kedua.. Tak mengapa, pelupusan sisa domestik berikutnya masih boleh dicampurkan kemudian dan sebahagian bahan yang hampir reput disitu dipindahkan ke tong no 3  pula


Tutup tong dan biarkan untuk proses pereputan  semula jadi. Tunggu sehingga sebulan

Untuk mengatasi masalah kekurangan sisa domestik, pembikinan akan datang akan mengutip sisa organik di pasar basah.

 Sekiranya setiap rumah mengambil inisiatif membuat baja organik, setidaknya dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah dipusat pelupusan sampah awam.

Jom jom kita berubah...

Wednesday, July 31, 2019

Jom Bertanam Pokok Herba...


Kita amat bertuah kerana bumi Malaysia sangat subur. Kena caranya tanam apa pun boleh hidup dengan baik dengan penjagaan yang sangat minima...Pokok-pokok herba  elok ditanam di tanah-tanah lapang dipersekitaran rumah. Sekiranya disusun dengan baik ianya boleh menjadi sebahagian landskap disamping itu boleh dimanfaatkan hasil seperti daun, buah dll. Kita kena rajin menelaah untuk mengetahui kebaikan pokok-pokok herba yang ditanam.

Berikut beberapa pokok herba yang sangat mudah ditanam dan terdapat dipersekitaran rumah penulis...

1. Pokok mahkota dewa

-

Penulis pun baru tahu bahwa pucuk daun boleh dimakan begitu saja sebagai ulam..



Buahnya memang diketahui sangat bermanfaat untk kebaikan kesihatan.


Buah tua yang kemerahan dihiris halus dan dikeringkan. Bijinya dibuang kerana beracun. 

Sesudah kering nanti boleh simpan dalam bekas dan diambil menurut kuantiti dikhendaki. Isi yang kering dicampur air, direbus sehingga mendidih, hasil rebusan kekuningan dibotolkan untuk disimpan dipeti sejuk...Boleh lah diminum setiap pagi.

Kebaikan rebusan air mahkota boleh dirujuk diinternet..

2. Pokok Kelor atau Munggai


Pokok ini menjadi kegemaran masyarakat India dan sangat senang tumbuh...Pokok boleh ditanam menggunakan keratan batang.


Pohon kelor/ munggai ini dulu tumbuh dengan hanya disandarkan benih batang ke pokok lain. Tak sangka hidup. Disebabkan kerap dipetik, tambahan benih pokok baru ditanam. Buah atau pucuk muda boleh dibuat sayur. Untuk lebih ringkas campur saja pucuk muda bersama telur dadar.

Disebabkan banyak manfaat kesihatan pokok ini dikategorikan sebagai superfood. Kini terdapat kapsul kesihatan daun pokok munggai.

3. Mengkudu


Pokok mengkudu  ditanam menggunakan biji atau keratan batang. Pucuk muda sering dijadikan ulaman. Jus mengkudu kini sudah dikomersilkan.

Jika kita boleh membuat sendiri kenapa perlu berhabis membeli..

4. Tenggek Burung



Penulis  mengenali pohon ini apabila
 sering melihat kawan berjogging memetik pucuk daun ini yang banyak terdapat di kawasan berjogging..

Penulis pun mencabut pokok kecik dan menanamnya dikawasan lapang rumah..Alhamdulillah kesemua 6 pokok yang ditanam mula mengeluarkan tunas baru..

5.  Kaduk



Pepatah 'Kaduk naik junjung' yang memberi maksud pantang  diberi peluang maka berlebih-lebihan mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sehingga menekan pihak yang memberi.

Menunjukkan pohok renek ini mudah tumbuh..Pucuk mudanya elok dimakan begitu sahaja aebagai ulaman.

6. Cekur/Kencur


Masyarakat jawa sangat meminati herba ini...Masakan lemak cili api jika dicampur dengan pokok ini akan memberi aroma dan rasa yang sangat unik.


Benih halia dan kunyit bakal mengeluarkan tunas tidak lama lagi di pasu-pasu bertanah yang disusun rapi.  

Jadi apa lagi...kita ringan-ringankan tulang dengan menanam pokok herba..Sangat banyak manfaatnya..


Monday, September 24, 2018

Mari Berkebun- Tot pokok

24 Sept 2018

Semangat berkebun datang lagi.. Kali ini ingin mencuba kaedah mudah meTot dahan pokok induk. 

Peralatan berikut disediakan terlebih dahulu

1. Tanah 
2. Tali 
3. Penggalak akar 
4. Plastik pembungkus 
5. Pisau /gunting
 6. Botol plastik




Belah memanjang sebahagian dinding botol  untuk dijadikan pemegang tanah. Buat seperti di atas. 



Lukakan dan buang kulit  dahan pokok yang ingin di tot lebihkurang seinchi.. Lumurkan penggalak akar dipangkal dahan.. 


Isi tanah terlebih dulu didalam pembungkus plastik yang diletakkan didalam botol..Kemudian pindahkan bungkusan tanah itu ke dahan yang ingin di tot.. Dengan bantuan botol ini, kerja membungkus menjadi lebih mudah kerana tanah kekal kemas didalam botol.. Sesudah selesai mengikat tanggalkan botol dan kemaskan lagi ikatan.. Hah siap... 

Ternyata mudah menggunakan kaedah ini untuk kerja me Tot dahan. 
Tak sampai 2 jam penulis berjaya me Tot 9 dahan pelbagai spesis pokok munger.. 

Semoga bermanfaat.. 

Saturday, July 16, 2016

Jom-jom buang lemak raya...


July 2016

Hujung minggu datang lagi...Memenuhi masa terluang apakata kita memanfaatkan setiap inchi ruang laman rumah yang ada...In Sha Allah laman cantik... badan sihat...

Lemak raya jika dibiarkan tanpa beraktiviti begini alamat makin bertepeklah dibadan...Harini memindahkan pokok-pokok yang telah di tot .Tak sabar  nak menunggu lebih lama lagi..Ambil keputusan potong saja dahan dari induk dan dipindahkan ke polibeg. Tak taulah samada boleh hidup atau tidak…..




Harap- harap  hiduplah..Dulu kesemua pokok ini di tut pada tarikh yang sama…Sekarang ni sudah sebulan lebih.. namun  hanya sebahagian yang telah tumbuh  akar dengan banyak…Kerak nasi  ok…melor ok,  Tanjong pun nampak macam ok…Yang tidak begitu tumbuh akar adalah spesis cempaka hutan  juga  cempaka kuning. Dah dua kali mencuba..kurang berhasil..Dulu dibiarkan lama di dahan induk..kesudahannya mati begitu saja...Mungkin kaedah tut  tidak begitu sesuai untuk spesis ini kot… Nak kata cara tut salah.., dahan  selain yang dinyatakan boleh pulak akar tumbuh dengan galaknya…Tak apalah diharap yang dah dipindahkan ni hiduplah.

Lepas ni nak tut pokok Tin pula…Pernah mencuba tanam menggunakan kaedah potongan  batang muda, namun gagal..Pokok induk ini dulu ditanam melalui kaedah keratan batang matang.. Nak tunggu pokok induk  berdahan  matang rasanya lama lagi..




Ada kawan yang mencuba kaedah tut berjaya bercambah dalam tempoh 2 minggu lebih saja…ini sudah cukup baguss

Hah tengok ...Bila laman rumah dipenuhi flora maka fauna pun mulalah bertandang...Unggas-ungas itu biasa...Tupai pun ada..Sesekali monyet pun tersesat datang...Belum lagi kucing-kucing tanpa tuan yang menjadikan laman sebagai tempat melepaskan hajat..Sesekali angin sepoi datang..bau masam bersulam dengan bau semerbak   bunga-bungaan....Tapi tak mengapalah setidaknya dapat baja percuma...

Yang ini memang rare...Ada dua jenis spesis lebah yang bertandang di laman rumah..Satu spesis seperti lalat. .Ada terbaca kalau halus mungkin kelulut



Yang ini rasanya  lebah...Tapi bertandang hanya beberapa hari ...Kini telah tiada di tempat ini...Jangan tuan rumah dalam asyik berkebun terkena sengat sudah...

Jom-jom kita berkebun…


Tuesday, April 26, 2016

Jom Berkebun- Janda Baik



Berpeluang berkunjung ke nurseri menanam pokok tin di Janda Baik...Barangkali kerana pokok tin masih baru di Malaysia, ramai yang berminat menanam..Di nurseri ini pokok-pokok tin dijual kepada orang ramai. Harga masih mahal. Mengikut spesis pokok yang dibeli.. harga beberapa batang pokok mencecah ribu ribuan juga... Pembeli diberi pilihan samada membawa balik terus pokok yang dibeli atau ditinggalkan di nurseri ini untuk penjagaan selanjutnya oleh pihak nurseri. Difahamkan bayaran RM20-RM30 sebulan dikenakan untuk setiap pokok  yang dijaga disini. Pembeli hanya sesekali melawat pokok dan memetik buah-buah yang ranum jika ada.




Bukan pokok tin saja dijual dinurseri ini..Pelbagai pokok bunga exotik turut ditanam..Antaranya pokok janggut jin...



Yang ini bukan pokok exotik..bunga teratai...sedap juga menjamah biji muda...




Semangat datang berkobar-kobar setelah melawat nurseri...Supaya pokok-pokok subur..Ingin membuat baja organik sendiri...Dengan membuat sedikit rujukan di internet cara- cara membuat baja organik...Tak salah mencuba...menjadi ok .. tak menjadi pun tak mengapa...Kebetulan pokok jambu air sedang galak berbuah...Jambu air rosak begitu banyak ..Daun kering juga banyak...Sisa makanan domestik pun boleh dimanfaatkan...




Di lubang ini  sisa makanan domestik , buahan dan daun daun kering ditanam secara berlapis dengan meletakkan tanah disetiap lapisan...dan dibiarkan mereput secara semula jadi..Senang saja..

Sekarang di halaman  rumah  terdapat sebatang pokok tin sedang berbuah yang ditanam melalui keratan batang. Anak membawa benih sekembali dari pengajian dari Mesir dulu. .Rasanya boleh dikembang biak jika pokok membesar dan kekal sihat...



Ini pula koleksi terbaru... Mahal beb sepokok RM80 Hinggit..



2 spesis ini boleh dijadikan induk...Mana tahu  menjadi nanti... boleh lah diberikan kepada mereka yang berminat dengan sedikit bayaran...Upah menanam hehe..

Amacam...Jomlah berkebun...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK