click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, November 8, 2026

Cantum Pucuk Avocado

Hah bila kita mencuba ada 2 kemungkinan, berjaya atau gagal..

Dalam percubaan mencantum 2 anak pokok avocado satu berjaya, 1 lagi menemui kegagalan. Setidaknya kita tau kita juga boleh melakukannya sendiri..



Sepokok lagi pucuk kering..Tunas tumbuh dipangkal bukan di cantuman. Mungkin batang anak pokok masih  kecil berbanding pucuk yang cuba dicantumkan., Apabila anak pokok semakin membesar nanti boleh cuba lagi..




Sementara itu  sebahagian biji benih avocado yang disemai  sudah mula bercambah..Bila tumbuh  semua nanti ada 18 pokok yang boleh  dicantum pucuk lagi..

Semangat..

Friday, November 6, 2026

Camper Kembara...Wajah Baru

Kabin CamperKembara kini berwajah baru..
Set up platform kabin lama agak leceh untuk di pasang.. Kita maukan set up yang serba ringkas, mudah dipasang dan mudah ditanggalkan kerana Kembara lebih untuk kegunaan kebun.



Mulanya ingin mengubahsuai ruangan kabin Ativa namun banyak perkara perlu diubahsuai, dikhuatiri menjadi hangat hangat taik ayam. Bila melibatkan banyak perkara remeh kita pun jadi malas..

Biarpun terpaksa membersih ruangan kabin Kembara, bila difikirkan bagus juga, sesekali  membuat pembersihan menyeluruh setelah acap kali mengusung barangan kebun.


Untuk lebih berketerampilan ruangan kargo telah di spray cat semula. 


Ruangan kabin Kembara memang sudah dibiarkan lapang untuk kegunaan kebun, jadi lebih mudah membina platform. Sesudah bercamping setiap komponen  mudah disimpan di stor..


Memasang dan membuka semula platform tak sampai 10 minit. Supaya ruangan kabin tidak terlalu menjolok mata, platform dicat hitam manakala tingkap akan dipasang lapisan filem gelap.


Sesudah bercamping, Kembara kembali kepada kegunaan asal, diisi dengan barangan Kebun..!








Thursday, November 5, 2026

Bidong View Resort...

Sesudah menghadiri jemputan kahwin Sabtu meneruskan ronda ronda pantai timur. Pantai Timur banyak pilihan penginapan.. 

Datang jauh tak manis tidak  berziarah dan tidur di rumah saudara, hari berikutnya menginap di hotel.






Negeri yang memiliki persisiran pantai panjang terdapat banyak resort tepian pantai, kalini memilih Bidong View Resort. Penginapan bilik standard  satu malam Rm240 untuk walk in pengunjung manakala jika ditempah online RM150.

Resort yang sudah agak lama beroperasi, masih terpelihara namun perlu dinaik taraf untuk memberi nafas baru..Penginapan tepian pantai menyebabkan struktur besi mudah dimamah karat. 


Sebahagian bilik  mengetengahkan pelbagai konsep dekorasi. Bilik kami malam itu seolah berada di galaksi. Katil untuk budak kecil berkonsepkan kapsul angkasa.


Terdapat taman tema air berskala sederhana, kolam renang dewasa dan kanak kanak.



Kesan hakisan pantai jika tidak ditangani segera bakal meranapkan lagi penempatan sepanjang pantai..Menurut penduduk tempatan, dahulu pantai nun jauh di lautan, kini semakin menghakis daratan.


Menunggu matahari terbit di tepian pantai..


Selain bilik bilik standard terdapat juga penginapan khemah berbentuk dome. Keluasan cukup menempatkan 3-4 orang dewasa. Caj satu malam dalam Rm240.






 Di sini terdapat juga taman air mini dan zoo mini..

Wednesday, November 4, 2026

Tanjung Sura Melati Dungun Trengganu

Jemputan kahwin K.Trengganu. Lari dari kebiasaan ke Pantai Timur, kalini melalui Kuala Pilah -Muadzam- Kuantan- K.Trengganu. 



Jemputan Sabtu, khamis lagi telah bergerak ke sana sesudah menghantar anak menantu dan  cucu ke Klia untuk berumrah. Dah alang alang di Klia terus tidur di kawasan berdekatan dan menyambung perjalanan ke Kuala Pilah seterusnya ke pantai timur.


 

Tiada apa yang dikejarkan untuk ke Kuala Trengganu, menyinggah di Kemaman dan  bermalam  di Pantai Teluk Lipat Dungun.


 



Mencari tempat sarapan, beriadah santai di Pantai Sura sambil menikmati pemandangan indah pantai awal pagi.



Pantai bersih kawasan lapang banyak, di sini terdapat kemudahan air telaga, sangat sesuai jika ingin bercamping cuma kemudahan tandas awam tiada.


Banyak  hotel resort maupun homestay tepi pantai pada harga mesra poket...


 Pemerhatian mendapati kebersihan persekitaran Trengganu sangat bagus.


Tuesday, October 20, 2026

Khemah Camping...

Persediaan bercamping pada 12-13Nov di Bukit Fraser, khemah dan katil lipat telah dibeli.
Setakat ini 8 orang berminat untuk turut serta.


Khemah bersaiz 2m x 2m x 1.35m berharga Rm85. Berpadanan dengan harga, kualiti tidak diberi harapan tinggi, walaupun dikatakan kalis air maupun UV. 

Kita bukan kaki camping tegar yang memerlukan kualiti lasak jadi pembelian sekadar untuk penggunaan ringan. Kalau dapat digunakan setiap 6 bulan itu sudah lebih dari berbaloi..
 

Ciri menarik khemah ini ia mudah didirikan menggunakan konsep rangka  payung, berbanding khemah lama yang terpaksa menyisipkan dulu rangka rangka di kanvas. Lecehnya lagi rangka-rangka pendek yang dihubungkan dengan tali bergetah mudah putus..



Cuma agak terkilan saiz khemah tidak cukup besar untuk membawa masuk katil lipat,
Ukuran khemah yang diterima adalah menurut saiz tapak rangka ke rangka, bukannya saiz asas kanvas,  jika berdasarkan saiz asas kanvas 2m x 2m sepatutnya mencukupi kerana katil lipat mempunyai panjang 1.9 m. 

Percubaan membawa masuk katil lipat telah mengoyakkan sedikit kanvas khemah.. Saiz terbaik sepatutnya 2.4m x 2.4m. Kita membeli saiz 2m x 2m kerana mudah dibawa selain hanya untuk kegunaan seorang.  Kapasiti diiklankan cukup untuk memuatkan 3-4 orang manakala yang bersaiz 2.4m x 2.4 m didakwa boleh memuatkan sehingga 6-8 orang..

Barang dah beli kita manfaatkan seadanya..mungkin terpaksa membeli tilam angin pula..

Monday, October 19, 2026

Pokok Kesum...


Antara bahan dapur yang sering kita guna adalah daun kesum.. bahan ni tak mahal, namun keperluannya tak mengira masa menyusahkan kita untuk keluar membeli di kedai...

Melihat perkongsian mereka yang sudah menanam, tak susah rupanya menanam pokok kesum..Boleh ditanam secara hidroponik. Media tanam menggunakan cocoapeat/ serbuk sabut yang diisi dalam bakul..Kain penyerap/sumbu dijulurkan untuk menyedut air dari bekas takungan campuran air dan baja.

Bila pokok mudah dicapai tepi dapur kan senang nak buat laksa Penang, Laksam Trengganu, Nasi Kerabu Kelantan atau Asam pedas Johor... Asam pedas  Melaka  tak guna daun kesum.

Zas.. zas..Siapp.


Sunday, October 18, 2026

Pagar Kebun...

Setiap kali datang bawa 6 batang tiang konkrit, berbaki 18 batang  saja lagi untuk keseluruhan tiang pagar siap sepenuhnya. Sempadan terakhir ini sedikit lambat sebab tanah berbatu, sebahagian lubang terpaksa dikorek berbantukan pahat dan sudip..



Sementara menyiapkan lubang dan menunggu baki 18 tiang, lapisan kedua kawat duri  dimulakan. Sekiranya semua tiang sudah siap, sebenarnya tak lama untuk memasang kawat duri, kini dah tau cara menegangkan kawat  tanpa perlu bantuan alatan menegang., cukup menarik kawat dengan tangan di penghujung tiang dan kawat diikat terlebih dulu di sana, seterusnya baru mengikat kawat disetiap tiang pengantara..

Tiada lagi kesan cerobohan babi walaupun baru satu lapisan kawat dipasang keliling kebun..untuk yang belum bertiang konkrit menggunakan dulu batang kayu sementara. Untuk menghalang pencerobohan babi cukup dengan dua lapisan kawat duri.

Untuk monyet pula  dua lapisan atas akan menggunakan kabel letrik tenaga solar.

Bila kebun berpagar hati lebih tenang menghadapi ancaman makhluk perosak..




Antara spesis avocado yang ditanam dipinggir rumah, Red Vietnam, tanpa makhluk perosak pokok lebih mudah membesar..



Pokok kekacang pun boleh ditanam di kebun.

Kalau kebun berpagar banyak ruangan lapang boleh dimanfaatkan... Pokok ubi kayu antara yang paling senang ditanam,  kita berkebun tapi ubi terpaksa membeli di kedai memang sangat tak patut, sedangkan buat batas lebihkurang, cucukkan batang ubi sampai masa boleh dituai..
 

Jom jom berkebun..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK