click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, December 31, 2023

Alatan Kebun Sthil FR3001

Dah sampai... mesin rumput Sthil FR3001 hadiah anak-anak sempena harijadi dan ulangtahun perkahwinan.


Orang kebun bila dapat peralatan sebegini lebih mengujakan berbanding hadiah yang lain.





Bunyi  garau enjin Sthil tu yang menggetarkan jiwa, sama seperti bunyi mesin chainsaw...


Mesin rumput Mitsubishi TB33 bunyi lebih lembut tapi nyaring...

CC hampir sama...



Awalnya ingin membeli Mitsubishi TB43,  abang kepada TB33, sudah terbukti lasak, kering minyak petrol masih kekal bertenaga. Bila membaca review TB43, enjin berkapasiti 43 cc  ramai yang cakap berat. Harga dalam RM1250 berbanding TB33 33 cc RM980.

Baca review Sthil FR3001,  30 cc ramai yang cakap bagus, harga pun cuma Rm570 hampir separuh dari TB33, jimatlah sikit duit anak-anak  hehe


Sthil model FR3001..terasa lebih ringan dan lebih pendek berbanding dengan TB33

Boleh lah bertukar-tukar pakai bila mempunyai 2 mesin...atau memotong rumput berdua, cepatlah sikit siap menebas rumput di kebun.

Saturday, December 30, 2023

Rumah dan Kebun Pusaka...

Sayu..itu ungkapan yang dapat dinyatakan bila melihat harta pusaka tinggalan orang tua, rumah sepi tanpa berpenghuni, kebun semak terbiar. Inilah gambaran yang bakal kita lalui setelah kita berpindah alam, pewaris  sibuk dengan kehidupan masing- masing.


Rumah pusaka pernah ada penyewa, namun telah keluar dan kini sedang mencari penyewa baru. Penyewa tak sama dengan pemilik asal, rumah akan kehilangan seri bila tidak dijaga sebagaimana rumah sendiri. 

Sejak emak meninggal 2007 dan lebih- lebih lagi ayah 2022 memang kami jarang balik ke kampung. Adik beradik semuanya melainkan seorang, tinggal di merata tempat luar daerah/negeri.


Jika rumah dan tanah tapak rumah  diwariskan ke kakak dan adik perempuan, kebun ini yang tidak jauh dari rumah pusaka diwarisi oleh penulis. 

Adik beradik yang lain ada bahagian masing- masing . Tanah penulis  berbelas tahun semak tidak diusahakan, kebun tak luas dalam 3/4 ekar, sekarang ini menjadi habitat kegemaran babi. Paling sesuai ditanam sawit kerana tanah berpaya, itupun cuma dapat dalam 50-60 pokok, sesuai sebagai  tambahan keluasan kebun utama. Jika mengharapkan hasil dari kebun keluasan ini saja, modal dan hasil agak kurang seimbang, lebih lagi jika diusahakan dari jarak jauh memang tidak berbaloi.

 Untuk tapak rumah memang sesuai, ada beberapa orang datang melihat semasa dibuka untuk jualan, cuma kedudukannya agak sedikit terkebelakang, mereka membatalkan niat.

Mau tak mau tanah perlu diusahakan, dah jumpa seseorang yang sanggup memajak tanah tersebut, sekarang ini dia yang mengusahakan kebun adik beradik yang lain. Biarpun tempoh yang dipinta memang lama sebelum dapat menikmati hasil sendiri, setidaknya kebun dimanfaatkan., harapnya dapat juga pahala ke orang tua yang dulu membanting tulang membuka kebun. 

Tuesday, December 26, 2023

Rambutan Budak Sekolah......

Proses menyulam pokok diteruskan. Kali ini ingin menyulam di petak yang sebelum ini dikhaskan untuk pokok kantan. Pokok kantan tidak begitu menjadi, hidup tidak bermaya selain kerap menjadi mangsa haiwan liar babi atau monyet...  disiat-siat pucuk-pucuk muda baru. Tak mau membuang masa melayan pokok yang tidak serasi dikebun, kita pilih pokok yang mudah dijaga.


Petak ini akan disulam dengan pokok rambutan anak sekolah dan rambutan kuning. 3 Pokok rambutan yang telah ditanam sebelum ini nampaknya kurang mendapat perhatian haiwan liar. 3 pokok sudah lebih dari cukup untuk kegunaan sendiri, tapi semangat lawatan kebun epal Jepun meresap di sanubari untuk menerapkan konsep dusun petik sendiri. Pokok perlu diperbanyakkan  jika ingin meniru konsep itu. 


Walaupun tak pasti samada impian ini terlaksana kerana masalah akses ke kebun, itu tidak mengapa, bila pokok banyak dan berbuah lebat, tak lah  nanti berebut dengan haiwan liar, masing-masing dapat merasa.



Pokok rambutan yang tumbuh sendiri dari biji yang dicampak akan dijadikan penanti untuk dikahwinkan. Masih banyak ruang yang boleh dimanfaatkan di kebun.




Pokok mangga tumbuh sendiri ada 3 pokok, turut boleh dijadikan penanti untuk menyulam pokok yang matii...

Semangat.. semangat..

Saturday, December 23, 2023

Mesin Rumput Sthil



Sejak mesin rumput berulang kali dihantar ke bengkel, hampir saban hari membelek kedai maya mencari mesin rumput tambahan. Membaca review ke review pembeli, keputusan muktamad membeli jenama Sthil FR3001. Harga pertengahan berbanding pesaing, Rm 570 termasuk aksesori dan  post. Ada banyak jenama ciplak berharga bawah RM300, cuma tak berani, menang membeli, alah memakai. Mesin rumput sediada Mitsubishi TB33 sekarang ini berharga hampir seribu. CC hampir sama 30cc

Bagaikan ulam di cita pucuk mendatang, anak-anak  ingin membelikan mesin sebagai hadiah ulang tahun kelahiran dan perkahwinan, dikongsi bersama 5 orang, argh baru berapa sen setiap seorang, masing-masing telah berkerjaya melainkan seorang. Mula- mula mereka ingin merahsiakan pemberian, saat  menghidu  akan dapat hadiah terus meminta mesin rumput, tentu dimanfaatkan, beli yang bukan- bukan nanti  pastinya membazir.

Walaupun ditawarkan membeli mesin lebih mahal, kenapa perlu berbelanja lebih jika harga boleh didapati hampir separuh berbanding jenama pesaing. Bila ada dua mesin, penggunaan pun  akan kurang lasak. 


Dah pakai chainsaw Sthil, ternyata berpuashati, jadi mengandaikan mesin rumput Sthil juga tidak akan mengecewakan. 


Semangat nak potong rumput berdua di kebun...Bila ada pesaing, kerja pun kurang penat...



Tuesday, December 19, 2023

Rod Mesin Rumput...

Kali ke 3 mesin rumput dihantar ke bengkel..hantaran pertama dan kedua masalah yang sama berkaitan bearing, manakala hantaran ke tiga berkenaan rod pula.

Dah dekat sebulan rumput kebun bukit tak siap berpotong, berbaki suku keluasan lagi...



Mula-mula ingatkan masalah bearing jem berulang sedangkan bearing telah ditukar baru, setelah diperiksa, rod dalaman yang patah. Mujur ganti tak mahal Rm15.

Lemah bila sedang asyik memotong tetiba mesin jem...

Bila datang bersama pembantu tugasan boleh dikongsi bersama, ketika ini semasa pembantu memotong rumput kita membuat teres- teres pejalan kaki. Teres pejalan kaki ini turut dijadikan sebagai sempadan pembersihan. Fizikal dan mental lebih santai bila  membersihkan kawasan menurut sempadan-sempadan.

Ketika kita mengambil alih memotong rumput pembantu melumurkan minyak terpakai di kerangka kayu pondok.



Sayang jika pondok tidak dijaga, menyiapkan dulu mengambil masa lebih setahun menggunakan anak- anak pokok hutan. Jika tidak dirawat dengan minyak memang akan reput segera.

Untung bawa pembantu tinggi lampai ketinggian hampir 2m, boleh menyapu minyak terpakai pada bahagian tinggi rangka pondok. 


Kepala terasa lapang bila melihat kebun terurus. Sambil menunggu peluh kering, boleh melepak dulu di pondok. 

Tak sabar melihat  pokok membesar...



Tuesday, December 12, 2023

Bearing Mesin Rumput...

Jem lagi...Rumput kebun sepatutnya telah selesai dipotong, disebabkan mesin rumput jem, ini kali ke 2 kerja tertangguh. Sebelum ini ingatkan hanya kerosakan ringan, bearing berfungsi setelah disembur WD40 dan pelincir..kali ini langsung tidak dapat diselamatkan. 





RM 80 kos menukar bearing termasuk mangkuk penutup.

Selayaknya ditukar baru, usia mesin telah menjangkau usia belasan tahun.

Monday, December 11, 2023

Empangan Kuala Kubu Bharu...

 Mukabumi Hulu Selangor di utara Lembah Klang lebih berbukit bukau kerana berada di jajaran Banjaran Titiwangsa, tulang belakang semenanjung Malaysia, pemandangan semulajadi di sini lebih menarik.  Sejajar dengan kedudukan tanah tinggi, cuaca juga sedikit nyaman berbanding tempat lain. Waktu pagi selalu berkabus.

Mereka yang gemarkan aktiviti lasak outdoor banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Kubu antaranya Air terjun Sg Chiling,  Rafting Sungai Garachi, paragliding di Taman Millinium Ampang Pecah dll

Tanah tinggi Bukit Fraser Pahang pula tak jauh dalam 40km dari Kuala Kubu, Hulu Selangor. Di antara keduanya terdapat Empangan Kuala Kubu Bharu.

Aktiviti riadah kami banyak tertumpu di daerah ini. Rutin mingguan berendam di kolam air panas Kuala Kubu. Berkebun di Puncak Rasa. Sering juga berjogging di Taman Rekreasi Antara Gapi, Serendah.



Selepas berendam kolam air panas sering melepak di puncak Bukit Fraser. Sausana dingin, pemandangan tanah tinggi dan cafe yang cantik sentiasa menggamit untuk datang berulang kali. Aida Cafe tempat feveret semasa di puncak. 

Jika Cafe Fraser Valley dibuka kelak, akan bertambah port melepak.



Cafe Aida berada di 0 Km Bukit Fraser.




Dalam perjalanan pergi/balik Bukit Fraser boleh singgah di Empangan Kuala Kubu. Ketika air penuh, pemandangan sangat cantik.



Sekarang terdapat gerai jualan makan minum disini. Cuma harapnya gerai biar kekal comel bukan gerai pacak yang menyakitkan mata.  Foodtruck lebih sesuai kerana pengunjung hanya ramai dihari tertentu hujung minggu atau cuti umum..


Diharap juga tabiat setinggan tidak dibawa ke sini..Sisa makanan dan sampah  mesti dibawa balik bukan ditinggalkan begitu saja, kalau pun ada tong sampah disediakan pasti akan diselongkar haiwan liar...

Bab kebersihan wajar tiru perangai orang Jepun, di sana hampir tiada tong sampah di tempat awam, tetapi tidak pula sampah ditinggalkan merata..semuanya dibawa balik..



Saturday, December 9, 2023

Kangkung dan Biskut...


 Siang tidur malam berjaga,


Buai laju sampai pucuk atap,


Sekeras biskut rendam dalam kopi lembut juga,


Seliar kangkung, kalau dah ditumis...fuh mantap...

Friday, December 8, 2023

Rambutan...

Sepokok rambutan di halaman rumah, kurang kasih sayang, jarang dibaja namun tetap berbuah. Sepadan dengan penjagaan, buah tak besar tapi isi boleh tahan, tebal...

Semangat datang nak cantas dahan selepas musim buah berakhir,  nak diberi baja secara berkala, harap musim hadapan ada perubahan.



Tak sempat ranum terpaksa dipetik, kalau tak berbuat demikian alamat tak merasa sebab bersaing dengan tupai. Buah tak ranum, biarpun mengkal, rasa masih kurang manis dan juicy ..Ada seekor tupai, dia hanya memilih buah yang matang...Bengkak hati tengok kulit bersepah dibawah pokok..Kalau monyet tak tau apa yang terjadi, jangan- jangan dengan putik- putik muda turut digugurkan.


Buah tak banyak makan tak puas, mungkin kena tunggu pokok rambutan di kebun bukit berbuah. Nak tunggu pokok yang baru ditanam rasanya lama lagi, tapi  ada sepokok dewasa belasan tahun yang kalau diberi perhatian mampu mengeluarkan hasil segera. Pokok ini mungkin  jiran  sebelah yang tanam tapi termasuk ke dalam sempadan kebun kita. 

 Dsebabkan terbiar dan terhalang oleh pokok hutan lain, pokok tidak berbuah ...Keliling telah dibersihkan, pokok hutan yang menghalang pencahayaan telah ditebang,  dahan pokok  akan dipotong supaya tidak terlalu menjulang dan akan diberi baja...Kalau pokok ini berbuah adalah hasil dari dusun, sementara menunggu pokok buahan yang lain membesar .. 

Cuma pokok di pinggiran hutan tak taulah apa nasib..Yang di halaman rumah pun ada yang mengintai  inikan lagi  jauh dari pandangan orang..

Pasrah sajalah...


Thursday, December 7, 2023

Lock Kembara...

Kereta basahan  sering menjadi mangsa tampalan sticker, kerana kita seorang yang sering menggunakannya berbanding  kereta keluarga yang jarang diperlakukan sedemikian. Lagipun hidup ini tak perlu terlalu serius. Stiker- stiker ini lah yang selalu menjadi pembuka bualan apabila bertemu-teman teman...


Kancil  popular dengan No 65, satu taman dah kenal, lalu pondok sekuriti dah tak perlu stiker penduduk...


Kembara tak mau ditampal dengan stiker menunjol, cukuplah beberapa stiker kecil.



Stiker  tulisan Kembara ditukar baru, yang sediada telah begitu lusuh, beli secara atas talian Rm15.


Stiker kepala rimau di bonet kanan pun cuma Rm1.50.




Bintang berbucu lima yang sering dikaitkan dengan kenderaan tentera, ditampal disudut pintu hadapan kiri dan kanan berharga RM1.50 setiap satu.


Dan paling penting berbanding stiker lock pintu hadapan kiri dan kanan, juga dibeli diatas talian Rm 43 setiap satu. Kedai potong meminta harga Rm600 satu set kunci, sedangkan yang rosak hanya komponen ini.

Bila lock dibaiki, pintu bertutup rapat, tiada lagi bunyi deruan angin masuk dan paling utama tiada lagi air  memasuki kabin ketika hujan...

Biar pun kenderaan lama bila disolek..owh hensem juga..

Wednesday, December 6, 2023

Pokok Nangka lagi...

 


Beli lagi anak pokok nangka untuk menyulam pokok-pokok yang mati. Kerja menyulam adalah proses berterusan, kalau ruangan dibiarkan kosong, rugi datang kebun saban minggu, kerja membersih tetap dibuat di keseluruhan kawasan sedangkan penghasilan tiada.

Pokok-pokok yang mati lebih kepada dikhianati haiwan liar, tak pasti samada babi atau monyet.

Pokok kantan macam dah tawar hati untuk menyulam..pucuk baru habis rosak di siat-siat ...pokok petai dari 3 pokok yang baru ditanam, 2 pokok dicabut sehingga akar..., pokok jambu bol berbaki 3 dari 5 pokok, pokok belimbing tinggal 4 dari 7 pokok..sepokok durian ketinggian lebih 4 kaki, patah dahan...Inilah dugaan berkebun.





Jadi belilah pokok nangka yang mudah ditanam  dan kurang dikacau ketika ini...sebelum ini ada beli 3 pokok di atas talian..2 pokok mati, bukan sebab dikhianti tapi pokok terlalu muda tidak dapat menyesuaikan diri...Untuk pokok sulaman ini, beli saja tak pasti varieti apa, yang penting hidup dan membesar...Bila melihat pokok yang ditanam membesar, hati menjadi girang..





Tuesday, December 5, 2023

Servis Mesin Rumput...


Awal pagi dah ke bengkel, bengkel pun belum dibuka lagi. Mesin rumput enjin berfungsi, tapi tali tak berpusing mungkin kabel tercabut atau putus. Dah cuba buka sendiri, ermm tak jadi, peralatan tak cukup.

Harapnya hanya kerosakan kecil dan boleh tunggu untuk dibaiki...Esok Rabu hari kebun perlu sambung menebas rumput yang semakin tinggi, hanya sebahagian yang telah berpotong..rimas menengok.



Mesin dah servis, rupanya mangkuk pemusing jem..sembur dengan WD40 dan lumur gris terus boleh gerak. Caj RM10 ..Berbeza orang berilmu.

Nampaknya perlu dicari mesin ke 2  selain sebagai gantian, boleh memotong rumput berdua supaya cepat sikit siap.

Friday, December 1, 2023

Kembara- Solekan Dalam.

Ketika dibeli dulu  fizikal dalaman Kembara memang sangat teruk, yang agak ok hanya dashboard, stereng dan lelangit, yang lain tersangat uzur dan rapuh...untuk harga belian 6 ribu apalah sangat yang diharap. 

Setelah dibelai dan dijaga, keadaan kini mulai pulih. Setiap kali dicuci bahagian yang rapuh disapu pelembab., kerapuhan mulai kurang, cuma warna yang tidak sekata.


 
Beginilah keadaan dinding sisi yang rapuh dengan warna berbelak- belak.



Bahagian luar dah hensem, kini tumpuan terarah ke bahagian dalam terutamanya di bahagian hadapan...Bahagian penumpang belakang dan  kargo tidak begitu kritikal, kerana Kembara lebih digunakan untuk ke kebun dan berjoging berdua. Bahagian ini hanya perlu dibersihkan tanpa make up.


Jika tidak gigih memang tak akan jadi..sebelum ini cuba menggunakan pembalut sticker..ermm tak cukup kesabaran untuk menampal terutamanya di bahagian berlekuk...Menggunakan cat sembur lebih mudah cuma membalut sekeliling tu yang leceh..
 

 



Bila dah siap, walaupun tak seindah dihantar bengkel, kira bolehlah kelihatan lebih kemas dan bersih..

Modal beli cat  pun tak sampai Rm50...

Tuesday, November 28, 2023

Port Baru Frazer Valley..



Di Jepun kolam air panas atau Onsen sangat popular.  Di sana kebanyakan Onsen adalah berbayar. Tempat-tempat ini dijadikan kawasan tarikan pelancong, yang lecehnya pengunjung hanya dibenarkan membawa tuala mini ketika ingin berendam. Senang cakap berendam sambil berbogel.




Di Malaysia kebanyakan kolam air panas  adalah percuma. Ketetapan telah diambil, selain berjogging, berendam kolam air panas Kuala Kubu Bharu akan dimasukkan dalam aktiviti mingguan kami. Di Selayang pun ada kolam air panas, cuma di situ orang terlalu ramai, lagipun tak mau bersesak jalanraya dengan warga kerja yang lain.

Diketahui umum banyak manfaat kesihatan jika mengamalkan berendam kolam air panas. Penyakit kulit, stroke antara penyakit yang boleh sembuh jika mengamalkan berendam air panas...ramai pengunjung memberikan testimonial ini...cuma amalan mandi air panas ini mesti dibuat secara istiqamah..

Seusai berendam air panas, selalunya tempat makanlah yang  dicari. Kini sudah ada pilihan tempat cantik. Sudah lama mengimpikan port lepak- lepak seperti ini. 




 
Frazer Valley, Kuala Kubu Bharu. 



Port makan menghadap tasik, bersetentang dengan kawasan glamping...serius cantik..





Premis baru disiapkan dan tak pasti bila akan memulakan operasi... 

Fuh lepas mandi, makan-makan  di sini ...duduk berjam pun tahan..



 Tempat parking pun luas...

Harap segeralah dibuka...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK