click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label Koh Lanta 2025. Show all posts
Showing posts with label Koh Lanta 2025. Show all posts

Wednesday, April 23, 2025

Rezeki Raya...

3H2M hampir melabuhkan tirai, singgahan terakhir Kuala Trengganu. Menginap di rumah saudara.

Seawal pagi telah keluar untuk bersarapan. Trengganu pastinya nasi dagang..


Bersarapan di gerai MPKT, Batu Burok..


Lagi destinasi wajib Trengganu adalah Pasar Payang. 





Ibu- ibu  membeli, kita melepak saja di gerai luar pasar... Awal pagi gerai durian telah dibuka, mencuba Musang King dan durian Tembaga. Sekadar ingin makan berdua dan merasai pelbagai spesis durian lebih berbaloi membeli yang sudah dipeket. Sepeket 5-6 ulas berharga Rm35.

Secara peribadi lebih menyukai durian Tembaga, rasa lebih pelbagai.. lemak, pahit manis manakala kuantiti lebih banyak dengan harga peket yang sama...


3 petang tiba di Temerloh. Singgah tempat makan feveret di sini. Melihat deretan kereta banyak, ingatkan pelanggan-pelanggan biasa.. Memasuki premis, ramai yang berpakaian lengkap bersamping, ada kambing golek dan pelbagai juadah lain..siap ada lagu raya lagi..




Bila ditanya rupanya restoran membuat jamuan majlis raya...dan dijemput untuk turut serta ..Argh nak pusing balik dah termalu maka menebalkan muka ikut menjamu selera...



Sebelum maghrib tiba di rumah..rezeki pisang 2 tandan dan 2 biji betik sedang menunggu..

Satu tandan masak di pokok, manakala satu tandan jiran tolong tuaikan sebab pokok telah rebah.
 

Bunga kantan pun dapat tuai berbelas kuntum..

Rezeki raya..

Tuesday, April 22, 2025

Pantai Penarik Trengganu...

Kelebihan tidak menetapkan destinasi ronda -ronda maupun penginapan kita boleh mengubah fikiran di saat saat akhir. 

Biarpun tak dapat masuk Siam, adat ibu- ibu tetap ingin mencari barangan siam, mungkin sebagai ole ole untuk teman-teman. Sebelum pergi barangkali telah dicanang ingin ke negara jiran, takkan balik dengan tangan kosong..

Mulanya ingin menuju ke Padang Besar tapi berubah fikiran ke Rantau Panjang Kelantan. 



Jika sebelum ini makan- makan di dalam kebun mangga dan sawah, sarapan pagi di Nipah Klasik, Perlis, tempat makan- makan di dalam kebun Nipah.. Memang dah lama ingin ke sini, hanya trip kalini kesampaian.







Dengan sedikit kreativiti kebun nipah selain menjadi sumber air nira turut dijadikan port makan- makan. Konsep Agropelancongan begini  mendapat sambutan pengunjung, paling penting servis dan makanan mesti tip top...Dalam kebun sawit, nenas,  mangga, tebu dsb..Ini yang dikatakan pertanian adalah perniagaan.

Sesudah itu terus ke Pantai Timur melalui Lebuhraya Timur Barat, Grik- Jeli

Rasa tak puas ronda-ronda jika tidak melengkapkan satu pusingan..Melalui laluan sama ketika balik  ke KL seolah berpatah balik... 




Tak perlu ke Rantau Panjang, di Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan turut ada gerai jualan barangan Thai.  Terbeli juga beras pulut dan beras siam.

Sebelum tiba ke destinasi makan makan berikut di Penarik, singgah solat di Masjid Kubah Lapan Besut.



Biarpun lokasi masjid di ceruk pinggiran bandar, dengan kuasa viral media sosial, non muslim pun datang berfoto foto di sini..Bagusnya disediakan platform bergambar dari sudut strategik. 

Apabila telah menjadi tumpuan harapnya aspek kebersihan masjid dititikberatkan oleh ahli kariah dan pengunjung..

Ronda-ronda dan makan  memang tidak dapat dipisahkan. Sepanjang Pantai Penarik terdapat banyak port baru makan..Makanan laut celup tepung sangat popular di sini.


Sambil menikmati hidangan dibelai bayu pantai..Fuh asyik..

Monday, April 21, 2025

Kuala Perlis...



Ketika fasa ini, ronda- ronda lebih kepada bertukar angin dan makan- makan sambil melihat perubahan/kemajuan sesuatu tempat bukan lagi teruja melihat tempat- tempat tumpuan atau dikatakan menarik. 

Melainkan tiada pilihan  jarang kami menempah awal penginapan, lebih selesa terjah di mana -mana destinasi. Jadi kami tidak terikat dengan masa. Memandu santai dan berhenti apabila difikirkan perlu. Destinasi boleh berubah disaat akhir. 

Pemanduan biasanya ditentukan oleh jarak antara 300-500km sehari ataupun ketibaan mesti sebelum waktu check in untuk penginapan berikutnya dalam pukul 3...Tak guna membuat tempahan awal tapi tiba tengah malam atau terlalu awal.

Bila aral melintang tidak rasa terkilan dengan pelbagai tempahan yang telah dibuat. Dan lagi kita banyak pilihan setelah melihat sendiri penginapan berbanding hanya melihat secara online..hebahan online kekadang lebih indah khabar dari rupa...

Dibantu dengan media sosial,  tempat makan menarik mudah ditemui, cari yang mempunyai rating tinggi, selalunya tidak mengecewakan. 



Semalam makan petang/malam di Kuala Perlis atas rekomendasi pekerja hotel...ternyata puashati..premis dikelilingi sawah berlatarbelakangkan bukit bukau, masakan laut, ikan bakar, masakan ala thai, fuh walaupun harga sedikit premium tapi ketika meronda, lokasi dan menu makan-makan begini sering menjadi pilihan, masih berbaloi..Makan berlima RM280

Malam menginap di Bintong ...

Sunday, April 20, 2025

Koh Lanta 2025-1

Seawal 7 pagi telah bergerak menuju sempadan, membeli insuran dan mengisi dokumen perjalanan di Changlon, menuju dan menyerahkan pasport di pintu berlepas imigresen sempadan..

Apabila pemeriksaan dibuat dan nama dipanggil hati mulai cuak..selalunya pegawai terus mengecop pasport... 

'En ada masalah..tidak boleh ke luar negara...sila pergi ke pejabat imigresen di sebelah untuk maklumat lanjut..'

Ermm kena lagi nampaknya..sebelum ini pernah disenarai hitam gara-gara kes kwsp kali ini setelah berjumpa dengan pegawai imigresen dimaklumkan perlu berhubung dengan pihak  kastam..kes cukai GST katanya.

Kedua duanya melibatkan syarikat sama sebab mengizinkan penggunaan nama untuk operasi syarikat..Kini syarikat itu bermasalah. 

Setelah berbincang, 4 peserta lain turut membatalkan hasrat ke Siam walaupun mereka boleh saja terus ke seberang setidaknya ke Danok ataupun Hatyai menaiki van, mereka pun biasa ke sana.

Maka kami berpatah balik. Mujur hotel semua tak tempah awal, cuma insuran dan kad sim dah beli, kos kerugian dalam rm200. 

Ronda ronda Perlis pulak lah..

Musim mangga Harumanis di Perlis sekarang. Berpeluang melawat kebun- kebun Harumanis..

1. Harummanis Hutan Temin...









Cendol Harumanis, pulut Mangga Harumanis dan pastinya buah Mangga Harumanis   Harga bergantung kepada gred..rata-rata 3kg 100-120 ..


2. Pusat Pertanian Bukit Bintang..




Berikutnya ke Taman Buahan Eksotik.
Jalan Sg Batu Pahat..





 

Esok akan ke destinasi lain pula..

Saturday, April 19, 2025

Koh Lanta 2025..



Pogress bumbung pondok sangat perlahan.., rangka bumbung jika menggunakan kayu rasanya telah siap. Menggunakan rangka bumbung besi ringan, terpaksa bergantung dengan bateri driller, walaupun mempunyai 2 bateri sekejap benar bateri habis, hanya dapat pasang 2 baris baten.. adoii geram saja ingin membeli set driller baru..

Tak mengapalah, kerja disambung sesudah bermusafir ke negara jiran.




Pasport pun dah lama tak digunakan, rugi memperbahrui pasport setiap lima tahun bila banyak lagi helaian bersih tanpa di cop imigresen. 

3H2M kali ini ke Koh Lanta Thailand. Ziarah ulangan, pernah ke sini sekitar 2009 bermotor. Tiada apa pun yang begitu menarik di sini sekadar meronda-ronda menukar angin dan makan-makan. 


Ambil kesempatan majlis anak buah bernikah di Parit Buntar Perak, Sabtu 19hb, keesokan hari Ahad terus lajak ke negara jiran.
 


Berkereta berlima, sekadar meronda tidak terlalu jauh kerana anak bertugas semula Rabu. 4 orang lagi pra dan warga emas, boleh saja menyambung lebih jauh dan lama tapi entahlah tak tau ingin menuju ke mana. Jadi meronda santai saja. Lagipun selatan Thai bukan terlalu asing bagi kami, cuma bila berkenderaan sendiri ni boleh merayap ke destinasi yang orang Malaysia jarang berkunjung... 

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK