click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, February 23, 2016

Konvoi Amal Patani 2016

Tarikh 18-21 Feb 2016

Pogram dwi tahunan anjuran Unisza..Kuala Trengganu. Jumlah peserta bermotorsikal pelbagai model dan jenama 80 -100 buah. Jumlah keseluruhan peserta termasuk pelajar dan pensyarah-Hampir 200
orang...Pihak Unisza dan Universiti Fatoni  membuat MOU ..Pelajar perubatan unisza dan Tesl akan mengadakan beberapa  pogram bersama pelajar Universiti Fatoni dan penduduk setempat sepanjang pogram ini. Kami mat motor sekadar mengiringi dan  memeriahkan majlis sambil melawat lagi selatan Thai...






Batu Rakit ditandai dengan pancang...
Di Kuala Trengganu bermalam di homestay..Bayaran ok 300satu malam..Rumah luas lagi selesa. Sementara menunggu pogram dimulakan Jumaat..sebahagian rider bersantai ditepi Pantai Batu Rakit menikmati keropok lekor sambil menghirup udara segar pantai..Kampung Batu Rakit dinamakan sempena sebuah batu yang kekal timbul di pantai ketika air pasang. Pendek cerita walaupun pasang besar sehingga menenggelamkan sebahagian pantai., batu akan tetap kelihatan timbul..Pening juga memikirkan fenomena ini




Konvoi dilepaskan jam 8 pagi terus menuju ke sempadan Golok...Jumaat, cuti umum ramai yang berurusan di imegresen. Ditambah dengan  kumpulan  besar secara serentak berurusan di kaunter. Kaunter pula tidak banyak dibuka...Terpaksa menunggu...Membawa masuk kenderaan ke negara lain sedikit leceh. Semakin leceh bila tidak membawa geran kenderaan asal..Rasanya dulu tiada peraturan ini...Terpaksa mendapatkan pengesahan pejabat JPJ.. Sekitar jam 1.00 tengahari urusan imegresen dan kastam selesai...



Bab makan di selatan Thai memang 'marvelous'....Memang sedap...Ikut pengalaman terdahulu.. semakin jauh  bergerak ke utara kesedapan makanan mula hambar...



Bermalam di Hotel Patanni..Urusan penginapan  diuruskan oleh penganjur. Makan minum tidaklah mahal..Setiap peserta dibekalkan baju seragam..Berbaloi  yuran penyertaan RM120 .

Pelajar dan staf universiti mempunyai pogram berasingan..
Mat motor melawat perkampungan sambil membersih kawasan kubur...Kami diberi penghormatan menanam pokok bunga di kawasan masjid...





Pogram mat motor tak seberapa...Pogram meraikan yang terlebih meriah...Seekor lembu tumbang untuk meraikan tetamu...Lembu disumbangkan oleh salah seorang peserta konvoi...

Majlis selesai dalam pukul 3 petang Sabtu..Terus bergerak ke Betong pekan bersempadanan dengan Pengkalan Hulu..di Perak.




Kembali ke Tanahair...3H2M Jarak perjalanan Rwg -KT 456km
KT- Sg Golok 230km
SG Golok -Pattani 153KM
Pattani-Betong 176km
Betong-Rawang-356km
Total; 1371km
Perbelanjaan tak melebihi RM700...Sangat berbaloi...

Secara peribadi setelah melawat Siam beberapa kali terasa kelainan antara sausana di sana dan tanahair...Melawat  Siam  ibarat memasuki rumah yang di tinggal lama..Terasa suram...Kelihatan berseri ketika menyeberangi sempadan tanahair..Nak dikatakan mundur infrastruktur disana rasanya lebih hebat...Betul lah tu tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat dilahirkan..hehe

Sehingga bertemu lagi dilain konvoi...


Thursday, February 11, 2016

Kebosanan..? Jom...

Banyak aktiviti boleh  dilakukan untuk mengelak kebosanan .   Bosan bermotor kita berbasikal…Puas berbasikal  kita berjalan..Penat berjalan boleh saja menggunakan kudrat  tangan…Yang  penting penuhi  masa lapang dengan aktiviti berfaedah…Aktiviti berbasikal  lebih mewarnai aktiviti riadah hujung minggu…Aktiviti paling menjimatkan selain  menjanjikan  kepuasan tidak terkata …

Berikut antara aktiviti sepanjang  pembukaan 2016.

Pengerang...

Sesekali teringin  bermotor berjarak jauh…Destinasi solo kali ini Pengerang-Tanjung Belungkur. Teringin melihat sendiri kepesatan pembangunan RAPID di Pengerang. Bermalam di JB..Pertama kali melalui Lebuhraya Senai Desaru…Puas tak puas.. terasa lebam punggung dek terlalu lama berada di atas motor...



Kebiasaannya bermotor berjarak dekat di hujung minggu  bersarapan bersama rakan..






Asyik bermotor juga membosankan. …Sementelah  hampir hari-hari bermotor.., .Berkunjung ke tempat sama untuk beriadah  juga bosan.. Ingin mencari kelainan ..Sambil mengeluarkan peluh boleh melihat keindahan alam di lokasi berbeza…Destinasi kali ini Bukit Melawati dan Taman Alam Kuala Selangor.. Yang seronoknya beriadah menggunakan kudrat  tubuh…Peluh  mencurah- curah membasahi pakaian…Terasa badan ringan…Puasss.



Namun untuk kepuasan sejati memang tak lawan beriadah berbasikal…Samada Off road maupun On Road..Berpeluh tak sebanyak berjogging tapi menguji ketahanan  minda dan fizikal…Ibarat memakan sambal  walaupun pedas tak pernah serik…Nak lagi dan lagi…!

Bestari Jaya





Ijok-Latar



Kundang - Kuang




Sungai Buaya


Memanah...

Bila saban minggu berbasikal timbul juga rasa menyampah…Kini ada riadah baru.. Memanah…Boleh lah  mengisi masa lapang.. Suatu masa pernah juga mengikuti rakan menembak dilapang sasar..Pernah  mencuba..Berbanding menembak rasanya memanah lebih  memberi kepuasan. Menembak disamping teramat mahal..terasa kurang keterujaan..Tak terasa peluru meninggalkan pistol dan mengenai sasaran… Jika menggunakn rifel  barang kali lebih memberi kepuasan …







Memanah jika tidak kena gaya habis lebam lengan terkena libasan tali busur..Boleh berulang kali menggunakan anak panah sehingga jemu...


Jom kawan-kawan apa lagi..! Marilah beraktiviti…

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK