Jemputan kahwin K.Trengganu. Lari dari kebiasaan ke Pantai Timur, kalini melalui Kuala Pilah -Muadzam- Kuantan- K.Trengganu.
Jemputan Sabtu, khamis lagi telah bergerak ke sana sesudah menghantar anak menantu dan cucu ke Klia untuk berumrah. Dah alang alang di Klia terus tidur di kawasan berdekatan dan menyambung perjalanan ke Kuala Pilah seterusnya ke pantai timur.
Tiada apa yang dikejarkan untuk ke Kuala Trengganu, menyinggah di Kemaman dan bermalam di Pantai Teluk Lipat Dungun.
Mencari tempat sarapan, beriadah santai di Pantai Sura sambil menikmati pemandangan indah pantai awal pagi.
Pantai bersih kawasan lapang banyak, di sini terdapat kemudahan air telaga, sangat sesuai jika ingin bercamping cuma kemudahan tandas awam tiada.
Banyak hotel resort maupun homestay tepi pantai pada harga mesra poket...
Pemerhatian mendapati kebersihan persekitaran Trengganu sangat bagus.










