click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, September 27, 2018

Kedai Gunting Haji Syabli Tmn Wilayah Selayang...



28hb Sept 2018

Menurut pemilik asal, kedai ini sudah beroperasi hampir 12 tahun.. Selaku pemilik baru sewajarnya kedai diberi nafas baru supaya kelihatan lebih ceria.. 

47




Langkah pertama adalah membina bilik tidur tukang gunting... Ketika ini terdapat ruang sempit yang tidak sesuai untuk tidur dua orang tukang gunting. Tuan kedai asal mengusahakan kedai ini sendirian jadi tiada keperluan untuk menyediakan bilik tidur pembantu.. 






Bahagian dalam dicat dengan tema berbelang hitam putih.. 


Bahagian depan diberi penampilan baru.. Juga hitam putih


Lampu lampu juga ditambah menuruti trend semasa... 




Bahagian dalam kini kelihatan lebih segar setelah diberi imej baru.. 


Iklan digital  dipasang untuk menceriakan sausana

Stiker berikut turut akan dipasang didinding untuk kelihatan lebih menarik 


 Peringkat akhir penonjolan imej, papan tanda tulisan timbul  bercahaya bakal dipasang menggantikan papantanda lama yg telah usang. Mengekalkan nama lama  dengan sedikit perubahan..




Kedai kami berada di 22-0-13
Jln 13/2A, Tmn Wilayah Selayang Bt Cave KL


Semoga usaha penceriaan  ini bermanfaat dan dapat menarik lebih ramai pelanggan ke kedai kami..








Monday, September 24, 2018

Mari Berkebun- Tot pokok

24 Sept 2018

Semangat berkebun datang lagi.. Kali ini ingin mencuba kaedah mudah meTot dahan pokok induk. 

Peralatan berikut disediakan terlebih dahulu

1. Tanah 
2. Tali 
3. Penggalak akar 
4. Plastik pembungkus 
5. Pisau /gunting
 6. Botol plastik




Belah memanjang sebahagian dinding botol  untuk dijadikan pemegang tanah. Buat seperti di atas. 



Lukakan dan buang kulit  dahan pokok yang ingin di tot lebihkurang seinchi.. Lumurkan penggalak akar dipangkal dahan.. 


Isi tanah terlebih dulu didalam pembungkus plastik yang diletakkan didalam botol..Kemudian pindahkan bungkusan tanah itu ke dahan yang ingin di tot.. Dengan bantuan botol ini, kerja membungkus menjadi lebih mudah kerana tanah kekal kemas didalam botol.. Sesudah selesai mengikat tanggalkan botol dan kemaskan lagi ikatan.. Hah siap... 

Ternyata mudah menggunakan kaedah ini untuk kerja me Tot dahan. 
Tak sampai 2 jam penulis berjaya me Tot 9 dahan pelbagai spesis pokok munger.. 

Semoga bermanfaat.. 

Saturday, September 22, 2018

Pantai Bisikan Bayu Tok Bali Bachok Kelantan Sept 2018..


20 Sept 2018..

Selepas Kemaman misi 3h2m bergerak ke Bachok Kelantan. 

Semasa mencari tempat makan-makan terpandang patung gergasi ini.. Selalunya patung gergasi begini sering dikaitkan dengan masyarakat siam.. Apabila menyinggah memang betul..patung ini di inisiatifkan oleh komuniti siam. Di Kota Bahru juga terdapat patung Buddha gergasi... Disana buddha berbaring, yang disini berdiri.. 






Sekembali makan terus mencari tempat penginapan... Menuju dari satu resort ke resort pilihan hati akhirnya terarah ke Tok Aman Bali Beach Resort. 




Ramai pengunjung memberi rating tinggi di resort ini cuma ramai juga yang menegur aspek kebersihan dan penyelenggaraan yang agak
 kurang dititikberatkan.. 


Resort secara keseluruhan memang cantik. 

Pagi sesudah subuh 21hb berjogging di Pantai Bisikan Bayu





Hari jumaat adalah cuti umum di Kelantan jadi ramai kaki pancing yang bermalam di pantai..

Langit berawan jadi tak berpeluang menyaksikan matahari terbit diufuk timur.. Sedar sedar sausana sudah terang benderang... 

Ketika ini yang tak diingini akan jelas kelihatan- sampah sarap


Yang paling banyak kelihatan adalah botol botol plastik.. 


Jika ini sikap kita lebih baik suruh anak berak saja dipantai.. Sudahlah lampin ditinggalkan begitu saja dicampur dengan taik sudah jadi dua kesalahan. Jika terus berak tak lama kemudian akan lenyaplah ia. Taklah sakit mata melihat sampah seperti ini.. 

Selain masyarakat perlu berubah, tender pembersihan kawasan dibawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu meluaskan kawasan pembersihan termasuk pantai pantai juga.. 

Aspek kebersihan pantai penulis beri rating 4/10..

Berakhir misi 3H2M... Destinasi berikutnya masih belum diketahui.. 



Thursday, September 20, 2018

Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman Trg 2018- D1


18hb Sept 2018

Jogging kali ini di Pantai Geliga Kemaman. Perancangan asal ingin ke Pulau Redang tapi dibatalkan kerana keadaan laut bergelora dikala permulaan peralihan monsoon timur laut. Bermula bulan Oktober pusat-pusat percutian pulau di Pantai Timur ditutup sepenuhnya.


Sebelum Kemaman, misi mencari lokasi berjogging membawa kami ke Telok Chempedak. Perubahan ketara disini keadaan pantai sangat bersih.  

Memandangkan anak- anak di KT dan Kerteh akan turut serta, kami memilih menginap dan berjogging di Kemaman. 

Sesudah subuh terus ke Pantai Geliga yang bersebelahan dengan resort penginapan kami. 





Sempat merakamkan kemunculan suria pagi diufuk timur.. 

Berjogging disini memang sangat best. 



Sausana  pagi pantai sangat mendamaikan. Secara keseluruhan walaupun tedapat juga sampah sarap keadaan pantai  agak bersih.. 



Keadaan pantai disini adalah curam, Berdasarkan keadaan pantai yang mula terhakis, ombak disini juga dirasakan agak ganas dan tentunya bahaya untuk aktiviti mandi manda.. 


Inilah penginapan kami The Kemaman Sand... Resort yang beroperasi sejak 2 tahun lepas milik Bank Rakyat. Keseluruhan penulis beri rating 7/10.



Momen paling indah sesudah berjogging, berkubang dikolam renang bersama cucu...

Apabila  berjalan bersama anak- anak kecil,  lokasi kunjungan pastinya lebih terarah untuk menceriakan mereka.. 

Zoo Kemaman..! 





Melihat sikecil terhibur kita turut terhibur.. 



Inilah burung Pegar... Baru betul bidalan Harapkan pegar, pegar makan padi.. Bukannya Harapkan pagar, pagar makan padi.. 

Antara binatang yang ada di zoo.. Kuda


Sebahagian lagi binatang di Zoo Kemaman.. Orang hutan



Siamang... 

Memang best kalau kemudahan dibawah ini masih lagi berfungsi... Kedudukannya dilereng bukit dipayungi pohon pohon hutan kelihatan sangat natural.. Caj pun murah hanya rm10 untuk bermain disini. 






Tapi sayang kemudahan rekreasi tidak lagi beroperasi disebabkan masalah keselamatan peralatan. Khabarnya kemudahan  gelongsor air bakal dipindahkan ke lokasi baru .. 

 Harimau di sangkar berdinding kaca.. 


Lagi kemudahan yang digantung perkhidmatan atas alasan dalam proses baikpulih.. Jambatan gantung merentasi sangkar harimau begitu menarik sekali jika beroperasi. 

Jambatan gantung merentasi sangkar rusa turut ditutup atas faktor sama.. 


Kemudahan kolam mandi turut disediakan. Caj murah Rm5 seorang.. 

Keseluruhan zoo penulis beri rating 6/10. Aspek kebersihan amat bagus. Jika kemudahan kemudahan rekreasi diatas pulih nescaya penulis tidak teragak agak memberi rating 9/10...Sangat berbaloi untuk dikunjungi dengan hanya caj masuk Rm10 untuk orang dewasa dan 5 untuk kanak- kanak.. Mungkin harga tiket boleh dinaikkan sikit untuk menampung kos penyelenggaraan yang mahal.. 




Tuesday, September 11, 2018

Jom jogging-Tasik Shah Alam



Misi pencarian tempat berjogging diteruskan... Untuk menghindari kejemuan beriadah ditempat yang sama, beberapa lokasi pilihan telah sebahagiannya dikenalpasti. 

Ahad 9 Sept 2018 kami berada di Taman Tasik Shah Alam.. Tasik terbahagi tiga bahagian Tengah, Barat dan Timur.. Jarak jogging trek  keseluruhan dalam 3.9km . 

Walaupun penulis pernah tinggal di Shah Alam di awal 90an dulu, sejak berpindah ke Rawang kami amat jarang beriadah di tasik ini.. Namun sesudah ini tasik ini bakal menjadi salah satu lokasi pilihan kami untuk berjogging di waktu pagi. 

Secara peribadi Taman Tasik Shah Alam lebih memberi kepuasan untuk berjogging disebabkan jarak trek yang panjang. Namun berbanding Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur, Taman  Tasik Perdana lebih memberi kepuasan halwa mata dengan landskapnya yang lebih menarik. 






Pokok pokok yang mulai matang menjadikan tasik ini sesuai untuk beriadah walaupun agak lewat pagi.. Sausana tasik begitu nyaman sekali. Pemandangan dan kicauan unggas unggas menambahkan keceriaan taman. 





Banyak kemudahan rekreasi selain berjogging disediakan di sini. Pengunjung boleh bersantai bersama keluarga ditempat tempat seperti ini... 







Beriadah boleh dijalankan secara bersendirian atau berkumpulan... Pengunjung boleh saja memilih lokasi lapang yang banyak terdapat di tasik ini.. 


Masjid biru Shah Alam.. 


Sebahagian bangunan pencakar langit  melatari tasik... Penat berjogging boleh melepaskan lelah sambil menikmati pemandangan indah


Kawasan tasik sesuai untuk segenap lapisan umur.. Taman permainan kanak- kanak untuk anak-anak..


Tandas tandas awam disediakan.. Tahap kebersihan C. 




Kerja kerja menaik taraf sedang dijalankan untuk mengindahkan lagi kawasan tasik. 

Pihak PBT dicadangkan menyediakan pancuran air minuman percuma dilokasi lokasi terpilih.. Dengan kemudahan ini diharap kuranglah pembawaan botol botol air plastik ke kawasan rekreasi seterusnya mengurangkan pencemaran  sampah. 

Sesudah beriadah kita boleh  bersarapan direstoran- restoran pilihan yang banyak terdapat si Shah Alam... Pagi Isnin itu kami menjamu selera lontong di restoran  Seksyen 7..

Sambil menjamu selera, mendengar nyanyian artis jalanan.. 


Misi mencari kawasan rekreasi akan diteruskan sesudah ini... Jom jom jom






CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK