Model Kembara/Daihatsu Terios, masih kelihatan dijalanraya. Terpandang model-model lama segera teringat cakap-cakap yang mengatakan di Jepun kenderaan wajib dilupus apabila mencapai usia tertentu, sebab itu banyak kenderaan recond atau kenderaan potong dieksport ke negara lain termasuk Malaysia, rupanya itu hanya mitos.
Saturday, November 18, 2023
Jom Jepun-Inspirasi Jepun..
Model Kembara/Daihatsu Terios, masih kelihatan dijalanraya. Terpandang model-model lama segera teringat cakap-cakap yang mengatakan di Jepun kenderaan wajib dilupus apabila mencapai usia tertentu, sebab itu banyak kenderaan recond atau kenderaan potong dieksport ke negara lain termasuk Malaysia, rupanya itu hanya mitos.
Friday, November 17, 2023
Jom Jepun-Berakhir Ronda-Ronda Jepun
Alhamdulillah sampai tanahair 16hb Okt ..flight pukul 11.55 mlm dan tiba 6.30 pagi Klia 2.
Pertama terfikir nak mandi, selama 15 hari di Jepun hanya 3 hari mandi sempurna, hari lain main lap dengan tuala basah. Di sana dingin tak terasa masam, menjejakkan kaki di Malaysia terasa melekit satu badan dan masam, kasihan orang bersebelahan di kenderaan awam, mujur aircond sejuk, dapat kurangkan bau menyengat..
Tiket ERL dalam RM9 seorang Klia2-Putrajaya Sentral, manakala MRT Putrajaya Sentral-Sg Buloh yang jarak berkali ganda jauh hanya RM6.5 seorang. Tambang teksi S. Buloh-Rwg dalam RM30. Untuk akan datang rasanya akan menaiki pegangkutan awam saja ke KLIA..murah dan mudah. Tak payah fikir siapa yang akan menghantar, atau jika berkenderaan di mana mau parking. Tiada jem. Tiada tol
Thursday, November 16, 2023
Jom Jepun - Shinkansen
Mengakhiri ronda ronda, bersarapan roti berinti telur dan keledek Jepun.
Wednesday, November 15, 2023
Jom Jepun D14- Toba In Ise Shima
Penginapan D14, caravan D12
Roadside Station Misugi, Mie
Memandu berpandukan sepenuhnya dengan google map...hutan, gunung, sawah, perumahan, kampung semua diredah tanpa bantahan. Kelemahan cara ini kita langsung tidak mengambil tahu arah kompas, utara selatan timur maupun barat..
Pemanduan malam tadi bergerak bertentangan arah dari destinasi sepatutnya, setibanya ke destinasi baru perasan, bila terpampang papan tanda Osaka, arah selatan sedangkan sepatutnya kami ke Utara menghala Tokyo. Ermm berpatah balik semula. Rugi 1 jam. Hampir 9 mlm baru tiba di penginapan, lalu lintas sudah sangat sunyi. Hentian bermalam agak terpencil, kurang 5 kenderaan bermalam di situ.
Bersama pemilik restoran, biarpun berusia 92 tahun kelihatan masih gagah...menyelam sejak umur 10 tahun hingga 80 tahun.
Menuju penginapan selanjutnya menaiki feri, dapat menjimatkan masa berbanding memandu di laluan darat .
Malam menginap di RnR Michi-no- Eki Shirasuka..

































































