Sunday, January 31, 2021

Memahami Sistem Penyejukan Kenderaan...

Membaiki perkakas elektrik simple, sudah boleh..walaupun merangkak. Kini semangat beralih untuk mengetahui bagai mana sistem kenderaan berfungsi...pengetahuan penulis mengenai enjin kenderaan juga  KOSONG..Hairan juga kenapa sebelum ini tidak terdetik untuk mempelajarinya.

Permulaannya ingin belajar sistem penyejukan enjin melalui perkongsian UTubers. Geram, kereta kancil dah beberapa kali dihantar ke bengkel tapi masalah oveheating tidak selesai selesai. Banyak juga telah berhabis.

Setelah belajar baru memahami bagaimana komponen2 berkerja disepanjang line sistem penyejukan kenderaan. Konsep yang sangat mudah difahami. Dah tau apa nak buat jika kenderaan mengalami masalah ini.




Aliran air berserta coolant digerakkan oleh PUMP, bergerak dari RADIATOR melalui HOSE UTAMA di BAWAH radiator memasuki blok dan keluar blok enjin untuk dihubungkan semula melalui HOSE ATAS radiator, membentuk satu pusingan lengkap.


THERMOSTAT berada dihujung hose pintu masuk blok enjin dari radiator bawah.

Fungsi thermostat adalah mengawal air yang perlu masuk ke  blok enjin untuk tujuan penyejukan...

Ketika suhu dan tekanan diblok enjin mencapai bacaan tertentu, thermostat ini akan terbuka kerana terdapat sistem kekunci untuk mengalirkan air masuk kedinding blok untuk tujuan penyejukan.

Jika sistem kekunci thermostat rosak air tidak boleh/tidak lancar mengalir ke blok. Ketika kenderaan bergerak,  enjin disejukkan oleh angin. Dalam keadaan statik air yang tidak dapat memasuki blok akan menyebabkan suhu blok tinggi dan overheat.

Boleh buang thermostat ini tapi akan mengganggu prestasi enjin disebabkan kebuk pembakaran memerlukan tekanan dan suhu tertentu untuk berfungsi dengan prestasi baik.

Ketika air meninggalkan blok, terdapat juga SENSOR KIPAS yang akan mengaktifkan KIPAS untuk menyejukan air di radiator...hanya pada suhu tertentu kipas akan aktif..bila suhu diblok turun diparas tertentu..kipas akan berhenti berpusing....

ON/ OFF kipas dan thermostat untuk memastikan suhu blok berada pada keadaan ideal enjin untuk berfungsi dengan baik...terlalu tinggi sistem akan ON, rendah dari suhu dan tekanan dikhendaki, sistem penyejukan akan OFF.

Untuk sistem penyejukan yang baik, pengaliran cecair penyejuk keluar masuk antara blok dan radiator yang dihubungkan melalui HOSE mesti lancar dan tiada kebocoran.

PENUTUP Berkekunci, radiator turut berperanan mengawal tekanan di radiator...bila tekanan terlalu tinggi kekunci akan terbuka untuk mengalirkan air melalui hose ke bekas air kecil bersebelahan bekas air wiper. Terdapat paip overflow disini.

Jika komponen sepanjang sistem penyejukan berfungsi dengan baik sepatutnya tiada masalah overheating.

Dalam senario teruk, terdapat kebocoran diblok enjin. Mungkin gasket terbakar atau kepala blok telah bengkok atau pun terdapat keretakan pada blok...ini juga punca kenapa sistem penyejukan gagal.

Selalunya minyak hitam akan berbuih jika terdpt campuran air diblok...

Minyak hitam juga membentuk sebahagian komponen penting dalam sistem penyejukan enjin.

Hah mudah bukan..semua orang boleh memahami...


Thursday, January 28, 2021

Baiki Air Fryer, Pressure Cooker dan Cerek

Wakaf di perkarangan rumah kini dijadikan tempat membaiki perkakas elektrik...



Harini 3 barangan letrik yang dah lama terperuk di stor, dipunggah semula untuk dibaiki...

Hot Water Dispenser -cerek berfungsi cuma pam bermasalah

Air fryer - dibagitau tak berfungsi

Pressure cooker - tak berfungsi

Sepagian memeriksa dan menguji fryer dan pressure cooker.


Kotoran merah didinding casing adalah kesan darah jari yang terluka terkena bahagian tajam casing ketika cuba membukanya ..begitulah sukarnya membuka casing.

Fryer dah kena lerai baru dapati litar adalah sempurna ...Api disetiap jalur  ada., fius juga sempurna..Masalah sebenar bukannya fryer tapi adaptor. Apabila ditukar kepala plug, air fryer terus  berfungsi...Fuhh..

Punyalah seksa  meleraikan casing sehingga  sebahagian klip penyangkut patah...Kedudukan papan litar sangat sukar di akses, terpaksa membuka sekru dipelbagai peringkat, satu persatu..

Jika diambil inisitif memeriksa dahulu adaptor air fryer, rasanya tiada keperluan meleraikan periuk. Disebabkan baru pandai mencuba membaiki peralatan elektrik, terlupa langkah awalan yang sepatutnya didulukan.

Tapi tidak mengapa, setelah menguji sirkit akan memberi keyakinan pasti bahwa bukan  fryer yang bermasalah...

Disebabkan dulu jahil, 'air fryer'  di beli lagi walhal yang disangkakan  rosak tak pun rosak  sebenarnya...

Bila memahami sirkit kita akan mengetahui  jalur yang mengalirkan arus elektrik disetiap komponen di sirkit peralatan terbabit.

Setelah mahir nanti tiada keperluan menguji semua jalur .

Selalunya barangan elektrik ni fuse saja yg bermasalah..Jika sirkit itu diibaratkan rantai yang berhubung, fius adalah sambungan paling lemah dan segera terputus jika terdapat lonjakan arus letrik disirkit untuk memelihara sirkit dan komponen lain daripada rosak. Berbanding komponen lain, fuse adalah tersangat murah.

Cuma geram tadi mencari fuse fryer tersangatlah sukar sehingga terpaksa melerai satu persatu periuk sebab fuse tersorok dilapisan paling bawah... 




Selalunya fuse berada di  permulaan jalur POWER...tapi fuse fryer ini tersorok dan berada dijalur NEUTRAL paling hujung/permulaan sirkit.
Rekabentuk keseluruhan yang tak mesra pengguna.

Jika kita memahami konsep arus elektrik AC ( Alternating Current) kedudukan fuse tidak begitu penting samada berada dipermulaan jalur POWER atau dihujung jalur NEUTRAL kerana arus AC sentiasa berubah haluan melalui jalur L dan N.  Kedudukan dihujung atau awal litar, fungsi fuse tetap sama.



Mujur mencari fuse pressure cooker senang...Bukak penutup ruangan sirkit terus menjumpai jalur fius. Sah...fuse saja yg terbakar...kapasiti fuse lebih kurang sama dengan fuse periuk nasi yang telah dibeli online. Mujur membeli beberapa biji fuse.

Untuk mereka yang mahir, berjaya membaiki peralatan elektrik tiada apa yang dihairankan..Untuk yang baru belajar seperti penulis, berjaya membaiki peralatan elektrik adalah kejayaan yang memberi kepuasan.

Wednesday, January 27, 2021

Baiki Periuk Nasi Elektrik...

Hah kan betul...tidak sia-sia belajar ilmu berkaitan arus elektrik .

Setelah menguji motor mesin basuh.., kalini membaiki periuk nasi elektrik pula.

Langkah pertama buka Utube mencari 'line diagram' litar periuk nasi. Walaupun terdapat pelbagai model periuk nasi kebiasaannya konsep mereka tidak banyak berbeza.



Melihat litar yang ringkas boleh menjangka kerosakan apa yang terjadi. Dijangkakan yang rosak adalah thermal fius.

Setelah membuka casing periuk terdapat kesan terbakar pada kabel bumi..Keyakinan rosak di fius makin tinggi..




Sah...ujian kabel dijalur fius menggunakan multimeter menunjukkan tiada aliran arus dikesan. Fius yang diuji juga gagal memberikan bacaan.

Mudah tak...Periuk nasi yang digunakan tak sampai beberapa bulan, gagal berfungsi dan hampir dibuang, kini berjaya digunakan semula. 



Thermal fius yang terbakar berkapasiti 155 darjah celcius. Maka beli beberapa biji fius yang terhampir kapasiti 142 dan 165 darjah celcius
 di shoppe cuma bernilai rm1.90 sebiji.

Ada lagi peralatan letrik yang akan cuba dibaiki..iaitu Air Fryer, Pressure Cooker dan Cerek elektrik ..

La la la la...

Tuesday, January 26, 2021

Mesin Pencacah Ranting(Shredder)

Antara perkakas eletrik domestik mudah difahami berfungsi adalah mesin basuh. Sistem utama adalah motor dan papan komputer.

Papan komputer kita tolak tepi kerana memerlukan kepakaran khusus...jika rosak yang ini lebih berbaloi menukarnya, selain ini sistem lain boleh dipelajari dengan mudah..Sebarang kerosakan kecil boleh cuba perbaiki sendiri.



Semangat berjaya membaiki kipas, otak segera terarah ke mesin basuh yang dikatakan oleh technician dah tidak berbaloi dibaiki...Badan mesin basuh kini dijadikan tong menyimpan guni dedak ayam..hehe.

Motor utama mesin basuh yang bermasalah, motor spiner dibagitau masih elok..Dah ada multimeter ni mudah untuk mengujinya, sah motor masih elok..dah lama ditanggalkan sebab dulu berangan nak buat mesin pencacah ranting/daun pokok menggunakan motor ini.

Idea ada tapi ilmu tiada...Bila belajar dan memahami serba sedikit bagaimana motor berfungsi semangat membuat mesin pencacah  menjelma kembali.

Membeli mesin pencacah siap bukan murah, ribu riban juga...Pening memikirkan nak membuang sisa ranting dan daun setiap kali mencantas rimbunan pokok keliling rumah..Duduk di taman awam mana ada kawasan membuang sisa-sisa pokok sebegini.. Menunggu orang Majlis kutip lambat sangat...

Berjaya membuat mesin nanti, ranting dan daun pokok-pokok  boleh dihancurkan menggunakan mesin ini, konsepnya sama macam blender atau pengukor kelapa kat dapur tu...Cuma yang ini bersaiz  besar dilengkapi motor lebih bertenaga untuk menggerakkan  pisau pencacah yang besar.

Sesudah dikisar, keringkan dan campurkan dengan  tahi ayam untuk dijadikan baja kompos...

Wah canggih gituu...


Saturday, January 23, 2021

Memahami Konsep Aliran Letrik di Litar.

Penulis  berpengetahuan hampir sifar berkenaan letrik. Kesempatan musim PKP mempelajari ilmu tersebut dan alhamdulillah sekarang boleh memahami bagaimana arus elektrik mengalir di litar. 

Penulis ingin berkongsi ilmu dalam episode pembelajaran membaiki kipas. Walaupun nampak mudah tapi memahami konsep aliran arus letrik dilitar akan memudahkan kita mencari penyelesaian sebarang kerosakan pada peralatan lektrik.. 

Diharap dengan perkongsian ini, ilmu yang dipelajari kekal melekat dikepala.

1. Loop/litar elektrik sama saja konsep seperti loop paip air...Jika membuka pili tapi air tidak keluar ditempat dikhendaki bermakna ada kebocoran sepanjang jalur itu...loop letrik pun sama. Pengujian arus letrik adalah menggunakan multimeter atau test pen.

2. Suiz bertindak seperti pili air untuk kawal arus letrik keluar dan masuk..

3.. Kapasitor ibarat tangki air..untuk menyimpan air/ caj elektrik..apabila air/letrik sentiasa tersimpan di sini , air/letrik akan segera memenuhi litar walaupun punca utama  air/letrik baru saja buka.

4. Kelajuan putaran  motor bergantung kepada kekuatan tenaga dijana oleh dynamo...lagi tinggi tenaga dibekalkan ke dinamo lagi laju kelajuan motor...

Untuk peralatan dengan pelbagai kelajuan seperti kipas, untuk meninggi/rendahkan tenaga bagi mencapai kelajuan dikhendaki, kabel akan dihubungkan di loop dinamo yang berbeza...

Kalau faham konsep ini kita akan sangat mudah mengenal pasti masalah walaupun kabel berselirat...yang penting cari jalur betul..

Selepas dari ini ingin belajar membaiki perkakas yang lain pula pula...Semangat hehe

Membaiki Kipas Dinding

Kipas angin  antara peralatan elektrik yang hampir pasti ada disetiap rumah dan seringkali rosak. Penulis teruja membaiki sendiri kipas angin.

Pembelajaran selama beberapa hari adalah melalui Utube dan juga rakan secara online.

Untuk benar-benar memahami  konsep kipas angin berfungsi, penulis mengikuti pembelajaran bermula dari penggulungan kabel tembaga dinamo sehinggalah melengkapkan loop litar pendawaian untuk sebuah kipas berfungsi.

Setelah mempelajari teori selama beberapa hari berpindah ke praktikal.

Untuk tujuan praktikal, penulis meleraikan kipas dinding yang masih berfungsi untuk mempelajari skema pendawaian litar dan dibandingkan dengan ilmu teori. 




Setiap jalur ditanda untuk memudahkan pemasangan semula.

Semasa memasang semula, entah apa berlaku, kipas angin yang asalnya berfungsi, gagal berfungsi. Ini yang dikatakan tikus membaiki labu.



Kembali semula mengikuti perkongsian teori untuk mengetahui kenapa kipas gagal berfungsi. Mendalami lagi skema pendawaian.

Kemudiannya menguji lagi setiap jalur bagi memastikan tiada kabel terputus menggunakan multimeter. Hampir berputus asa setelah cuba mempraktikkan ilmu teori sedangkan kipas tetap gagal berfungsi.




Mendalami ilmu teori lagi. Setelah beberapa hari mencuba, akhirnya kipas berjaya berfungsi semula..Fuhh lega. 

Dua kerosakan utama dikenal pasti.

1. Sambungan kabel neutral didalam kepala soket longgar. Kekadang ada dan tiada arus elektrik dilitar. Ketatkan skru litar menjadi sempurna. Kerosakan mudah




2. Kerosakan kedua lebih advance, terputus kabel halus dinamo. Untuk mengenal pasti kerosakan ini memerlukan pemahaman skema litar dengan sangat mendalam...betul-betul menguji kefahaman ilmu teori.

Kabel terputus ini adalah untuk jalur mengawal kelajuan kipas paling perlahan.

Mengenal pasti dan setelah wayar halus disambung dan kipas kembali berfungsi, sangat memberi kepuasan luarbiasa, bermakna teori dan praktikal dapat dipraktikkan dengan jayanya.

Ada rahmat disebalik putusnya kabel halus di dinamo iaitu untuk memantapkan kefahaman skema litar keseluruhan. Dengan pemahaman mendalam, bolehlah menguji kerosakan peralatan lain pula nanti. Walaupun perkakas berbeza tapi konsep tak lari...


Friday, January 22, 2021

Mari Belajar Berkaitan Elektrik...


PKP 2 bakal disambung lagi sehingga 4hb Feb 2021. Aktiviti kita diluar terbatas. Kita kena manfaatkan waktu terluang dirumah.
PKP kaliini penulis ingin mempelajari perkara berkaitan dengan elektrik. 

Pengetahuan penulis mengenai elektrik adalah hampir sifar. Pembelajaran bermula dari dasar. Belajar melalui Utube...

Sesudah faham bagaimana sistem  elektrik berfungsi, penulis ingin membaiki sendiri peralatan-peralatan elektrik domestik.



Untuk tujuan ini selain test pen, peralatan multimeter wajib di beli...Banyak perkara berkaitan bacaan elektrik perlu dibaca dan diuji menggunakan peralatan ini. 

Alat ini dibeli dengan harga RM25..untuk yang mahal beratus pun ada tapi untuk kegunaan santai beli yang murah sudah memadai.

Jika selama ini banyak peralatan letrik yang gagal berfungsi dibuang atau dihantar ke kedai untuk dibaiki, kesempatan kalini penulis ingin mengubah senario itu.

Banyak peralatan elektrik mudah dirumah yang boleh diperbaiki sendiri. Permulaannya perbaiki peralatan mudah seperti 'Extension' . Jika jahil, kita tak teragak-agak membuang dan membeli baru ketika mendapati extension tidak berfungsi walhal kerosakan adalah sangat minimal. 

Ditambah dengan harganya yang agak murah, ringan saja tangan untuk membakul sampahkannya.




Setelah belajar, banyak juga extension yang penulis berjaya kembalikan fungsinya.

Sesudah ini penulis ingin belajar memperbaiki barangan yang lebih advance seperti kipas dan begitulah seterusnya  perkakasan lazim seperti blender, mesin basuh, penghawa dingin dll. 

Bukan mudah tapi tiada yang mustahil jika bersungguh mempelajarinya.




Coretan akan datang ikuti bagaimana penulis berjaya membaiki kipas dinding melalui pembelajaran Utube...Kerosakan advance yang hanya boleh dibaiki jika kita hanya benar- benar faham konsep keseluruhan  kipas berfungsi...


Wednesday, January 13, 2021

Kancil oh Kancil 2

Pkp datang lagi. 13hb-26hb Jan 2021. Kali ni tak taulah berapa kali pkp bakal disambung . 

Dalam masa 2 minggu ni rasanya hanya berupaya untuk mengekang jangkitan diluar kawalan  sehingga mengatasi keupayaan hospital menangani jumlah pesakit namun bilangan jangkitan harian dijangka masih sukar untuk dikawal dibawah 2 angka.  

Selagi vaksin tidak dibekalkan selagi itulah kita kena hadapi wabak ini. PKP yang tidak berkesudahan hanya akan memberi kesan ekonomi yang maha dahsyat.

Pkp tak pkp hidup perlu diteruskan. Kancil penulis dah diperingkat akhir mengecat, nak tarik balik dah terlambat. Rasanya jika pkp diistiharkan sebelum kereta dihantar ke bengkel, harus kerja mengecat ditangguhkan untuk penjimatan wang.

Melayan main  kenderaan sebenarnya mengasyikkan...Semakin dilayan semakin kecanduan. Kancil ini dah mulai termasuk senarai kenderaan 'rare'. Semakin tua semakin digilai orang. Macam motor RXZ, RXS kekadang menong memikirkan orang sanggup berhabis untuk membeli kenderaan lama ini. 

Melihat senarai harga barangan kancil macam mesra poket tapi bila dihimpun boleh tahan juga duit yang dah melayang. 

Mulanya nak dijual,  tak ada orang yang beli. Kini kereta sedikit demi sedikit dibaiki. , semakin sayang untuk dilepaskan. Minyak sangat jimat , isian rm30 rasa macam tak habis habis...

Setelah lama tersadai keseluruhan sistem brek dan hose radiator kancil dibaiki melibatkan kos dalam rm750 . 



Peringkat ke 2 mengecat komponen komponen dalaman secara DIY, menyolek sedikit stereng, hampir seratus  juga habis.

Setelah diuji tiada lagi peningkatan suhu kenderaan, terbit keinginan menaik taraf keseluruhan sistem suspensi depan belakang, sistem mounting enjin, sistem pengendali roda dan stereng, lampu dan beberapa lagi penambahbaikan. Bajet asal bawah seribu, bila dah itu ini  upgred, kos melonjak  hampir m1800.


Peringkat ke 4 menghantar ke bengkel mengecat untuk menukar baju lama yang tersangat kusam. Rm2000 bakal bertukar tangan.

Nk bagi cantik spoiler pun dibeli Rm Rm113


Bila dah keluar bengkel cat nanti harapnya dapatlah aura kereta mini  sebab cat tiru sebiji macam kereta mini.

Sesudah mengecat banyak lagi yang boleh di upgred. Dah intai-intai dalam grup Fb pengalaman mereka yang menukar enjin turbo dan gearbox...Gearbox yang sekarang pun dah lembam semacam, kena tunggu beberapa minit sebelum boleh masuk gear. Kalau beli halfcut 5k setel.. enjin turbo dan gearbox siap tukar nama JPJ. 



Katalah diikutkan juga nafsu, rasanya tak akan berhenti disitu...terdapat jualan aksesori dalaman  menukar keseluruhan papan pemuka/dashboard, papan hiasan pintu, bumbung dll kancil dengan harga tak sampai Rm1500. 

Sportrim 12in pun macam cantik saja jika ditukar yang lebih besar 14 in..biar nampak garang hehe..

Fuh memang gila kalau hidup bersandarkan nafsu...Nasib baik Kancil, bayangkan jika gila main dengan kenderaan berjenama premium ...Patutlah manusia sentiasa tak cukup wang huhu...


Thursday, January 7, 2021

Pantai Morib Banting Selangor...

Setelah Bukit Jugra, beredar ke Pantai Kelanang dan Pantai Morib. Sambil bersantai  ingin melihat  perubahan yang telah dibuat ke atas tempat-tempat tumpuan Selangor.


Tidak ramai pengunjung pada hari hari biasa. 



Gerai-gerai mini juga sepi ...suasana yang berbeza ketika hujung minggu dan cuti umum. 

Penulis mengimpikan terdapat tempat-tempat makan mega  yang menghidangkan pelbagai menu makanan laut. Pihak PBT perlu mengorak langkah kearah itu untuk mempopularkan lagi destinasi makan-makan Morib..untuk sentiasa menarik pengunjung JJCM, gerai-gerai mini adalah tidak memadai..


Mencuba mee Bandung special disalah satu gerai..rasa ok setara dengan mee bandung ori Muar cuma harga sepinggan Rm12 agak mahal.


Ketika air pasang, di Pantai Kelanang terdapat juga pantai berpasir, di Morib hanya persisiran berbatu yang kelihatan. Kedua dua pantai tidak sesuai untuk mandi manda kerana air yang keruh berlumpur.

Di Morib disediakan laluan kejat konkrit sepanjang 400m persisiran pantai berbatu. Sesuai untuk jalan-jalan santai dan melepak  sambil menghirup udara pantai. Ketika petang boleh menyaksikan matahari terbenam.

Ketika surut sebahagian pantai berlumpir boleh di akses, ketika ini boleh  beraktiviti di pantai seperti mengutip ketam..bermain bola pantai dsb. 

Secara keseluruhan kemudahan disediakan adalah bagus...Ada taman permainan kanak-kanak, surau, wakaf, gerai-gerai , kawasan berpokok dan berumput dsb..Kebersihan dan kekemasan juga lebih baik berbanding kunjungan terdahulu..

Penulis beri rating 6/10 untuk Pantai Morib manakala Pantai Kelanang rasanya 3/10 sudah memadai, masih banyak penambahbaikan diperlukan disini.

Wednesday, January 6, 2021

Bukit Jugra, Banting Selangor...

Destinasi ronda- ronda kali ini adalah Bukit Jugra. Satu-satunya bukit yang terletak hampir dengan muara Sungai Kuala Langat. Di puncaknya terdapat rumah api sebagai petunjuk kapal- kapal yang melalui  perairan berhampiran. 

Di puncak juga terdapat kem askar cuma tak pasti samada masih digunakan lagi kerana keadaannya kosong seolah terbiar.

Dua aktiviti riadah utama Bukit Jugra adalah hiking dan paragliding.

Pada ketinggian 120m dari aras laut, pendaki pendaki novis menjadikan bukit ini sebagai lokasi dakian mereka dihujung minggu. Untuk ke puncak pendaki boleh memilih untuk melalui jalan bertar atau untuk lebih mencabar melalui trek offroad. 



Bukit Jugra juga terkenal dengan aktiviti paragliding...Kedudukan bukit yang menghadap muara sungai dan laut memberikan kelebihan tiupan angin untuk aktiviti tersebut.

Dipandu kapten profesional paragliding dibuka untuk tonggangan orang awam dengan caj Rm250 seorang.


Selain melawat puncak Bukit Jugra, terdapat tempat lawatan bersejarah lain di kaki bukit seperti muzium, masjid dll


Dari puncak bukit dihidangkan pemandangan menarik tanah lembah dan laut.


Aspek kekemasan dan kebersihan di puncak memuaskan, cuma aspek ini  untuk ke puncak, sekurang kurangnya di kiri kanan bahu jalan, bermula  dari Pekan Jugra perlu ditingkatkan. Tak sepatutnya destinasi yang disenaraikan sebagai lokasi menarik Selangor dibiarkan selekeh sedemikian. 

Destinasi selepas ni ialah Pantai Kelanang dan Pantai Morib...



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK