Tuesday, March 30, 2021

Taman Rekreasi Telaga Tujuh Serendah...


Secantik macamana pun sesatu tempat jika saban waktu berkunjung ke tempat yang sama iyanya akan nengundang kebosanan. Apatah lagi jika kunjungan itu semata-mata  untuk riadah. Sudahlah berat untuk melangkah, ditambah dengan kunjungan tempat yang sama, akhirnya riadah sekadar hangat-hangat taik ayam..

Untuk tujuan ini penulis sebolehnya ingin beriadah ditempat berbeza. Jika bukan pkp akan mencari tempat luar kawasan walaupun terpaksa bermalam.. Sambil menyelam, sambil minum air. Meronda tempat orang sambil jalan-jalan cari makan,  diawal pagi berjalan santai mengelilingi kawasan rekreasi menarik.

Hariini kunjungan riadah kami adalah  Taman Rekreasi Telaga Tujuh Serendah, Rawang berjarak 17km dari kediaman kami. Selalu dengar nama tempat ini, kesempatan kaliini ingin mengetahui kenapa dipanggil telaga tujuh.


Keunikan empangan mini ini adalah air melempah melalui 7 buah telaga sebelum  dilepaskan ke sungai.

Tak pasti apa kelebihan kaedah ini berbanding  empangan biasa dimana air akan melimpah melalui sisi dinding empangan.

 Mungkin air yang terjun  melalui telaga akan memberi  sedikit tekanan ke dinding berbanding air yang terus terjun melalui sisi dinding .


Empangan dipercayai dibina sejak lebih 100 tahun dahulu. Empangan ini dibina  untuk menyokong perlombongan industri timah waktu itu dan mengawal banjir yang mudah berlaku di Serendah. 

Kini persekitarannya dijadikan taman rekreasi awam.

Berbanding taman rekreasi lain yang berlandskap dan mempunyai jogging trek bertar, disini keadaannya sangat asas sekali.  


Jogging trek tanah menyusuri tebing sungai  sebelum berkongsi dengan jalan bertar awam

Ada usaha mengindahkan tebing sungai dengan tanaman pokok bunga hiasan.


Sebahagian plot kosong ditepi sungai juga dimanfaatkan oleh individu persendirian untuk menanam pokok bunga melur. Melalui kawasan ini dapat menghidu bauan wangi yang menyegarkan.


Syoknya disini terdapat laluan berbukit  agak curam dikelilingi kehijauan,
yang akan menguji stamina pengunjung. Suasana yang sangat nyaman sekali.

 
Ermm rupanya  di puncak bukit terdapat jirat cina.

Sayang sungguh tempat menarik berpanorama indah sepatutnya dinikmati oleh orang yang hidup.

Tapi kepercayaan masing masing menganggap yang mati juga perlu menikmati apa yang orang hidup nikmati..

Mengelilingi trek keseluruhan dalam 3-4km cukup memberi kepuasan.

Sesudah berpeluh apa lagi... kita melahap lah sarapan diwarong berhampiran.

Monday, March 29, 2021

Sambal Goreng Bunga Kantan



Sebagaimana sambal goreng berperisa halia, rasanya tak ramai yang pernah mencuba sambal berperisa  bunga kantan. 

Harini penulis menuai 14 kuntum bunga kantan dibelakang rumah. Sedang musim bunga barangkali, pokok kantan sedang galak berbunga. 

Daripada bunga kantan terbiar kering, terbit idea meminta orang rumah memasak sambal berperisa bunga kantan pula. 

 Google di internet, rupanya memang ada resepi yang dikongsi pengguna..
 Nak sambal basah boleh, kering pun boleh.

Berdasarkan perkongsian resepi, pembuatan sambal serupa macam buat sambal biasa saja.

 Dah nama pun sambal, bahan asas mesti tak tinggal cili, bawang merah, bawang putih, ikan bilis,  garam, gula, asam keping/jawa, cuma bunga kantan yang digoreng asing dicampurkan di akhir penyediaan...

 Kalau sambal  kering setiap bahan digoreng garing berasingan pastu digaul rata atas api ..


Musim hujan, makan nasi panas berlaukkan sambal kantan begitu saja pun tetap berselera...Kalau ada ikan terubuk pekasam goreng, wahh memang betul- betul mantul..Penulis dah cuba...

Cubalah hehe...

Saturday, March 20, 2021

Taman Rekreasi Gamuda Garden...

Berjogging adalah riadah yang perlu diperuntukkan waktu melainkan aktiviti harian memang sentiasa bermandi peluh maka berjogging adalah pilihan.


Taman rekreasi kunjungan penulis baru ni adalah di kawasan perumahan baru Gamuda Garden Kuang, Selangor. Iklan kawasan perumahan baru ini sudah lama terpampang di billboard tepi lebuhraya, tapi hanya terdetik untuk berkunjung ke situ semasa menghadiri majlis perkahwinan anak rakan di dewan kawasan perumahan tersebut.

Melihat kepada akses ke taman perumahan itu yang begitu sederhana tak menyangka pembangunan didalamnya begitu luas sekali.

Rumah-rumah pelbagai jenis samada landed maupun apartmen sedang giat dibangunkan. Pusat beli belah mega juga bakal terdapat disana. Melihat kepada saiz pembangunan yang dirancang dijangka kawasan ini bakal menjadi bandar baru tumpuan untuk penduduk- penduduk taman taman perumahan persekitaran.


Apa yang menarik perhatian penulis adalah kawasan rekreasi luas yang terdapat disini.

Tasik dan kawasan rendah dijadikan lembah tadahan air saliran taman sebelum disalirkan ke sungai .


Kawasan lembah diolah dan diindahkan untuk menjadi taman rekreasi mega.



Konsep 2:1 yang cuba diterapkan dikawasan-kawasan perumahan membentuk satu ekosistem yang lestari..


Kini banyak pemaju cuba menerapkan konsep ini untuk menarik pembeli, membeli rumah yang ditawarkan


Di kawasan perumahan berjiran dengan taman penulis, pemaju juga cuba menerapkan konsep ini walaupun tidak seluas kawasan rekreasi di atas.

Terkejut melihat perubahan setelah lama tidak berkunjung kerana PKP.

Bila banyak alternatif venue, riadah akan menjadi lebih seronok.

Tuesday, March 9, 2021

Kiosk Gunting Bas Mini Bakal Kembali...

Yea itulah harapannya..Setelah hampir setahun kiosk gunting terbiar begitu saja, nampaknya ada sinar baru jika segala yang dirancang menjadi kenyataan.

Memang tak sanggup melalui lokasi premis lama.. Dulunya meriah siang malam kini ibarat premis berhantu.

j
Kiosk gunting bakal berpindah ke lokasi baru.

Terlalu banyak liku perlu ditempoh untuk mengekalkan premis ditapak lama.

Halangan terbesar pastinya mendapatkan lesen PBT. Syarat-syarat yang tersangat sukar untuk dipenuhi.

Memperolehi kebenaran menduduki tanah rezab antara penghalang memenuhi syarat lesen. Siapa dan dimana harus dituju...Jika diketahui sekalipun tiada kepastian bila kebenaran boleh diperolehi melainkan kita kenal orang dalam.

Sebab itu malas memikirkan perkara ini dulu, penulis redah saja beroperasi tanpa lesen. Risiko pasti ada...tapi berbaloi dapat beroperasi hampir 3tahun sebelum premis disita. Itupun kesalahan berkaitan melanggar perintah PKP bukannya disebabkan beroperasi ditanah rizab tanpa kebenaran.

Cuma bila telah disita terdapat kesan psikologi yang menghalang untuk meneruskan operasi dengan aman damai di tempat sama...

Maka beralah itu lebih baik.

Belajar dari episod terdahulu, lokasi baru dikenalpasti dan penguasa tanah dijejaki.

Lokasi strategik dipinggiran jalan besar berkependudukan padat. Permohonan telah dikemukakan dan hasil perbincangan dengan pihak penguasa tanah, memberi tanda positif, maka lesen PBT In Sha Allah boleh diperolehi.


Harap-harap sebelum Ramadhan premis dilokasi baru boleh beroperasi...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK