click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, August 28, 2019

Tanam Pokok Betik dan Keledek Dalam Tong...

Entry kali ini penulis ingin menulis lagi mengenai berkebun keliling rumah...Sentiasa bersemangat untuk berkebun setelah menonton perkongsian minat yang sama di Utube.

Sebenarnya tidak memiliki tanah yang luas bukan alasan untuk tidak berkebun...Kita boleh memanfaatkan setiap ruang yang ada dengan menggunakan bahan- bahan terpakai.

Bayangkan tanah seluas 4000kps boleh ditanam dengan beratus jenis tanaman dan turut membela ternakan..Hasilnya turut dijual di  pasar tani. Begitulah kesah di luarnegara yang cukup memberi inspirasi yang penulis ikuti di Utube

Pernahkah anda melihat pokok betik rendang tapi berbuah lebat...Rupanya pokok tersebut melalui proses tut terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke tempat lain...Harini penulis ingin
mencuba.


Batang betik dipotong dan disendal dengan ranting kayu supaya akar mudah tumbuh setelah dibungkus dengan tanah nanti.



Selalunya kaedah tot dibuat dicabang betik yang tumbuh dari pokok induk.  Namun jika tiada cabang boleh saja ditot pohon induk tersebut.

Jika tiada masalah dalam 3-4minggu akar akan tumbuh dan boleh lah dipindahkan samada terus diatas tanah atau tong bertanah.

Melalui kaedah ini pohon akan sentiasa rendang dan mudah untuk memetik hasil nanti..


Ini adalah pemindahan anak pokok betik yang tumbuh sendiri dicelah celah batu...Tumbuh hasil pindahan benih oleh burung barangkali..Setelah besar nt boleh dicuba lagi kaedah tot diatas supaya rendang.


Cubaan kedua adalah menanam keledek dalam tong... Adalah sangat merugikan sekiranya ilmu yang diperolehi tidak dipraktikkan.. Penulis teruja melihat keledek yang ditanam dalam tong sederhana besar memberikan hasil berkilo- kilo.


Mudah saja untuk memperolehi benih anak keledek..Ubi keledek dipotong dan direndam dalam air dan dibiarkan beberapa hari sehingga tunas mulai tumbuh di ubi tadi..



Setelah itu petik tunas dan rendam supaya tunas mengeluarkan akar sendiri...

Setelah berakar, pindahkan anak pokok ke atas tanah atau tong bertanah...

Selepas 3 bulan kita lihat hasilnya samada menjadi...Harap harap menjadilah yea...

Selamat mencuba...🤗



Tuesday, August 13, 2019

Taman Negara Pulau Kukup dan Tanjung Piai, Johor


12hb Ogos 2019, Isnin

Sempena cuti Aidil Adha, ronda-ronda kalini ke Taman Negara Pulau Kukup dan Tanjung Piai, Johor.

Pertama kali pergi, pemanduan berpandukan applikasi google map.  Selama ini pernah dengar nama Kg Parit Jerman, ingatkan main-main, rupanya memang betul wujud kampung tersebut. Tak pasti bagaimana kanpung ini mendapat jolokan nama itu.
  


Bagusnya applikasi google map ini, kita akan dibawa meneroka  jalan ceruk yang kita tak pernah lalu. Pasti ramai pernah mengalami  atau membaca kesah rakan rakan,  pemanduan  berakhir dijalan mati...


Tiba di Jeti Antarabangsa Kukup jam  10pagi. Untuk ke Pulau Karimun , Indonesia pun boleh menggunakan jeti ini.


Menuju Pulau Kukup menaiki kapal berkapasiti 60 penumpang. Tambang Rm5 pergi dan balik.


Memasuki taman negara dikenakan caj Rm5 untuk rakyat Malaysia dan rm20 untuk warga asing..Kanak-kanak bawah umur percuma






Pulau kukup merupakan pulau hutan  paya bakau tidak berpenghuni terbesar dunia.




Akar bakau tertinggi 17' yang mula-mula ditemui ...Jika kita membuat pemerhatian sepanjang laluan, kita akan menemui akar yang jauh lebih tinggi daripada ini ..


Perhati betul betul, terdapat akar yg menjulur dari dahan dengan ketinggian lebih 34'.



Disini terdapat Plot Diraja sempena penanaman semula benih bakau oleh keluarga Diraja Johor



Spesis bakau terbesar yang terdapat di pulau ini...Selalu kita hanya melihat bakau berukur lilit 4-5 inci shj.



Boleh mencuba pengalaman melalui laluan berbongkah kayu..


Pengunjung  meneroka sebahagian besar pulau melalui pelantar kayu sambil menikmati pemandangan flora dan fauna hutan bakau.



Pelantar Berongan yang dinamakan dari nama siput.

Pelantar pelantar besar selain menara tinjau turut disediakan di taman negara ini.


 Antara monumen menarik yang terdapat ditaman...Terowong Masa.


Pengunjung boleh menghabiskan masa beraktiviti di pulau selagi mana larat..Bot terakhir meninggalkan pulau dalam jam 4 petang...


Kelihatan feri antarabangsa ke Pulau Karimun Indonesia. Perjalanan dalam sejam lebih.


Tidak lengkap  berkunjung ke Tanjung Piai jika tidak mengabadikan foto di mercutanda ini..Berjarak dalam 15km dari Pulau Kukup, Tanjung Piai adalah titik hujung paling selatan benua asia, merupakan sebahagian taman negara bakau selain  Pulau Kukup dan Sungai Pulai.


Mengkahiri ronda ronda cuti raya aidil adha dengan makan-makan di Medan Ikan Bakar Pernu Melaka...

Thursday, August 8, 2019

Membuat Baja Kompos...

8hb Ogos 2019

Tingkatkan sedikit kerajinan dan kreativiti  dengan memanfaatkan bahan- bahan terpakai disekeliling kita.

Usaha yang sangat senang. Tiada mentenen berkala diperlukan..

Sisa-sisa organik dikambus berselang seli secara berlapis dengan daun daun atau tanah..Taburkan tinja ayam atau kambing,lembu untuk perbanyakkan mikrob sebagai agent pereputan..
Setelah penyediaan bahan kompos selesai, biarkan saja bahan itu mereput..Cuma kena perhatikan agar bahan sentiasa lembab untuk mempercepatkan proses pereputan. Sesekali jika rajin,  untuk mendapatkan hasil terbaik gaul-gaul kompos.

Tidak perlu khuatir kompos tidak  menjadi dalam masa sebulan...Biarkan lagi walaupun mengambil masa yang lebih panjang.



Bathtub terpakai ini telah bocor. Kini dimanfaatkan sebagai bekas penyediaan tanah kompos. Sekiranya hanya menggunakan sisa organik daripada dapur nescaya memerlukan masa berbulan  untuk penuh. Untuk menyegerakannya boleh saja mengutip sisa organik di pasar basah dan gerai orang berniaga buahan atau pisang goreng..Walaupun kelihatan penuh,setelah sisa mulai mereput kuanti sisa akan mengurang dan boleh ditambahkan lagi kemudian.



Penyediaan kompos pada skala lebih kecil menggunakan tong tong cat terpakai...

Setelah kompos menjadi nanti bolehlah guna untuk menanam pokok pokok atau sayuran seperti cili, timun, terong, bendi atau tanaman mudah lain di persekitaran rumah. Untuk penggunaan sendiri tak perlu menanam banyak pokok, sekadar 2atau 3pokok adalah memadai untuk setiap jenis pokok..

Selain memanfaatkan masa terluang dengan aktiviti sihat, banyak duit dapat dijimatkan dengan berkebun sendiri secara organik.

Pilihan ditangan kita...

Sunday, August 4, 2019

Tanam Sayur Semi hidroponik


Aktiviti berkebun harini menanam pokok sup dan pokok ketumbar dari keratan pangkal  secara semi hidroponik. Usaha yang ringkas tapi banyak manfaat.

Kaedah ini sangat bagus untuk kita yang kebanyakkannya malas untuk menyiram pokok atau selalu sangat berada diluar kawasan...Pokok-pokok disirami dengan sendiri.



Gunakan bahan-bahan terpakai yang banyak terdapat di dalam kabinet. Untuk sumbu sebaiknya guna tali jerami, tapi boleh juga guna pakaian lama...


Sumbu dijulurkan keluar melalui lubang didasar pasu..


Sumbu dibahagian dalam dibiarkan berlebihan untuk dijuraikan bersama tanah.


Masukan tanah organik yang telah diadun dengan tinja ayam ke dalam pasu dan tanamlah keratan pangkal pokok sup dan ketumbar. Sumbu yg terjulur dimasukkn ke dalam balang berair. Kaedah kapilari ini tanah tanaman akan sentiasa lembab tanpa perlu disiram ..


Sarungkan balang dengan polybag hitam untuk mengelakkan akar terdedah dari pancaran matahari.

Senang bukan..Aktiviti masa lapang yang menyihatkan...


Berikut hasil tauge yang dicambah sendiri setelah 3hari...Cambah Tauge



Selamat mencuba😊

Friday, August 2, 2019

Jom Buat Baja Kompos


2hb Ogos 2019, Jumaat

Penulis bersemangat  membuat baja kompos menggunakan sisa organik  domestik dan sampah-sampah halaman rumah...Daripada dilupuskan memenuhi tempat pembuangan sampah, elok diolah bahan tersebut dan dimanfaatkan  sebagai baja organik.

Penulis memang suka bercucuk tanam keliling rumah. Masalah timbul untuk melupuskan ranting, dahan, daunan sesudah mencantas pokok-pokok yang semakin merimbun . Itu belum lagi rumput-rumpai atau dedaunan kering. Jalan pintas selalunya membakar namun ketika musim hujan sukar untuk dibakar selain mengeluarkan asap  tebal sehingga menganggu jiran jiran. Pernah terfikir untuk membina incinerator mini sebagai tempat pembakaran tanpa asap tapi kos mencecah ribuan ringgit, seringkali menangguhkan hasrat tersebut..

Penelitian UTube membawa penulis mencuba membuat baja kompos dengan barang barang terpakai..


Kebetulan banyak tong-tong cat sesudah mengecat rumah. Tong-tong ini akan dijadikan tempat mengumpulkan bahan yang ingin dijadikan baja kompos.

Untuk pengudaraan yang baik lubang-lubang kecil ditebuk di sekeliling tong...Lubang tidak terlalu besar untuk mengelakkan lalat memasuki tong. Percubaan pertama ini lubang-lubang turut ditebuk di keseluruhan dasar tong untuk menyahkan air yang terbentuk hasil pemeraman bahan buangan tadi...

Untuk fasa berikutnya akan menggunakan kaedah pengumpulan air buangan  kerana ia sangat baik untuk tanaman..


Paling senang buat lubang pengumpulan air mengguna penutup botol..Tebuk lubang dang gamkan ke belakang tong


Pastikan gam betul betul melekat dengan meletakkan pemberat untuk beberapa jam


Beginilah hasil modifikasi...


Jika tong  besar dan air ingin dikumpul dibahagian dasar tong, boleh letak bakul supaya air yang dikumpul tidak merendam kompos bahagian bawah...Air yang terkumpul boleh dikutip dengan membuka saja penutup botol nanti.

Jika tong kecil dan memaksimakan ruang kompos, tadah saja air dibawah tong menggunakan takungan lain tapi pastikan penadah betul- betul rapat dengan tong supaya tidak menarik minat lalat datang.


Segala jenis sisa domestik boleh dicampakkan ke dalam tong. Sebelum itu letak lapisan tanah. Kemudian di sulam dengan daun, rumput,kertas ranting dll...Tabur dengan lapisan tinja ayam untuk memperkenalkan micro organisma sebagai ejen pereputan. Sementara menanti sisa buangan berikutnya tutup dengan tanah supaya dapat membendung bau.  Ulang langkah sehingga tong penuh..



Percubaan pertama ini, ternyata kekurangan sisa domestik untuk tong kedua.. Tak mengapa, pelupusan sisa domestik berikutnya masih boleh dicampurkan kemudian dan sebahagian bahan yang hampir reput disitu dipindahkan ke tong no 3  pula


Tutup tong dan biarkan untuk proses pereputan  semula jadi. Tunggu sehingga sebulan

Untuk mengatasi masalah kekurangan sisa domestik, pembikinan akan datang akan mengutip sisa organik di pasar basah.

 Sekiranya setiap rumah mengambil inisiatif membuat baja organik, setidaknya dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah dipusat pelupusan sampah awam.

Jom jom kita berubah...

Thursday, August 1, 2019

Jom Cambah Tauge...


1hb Ogos 2019 Khamis

Harini penulis dapat semangat mencuba mencambah tauge. Melihat langkah di U-tube , rupanya mudah saja mengikuti langkah tersebut. Semua orang boleh mencubanya. Gunakan saja bahan yang ada di rumah.

Tanaman yang dibuat sendiri sudah tentu bebas dari bahan kimia. Adalah amat mengejutkan apabila mendapat tahu taugeh yang dicambah secara komersil turut dicampur bahan kimia untuk kelihatan subur dan tahan lama..Bahan kimia tersebut bisa meninggalkan kesan hakisan jika  disimbah dilantai konkrit..Kita seharusnya mengorak langkah beralih kepada tanaman organik.

Ikuti langkah mudah berikut

1. Rendam kacang hijau semalaman. Kuantiti ikut kesesuaian.




2.Toskan kacang hijau dan letak dalam bakul beralaskan tuala basah..


3. Tutup dengan tuala basah


4. Tutup dengan penutup kedap cahaya


5. Simpan ditempat gelap seperti dalam tong...

6. Pastikan kelembapan  dengan membasahkan tuala selang sehari

7. Hari ke 3 taugeh sudah boleh dituai..

Harap harap menjadilah yea..

Projek berikutnya adalah membuat baja kompos menggunakan bahan terbuang domestik..Barang terbuang boleh dimanfaatkan secara semulajadi.

Jom.. jom..jom..


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK