click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, October 31, 2020

Penggantian Air Kolam

Air kolam ikan mula menunjukkan masalah apabila sebahagian ikan mati..Ikan selebar 3 jari terapung dipermukaan dan mengeluarkan bau menyesakkan jika tidak dibuang.

Ketika ini tiada sistem penapisan diguna sekadar mengharapkan air hujan dapat menggantikan air kolam melalui sistem overflow yang disertakan semasa pembinaannya dulu.. 

Sistem ini cukup cantik dah... Berapa banyak ekor ikan dibela tidak menjadi masalah kerana apabila musim hujan, air bumbung yang disalurkan terus ke kolam akan membersih dan menggantikan air kolam sediada. Untuk membersihkan lumpur didasar kolam, sekadar mencabut injap paip untuk mengalirkan kotoran ke sistem kumbahan taman.

Yang jadi masalah ketika musim kering...Tanpa sistem penapisan, air akan menjadi toksik dan sebahagian ikan tidak mampu untuk menyesuaikan diri. Semakin banyak ikan dibela semakin cepat bertoksik air kolam.

Inilah yang terjadi dengan ikan belaan penulis...banyak  juga yang mati...Sistem penapisan sepenuhnya sudah tidak berfungsi sejak berhenti dari membela  ikan dulu. 


Pam berkapasiti H 6m  dibeli untuk mengepam air dari kolam. Harga Rm140

Kini sistem penapisan baru diwujudkan., Cuma kali ini hanya sistem separa penapisan akan  dilakukan .  Sebahagian air akan dikitar semula melalui media penapis manakala sebahagian lagi akan dinyahkan untuk dijadikan  air siraman pokok. 



Pelbagai sprinkler dicuba. Harga kiri Rm12 hinggalah yang kanan Rm22 seunit namun gagal.



Rupanya jenis ini juga yang sesuai harga tak sampai Rm5 






Melalui sistem separa pembersihan.. Jaringan paip tambahan disambung dengan paip  utama penapisan.  Jaringan paip tambahan dilalukan dibawah rimbunan pokok serta dilengkapkan dengan injap dan sprinkler.



Ketika musim kering sebahagian besar air  kotor akan dipam untuk membekalkan air siraman  sebelum diganti dengan air paip baru.



Sebahagian air lagi akan dikitar semula melalui kolam penapisan.

Kerja-kerja pembersihan air dan menyiram pokok kini semakin mudah...


Thursday, October 29, 2020

Telur Sulung Mula Menetas...

5 Hb telur dieramkan menggunakan inkubator, harini 28hb Oktober 4 biji telur mula menetas. Ini adalah telur sulung ibu ayam muda yang pertama kali bertelur.

Kedengaran bunyi chip.. chip..chip..ingatkan anak ayam yang baru dibeli terlepas dari reban, rupanya telur di inkubator yang diletakkan di beranda rumah mula menetas...dalam 21 hari selepas dieramkan




Ada 7 biji lagi yang belum menetas...rasanya akan ada yang tak menjadi kerana sudah ada yang bau tembelang.

Inkubator ini bermasalah sedikit..bekalan api tetiba terputus sendiri..tak pasti samada ini adalah ciri ciri keselamatan inkubator untuk mengelakkan terlebih panas. Mujur perasan ., Tak pasti berapa lama bekalan elektrik terputus. Sudah 2 kali bekalan api terputus...atas sebab itu barangkali ada telur yang menjadi tembelang.



Seekor anak ayam  keadaannya sangat lemah. Anak ayam ini tergantung dicelah-celah roller inkubator.

Ini kelemahan rekabentuk inkubator yang mempunyai roller..Anak-anak ayam yang baru menetas menghadapi kesukaran untuk mengimbangi diri bertenggek di roller. Anak ayam yang lemah tidak mampu berbuat demikian.



Mujur terdapat lampu gantung lebihan untuk dimanfaatkan sebagai lampu ayam. Anak ayam baru menetas memerlukan persekitaran yang hangat.



Harini setelah telur ditandakan, penulis mengambil keputusan mengembalikan semula baki telur ayam untuk menetas bersama ibu ayam yang masih begitu gigih mengeram..Diharap akan terubat naluri keibuan ketika melihat satu persatu telur menetas ...


Wednesday, October 28, 2020

Jambu Air...

Selalunya orang kurang mengambil perhatian apa yang dimiliki sebaliknya menginginkan apa yang dimiliki orang lain. Orang lain punya sentiasa saja kelihatan menarik, padahal mereka begitu mengambil perhatian untuk mendapat hasil yang cantik dan menarik.




Jika singgah digerai buahan, jambu air sentiasa mencuri perhatian dan membelinya, Terliur melihat kegebuannya. Di rumah bukan tak ada pokok jambu berbuah...Pokok yang rajin berbuah tapi buah dibiarkan gugur sebab diserang ulat. 

Jika musim berbunga, rerambut yang gugur akan memenuhi lantai bersimen manakala setelah buah matang, buah yang gugur akan membusuk jika tidak dikutip dan mencemarkan pemandangan. 

Berbaldi buah dikumpul menjadi baja kompos. Sejak membela ayam buahan yang gugur dijadikan sebahagian adunan makanan ayam.



Melihat orang menanam jambu rupanya setiap putik disiram air dan dibungkus untuk mendapatkan hasil yang bebas ulat.., maka penulis pun meniru. Harapannya dapatlah hasil bebas ulat juga nanti...

Wah membayangkan enaknya jambu segar di cicah sambal kicap Johor sehingga terangkat kening menikmatinya. Merecik wa cakap lu..Hehe

Monday, October 26, 2020

Buat Pasu Sendiri Cara Mudah

Selangor dalam PKPB lagi, melihat kepada situasi semasa dijangka pkpb bakal dilanjutkan. Mujur pkpb tidak seketat pkp dulu. Kini masih boleh bergerak bebas didalam daerah hanya rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan...Ramai yang berkerja dari rumah...

Jika bosan terperap dirumah, apakata membuat pasu bunga sendiri. Sungguh mudah dan murah. Dengan sedikit kreativiti pelbagai bentuk pasu boleh dibuat.

Bahan utama yang diperlukan hanya simen dan pasir

Penulis ingin membuat pasu berbentuk kuali untuk menambah set pasu sediada dan kebetulan ada kuali keluli bersaiz dikhendaki untuk digunakan sebagai acuan.


Kepingan plastik ditusukkan ke pasir halus yang telah dibentukkan menggunakan kuali untuk mendapatkan bentuk acuan luaran pasu..

Tanda menggunakan magic pen..Garisan dalam merupakan bahagian dalam pasu manakala garisan luar adalah bahagian luar pasu setelah mengambil kira ketebalan pasu. 



Kepingan plastik yang telah dipotong digamkan ke paip pvc yang bertindak sebagai paksi.



Pasangkan skru supaya ketinggian acuan dapat dikawal.

Sekampit simen RM16

Bancuh simen yang dicampurkan dengan pasir

Tuangkan campuran simen keatas longgokan pasir yang telah dibentuk dan dipadatkan.

Curah simen sehingga mencapai ketebalan yang diingini.



Buatlah corak yang diingini mengikut kreativiti anda.

Biarkan pasu simen sehingga matang paling kurang semalaman..Lagi lama lagi bagus.

Terbalikkan pasu dan buang pasir. Kemaskan mana-mana kecacatan.

Kini pasu siap .



Asas pasu pun boleh dibuat mengguna kaedah yang sama.

Senang bukan...Kalau beli dikedai rasanya satu set tak kurang berharga Rm100 lebih...Dengan sedikit kerajinan kos membuatnya tak sampai pun habis beberapa ringgit. 






Sunday, October 25, 2020

Perangkap Tikus...Jangan-Jangan Kucing Yang Kena

Lanjutan dari post terdahulu, setelah burung merbuk terperangkap dan bangkai sangat sukar di bebaskan, untuk tidak membazir baki pelekat yang ada, perangkap diletakkan dbelakang pintu luar rumah, laluan favorit tikus meloloskan diri memasuki rumah. 




Awal pagi memeriksa perangkap tersebut dan didapati tiada ditempatnya. Selalunya jika tikus yang terkena, memang tak mampu untuk bergerak melainkan kuantiti pelekat sedikit...Dibimbangi sekarang kucing pula yang menjadi mangsa. Kucing jiran maupun kucing gelandangan memang kerap juga melepak diperkarangan rumah. Argh sudahh... 

Sehingga post ini ditulis mangsa belum ditemui...

Saturday, October 24, 2020

Maafkanku Wahai Burung...

Sejak kawasan berpokok depan rumah disodok lapang, burung burung mula menjadikan halaman rumah yang kebetulan banyak pohon-pohon ditanam sebagai habitat mereka. Pokok jambu dan Salam antara pohon yang menjadi kegemaran burung burung bertenggek. Bukan saja burung...fauna lain seperti tupai pun ada. Tikus tak payah ceritalah...




Lot-lot tapak rumah perlu dibersihkan dari semak samun jika tidak ingin disaman pihak PBT...Tindakan saman ini pada pandangan penulis agak tidak wajar. Sepatutnya lot lot kosong ini dijadikan kawasan hijau cuma pemilik perlu menjaga tanah tidak menjadi semak samun dan pohon- pohon dipastikan tidak membahayakan penduduk setempat.

Agak terkilan bila kawasan redup bertukar berbahang tapi apakan daya PBT sekadar menjalankan tugas mengikut peruntukan undang undang sediada. Undang-undang ini yang perlu dikaji semula. Dalam keadaan kawasan hijau semakin kurang, tanah lot kosong seeloknya digazetkan sebagai kawasan hijau dengan syarat-syarat tertentu sehinggalah rumah dibina.




Harini seekor burung merbuk  menjadi mangsa pelekat perangkap tikus. Sebelum ini seekor burung tak dikenali menjadi korban perangkap lalat.

Tikus-tikus yang dijerat, lain pula yang terkena. Tidak sebagaimana tikus yang dibiarkan saja menunggu ajal, rasa tidak tergamak membiarkan burung menunggu masa beberapa hari untuk mati, penulis mengambil keputusan menyembelihnya...Memang tidak boleh diselamatkan jika telah melekat di perangkap bergetah. Jika dibebaskan sekalipun burung tidak mampu untuk hidup kerana seluruh bulu dilekati getah, seluruh badan melekat hanya mata yang terkebil-kebil.

Maafkan ku wahai si burung...



  

Thursday, October 22, 2020

Ayam Mengeram...


Kasihan melihat ayam betina ini. Dia mengeramkan telur plastik. Dengan kawasan yang sempit tak tau macamana nak asingkan ayam yang mengeram dan ayam yang ingin bertelur. Walaupun 3 sangkar bertelur disediakan mereka tetap berebut tempat untuk bertelur. Akibatnya telur ayam sering pecah. Sejak dari itu telur ayam dikutip setiap hari.

Ayam yang telah selesai kitaran bertelur akan memasuki fasa mengeram. Kerana telur ori telah dikutip, didapati ayam tetap mengeramkan telur walaupun telur plastik.

Telur plastik ni sengaja diletakkan disangkar sebagai umpan untuk ayam bertelur disitu kerana telur ori telah dikutip.

Ada petua kata ayam perlu dimandikan untuk menghilangkan keinginan untuk mengeram...

Telah dicuba tapi nampaknya ayam tetap mengeram disangkar. Mungkin perlu dimandikan dengan lebih kerap untuk menghilangkan keinginan itu..huhu.


Ermm sementara menunggu telur yang dieram menggunakan inkubator menetas, 12 ekor anak ayam dibeli lagi..

Belajar dari pengalaman terdahulu, dedak ayam dan air diletakkan dalam bekas plastik begini. Jika tidak, abis dedak terbuang sebab dikais.

Ayam pkpb ini dijangka boleh dituai untuk awal tahun baru 2021.


Wednesday, October 21, 2020

Gergaji Mini lagi...

Hidup ini penuh dengan tipu daya. Jika  tidak tabah dan redha maka hidup bakal ditempuh dengan kecelaruan.

Untuk sekian kali membeli barang diatas talian, ini julung kali penulis tertipu...sudah berbulan barang dipesan dan dibayar namun  barang yang dibeli tidak kunjung tiba ..selalunya paling kurang 2 minggu barang akan sampai...Pertanyaan langsung tidak dijawab.

Scammer memang wujud, mengambil kesempatan diatas kepercayaan yang diberikan kepada mereka.

Semasa memesan dan membayar dulu memang telah disematkan dihati akan menerima sebarang kemungkinan. Persediaan begini amat perlu untuk kita tidak terlalu menyesal diatas keputusan yang telah diambil. Anggap saja duit yang telah dibayar bukan rezeki kita.

Penulis tidak serik untuk membeli lagi secara atas talian. Selagi gergaji mini yang sangat diminati belum diperoleh terasa belum puas.


Belian kali ini tanpa jenama berharga Rm177 namun melihat kepada ciri-ciri dan kualiti komponen yang dijanjikan, iayanya sangat megujakan., sangat membantu untuk mencantas dahan-dahan pohon tinggi.

Berbanding belian terdahulu, bayar dulu baru belian diproses, kaedah pembayaran kali ini duit hanya bertukar tangan sesudah barang diterima. Ini lebih meyakinkan dan selamat. , tambahan lagi barangan boleh dipulangkan apabila barangan yang sampai tidak sebagaimana diharapkan. 


Sunday, October 11, 2020

Gajet Trimmer



Risiko beli barang secara online, barang yang sampai tidak sebagaimana yang kita harapkan. Trimer ini digambar kelihatan kecil dan ringan bila tiba tudiaa... besar dan berat...Bayangkan setelah diisi minyak berat trimer mencapai 8 kilo, memang sakit lengan dan pinggang ketika mencubanya.

 Jika dikembalikan kepada penjual dah dapat agak alasan yang bakal diterima, barang hanya boleh dikembalikan jika hanya terdapat kecacatan..lagipun trimer telah digunakan.

Jika mesin rumput boleh digendong, kenapa tidak dengan trimmer ..Merujuk internet, maka tercetus idea membuat gajet penggantung trimer menggunakan keratan paip Hdpe yang disambungkan menggunakan skru. Ringan Kukuh dan Fleksibel.

Kerja  memangkas rimbunan pokok kini dapat dilakukan dengan mudah..Tanpa gajet, beban trimer sangat memenatkan lengan dan pinggang, dengan gajet beban diagihkan kekeseluruhan anggota badan menjadikan berat trimer 8 kilo tidak begitu terasa. 



Thursday, October 8, 2020

Kelambu Reban




Ayam jantan entah kenapa berkokoknya tak kira waktu. Malam, tengah malam, awal dinihari, sebelum subuh, selepas subuh. Kalau kokoknya sekali dua jerit ok, ini tidak...berkali kali kekadang sehingga 15-20kali. Ishh dahlah membela di kawasan taman, kesian jiran jiran sehinggakan jiran berseloroh supaya memakaikan jam kaki untuk ayam menengok jam sebelum berkokok.

Pernah sekali penulis  lempang si ayam ini bila pukul 11 mlm tak henti berkokok, lempangan yang pertama masih terus berkokok, lempang kali 2 baru berhenti memekak. 

Apa yang penulis perhatikan ayam ni akan berkokok bila terdengar bunyian atau terpandang kelibat pergerakan.., lebih lebih lagi kelibat yang tidak biasa dengannya. Jika seseorang membuka lampu tandas dimalam hari umpamanya..ayam pun akan berkokok..., sebagaimana anjing yang akan menyalak bila terperasan sesuatu. Bila dirujuk diinternet memang betul tanggapan itu. Mungkin dia ingin menunjukkan kekuasaan sebagai abang kawasan.

Untuk mengurangkan kepekaan penderiaan ayam, keliling reban dipasangkan langsir
 yang dilabuhkan dimalam hari. 

Tengoklah nanti keberkesanannya dalam jangkamasa panjang. Kalau tak berkesan juga memang mintak disembelihlah tu hehe...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK