click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, February 28, 2023

Europe D6-Baxia Chiado Lisbon..

Walau sudah hampir seminggu di eropah, masih terjaga tidur di tengah malam  atau subuh di tanah air..Penat mencari hotel semalam dah hilang. Tengok orang rumah pun dah sibuk membelek internet destinasi menarik untuk dilawati.  Dah hilang penat fizikal dan mental lah tu..

Dataline internet pun dah boleh guna..rupanya ada setting yang perlu dibetulkan..Dah ada line internet  mudahlah meronda Lisbon.


Meronda Lisbon berpandukan perkongsian utuber yang banyak di internet. Pagi lagi dah keluar hotel. Harini menggunakan bas. Naik saja bas yang lalu berhampiran dengan hotel... Ini kelebihan membeli pas harian, tak risau berapa kali turun naik kenderaan awam. Hala tuju pun tak pasti..Berbanding metro bawah tanah, menaiki bas boleh melihat pemandangan persekitaran. Bila dah bergerak teringat balik apa yang dikongsikan oleh utubers, jadi mudah menangkap lokasi. Google map juga sangat membantu. 







Sepanjang perjalanan akan turun bas jika didapati melalui tempat  menarik.. meronda ..bergambar dan naik bas lagi..






Hardrock Cafe Lisbon antara lokasi yang sering dikongsikan utubers. Disepanjang jalan ini juga banyak terdapat butik butik menjual barangan high end.  Jika menaiki metro lokasi ini berada di Station Restauradures metro jalur biru.


Dataran dan monumen sebegini  banyak...



Untuk merayap tanpa hala tuju elok menaiki bas, untuk ke destinasi spesifik elok menaiki tram dan metro. Bas tersangat banyak dan  jika ingin ke destinasi spesifik leceh mencari no bas yang hanya boleh didapati  di perhentian  -perhentian bas tertentu. 



Tiba di destinasi popular Lisbon  dataran persekitaran Station metro Baxia-Chiado . Lisbon ni destinasi popular warga eropah,  Ramai mat salleh ke hulur hilir dengan peta ditangan. Kalau musim panas keadaan menjadi lebih sesak..namun pengangkutan awam banyak dan mudah. 




Tugu dan monumen seperti ini banyak dan sering menjadi tumpuan. Lisbon banyak bangunan lama..sebahagian besar bandar berada dikawasan berbukit dengan jalan yang sempit. Berbanding bandar di Germany, Lisbon agak comot.







Pelbagai cara warga tempatan mencari duit. Mereka membina replika pasir, membina tugu-tugu mini di tepian pantai dan orang ramai boleh memberi sumbangan di tong yang disediakan. Pemuzik jalanan ramai, peminta sedekah pun ramai.


Post berikutnya akan dikongsikan lagi destinasi popular lain..



Europe D5- Lisbon D1

 Penerbangan Cologne- Lisbon 2.40 jam saja..tapi mengalami kelewatan hampir setengah jam kerana menunggu giliran trafik udara sebelum berlepas.





Kalau boleh memang nak cepat sampai sebab semalam semalaman hanya melepak di airport sementara menunggu penerbangan pagi 9.30.




Mujur hanya membawa beg sandang dan penerbangan domestik eropah tiada melalui pemeriksaan imegresen. Sampai saja bersegera membeli pas pengangkutan awam 3 hari, cukup untuk tempoh penginapan kami di Lisbon.berbanding dengan pilihan lain yang ada, ini paling berbaloi..3 hari hanya 21 Euro seorang.., boleh menaiki metro/ tren bawah tanah, bas dan trem tanpa had dalam tempoh 72 jam.





Pengangutan awam mudah terutamanya bas  meliputi segenap penjuru Lisbon. Bas baru dan moden. Trem moden hanya ada di kawasan tumpuan. Trem mini klasik banyak dikawasan penempatan berbukit Lisbon manakala metro meliputi kawasan utama terpilih Lisbon. Jadi pengangkutan awam tidak menjadi isu.


Masalah hari pertama Lisbon mencari hotel yang ditempah. Hotel memang ditempah berdekatan dengan metro dan berhampiran dengan masjid. 

Sejak dari Germany telah mengkaji laluan metro atau bas  untuk kesana jadi yang ini mudah. Ada salah faham semasa menempah sebenarnya. Penulis memilih  hotel  tapi dalan urusan tempahan orang rumah yang uruskan. Dalam benak Vip Grand Lisbon Hotel...VIP Grand Lisbon Hotel..jadi setibanya terus mencari VIP Grand Lisbon Hotel.

Isunya tidak boleh menggunakan data internet yang dibeli di Germany di Lisbon, jadi mencari sana sini secara manual, bertanyakan orang ramai. Penduduk tempatan pula tidak fasih berbahasa English.

Setelah bersusah payah mencari, naik keluar masuk metro dan menemui VIP Grand Lisbon Hotel, nama tiada didalam sistem. Adoii..Muka orang rumah dah ketat sebab kepenatan.. Menggunakan wifi hotel dan mencari maklumat tempahan baru perasan orang rumah menempah VIP Executive Hotel... bukan VIP Grand Lisbon Hotel dan VIP Excutive Hotel pula ada di banyak tempat, agak mencabar mencari tanpa bantuan internet.


Berpandukan peta manual yang staff VIP Grand Lisbon bekalkan kami berjaya mencari penginapan yang ditempah. Hanya 5 min dari metro dan tadi kami telah pergi ke situ bertanya dan ditunjukkan ke destinasi lain..


Kepenatan terubat melihat hotel yang ditempah..walaupun sedikit mahal tapi berbaloi untuk penginapan 3 malam. 



Check in ..makan  roti dan buah saja, mandi-mandi, solat...terus tidur sebab malas nak mendengar pot pet bini yang teruk kepenatan ..Dia yang salah tempah kita yang disalahkan. hehe




Monday, February 27, 2023

Jom jom Lisbon...

Trip Lisbon bermula. Walaupun flight keesokan hari 9.30 pagi 26 hb, kami bergerak awal ke Cologne Airport . Malam itu, anak sebelah  pagi kembali dari umrah dapatlah menunjuk arah  menaiki tren ke Airport Cologne dari penginapan kami di Bochum .  Tak mau mengambil risiko tergesa- gesa bertolak awal pukul 4 pagi walaupun anak menyarankan demikian.


Tren ke Cologne ramai penumpang terutamanya menghampiri bandar Cologne. kebetulan malam itu ramai penumpang kembali menyaksikan  Bundesliga. 




Walaupun pengangkutan awam canggih, tapi German  mengamalkan sistem keluar masuk stesen terbuka. Sesiapa saja boleh keluar masuk tren walaupun tanpa tiket. Ikut nasib lah. Kelemahan sistem ini selain disalah guna, iaya sangat tidak mesra pengguna terutamanya orang luar yang tidak biasa dengan sistem ini.

 Sebagaimana kupon parking gores dan pamir, tiket german perlu di aktifkan sebelum menaiki kenderaan. Isunya orang luar  menyangka tiket tidak perlu diaktifkan dan tak tau dimana mahu mengaktifkan tiket. Sewaktu didalam tren ada beberapa insiden agak tegang bila inspektor datang meneriksa tiket. Orang luar perlu membaca untuk biasa dengan sistem disana atau ditemankan orang yang sudah biasa. Kesalahan menaiki kenderaan tanpa tiket atau tiket yang tidak diaktifkan adalah 60euro.


Bukan ker lebih mudah jika dipintu pintu masuk disediakan palang yang hanya penumpang bertiket sah dibenarkan masuk. Berapa ramai pemeriksa perlu digajikan untuk memeriksa tiket  beribu penumpang selain beribu trip tren pelbagai destinasi setiap hari..


Bayangkan dalam speed tren 350 sejam tetiba datang pemeriksa..tiket! tiket..! Dalam pandai ada bodo juga orang German nih. 






Ramai saja pengembara tidur di airport...




Malam tu kami bermalam di airport, tidur dibangku. Lagipun malam eropah , tapi mata masih mengikuti waktu siang di Malaysia ..jadi tak terasa mengantuk pun..





Tengah malam di airport agak lengang, polis meronda airport akan memeriksa rambang pengembara-pengembara, kami tidak terkecuali. Kita dokumen lengkap apa perlu bimbang.




Jam 4 pagi airport mulai meriah semula.





9.30 pagi ke Lisbon...










 

Sunday, February 26, 2023

Eropah D4-Bochum Hbf

Meronda di tempat asing memang sedikit mencabar. Walaupun warga tempatan mesra tapi hanya berbahasa German. Maka kita bertanyakan sesuatu menggunakan segala bahasa isyarat supaya difahami. Apa yang dipelajari disini tiada keperluan untuk fasih english, jika isyarat tangan dan mulut lebih difahami di merata dunia. Penulis berbahasa melayu dan isyarat saja bila bertanya english pun tak difahami.



Jika sebelum ini meronda disekitar rumah penginapan, hari ke 4 mula mencuba sendiri pengangkutan awam.  Tak mahu mengacau rakan anak yang sibuk belajar untuk final exam. Membaca dulu panduan diinternet. Bertanya orang awam dan meminta bantuan, mudah saja membeli tiket di kiosk yang disediakan di stesen tren. 

Pukul 8 pagi dah tiba di Bochum Hbf. Setibanya di sana mula lah kita pun tak tau nak menuju ke arah mana... Jadi main redah saja. Masa mula sampai di Germany beberapa hari lepas, rakan anak ada beritahu Hbf tu bermakna  seperti sentral iaitu bandar pertemuan pelbagai destinasi pengangkutan awam, itu sebab sibuk dan terdapat pelbagai penunjuk arah ke sana sini..Lecehnya semua dalam bahasa German. 

Mujur sekarang terdapat aplikasi terjemahan menggunakan phone , bergambar dan bersuara. Ambil gambar dan Apps phone boleh terjemah apa yang ditulis. Antara sebab lain lagi tiada keperluan fasih berbahasa english.



Kedai daging halal...

Tiada hala tuju, kita pun meronda saja di Bochum Hbf. Awal pagi kebanyakan kedai dan cafe tak buka lagi. Pagi itu hujan gerimis lagilah tak boleh meronda sangat.



Kedai halal banyak, satu kawasan ini hampir semua kedai warga keturunan Turki. 
Jadi di eropah terutamanya di Germany jangan takut kebulur, ramai warga arab atau Turki muslim. Teringat pemain bolasepak Germany Misut Ozil..


Hah berkebab lah kita . Satu set 8 euro, hidangan  cukup banyak untuk dua orang.

Pusing sana sini ..makan, sambung merayap lagi,  makan lagi.. camtulah bila tiada halatuju spesifik. Mencari diinternet tempat menarik yang disenaraikan semua biasa-biasa saja...taman botani, muzium dll..jadi meronda bandar saja..


Masa bermotor di Indon dulu sering juga tertanya- tanya apa itu Apotek, hampir di segenap lorong akan ada Apotek.,terus bertanya dengan orang situ, rupanya Farmasi... Bila di Germany dah tau lah...Sebagaimana Indonesia, di sini pun Apotheke ada di merata tempat, berbeza  di Malaysia yang klinik lebih banyak.


Merayap musim sejuk, hujan pula, jadi asyik mencari tandas  . Tandas awam di pusat beli belah caj 0.5 euro.



Dah masuk pusat belibelah, terus mencari serkup kepala untuk menggantikan serkup wife. Huh harini 6 degree sejuk yang amat lebih selesa bila berserkup menutupi telinga. Sakit bukan kepalang bila telinga dibiar terdedah sejuk. Tak mahal dalam 4 euro sesudah diskaun.



Pemerhatian  mendapati harga barangan  lebih kurang di Malaysia. Cara pembayaran secara tunai masih meluas berbanding cashless. Kad debit dan kredit diterima.

Membelek harga di shopping kompleks tadi tshirt biasa dalam 15euro, kasut 120 euro. Seluar 30 euro, jaket 70euro..earphone 10euro dll. Bukan ker hampir sama tu bahkan lebih mesra. 

Ayam 5.99 euro sekilo. Ayam siap potong bahagian peha 2 euro sekilo, Daging lebih murah berbanding Malaysia ..daging kisar 9.99 euro sekilo, daging biasa 19.99 euro. Sayur, buah pun sama tak banyak beza. Telur setengah dozen tak smp 3 euro...murah.. murah

Tapi sebutan hehe. Bila dah didarab dengan kadar tukaran wang rm4.8, dalam sejuk boleh berpeluh.



Di Germany bangunan lama dipulihhara sebab itu kekal cantik...

   
Pusing pusing..makan lagi...ngopi ngopi memanaskan badan sambil makan roti ..hampir 8 euro juga. 




Tinjauan mendapati kenderaan persendirian tak begitu sibuk.
Model kereta terkini di sini semua boleh didapati di tanah air, melainkan jenama kecil yang tidak dibawa ke Malaysia, bahkan ada juga model 90an masih kelihatan disini.

Memang tiada keperluan memiliki kenderaan sendiri bila pengangkutan awam super canggih. 








Bila dah pusing keliling dibantu oleh google maps rupanya Bochum Hbf hanya satu kilometer dari penginapan anak di Bochum Baghbou yang berdekatan dengan Bochum Muzium, mercutanda Bandar Bochum. Patut pun tadi masa menaiki tren bawah tanah rasanya baru melabuhkan punggung, sudah sampai ke destinasi.

Selalu berjogging pagi 3, 4 kilometer, setakat satu kilometer, kami berjalan kaki balik ke rumah sambil  meronda ronda tak perlu beli tiket tren lagi 1.99 euro sehala seorang.

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK