click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, February 16, 2023

Kos Trip Kemboja...

 

Trip Kemboja berkereta   5H4M merentasi jarak lebih 1100km. 

Kos keseluruhan trip termasuk hotel, makan minum dll dalam 900USD atau sekitar 300 USD seorang..Kos yang sangat-sangat berbaloi bila diambil kira banyak tempat dilawati.

Kos terbanyak mengisi minyak suv berkapasiti 4700cc melibatkan 5 kali pengisian penuh berjumlah 485USD. 

Menginap di hotel pada kadar 20- 30Usd saja satu malam. Kos hotel dalam 180Usd

Makan minum, river cruising dan sedikit buah tangan tak banyak sekitar 130 usd. Agak terkejut dengan nilai ini sebab makan dan minum tidaklah berkira sangat. Mungkin sebab makan di KFC harga standard dan makan di restoran awam tempatan harga tak mahal. 

Pengeluaran tunai  ATM Kemboja dan tukaran wang sewaktu di KLIA terdapat lebihan 110 USD sebagai saguhati kepada ustaz kerana menjadi jurupandu sepanjang trip. Mintak halal kepada ustaz kerana menggunakan kereta tanpa sewa hehe.


Perbelanjaan mungkin akan sedikit lebih jika kad kredit atau kad debit diterima di sana..Transaksi online hanya sesama akaun bank Kemboja. Namun ronda-ronda lebih kepada berziarah ke Madrasah An Nikmah sambil melihat suasana ditempat orang , tiada pembelian itu ini sebab belian ditanah air lebih berbaloi.


Perbelanjaan pula hanya menggunakan tunai dan terpaksa berjimat kerana kad atm Malaysia walaupun telah diaktifkan dan dinaikkan kadar pengeluaran  diluar negara, hanya dapat nengeluarkan wang di mesin ATM Kemboja satu kali dan percubaan berikutnya telah disekat. Pertanyaan dibank sekembalinya  ke Malaysia tidak mendapat jawapan yang jelas, mungkin bank secara auto mengaktifkan kod pengeluaran meragukan.

Cuak juga jika kes seperti ini berulang di Eropah.. Harap penggunaan kad kredit  dan kad debit masih diterima secara meluas nanti.

Dah berangan berkereta ke Vietnam bersama ustaz dari Kemboja tahun depan...wah wah..


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK