click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, February 12, 2023

Kemboja D4-Angkor Watt


Hari ke 4 berkunjung ke Angkor Watt. Sebelum itu bersarapan di Restoran muslim Ustaz Haji Musa Saem Reap








Harga dikedai ini sangat berpatutan, bersarapan pagi pelbagai menu dan membeli bekalan nasi berlauk 3 orang sekadar caj 13usd. Pengusaha adalah Melayu Champa. Menu turut disertakan bahasa melayu kerana ramai pengunjung Malaysia singgah makan disini.


Kini masuk ke kompleks Angkor Watt dikenakan bayaran 38Usd seorang...10 tahun dulu semasa masuk bersama geng motor hanya 20usd. 






Tak berbaloi memasuki kompleks jika tubuh tidak fit, untuk ke dalam perlu menyeberangi tasik, selain kawasan luas  perlu memanjat banyak tangga. Jika hanya ingin melihat bangunan, boleh melihat dari kejauhan atau  membelek gambar di google. Wife saja yang belum pernah masuk, jadi kami hanya bergambar di luar hehe.



Lato-Lato



Pemandangan biasa di negara-negara sebelah IndoChina, berlatarbelakangkan TokCha yang membacakan mentera serta merenjis air hampir disetiap gerai, sehabis doa peniaga akan menghulurkan duit.

Di Angkor Wat tak lama, sesudah itu terus berangkat ke Phnom Penh..Jauh perjalanan harini sekitar 5 jam lebih.




Sudah boleh bertukar ganti memandu, jadi tidak bosan melayan trafik di Kemboja, boleh meluruskan kaki sambil melayan phone.




Berhenti  di kawasan RnR terapong pinggiran tasik. Bermotor dulu singgah juga di kawasan ini namun masih belum terdiri RnR ini. Sekadar membeli minuman dan memakan bekalan dari restoran muslim Saem Reap tadi. Caj melepak dan membeli air dalam 20000 duit Kemboja atau rm20.




 





Tiba di Pnom Penh sekitar pukul 4 petang. Menginap di hotel kami bermotor dulu berhadapan dengan masjid. Caj satu malam 20usd. Berbanding hotel lain yang kami huni, hotel ini sudah agak uzur. Lift pun rosak adoii.



Kebetulan bertemu dengan pasangan suami isteri bersekuter dari Malaysia yang sudah 42 hari meronda Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja.  

Malam akan meronda bandar Pnom Penh dan menaiki bot Sungai Mekong ..

2 comments:

  1. Tinggi juga bayarannya sampai 38USD.
    Tapi tak berbaloilah kalau tak teroka semua tempat, naik turun tangganya sebab dah bayar. Kalau saya...bab naik turun tangga, memang memikirlah sebab lutut dan tak sekuat zaman dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea untuk warga asing memang tinggi, untuk warga tempatan adalah percuma. Dah lah caj tinggi, didalam tu ramai sangat pengunjung terutamanya mat salleh...

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK