click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, December 3, 2024

Nangka Cempedak...


Sesudah urusan kerja di Parit Raja, kami meronda tanpa hala tuju ..tiada destinasi spesifik akhirnya membawa kami ke Benut dan Rengit. 

Semasa di Benut terpandang orang berjual pokok tanaman, menyinggah dan membeli 2 pokok nangka cempedak, RM20 sepokok..Pernah cuba banyak kali menanam pokok cempedak di kebun bukit, tiada satu yang berjaya kerana sangat diminati haiwan liar ..dicabut sehingga akar. Kaliini mencuba spesis cempedak kacuk nangka pula yang akan dipagar dengan tayar berlapis selain pagar net hitam. Harapnya benih dari Benut ini berjaya hidup dengan jaya..




Di Rengit menyinggah di outlet jualan kerepek viral Azhar Food...Tidak terduga pun untuk pergi, cuma terpandang outlet ini dipinggiran jalan utama dan teruja singgah. 

Meronda sebegini syok dibuat ke destinasi yang jarang kita terokai, melihat suasana baru lebih lebih lagi di negara luar, tempat sendiri tak begitu teruja kerana sudah boleh menduga gambaran sepanjang destinasi. Di tempat orang boleh memandu santai tanpa sedikit pun rasa mengantuk sebab meninjau suasana serba baru dan asing. Sepanjang ronda- ronda begitu boleh menyinggah ke beberapa tempat yang dirasakan menarik...


Seingat penulis kebanyakan singgahan kami dalam negara di daerah daerah kecil sepanjang jajaran pantai barat Johor seperti Pantai Punggur,Pantai minyak Beku, Semerah,  Pt Jawa dll memberi impresi tidak baik..Prasarana ada tapi keadaan tidak terurus, termasuk gerai gerai jualan dan  tandas awam. Sebenarnya bukan saja di Johor bahkan hampir semua tempat seluruh negara..Ini  yang sangat pedih setiap kali menyinggah... Keadaan ini disebabkan pengunjung yang tersangat kurang kerana tiada promosi berterusan untuk memungkinkan kegiatan ekonomi setempat berkembang maju..Papan- papan tanda mega perlu dipasang merentasi jalan utama untuk menarik minat orang tempatan dan luar berkunjung ke sana. 

Tanpa promosi, adalah pembaziran menyediakan prasarana sekadar untuk menghabiskan peruntukan perbelanjaan,  kemudiannya prasarana yang dibina terbiar  kerana tidak dapat menjana pulangan.


Tuesday, November 26, 2024

Barter Trade Hasil Kebun...

Tidak rugi memanfaatkan ruangan kosong. Tak perlu meletakkan target tinggi atau terlebih semangat, cukup setiap kali datang menggenggam parang ditangan..nescaya terbelalah kebun.


Buah katak, kangkung, kunyit, asam keping dan tiada digambar pucuk ubi..

Hasil dari kebun tumpang adalah kunyit, kangkung dan pucuk ubi..Musim hujan pucuk ubi dan kangkung semakin galak tumbuh, tak termakan sendirian, maka di petik  untuk dibagi kepada jiran , sesudah dituai dicantas untuk tumbuh pucuk muda lagi...

Halia pula ditanam didalam tayar, diluaran nampak macam tak sihat, rupanya bila dikorek hasil sangat memberangsangkan, kutip hanya sebahagian bila perlu saja. 

Berkobar kobar untuk menanam pokok halia. Memang tak patut keperluan asas begini terpaksa membeli dikedai.

Sudah menjadi rezeki tak sempat hasil tuaian berpindah tangan, hampir serentak 2 jiran  bertandang, menghulur buah katak manakala seorang lagi memberi 2 balang asam keping..

Argh sedang elok,  kita bertukar-tukar hasil tuaian..


Pokok Katak jiran, sekarang sedang galak berbuah




Anak pokok katak bercambah, bersebelahan dengan pokok induk tanah berjiran. 

Rupa buah katak yang hampir matang...Apabila masak rasa seakan jambu bol, tekstur lembut masam-masam  manis cuma lebih kelat .



Ini pula pokok Melur di Rumah Istirehat Serendah...Di sini tanah luas suku ekar, cuma tak mahu menanam banyak pokok tumbuhan, cukup hanya pokok pandan, pokok kari, pokok katak dan 3 pokok bunga wangi Melor dan Jasmine..Pokok bunga lebih mudah diurus, hasil cantasan tak banyak boleh dilupuskan di kebun bukit..




Selebihnya hanya dibiarkan kosong berumput..Sesuai sebagai rumah rehat, tak mau keliling rumah berserabut, cukuplah disajikan dengan pemandangan persekitaran yang indah.. Berpokok memang bagus cuma jika tidak berkesempatan membersih, keseluruhan akan menjadi sangat serabut.. 

Jika berkesempatan membersih sekalipun tiada tempat untuk melupuskan sampah pukal, nak tunggu majlis mengangkut terlalu lambat dan menyakitkan mata sampah berlonggok di hadapan rumah..Bila tiada banyak pokok, memotong rumput  pinggiran rumah bercerun akan lebih mudah. 

Dah tak mampu mengurus banyak kawasan berpokok..

Wednesday, November 20, 2024

Tayar Terpakai...


Tak lama dulu langsung orang tak hirau, berapa banyak nak ambil boleh saja. Sempat mengumpul tayar terpakai untuk dijadikan penahan tebing, pasu pokok dan tangga dikebun. Kini tidak lagi, sudah berbulan mencari tayar terpakai, sukar diperolehi..Tak pasti kenapa tiba tiba ramai yang mencari, mungkin dikitar semula walahualam.

Keperluan di kebun masih banyak terutamanya membuat tangga- tangga teres bagi memudahkan pergerakan..dan terkini untuk digunakan lagi sebagai pasu menyulam pokok-pokok. 

Pasu pokok dibiarkan  sehingga pokok membesar dan akar kukuh ditanah, jika dirasakan selamat dari gangguan haiwan liar baru pasu dipindahkan.. jika dibiarkan begitu saja sukar untuk memindahkan apabila pokok sudah besar dan tinggi..

Tak cukup dengan tayar, sekeliling pokok dipagar lagi dengan net hitam atau pun guni..Ada yang terselamat namun ada juga yang tetap diganggu..


Kita berusaha selebihnya bertawakal..


Tuesday, November 19, 2024

Sulam Nangka Madu..


Risiko berkebun dikelilingi belukar adalah gangguan haiwan liar..Hati tersangat pedih bila tanaman musnah. Pagar hanya mengurangkan risiko bukan penyelesaian...berpagar selamat dari babi tapi monyet tetap boleh melompat..kita pun tak tahan memangkas pokok- pokok dewasa kebun jiran yang terbiar .. Cara terbaik adalah membela anjing tapi kita pun ke kebun hanya seminggu sekali. Anjing pun tak tahan dan lari..

Kita pun kekadang hairan dengan makhluk perosak nih..dalam banyak banyak pokok, yang ditanam juga yang didengki..


Terbaru 2 pokok nangka remaja setinggi pinggang dicabut sehingga akar..pokok ini berpagar dengan tin biskut, tetap tidak selamat, daripada lebih 40 pokok nangka ditanam hanya tinggal 3  dewasa menanti berbuah, manakala 3 remaja masih berisiko dimusnahkan haiwan liar.


Selain nangka, 2 pokok durian ketinggian 5 kaki patah dahan..ini sah angkara monyet.


Alarm  berfungsi, tapi kelemahan alarm solar, galak ketika siang, bila malam kehabisan bateri..




Harini membeli lagi 5 anak pokok nangka madu. Sepokok Rm20. Ambil kesempatan musim hujan  menyulam pokok yang musnah. Sayang jika tanah dibiarkan kosong..




Pokok avocado yang dikawinkan sebahagian menjadi , sebahagian tidak..sedahan Rm10..kesian dengan sahabat ..hanya yang hidup berbayar, selagi tak jadi diulang- ulang kawin..




Pokok pisang dikebun tumpang..

Yang ini sah tiada gangguan haiwan liar..dapatlah merasa hasil


Biarpun berkebun macam Pak Pandir, apa nak buat teruskan lah juga, musnah-sulam, musnah-sulam.. Harapnya adalah pokok-pokok yang terselamat. 




 

Wednesday, November 13, 2024

Meja Bar Ngopi Ngopi...

Bila beli barang online, kekadang kita terlepas pandang yang pesanan kita dibeli dari luarnegara. Selalunya dari China lah. Mata lebih tertumpu pada harga, jumlah barangan terjual dan rating pembeli lain..

Barang yang ditunggu-tunggu kini telah tiba..hampir 2 bulan juga baru meja bar yang dipesan sampai...mungkin sebab besar, proses penghantaran melalui pemeriksaan kastam lebih ketat..



Tiada pikap, Kancil pun berguna.. Meja berukuran 1200mm T x 1800mm P×300mm L, muat dimasukkan dalam Kancil untuk dihantar ke Rumah Istirehat Serendah...


Setelah dibuka, kualiti barang biasa-biasa saja, , papan meja dari melamine sepadan dengan harga Rm400+...tak boleh lawan dengan papan solid. Kalau  papan meja dari kepingan papan padu kayu getah tempatan berharga dalam rm800+. Barang dah beli terimalah seadanya.





Meja bar ketinggian 1.2m, kelihatan cukup sempurna diletak di ruangan makan menghadap tasik sebagai meja tambahan kepada meja utama. Fuh sambil ngopi ngopi melihat gelagat pengunjung tasik berekreasi dan pemandangan Banjaran Titiwangsa..Asyikk..

Monday, November 11, 2024

4H3M- Kuala Trengganu

4H3M kalini ke Kuala Terengganu. Jumaat -Isnin. Bersama anak yang membeli tiket murah penerbangan Malaysia Airline  Rm50 pergi balik. 

Ada kelebihan dan kekurangan menaiki pesawat ke destinasi domestik, nak dikata jauh taklah begitu jauh sekitar 6-7jam perjalanan darat.. , namun tidaklah pula dekat . Berbaloi  jika ingin merasai  naik  pesawat. Tak berbaloi kerana persiapan yang renyah..campur tolak sama saja masa diambil jika berkenderaan darat..persiapan serupa  ingin ke destinasi antarabangsa,  perlu bergerak seawal  pagi, 2 jam sebelum berlepas perlu berada di airport untuk urusan check in bagasi..lebih leceh  bila pergi bersama anak-anak kecil.






Tawaran tiket murah biasanya penerbangan awal pagi.  Penerbangan kami pukul 7.00 pagi. Namun kelebihan berpesawat belum sempat melelapkan mata pesawat sudah akan mendarat. Seawal 8 pagi sudah sempurna mengambil bagasi.

Kini Terengganu destinasi popular liburan dikalangan warga tempatan..





Boleh dikatakan ada saja karnival disusun untuk pengunjung datang sepanjang tahun, baru-baru ini terdapat acara sukan pemotoran drift,  perhimpunan motor rxz, ex5..Bulan Disember ini acara basikal Mtb Antarabangsa pula dan banyak lagi.. 

Kafe-kafe berketerampilan segar tumbuh bak cendawan untuk memenuhi selera pengunjung.
 





Makanan popular Terengganu pastinya keropok lekor, Ikan/ hasil laut celup tepung dan nasi dagang. ..Bila pengunjung pelusuk negeri- negeri lain datang  menu-menu lain turut bercambah..Menu ala Thai, Makanan Arab, Mamak semakin banyak..









Aktiviti pantai meriah. Boleh dikatakan hampir semua pantai tumpuan Terengganu meriah bercahaya diwaktu malam.

Pantang cuti umum kawasan tumpuan sesak..

Apabila ECRL disiapkan nanti..lebih mudah ke pantai timur...


Friday, November 1, 2024

Tanaman Keliling Rumah...

Luangkan sedikit waktu bercucuk tanam dipersekitaran rumah...Usaha yang sedikit tapi berbaloi..



Pokok yang mudah hidup dan banyak manfaat, pokok kelor atau moringa..antaranya mereka yang menghadapi masalah sukar buang air besar, pucuk moringga sangat membantu...

Cuma bila pokok dibiarkan tinggi selain sukar memetik pucuk maupun kacang, daun- daun kering akan menyepahkan halaman rumah..

Untuk itu perlu selalu dicantas..


Pokok pisang juga mudah dijaga..sampai masa berbuahlah..cuma setelah sampai ke generasi ke 3, pokok mula tidak  subur tandan dan buah mula mengecil..Olehkerana menanam di kebun tumpang dan bukan tujuan komersil, rasa tak sanggup berhabis untuk membaja..jadi terima seadanya. 




Pokok pokok nenas pun begitu, tiadalah bersungguh menjaga hanya sesekali membersih semak keliling pokok..Benih pun dari jambul nenas beli.. Sekarang beberapa pokok telah mula berbuah..ada ketika ditabur juga dengan baja..

Pokok kangkung, pandan dan pucuk ubi pulut  memang mudah membiak dan tak termakan.., kangkung dah menjadi rumput liar..hanya dengan racun boleh mematikannya..padahal dulu ketika pkp hanya ditanam beberapa benih..kini semakin ditebas semakin galak tumbuh pucuk-pucuk baru dan semakin merebak...walaupun tak lah segemuk kangkung komersil, kangkung tanam sendiri bebas racun..

Tak rugi meluangkan sedikit masa berkebun..apa lagi..jomla

Friday, October 25, 2024

Betik & Avocado

Pokok betik termasuk pokok jiran tumbuh hasil benih bawaan burung, tidak putus mengeluarkan hasil...adakala buah kedua pokok matang serentak. 


Betik rumah penulis baru saja dipetik, buah tak sebesar betik rumah jiran. Sekejap saja habis. Selalunya penulis hadap seorang..sebab tak taulah kenapa ahli keluarga lain tidak begitu meminati betik, menjamah sehiris dua saja..


Ketika ini betik rumah jiran pula yang mula meranum. Stok kita pula dah habis, tanpa segan silu meminta betik jiran..lagipun 3 biji  mulai ranum memang jiran berusia tinggal berdua tidak akan habis makan..mereka membiarkan buah masak di pokok untuk turut dikongsi dengan burung.

Zaman serba serbi mahal nih, sangat membantu dapat buahan percuma..




Pokok avocado semaian biji di kebun bukit sedang dikawinkan dengan spesis tanpa biji dan pelbagai spesis lain juga..sepokok akan ada pelbagai jenis buah nanti.



Ini buah tuaian  kebun rakan..Jika cantuman menjadi pokok avocado dikebun penulis akan mempunyai buah yang sama..

Tahun depan avocado akan dikenakan cukai tinggi, tersenarai sebagai buahan mahakaya.



Dah alang-alang buah akan semakin mahal, Puncak Rasa akan ditanam lagi dengan pokok avocado...Ketimbang durian, avocado lebih lasak dan senang jaga..



Amacam.. jom lah berkebun..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK