Ketika berbunga Jasmine, dan Kenanga tersangat wangi menyesakkan hidung.. 2 jenis pokok ini menjadi pilihan di halaman rumah santai AG. Biar ketika memasuki rumah disambut bau harum semerbak.
Kenanga beli di nurseri manakala Jasmine cabut dari rumah BCH, di sana dah jadi hutan mini dipenuhi segala macam pokok keliling rumah..
Dibelakang rumah 3 Pokok Nam Nam dan 1- 3 pokok betik yang ditanam nun di kaki cerun. Pokok betik berbuah sepanjang masa memang kena ada.. penjagaan mudah, daun gugur tak banyak . Pokok Nam Nam memanfaatkan pokok yang banyak tumbuh di rumah BCH, di nurseri dijual mahal pada harga Rm 35.. Rimbunan daun cantik dan daun tak banyak gugur .
Pokok asas masakan pokok kari dan pandan yang ditanam mudah dicapai dipinggir dapur. Pokok halia ditanam dikaki cerun..
Selebihnya lapang dengan hamparan rumput...
Jom jom berkebun...
No comments:
Post a Comment