click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, August 31, 2023

Penghadang Cerun Jalan Kebun



Lanjutan dari kejadian Kembara nyaris terjunam ke kaki cerun, gara- gara mengelonsor kerana permukaan jalan licin, penghadang cerun segera dibina menggunakan tayar terpakai yang diisi tanah,  permukaan jalan di tanam dengan paver block dan sisa bahan binaan  untuk lebih cengkaman ketika musim hujan. Laluan kritikal turut dilebarkan.



Ketinggian penghadang akan ditingkatkan dan susunan tayar akan dipelbagaikan  supaya lebih selamat. 
Pokok-pokok ditanam di dalam  tayar supaya penghadang lebih kukuh. Akan diusahakan lagi menabur permukaan jalan dengan sisa bahan binaan.


 

Ada beberapa lagi laluan yang telah dikenal pasti untuk ditambah baik. 

Trauma menggelongsor masih menghantui fikiran apabila melalui jalan licin. Biar berwaspada  dulu daripada menyesal kemudian.

Wednesday, August 30, 2023

Durian Duri Hitam...

3 anak pokok durian duri hitam dan 3 pokok musang king yang dibeli di atas talian telah sampai. Berpuashati dengan saiz dan kesihatan anak pokok, berbaloi dengan harga Rm34 sepokok. Membeli di nurseri tempat kami mana boleh mendapat harga sebegitu. 

Meneruskan pembelian bila penjual bersetuju menghantar sendiri anak pokok. Penuh satu 4wd termasuk di bahagian kabin penumpang, penjual membuat penghantaran satu Malaysia. Berbanding pokok lain yang lebih lasak, pokok durian semacam manja ditambah penjagaan di kebun yang ala kadar.

Dah cukup kuota pokok durian, melainkan pembelian untuk menyulam pokok yang mati atau tumbesaran terbantut. Sejumlah 23 pokok  durian pelbagai variati sudah ditanam . Ada sikit lagi baki  kawasan disediakan untuk pokok lain pula.


Setelah ditanam kini peringkat penjagaan. Rugi masa dan modal jika tanam tanpa penjagaan. Sudah berkenalan dengan beberapa pekebun komersil yang telah terbukti menanam , menjaga dan kini menunggu masa mengutip hasil..Ingin ditiru sop penjagaan termasuk teknik membaja, memangkas dsb. Tak mampu meniru 100 peratus dapat sebahagian sudah memadai...tak boleh samakan orang bertani komersil dengan orang berkebun lebih untuk kegunaan sendiri.


Kebun semaunya hanya menggunakan baja organik selain tiada penggunaan racun rumpai, biar semak samun bertebas saja. 


Walaupun kebun tak besar, bila diusahakan dan menjadi ianya boleh menjadi terapi fizikal dan minda...makin semangat gitu..

Tuesday, August 29, 2023

Serai...


Geram melihat seikat serai Rm3 di hypermarket.., bukan nak guna untuk masak,  tapi nak buat benih tanam di kebun. Di kebun terdapat lebih 5 rumpun serai yang dulu tanam dan tinggal, kini membesar dengan baik..babi dan makhluk lain pun tak minat dengan tumbuhan ini...Mana ruangan kosong nanti setelah ditanam dengan pokok seperti serai, halia, kunyit kuranglah sikit kawasan berumput yang perlu ditebas.. 

Nak tanam banyak sangat pun nanti letih membersih rumput di celah-celah pokok pula...Kita tanam berpada -pada lah.. Janji ada.

Setidaknya nanti setiap kali balik dari kebun adalah ole ole yang dibawa balik untuk kegunaan sendiri ataupun jiran- jiran. 

Monday, August 28, 2023

Hutan Bandar USJ 3, Subang Jaya...



Meneruskan aktiviti riadah mingguan, Ahad kami ke Taman Rekreasi Hutan Bandar USJ 3. Usaha yang bagus menggabungkan kawasan hijau dengan taman riadah. Akta pembangunan taman perumahan, 30 peratus keseluruhan kawasan hendaklah digazetkan sebagai kawasan hijau. Hutan bandar cuba menghijaukan lagi taman awam dengan pelbagai spesis flora..Bila Flora berkembang fauna turut bertambah. Dengan adanya kawasan hijau suhu persekitaran dapat dikurangkan sehingga 20 peratus selain bertindak sebagai penapis pencemaran.







Kemudahan peralatan permainan kanak kanak dan tandas awam disediakan, cuma aspek kebersihan tandas perlu dipertingkatkan.




Di sini terdapat laluan berpanggung yang turut disediakan wakaf dan bangku. Kemudahan seperti ini boleh juga didapati di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Sepanjang laluan ditanam dengan pokok bunga menjalar.


Kebersihan taman superb, cuma kepuasan berjogging tidak cukup untuk menggamit hati supaya berkunjung semula.

Keluasan hutan bandar tidak besar,  Banyak peralatan kecergasan disediakan disepanjang trek. Sesuai untuk riadah ringan.

Sangat sesuai untuk warga tempatan namun tidak berbaloi untuk pengunjung luar yang jauh.

Keseluruhan rating 6/10.

Sunday, August 27, 2023

Misi Menyelamatkan Kembara...

Sambungan cerita Tragedi Jumaat..

Pada awalnya tiada tali maupun rantai mencukupi untuk menarik Kembara. Rantai chainblock tidak cukup panjang untuk disangkutkan ke pokok. Hasrat membeli, hardware pula terlalu jauh, mencuba menahan kenderaan lalu tiada siapa yang berani berhenti, meminta bantuan rakan, liputan talian talifon tak begitu bagus. Lagi pula hari Jumaat  sudah tentu ramai yang sedang bersolat..Berjam juga memerah akal untuk menarik Kembara dalam keadaan serba kekurangan.

Kebetulan jiran kebun cina tepi jalan utama  hadir ke kebunnya dan mempunyai rantai panjang...selesai satu masalah...

Hampir berjaya menaikkan Kembara, chainblock pula jem.. Mungkin sudah terlalu lama tidak diselenggara dan dibiar berhujan panas, chainblock tak mampu berfungsi lagi. Mau tak mau  meminta bantuan rakan setaman untuk mengambil kami.. mujur di puncak bukit boleh mendapat liputan talian telefon. Tak sanggup meneruskan usaha menarik Kembara..Sangat penat dan perut sudah terlalu lapar.



Seawal pagi, membeli chainblock baru.. Design yang sangat ringkas tetapi padu berbanding yang terdahulu. Chainblock ini mudah sangat dikendalikan. Harga Rm320. Peralatan begini memang kena sentiasa tersedia di kenderaan.





Dengan peralatan lengkap, tak sampai setengah jam Kembara berjaya dinaikkan. 

Beberapa lokasi laluan telah dikenalpasti untuk ditambahbaik  dengan segera  supaya tragedi sama tidak berulang. Pinggir cerun akan dibuat penghadang menggunakan tayar terpakai yang diisi tanah.

Permukan laluan akan ditabur lagi dengan batu atau sisa binaan terpakai.

Tayar kembara akan ditukar berbunga kasar, sistem 4wd akan diselenggara dan ditambabaik lagi.


Misi menyelamat selesai. Awal pagi lagi, rakan meneruskan perjalanan ke kebun  di Puncak Gesir/Behrang..

Orang kebun mana reti duduk diam...

Saturday, August 26, 2023

Tragedi Jumaat...

Kalau sebelum ini kami melawat kebun jiran di Puncak Gesir/Behrang, harini mengajak beliau ke kebun Puncak Rasa pula...Rakan ini pernah 2 kali  ke kebun ketika mula merintis batu sempadan ketika peringkat awal membeli kebun hampir 2 tahun dulu.

Dah pasti banyak perubahan berbanding kehadiran terdahulu., hampir tiada pohon- pohon hutan, kebun hampir 80 peratus telah ditanam dengan  pokok buahan, hanya rumput- rampai yang sengaja dibiarkan agak tinggi sebagai pelembab permukaan tanah..


Mengambil kesempatan berteman, kita pun membuat kerja-kerja membersih keliling pokok, membaja sambil mendengar cadangan penambahbaikan kebun...sistem pengairan perlu diberi keutamaan. Ketika ini bergantung sepenuhnya dengan air hujan.

Kebun kecil , 30-45  minit selesai...






Manggis Razali ini baru nampak galak membesar setelah pokok hutan menghalang cahaya pagi ditebang..





Pokok durian ini masih lagi kurus, baru mengeluarkan daun baru ,  dulu ditanam remaja berusia 2 tahun dibeli pada harga Rm300 lebih..mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru.. mungkin akar baru belajar menjalar setelah sekian lama bergumpal dalam polibeg. Pemangkasan dahan dan ranting perlu dibuat.






Dalam perjalanan balik inilah yang terjadi, Kembara mengelongsor ketika menuruni laluan curam licin..mujur tayar tersangkut pada beg tanah yang dibina mengukuhkan cerun, jika tidak terjunam ke kaki cerun.







Usaha menaikkan Kembara gagal kerana chainblock jem...Kembara terpaksa ditinggalkan bermalam disitu..Kami balik dengan bantuan rakan setaman...
 

Usaha menyelamat akan disambung keesokan hari...







Tuesday, August 22, 2023

Kellie's Castles, Batu Gajah, Perak


Misi mencari kedai sewa di Ipoh, membawa kami ke Kellie's Castles...Bercadang membuka kedai gunting baru di sana. Di Lembah Klang harga sewa kedai sudah terlalu mahal, sangat tidak berbaloi untuk pemodal. Jarak Ipoh dan Lembah Klang pun tidak jauh sekitar 2 jam pemanduan.

Lokasi kedai telah dikenal pasti., tapi perbincangan belum mendapat kata putus.

Dah alang- alang ke sana, singgah di Batu Gajah, membawa anak buah  meronda-ronda ke Kellie's Castle. Ini saja modal yang kita ada sebagai pemodal, membeli jiwa anak buah. Anak buah gembira urusan kedai akan semakin mudah, apatah lagi apabila kedai jauh.






Syabas kepada agensi pelancongan negeri Perak yang mengeksploitasi bangunan lama rumah agam tinggal milik pengusaha pelombong bijih timah.

Tiket masuk dewasa rm5 seorang dan caj parking Rm2, harga yang sangat munasabah.









Penambahbaikan terbaru berbanding kunjungan terdahulu, kini pelawat dikhendaki mengambil gambar sebelum memasuki perkarangan bangunan. Walaupun tiada paksaan membeli, ramai yang tertarik untuk membeli gambar sebagai kenangan.










Menurut catatan, di beranda ini sering kelihatan kelibat lembaga kononnya roh pemilik yang menjaga rumah beliau..Gimik-gimik seperti ini yang menarik minat pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut dan datang ke sini..




Catatan- catatan mengenai sejarah rumah agam disediakan untuk makluman pengunjung.


Apa lagi..Jom jom kita meriahkan destinasi pelancongan tempatan...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK