click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, October 31, 2022

Drive Shaft Kancil

 




Sambil tunggu  si BEL tukar drive shaft, menulis diarilah kita, senang nanti  nak check bila tarikh mentenen kenderaan ini.

 Sebelum ini bulan Julai 2022 dah tukar drive shaft, memang terasa bergegar bila pedal minyak ditekan, bertangguh punya pasal  hujung bulan Oktober baru hantar semula ke pomen untuk diperiksa. Kereta cuma dibawa ke destinasi berhampiran jadi tidak terdesak untuk diambil tindakan segera. Setelah diperiksa rupanya drive shaft tak sesuai. Pomen tukar dulu berpandukan model Kancil 650 walhal enjin telah ditukar ke CC 850...Ermm kita mana tau, dah serah bulat- bulat ke pomen.

Dah tukar drive shaft baru barulah boleh membesit dijalan raya ..Tin ..Tin


Thursday, October 27, 2022

Pisang Tanduk



Wah not bad...pokok sederhana besar dapat hasil 15 biji, buah pun boleh tahan besar...Rumpun ini telah 3 kali mengeluarkan hasil, tak silap yang kedua dulu 17 biji, yg pertama pun belas-belas juga.


Benih dari rumpun ini telah dibiakkan lagi, rumpun baru membesar dengan cantik, anak benih keliling pun banyak dan boleh dipecahkan rumpun lagi ..

Bila tanaman pisang semakin banyak, tidak semua rumpun yang sihat...Pisang Serendah dan Lemak Manis ada yang telah terkena penyakit, daun banyak yang layu, bila ditebang, batang pokok berwarna kehitaman. 

Baru ini sepohon pokok yang  berbuah telah tumbang sebab batang pokok semacam reput. Terkilan juga sebab buah taklah muda sangat. Boleh kot dicuba masak gulai. Saja mencuba, sebab ada yang kata buah tak sedap bila dibuat gulai, dah cuba ternyata sangat lazat. Kalau tak sedap masih boleh dimanfaatkan untuk menjadi makanan ayam.

Taktau dengan nasib rumpun-rumpun yang lain..Tak tau bagaimana untuk merawat sebab tiada pengalaman. Sekarang ni bertawakal saja..Kalau berjangkit dengan rumpun yang lain redho sajalah...

Wednesday, October 19, 2022

Genting Highland Okt 2022

Bertuah kita rakyat Malaysia, segalanya ada  lagi cantik...Mereka yang suka meronda segalanya ada disini..Pulau, gunung, pantai dll. Teringin mandi manda laut tuju ke pantai, inginkan pemandangan menakjubkan dasar laut  pergi ke pulau, pemandangan tanah tinggi, air terjun dan dingin tuju ke pergunungan...tiada yang kurang . 


Kos sara hidup pula taklah begitu tinggi, rezeki melimpah ruah asalkan sanggup berusaha lebih sedikit. Bumi pula subur, campak benih insya Allah mengeluarkan hasil. Pantang cuti umum sesak manusia dimana-mana. Lebuhraya disegenap arah banyak kenderaan.

Khamis lepas kami  meronda ke Genting Highland, dah lama tak merasai kedinginan puncak genting, kebetulan hari itu ada LTDL, hah sedang elok lah. Sengaja mengelak datang hujung minggu Sabtu dan Ahad untuk mengelak kesesakan ..Ermm rupanya di puncak orang tetap ramai. Bertanyakan pengunjung, ada yang datang dari Sarawak, Johor, Singapura, Indonesia dll, Lepas pandemik ramai yang membalas dendam berjalan...




Paling mudah untuk ke puncak menaiki kereta kabel, cuma bila datang ramai lebih menjimatkan membawa kenderaan sendiri. Tiket pergi balik dari stesen Awana ke puncak genting Rm36 seorang, parking jam pertama Rm3 di Genting Premium Outlet. Untuk 24 jam parking, kami dikenakan bayaran Rm27. 





 

Taman tema luar sebahagian besar telah dibuka. Kunjungan kami terdahulu taman tema luar sedang dalam pembinaan.

Hasrat menyaksikan Ltdl tidak kesampaian, disamping hujan lebat,  tak sanggup melilau mencari jalan keluar ke lokasi penamat Ltdl. Melepak dalam bilik sudahnya..



Diatas sekadar menjamu mata melihat gelagat orang ramai, ingin mencuba permainan indoor maupun outdoor zaman itu sudah berlalu. Jadi pusing-pusing sekadarnya, makan-makan kemudian melepak dalam bilik lagi.

Bermalam di First World Hotel, hotel yang diktiraf Guiness Book of Record sebagai hotel terbesar dunia dengan memiliki lebih 7000 bilik. Membeli bilik melalui ulat- ulat bilik, ramai berlegar dilobi, malas beratur berurusan dikaunter. Mungkin sedikit mahal tapi pantas. Bilik tanpa pemandangan cantik Rm200





Dalam perjalanan balik singgah di Chin Swee Cave Temple. Singgahan untuk melihat pemandangan luas saujana mata memandang  dari tanah tinggi.



Sungguh kagum dengan semangat pengasas Genting TS Lim Goh Tong yang membina kuil ini. Berdasarkan catatan batu asas, awalnya tapak dan bangunan  ditebing curam dibina tanpa bantuan jentera canggih. Kini laluan ke kuil dilengkapi dengan escalator dari hentian kereta kabel CheeSwee. Kuil boleh juga di akses dengan kenderaan lain. 

Dengan berbekalkan semangat LGT boleh membina empayar dipuncak gunung pada ketinggian lebih 1200 m, iayanya sangat memberi inspirasi kepada penulis untuk mengusahakan kebun bukit yang serba kekurangan dengan lebih gigih lagi.

Huhu pondok kebun sikit lagi nak siap...Semangatt 



Sunday, October 2, 2022

Kembara Kebun...

Apabila tugasan Jengka selesai, maka pikap perlu dikembalikan, mau tak mau kenderaan kebun perlu dicari. Kalau akses baik tiada keperluan kenderaan 4wd, Kancil sudah memadai . Tapi dah pernah cuba, musim kering sedikit mengah bila  musim basah, menjerit enjin dan berpusing tayar   nak memanjat bukit. Kebun tak luas, hasil pun tak ada, tak berbaloi membeli pikap. 

Dah timbang- timbang Kembara juga paling ekonomikal. Alat ganti mudah, kalau enjin barai nanti boleh tukar enjin seketul dari kedai potong. Minyak, road tax dan insuran pun tak mahal.

Pernah terlintas Kia Sportage lama, harga pun tak mahal,  CC 2.0 liter lebih berkuasa tapi roadtax pula mahal, dengar cerita- cerita  spare part pun mahal ermm terus lemah. 



Kini Kancil dah ada teman baru.  Nak jual  bukan boleh dapat duit balik, bikin bagi cantik dulu, jadi terus pakai sajalah. Bila dah ada Kembara, motor kebun pun dah tak perlu lagi letak disana, leceh guna motor, berboncengan susah nak kawal semasa memanjat bukit, sudahnya yang sorang lagi  lebih banyak menapak, nak bawak barang banyak pun susah. Sejak kenderaan dah boleh bawak ke puncak, berbulan motor tak diguna, habis diselubungi rumput menjalar. Kini motor dah dibawa balik.

Dah banyak  sangat pulak koleksi kenderaan buruk, nampaknya kena bagi- bagi tugasan.. Kancil untuk bawak berjogging, motor untuk ke masjid, Kembara untuk ke kebun..Fuh..taktaulah mampu ker tak, nak menten semua itu nanti...Tapi tak mengapa...biarpun koleksi buruk janji geran ada ditangan hehe..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK