click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, January 30, 2020

Kaedah Cangkok Guna Air...

30hb Jan 2020, Khamis

Harini penulis nak cuba kaedah baru mencangkok pokok. Jika sebelum ini cambahan baka melalui kaedah tot/cangkuk menggunakan medium tanah, cubaan kalini menggunakan air yang dicampur penggalak akar saja.




Belajar kaedah ini melalui FB, teruja untuk mencubanya. Kalau berjaya,  nampaknya cambahan benih akan lebih sangat mudah.


Dua dahan pokok bunga yang dicangkok mengambil masa tak lebih 10 minit. Dahan di belah, dan bahagian  keratan itu direndam didalam air  botol yang ditebuk disisi. Jika berjaya akar akan tubuh dibelahan dahan yang direndam.

 Jika di FB, air diisi didalam bekas plastik, penulis ubahsuai menggunakan botol. Penggunaan botol ternyata lebih mudah. Jika air kurang boleh tambah dengan mengisi  air melalui muncung botol.



Inilah hasil cambahan benih pokok gajus yang dicangkok menggunakan medium tanah. Daripada 3 dahan, nampaknya hanya satu yang berpotensi hidup.,daun kekal menghijau manakala dua ranting lagi kelihatannya layu. Berjaya mencambah dah dikira ok lah tu..

Jom jom berkebun..

Thursday, January 23, 2020

Tong Kompos Organik Mudah Alih..


Khamis 23hb Januari 2020

Harini penulis buat lagi tong kompos untuk  proses sisa bahan dapur dan sisa laman untuk menjadi baja organik.

Kalau dulu menggunakan tong cat,kalini menggunakan tong air terpakai. Buatan kalini cuba menambah baik dengan menjadikan maklumat di Utube sebagai rujukan dengan sedikit modifikasi untuk hasil yang lebih baik.




Tong air yang lama tersimpan di stor elok dimanfaatkan. Dulu tong ni dibeli semasa kawasan taman mengalami gangguan air berpanjangan. Paip dan besen pun entah berapa lama tersimpan di stor.


Besen ditebuk  halus ditelungkupkan  akan bertindak sebagai penapis memisahkan air dan sisa buangan. Paip bersaiz 4 inci ditebuk keliling untuk pengudaraan didalam tong.



Paip 2inchi berliang halus bertindak sebagai saluran pengudaraan selain bertindak sebagai peyokong paip 4 inchi. Besen  mesti lebih besar sedikit dari saiz dasar tong, jadi dasar tong dan besen terdapat ruangan untuk mengumpul air sisa.


 Liang halus  ditebuk di keliling tong untuk pengudaraan yang lebih baik. Saiz liang tidak besar untuk menghalang lalat memasuki tong.


Dasar tong ditebuk untuk mengalirkan air sisa terkumpul.




Boleh saja menggunakan kepala paip, tapi penulis memilih menggunakan kepala botol yang digam. 


Nak senang guna saja jari untuk sapu gam lekatkan kepala botol..hehe


Hah tong kompos organik telah sedia untuk diguna. Segala macam sisa bahan dapor boleh dicampak kedalam tong ini.,kecuali  barangan plastik atau bukan organik. Sebaiknya diselang  seli dengan tanah atau daun-daun . Tambah tinja binatang untuk hasil yang lebih baik.

Jika sebelum ini air basuhan beras dibuang begitu saja elok disiram kedalam tong kompos..Air basuhan beras diketahui banyak manfaat untuk mempercepatkan proses pereputan sisa selain menghilangkan bau hanyir.

Jom jom buat baja organik...

Wednesday, January 22, 2020

Paku Pakis...

Rabu 22hb Jan 2020
Tak pasti ada atau tak orang menanam pokok pakis., bunyi macam pelik, tapi itulah  yang penulis buat. Penulis suka tanam pokok yang senang jaga, tapi bermanfaat, daripada rumput lain yang tumbuh biarkan paku pakis yang hidup, pucuknya nanti boleh dijadikan sayur. 




Cuma selalunya yang ditanam tu lah yang susah nak hidup . Mungkin habitatnya tak begitu sesuai., Spesis pakis yang suka menumpang kat pokok kelapa sawit tu banyak saja tumbuh dilaman penulis..Disebabkan koloninya tak banyak penulis biarkan saja, sesekali masa memotong rumput akan mencantas pucuk menjadi rata. 

Ditakdirkan spesis pakis yang ini tak hidup pun ok, bukan keluar duit pun untuk dapatkan pokok ni.


Bila dah hampir setiap pagi melepak dekat bangku dalam kebun, geram pulak tengok kawasan kosong ni ..Nak ditebang tak  mungkin, lagi pun penulis suka suasana redup macam ini. Tanah ni pun tak tahu siapa punya.

Kalau dipagar dan didirikan reban macam sesuai saja.  Ular dan biawak tolak tepi dulu lah.

Dalam kepala dah terbayang tengok ayam-ayam mengais tanah mencari cacing
atau serangga. Ini pun terapi minda juga. Sedang berkira kira nak bela ayam dalam 15-20 ekor. Kalau banyak sangat bau taik ayam akan mengganggu jiran jiran pula.

Ayam kampung ni nak bagi makan tak susah, lebihan makanan kita pun dia berselera, dah tengok utube rasanya pun tak susah.

Cuma leceh membela ternakan ni masa kita tiada dirumah, siapa yang nak diharap memberi makan.  Dah bincang dengan jiran dia ok setuju menengok masa kami tiada dirumah.

Tengoklah nanti menjadi atau tak apa yang diangankan.

Sunday, January 19, 2020

Pisang Tanduk...

Ahad 19hb Jan 2020.


Inilah gymnasium penulis, peralatan senaman sekadar cangkol, parang, pahat dan baji. Selepas  penat bersenam air secerek pun boleh teguk senafas...Nasi dengan sebarang lauk pun kelihatan berselera.

Daripada tanah kosong tak tau siapa pemilik ni semak, silap haribulan kena saman dengan penguasa tempatan, lebih baik dimanfaatkan..Cucuk lah dengan tanaman yang tak perlu ditengok selalu, sesekali saja potong rumput atau anak anak pokok.. Setel


Lima benih pisang terawal menampakkan tumbesaran yang bagus...Semalam kawan yang sama memberi lagi 3  benih pisang tanduk... Dikeliling rumah pulak terdapat 4 benih betik hasil sebaran  burung.

Jadi membanting tulanglah kita seawal pagi menanam benih benih ini...Walaupun bersarung tangan, melecet juga tapak tangan membuat batas dicelah celah akar pokok besar. 


Hati girang bila melihat tanaman membesar dan subur..kira
terapi  minda jugalah nih. Sesapa yang teringin merasa hasil nanti pun ok saja dipersilakan.


Ulaman bayam brazil dan dan panjang nyawa walaupun berlubang dimakan serangga, tak mengapa, setidaknya kita tau tiada semburan bahan kimia digunakan.


 Nyamuk betina tak usah cakaplah,  datang saja berkerumun berlumba nak mintak darah,tapi  lama kelamaan makin berkurangan.Hasil bacaan memahami, hanya nyamuk betina yang 
 ghairah menghisap darah untuk proses membiak.


Pandan dan serai pun mula membesar..Tak perlulah berkejar kekedai jika ingin menggunakan sebatang atau sehelai dua bahan ini..Petik segar segar dari ladang.


Hah bangku panjang untuk berehat pun telah disiapkan...Memanfaatkan batang kayu dan papan lebihan. Syok duduk dibawah pokok, walaupun nyamuk banyak tapi suasana nyaman.  Pukul sebelas pagi matahari terpacak tapi duduk dibawah ni rasa sangat selesa sebab redup dengan angin sepoi-sepoi bahasa, sambil main phone boleh tengok kenderaan lalu lalang..


Nak balik boleh lah kutip hasil..

Jom jom berkebun..

Thursday, January 16, 2020

Pokok Gajus...

Khamis 16 Jan 2020

Bismillahirohmanirrahim.

Rasanya dah lebih 3 bulan penulis cuba mencambah pokok gajus dengan kaedah tot., sering juga memeriksa samada akar dah mula keluar, berbanding dengan pokok lain, nampak macam susah mencambah pokok ini.

Harini nekad pindahkan, dahan pokok ke medium semaian lain., Daripada 3 ranting yang di tot, 2 ranting menumbuhkan akar, satu lagi cuma membengkak.


Berserah sajalah antara 3 pokok ni mana yang akan panjang umur. Ketika cuba memindahkan ke tapak semaian, gumpalan tanah tot terlerai., akar terkacau. 


Susah juga untuk bertani, tidak semudah yang kita lihat subur ditanam petani. Rasanya banyak cabaran yang perlu ditempoh sebelum tanaman mengeluarkan hasil. 

Pokok betik yang penulis  cuba tanam ni untuk membesar ketahap ini pun banyak dugaannya.. Ada ketika tidak meletakkan sebarang harapan bila pucuk berkerinting, tapi dibiarkan jadi elok pulak tumbuh pucuk yang baru



Begitu juga dengan keledek yang yang penulis cuba tanam dalam bakul. Tengok UTube macam senang saja, 3bulan dah boleh menuai hasil. Lepas 3bulan dengan penuh berdebar kita pun cuba menuai. Ermm... akar rambut saja yang ada..Keledeknya tak ada pun..Cepat cepat tanam balik.

Fuh, mujur penulis bukan petani sepenuh masa...Cepat sangat lemah semangat hehe...

Sunday, January 12, 2020

Jom Sihat Jasmani dan Rohani...

  
Salam riadah Ahad 12hb Jan 2020

Hujung minggu ramai pengunjung beriadah ditaman taman rekreasi. Penulis perhati kesedaran beriadah untuk menambahbaik kesihatan jasmani makin meningkat, cuma kesihatan rohani dalam menjaga kebersihan  alam sekitar masih sangat lemah. 

Sungguh, penulis tak boleh hadam dengan sikap orang yang  langsung tak peka dengan kebersihan alam sekitar. Geram tak terkata sehingga jika boleh ingin sangat menebok tengkorak kepala golongan ni nak tengok otak mereka. Mana tau  otak dah takda disitu.  



Melantak pandai, habis madu sepah dibuang. Bekas makanan dibuang merata., begitu juga dengan kotak-kotak rokok dll., padahal tong sampah ada saja tersedia. 

Penulis sangat setuju jika karong-karong plastik diharamkan. Sekarang ada  trend yang pelik, jika direstoran,   ramai pengunjung meminta minuman dalam plastik ikat tepi dan di letak dalam mangkok. Kenapa tak saja minum dalam gelas dan habiskan minum disitu.




Jika kawasan taman yang turut dihadiri kanak kanak, si  dewasa tidak menunjukkan tauladan yang baik, sikap ini akan jadi ikutan anak anak. Maka akan lahir lah masyarakat pengotor.





Tin minuman keras bersepah sepah...Itu belum lagi bekas minuman keras dari botol. Malam hujung minggu ramai yang berseronok,konon  konon 'happy hour'. Tapi perangai mengalahkan setan.

Selain botol minuman plastik, kotak rokok, karong plastik ikat tepi, tin dan botol minuman keras antara sampah  yang banyak penulis kutip.



Tasik tak besar...sekali pusing penulis dapat banyak ni. Dah buat 3 kali pusing sampah yang dikutip macam tak habis habis. Begitulah teruknya kesedaran sivik dikalangan orang ramai.

Jomlah berubah.Perubahan bermula dari diri kita.

Friday, January 10, 2020

Robot Vacuum...

Jumaat 10 Jan 2020

Sekarang kalau nak membersih lantai dah tak susah. Ada pembantu, sedia berkhidmat tanpa keluh kesah melainkan rosak. Kalau dulu peralatan begini berharga mahal, kini banyak produk membanjiri pasaran dengan harga semakin mampu milik walaupun mungkin kualiti tidaklah sebaik yang berharga premium.


Memiliki peralatan ini ternyata  sangat membantu...Kelihatan seperti tidak berkesan, robot bergerak ke sana  sini atau vakum tanpa wayar berfungsi bagai tidak bermaya,tapi saat membuka tabung sampah ternyata banyak kotoran yang dikutip.


Vakum robot boleh dilepaskan dengan pantauan minima, cuma sesekali tersangkut juga dicelah celah sofa atau terbelit di karpet nipis., secara keseluruhan ok puashati.


Cuma dari segi kepuasan membersih, menggunakan vakum  tanpa wayar lebih memberi kepuasan.Dengan vakum tanpa wayar  kita boleh terus menuju setiap sudut, berbanding robot yang bergantung sepenuhnya kepada sensor.

Vakum tanpa wayar ini berkapasiti kecil, sangat ringan dan praktikal. Sekali caj mampu menyelesaikan tugas membersih.  Sangat kontras dengan vakum tradisional berwayar . Membayangkan mencari  point plug pun sudah cukup melecehkan. 

Selamat tinggal  dunia wayar.

Thursday, January 9, 2020

Masjid Muhamadiah/Masjid Cina, Tasek, Ipoh Perak...

Kesinambongan singgahan masjid Ubudiah Kuala Kangsar Perak, zuhor kami singgah di Masjid Muhamadiah/masjid cina Tasik, Ipoh pula.

Kalau masjid india  itu sering kita dengar  dan singgah. 
Di pekan Sg Siput pun terdapat satu masjid India, mengenalinya kerana tertulis sedemikian dipapantanda . Kita tidak begitu perasan sebab ciri binaan masjid India tidak jauh beza dengan masjid masjid lain. 



Bila terbaca ada  masjid cina di Ipoh segera teruja untuk singgah. Melihat kepada ciri binaan, rekabentuk mirip Masjid Niujie Beijing  China. Jika tidak kerana tulisan kaligrafi jawi dipintu gerbang nescaya kita akan menyangka  bangunan ini adalah sebuah  tokong.

 Ada dua buah lagi masjid cina yang menerapkan ciri binaan serupa, satu di Kota Bahru, Kelantan dan satu lagi di Melaka.

Masjid Cina di Tasik Ipoh ini pernah memenangi anugerah tempat ibadah paling bersih di Perak.

Benar bagai yang dikata, hanya agama mampu menyatukan hati hati manusia... Walaupun berbeza bangsa, disebabkan bertauhidkan yang sama terbit rasa sayang terhadap saudara seagama.



Saturday, January 4, 2020

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak..

Isnin 30hb Disember 2019

Ini yang syok menyusuri jalan lama., banyak pilihan untuk berhenti rehat berbanding di leburaya . 

Melalui bandar Kuala Kangsar menyinggah di Masjid Ubudiah., di Jalan Istana, Bukit Chandan. Sebenarnya penulis terkeliru sekejap, pada bayangan penulis masjid di Kuala Kangsar  ni yang berkubah hitam,  baru   tersedar yang itu adalah Masjid Zahir di Alor Star





Masjid Ubudiah dibina dizaman Sultan Perak ke 28 Sultan Idris kerana bernazar sembuh dari penyakit. Batu asas dirasmikan sendiri oleh sultan pada 1913, masjid hanya siap dibina pada 1917 dan dirasmikan oleh sultan Abd Jalil, sultan Perak ke 29..

Rekabentuk sangat gah dari luar, tak lekang dek zaman.  Binaan berkonsep terbuka. Ruang solat utama berdinding berbentuk hexagonal tidak luas, boleh lah kot memuatkan jemaah dalam 100 orang..Ruang terbuka luar yang agak luas. Bagusnya rekabentuk sebegini, jimat guna tenaga. Lagipun kebiasaannya solat Jumaat atau solat hariraya saja  yang ramai orang.



 Untuk pengunjung luar yang tidak biasa sila pastikan arah kiblat dengan betul,  walaupun di ruangan utama. Ruangan berbentuk seakan bulat, tiada garisan saf jelas di karpet ., jadi kena lihat arah mimbar untuk arah kiblat.,   bila diperhati dengan betul  baru perasan ada garisan halus saf di karpet..ermm

Begitu juga diluar, jangan   solat berpandukan kepada garisan mozek..Garisan bukan menunjukkan saf sebagaimana masjid masjid lain, ianya  lebih kepada rekabentuk corak lantai, Binaan masjid berbentuk bulat erm , corak lantai terpaksalah menuruti rekabentuk keseluruhan lantai.   Masjid direkabentuk dan diselia oleh arkitek dan jurutera  JKR Mat Salleh, jadi tiadalah penekanan terhadap konsep saf berkiblat. Ini andaian penulis saja.




Sesudah Masjid Ubudiah, kami singgah di Masjid Muhamadiah atau masjid cina di Tasek Ipoh.

Wednesday, January 1, 2020

Victoria Bridge, Karai , Kuala Kangsar...

29hb Disember 2019.
Setelah 3H2M di utara,kembali keKL, penulis sengaja melalui jalan lama, Isnin wargakerja telah kembali bertugas, jadi jalanraya akan lengang.

Dalam perjalanan sesudah Kuala Kangsar, terpandang satu papan tanda kecil coklat. 'Victoria Bridge' dan dan disisinya terdapat papan tanda D'Village Resort. Selalunya papantanda berwarna coklat membawa maksud kawasan pelancongan menarik.

Walaupun dah terlajak beberapa meter dihadapan, keinginan mengetahui  apa istimewanya Victoria Bridge ini, penulis membuat pusingan U.

Melalui jalan kecil dan tiba dipekan kecil Karai,meneruskan pemanduan tibalah dilokasi dimaksudkan.




Victoria Bridge dibina pada 1897 dan siap dibina 1900,   merupakan antara jambatan besi tertua di Malaysia dan terpanjang asia diluar India dizamannya. Jambatan keretapi dibina untuk mengangkut bijih timah  juga untuk pengangkutan awam.



Berdasarkan carian internet, terjumpa foto ini..kini papantanda ini kelihatan tersadai ditanah. Tak pasti mengapa papantanda diturunkan sedangkan ianya  cukup menarik disitu. Menurut andaian penulis kerana perkataan NBOS itu...Sebagaimana perkataan 1Malaysia yang cukup alergik untuk sesetengah pihak sehinggakan semua papantanda begini diturunkan.


Dahulu jambatan merupakan aset starategik negara dan sering menjadi sasaran terutamanya komunis, kubu pengawal dibina dikedua belah jambatan untuk mengawalnya dari serangan musuh



Jambatan besi yang memiliki nilai estatika tinggi ini
telah disenaraikan sebagai aset warisan negara.




Bersebelahan dengan jambatan ikonik, kini terdapat resort yang baru dibuka November 2019.

Harga bilik Rm130 satu mlm. Resort dilengkapi dengan dewan seminar..Juga terdapat dewan pengantin. Sangat bertepatan sebab jambatan ini sering menjadi destinasi pilihan photoshoot pengantin baru.

Cuma agak terkilan jambatan dan resort seolah  tidak berintergrasi . Pier dan pintu masuk jambatan berkemaskan bata merah, tersangat kontras dengan pagar 'janji buat'  bata simen putih resort.



Tempat tempat menarik begini perlu promosi berterusan,  jika tidak, usaha menambah baik akan sia sia.. Jika River Kwai  Bridge Kechanaburi Thailand boleh popular seantero dunia.,kenapa tidak dengan Victoria Bridge yang mempunyai ciri ciri binaan yang hampir serupa.

Usaha promosi sejak 2014 kini dilihat kurang bermaya melihat kepada keadaan tapak..Mujur kini orang ramai boleh mencari maklumat destinasi menarik di internet...Sebagaimana penulis yang tidak tahu kewujudan  destinasi pelancongan Victoria Bridge,Karai Kuala Kangsar ini, rasanya ramai lagi diluar sana yang serupa.

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK