Khamis 16 Jan 2020
Bismillahirohmanirrahim.
Rasanya dah lebih 3 bulan penulis cuba mencambah pokok gajus dengan kaedah tot., sering juga memeriksa samada akar dah mula keluar, berbanding dengan pokok lain, nampak macam susah mencambah pokok ini.
Harini nekad pindahkan, dahan pokok ke medium semaian lain., Daripada 3 ranting yang di tot, 2 ranting menumbuhkan akar, satu lagi cuma membengkak.
Berserah sajalah antara 3 pokok ni mana yang akan panjang umur. Ketika cuba memindahkan ke tapak semaian, gumpalan tanah tot terlerai., akar terkacau.
Susah juga untuk bertani, tidak semudah yang kita lihat subur ditanam petani. Rasanya banyak cabaran yang perlu ditempoh sebelum tanaman mengeluarkan hasil.
Pokok betik yang penulis cuba tanam ni untuk membesar ketahap ini pun banyak dugaannya.. Ada ketika tidak meletakkan sebarang harapan bila pucuk berkerinting, tapi dibiarkan jadi elok pulak tumbuh pucuk yang baru
Fuh, mujur penulis bukan petani sepenuh masa...Cepat sangat lemah semangat hehe...
Harap2 hidup subur tanamannya.
ReplyDeleteAmin.yrb al amin
ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856