Tuesday, November 24, 2020

Berburu Siput Babi...

Suka pula fauna bertandang ke kawasan rumah.

Kat reban bermasalah dengan tikus, kat laman berumput bermasalah dengan kucing bertandang melepaskan hajat, kat lantai kejat bawah pokok mangga tak pasti binatang apa, setiap pagi pasti akan ada kesan najis dan sisa makanan di situ..entah tupai atau musang...

Kat batas tanaman pula bermasalah dengan siput..Siput babi..

Ketika siang sukar  dijumpai siput nih..tak tau dimana dia bersembunyi. Tahu kehadirannya bila daun tanaman berlubang lubang,  lebih kritikal pokok tinggal ranting dengan kulit-kulit pokok turut disiatnya..daun habis dibedal..

Siput ni buat kerja waktu malam..., susah  bersuluh waktu malam mencari siput.., paling mudah cari diwaktu awal pagi .. Sesudah subuh tu mencangkunglah perhati kat batas tanaman..pangkal pokok, batang dan ranting.. akan kelihatan nanti siput-siput mula meninggalkan kawasan. Masa inilah kutip satu persatu.

Siput ni sedikit mudah untuk dilupus. Kalau tikus terperangkap dibiarkan saja mati..Siput nih lempar saja ke kawasan lapang tempat lain..paling penting dia tak kacau tanaman.



Bila rajin membasmi siput, dapatlah juga hasil yang lumayan.



Kalau tak.. Ermm habis  togel..

Monday, November 23, 2020

Pindah Reban...

Dah tak boleh tangguh lagi nampaknya. Jiran sebelah dah  komplen kali ke 3. 

"Ayam you kokok I tak boleh tidurr..."..ujar cikgu pencen..

"Pukul 2, pukul 3 pukul 4 kokok.."

Kesian kat jiran wargaemas, duduk berdua umur 70an. Dahlah usia emas memang sukar untuk tidur.., dikacau dengan bunyi kokok ayam lagi...

Ayam ni  pun satu hal, berkokok sekali dua jerit ok lah..ini tidak, 15 hingga 20 kali baru berhenti... Bila ayam berkokok, anjing jiran pun ikut menyalak. Macamanalah kawan tu nak tidur...

Ada dua pilihan.. Pindahkan ayam atau sembelih. 






Akan cuba pilihan pertama dulu. Buat pertukaran reban dengan ayam remaja. Reban ayam remaja ini kedudukannya agak jauh ditengah-tengah jadi kuranglah sikit bisingnya. Ada sikit leceh sebab kena buat sangkar bertelur baru.

Reban ayam dewasa pula berkongsi dinding pagar dengan rumah jiran sebelah..Ditambah dengan pantulan bunyi dinding bata, bila ayam berkokok bertambah bergema memecah kesunyian malam...

 "I tak boleh tiduur..." 

Hehe Cikgu Nancy pagi pagi dah mengadu.

Kalau terus sembelih, nanti tiada penjantan pula, telur tidak boleh ditetaskan. Membazir inkubator yang telah dibeli. 

Kalau dah pindah, masih juga menganggu dan ada komplen nampaknya ayam jantan tua terpaksa dibuat rendang lah.


Sunday, November 22, 2020

Baugainvillea Bonsai...

Kekadang jeles bila tengok perkongsian Utuber bagaimana pokok bunga kertas mereka hidup subur dan berbunga.

Pokok pokok yang penulis tanam kebanyakkanya berdaun lebat tapi tanpa bunga.

Bukan bunga kertas saja, pokok bunga lain pun begitu..nak kata tak letak baja, letak juga..mungkin tak cukup kuantiti dan kekerapan.

Kerana sering gagal menaikkan seri laman melalui bunga, penulis mencuba menyulam halaman dengan pokok pokok berdaun yang berwarna., antaranya Pokok Puding,. Jenjuang dll. Dengan kepelbagaian spesis daun berwarna diharap naiklah sikit seri laman...

Ketika banyak masa dek pkpb ini kerap juga menonton perkongsian Utuber bagaimana ingin menambah seri halaman dengan pelbagai jenis pokok bunga pelbagai warna antaranya bunga kertas.

Utuber tersebut memberitahu 99.99 peratus pokok akan berbunga dengan kaedah yang dia pakai. Hah semangat untuk mencuba.



Antara sebab pokok dalam pasu tak mau berbunga adalah kerana akar mencari nutrient diluar pasu.. pokok menjadi terlalu subur daun. Atau mabuk daun.

Akar yang terkeluar perlu dipotong.

Setelah tanah dalam pasu digemburkan letak baja bunga dalam 2 sudu...Ketika musim panas baja perlu dilarutkan dengan air..Sekarang musim hujan baja sekadar ditabur dan dikambus sekeliling pokok.

Cantas ranting dan daun muda.


Baja sudah, cantas sudah ..letak alas halang akar tembus ke tanah pun sudah..

Tunggulah samada berbunga ker tak nanti..

Tak berbunga juga, nampaknya dalam hati cuma ada taman tapi tak cukup kuntum untuk berbunga hehe..

Saturday, November 21, 2020

Bunuh Diri Berkelompok-Kemaskini

Info terkini berburu tikus



Kluster dapor-1
Kluster reban -7

Mati- 2
Nyawa-nyawa ikan- 6


Ikut terperangkap tapi hidup

Teruk melekat getah-1

Ringan ke sederhana melekat- 2




Yang teruk kena getah telah dibersihkan menggunakan minyak makan dan bahan pencuci pinggan...Dibiarkan berjemur dan diberi makan berasingan...

2 lagi tiada rawatan diperlukan..

Sekian..😁

Friday, November 20, 2020

Bunuh Diri Berkelompok...

Maut jangan dicari. Perangkap bukannya tersorok tapi diletak terang-terangan...Hah dah kamu langgar juga memang cari nahas lah...



Dah macam jangkitan covid19, tikus pun ada macam- macam kluster. Kluster reban yang paling berleluasa diikuti dengan kluster dapur dan kluster stor.

Pelbagai kaedah perangkap digunakan. 

Pernah menggunakan racun seperti biji beras., lecehnya bangkai tikus sukar dikesan kecuali setelah  berbau busuk.

Pernah juga menggunakan perangkap baldi dengan penutup jerlus...tikus masih boleh meloloskan diri, baldi perlu betul-betul dalam agar mangsa tidak mampu melompat keluar.

Nampaknya perangkap pelekat getah paling berbisa. Sejak digunakan rasanya dah berbelas tikus berjaya dijerat. Cuma lecehnya bila tikus terperangkap tak tau apa harus dibuat dengan mangsa kecuali dibiarkan mati secara perlahan...Terbit juga rasa bersalah. Dilepaskan ditempat lain pun tak guna sebab seluruh badan diselaputi getah. 

Geramnya dengan tikus kluster reban, mereka dah tak segan silu berkongsi makanan dengan ayam-ayam. Gemuk-gemuk dan cepat benar  membiak. 

Tangkapan tikus harini paling lumayan. Semuanya dari kluster reban.



Tangkapan pertama sekali kena 2 ekor !. 



Selang berapa minit kena lagi seekor... 3 ekor dah.



Hait, tak lama kemudian kena lagi...4 ekor

Yang terperangkap di kluster luar reban ini bersaiz tidak begitu besar, dari kelompok anak-anak barangkali.



Bila terdengar bunyi menggelepar segera melihat perangkap. Sah kena...

Tangkapan ke 5 ini memang besar. Kluster dalam reban.

Diperhatikan masih ada lagi 2 ekor tikus dewasa yang masih berkeliaran di persekitaran reban...

Mungkinkah akan terperangkap malam ini...Esok pagi bakal mengetahui jawapannya.




 

Monday, November 16, 2020

Rotan Tiada Akar Pun Berguna

Beg galas dah terlalu buruk. Di simpan pun menyemakkan ruangan stor, nak dipakai ruangan dalam dah koyak.
Dah nak dimasukkan ke dalam plastik sampah tadi...




Teringat alat gantung trimer. Yea kenapa tidak dimanfaatkan...





Maka jadilah seperti ini...Nampak lebih sempurna alat  penggantung trimer.

Daripada mencemari tempat buangan sampah kita manfaatkan selagi boleh..

Saturday, November 14, 2020

Kayuhan Putrajaya...

Mujur PKPB tidak seketat PKP. ...Selagi vaksin tidak ditemui selagi itulah kita kena hadapi virus yang telah pun berada dalam komuniti...Asyik terkurung saja pun pastinya  rimas seperti kepala terbungkus dengan karung plastik. Kita kena lebih berjaga-jaga.

Aktiviti riadah masih dibenarkan dengan syarat menjaga penjarakan fizikal. 

Jika minggu lepas berkayuh di Tasik Cyberjaya, harini penulis berkayuh solo ke Putrajaya. Dua destinasi bertaraf internasional.

Seawal 8 pagi telah memulakan kayuhan..Cuaca yang sangat baik setelah beberapa hari hujan sebelah malam.





Di Putrajaya berjaya membuat satu pusingan lengkap mengelilingi pulau. 



Kebiasaannya pulau yang dibina atau terbina tapi  di Putrajaya tasik yang dikorek dikawasan berpaya melingkari dataran  mewujudkan sebuah pulau dan dihubungkan dengan jambatan-jambatan  cantik.







Antara bangunan- bangunan yang sungguh cantik mewarnai pemandangan Putrajaya.

Kelihatan Masjid Sultan Zainal Abidin atau lebih popular dengan gelaran Masjid Besi kerana struktur binaan keseluruhan  dibuat dari keluli. Pemandangan dari atas Jambatan Sri Saujana

Masjid besi dari sudut berbeza...


Berlatarbelakangkan Masjid Putra yang berada di dataran berasingan...




Taman Oriental Putrajaya




Kebersihan, keindahan dan kemudahan beriadah disini memang bertaraf antarabangsa.

Jarak kayuhan harini Amanputra-Cyberjaya-Putrajaya-Amanputra tidak kurang dari 35km. Jarak yang berpatutan setelah sekian lama menggantung basikal.


Thursday, November 12, 2020

Reban..Bukannya susah nak senang..

Apabila terkurung dek pkpb...kepala mula mencari idea untuk menambah baik persekitaran rumah.

Dilema membela ayam ruangan sempit adalah leceh ketika  memberi makan ayam terutamanya ketika musim hujan atau ketika kita  berada diluar kawasan.

Selain itu  bau reban sangat mengganggu ketika persekitaran reban basah. 

Bab memberi makan ini tak serupa orang yang membela dengan orang yang bukan membela. Yang membela walaupun leceh tetap juga dibuat, manakala yang bukan, akan merungut ketika disuruh lebih-lebih lagi dalam keadaan reban yang becak.






Kini memberi makan dan minum ayam dipermudahkan..Tiada keperluan memasuki kawasan reban...Makanan hanya perlu diisi diluar kawasan pagar.


 
Begitu juga dengan bekas makanan anak anak ayam..semuanya diisi dari luar reban. Jika diletakkan didalam reban sangat leceh ketika membuka dan menutup pintu, nescaya akan ada anak ayam ayam yang terlepas keluar reban..Bukan itu saja bekas makanan dan minuman sering dikotori najis.

Bekas makanan ayam dewasa dan anak ayam ini boleh disambungkan dengan corong yang disambungkan ke tong simpanan makanan yang akan membekalkan makanan kering secara automatik. Kemudahan yang sangat penting ketika kita berada diluar kawasan.



Untuk menghindari bau reban, selain pembersihan berkala, keliling reban dan halaman rumah kini ditanam dengan pokok- pokok bunga wangi.. 



Tumpuan ke reban juga  cuba dialihkan dengan membuat pacuran air di sebelah reban untuk memberikan kesan bunyi desiran air seterusnya melupakan jika kedapatan  bau yang kurang mengenakkan..

Siapa kata membela ayam diruangan sempit melecehkan...dengan sedikit kreativiti membela ayam sebagaimana pet yang lain adalah menyeronokkan..

Cubalah hehe...


Sunday, November 8, 2020

Demi Kelangsungan Hidup...



Secara peribadi penulis kurang berkenan penjaja berjaja di persimpangan lampu isyarat seperti ini. Pemandangan yang sangat sinonim di negara- negara sedang membangun lain.. Disesetengah negara bukan setakat itu, seniman dan pengemis jalanan turut mewarnai pemandangan di persimpangan jalanraya di sana. Pemandangan yang sangat merimaskan.

Penulis mengharapkan pemandangan ini hanya sementara dimusim covid 19, akibat ramai yang hilang perkerjaan dan terpaksa berbuat demikian untuk kelangsungan hidup.

Moga keadaan akan pulih seperti biasa. Dari Allah ia datang, kepada Allah dia kembali...


Monday, November 2, 2020

Berbasikal di Tasik Cyberjaya

Bila nikmat kebebasan ditarik balik inilah jadinya. Banyak aktiviti tersekat. Pusing-pusing mengulangi perkara  sama. Melainkan perlu, ingin keluar daerah maupun  negeri pun tak boleh inikan pula ingin ke luar negara.







Sepanjang Lembah Klang pkpb ini hampir saban hari menatap Utube melihat perkongsian pengembara- pengembara berbasikal, bermotoran maupun  berkenderaan empat roda meronda merata tempat. Semuanya sangat memberi inspirasi.




Dulu terbit juga keinginan untuk mengembara berbasikal paling kurang ke negara negara berjiran...Hasrat itu terbantut kerana tiada kesanggupan setelah mencuba dulu didalam negara. 

Fizikal dan mental perlu kental untuk mengharungi cabaran. Terjauh pernah penulis berkayuh ialah sejauh 150km. Rasa nak humban basikal sebab mental dan fizikal sudah koyak. Tak sanggup berpanasan dengan kudrat yang semakin longlai...

Tabik spring untuk pengembara yang sanggup meredah pelbagai rintangan berbasikal merata ceruk didunia.

Jika masih berpeluang, rasanya masih berkeinginan bermotor ke tempat-tempat orang. Melihat perkongsian pengembara mengelilingi dunia dengan berkapchai membuakkan semangat untuk meronda bermotoran. 

Setelah merasai sendiri bermotor berkapasati kecil mengelilingi Sumatera dan Pulau Jawa maupun motor berkapasiti besar meronda pelosok negara asean Thai Laos Kemboja, penulis  merasakan motor bersesaran kecil lebih memberi kelebihan.

Melihat perkongsian pengembara, penulis dapat menyelami apa yang dirasa. Dengan kudrat fizikal dan mental yang semakin menurun, motor berkapasiti besar lebih membebankan untuk dikendalikan. 

Menyedari hakikat usia dan kudrat sudah tidak menyebelahi, pilihan terbaik kini adalah  meronda dengan kenderaan empat roda..Berbanding berbasikalan maupun  bermotoran,  berkenderaan empat roda orang rumah boleh turut serta. Syok melihat pengembara berkaravan menikmati pemandangan negara orang. 

Tapi itulah entah bila boleh menikmati kebebasan seperti dulu , kini hanya mampu untuk berangan sajalah...





Sunday, November 1, 2020

Tragedi November ...

1hb Nov 2020

Rutin harian setiap pagi memberi ayam makan. Sambil mengira bilangan ayam, hanya terdapat seekor jantan dan 3  ekor betina di bawah. Menjenguk di ruangan bertelur yea terdapat 2 ekor ayam betina yang lain disitu.

Tidak mengesyaki apa- apa sehinggalah tetekala memeriksa telur ayam yang dipindah untuk dieramkan oleh ibu ayam yang sedang mengeram...



Pelik melihat ayam mengeram berpindah petak sebelah. Kenal, apabila didekati ayam menderam sambil mengembangkan bulunya. Dilantai  dan di atas tanah bawah reban pula terdapat sebiji  telur baru setiap satu...Barangkali ibu ayam yang lain terbertelur diluar kerana petak- petak sedang digunakan.

Semasa  mengangkat ibu ayam dipetak mengeram asal untuk memeriksa samada telur-telur telah menetas, baru disedari ayam telah kaku dan semua telur- telur telah tiada...! Diperiksa kemungkinan telur- telur dibawa pindah ke petak sebelah rupanya ayam sedang mengeram telur plastik...



Bermain dibenak fikiran angkara siapakah ini...Tikus, musang ataupun ular...? Memang pun sebelum ini asyik kehilangan telur sehinggalah telur dikutip setiap hari...



Merujuk rakan-rakan, hampir semua mengatakan itu angkara ular...Jika ular, tak tau bagaimana ular boleh menyusup sehingga tiada kedengaran bunyi ayam bertempiaran. Mungkin anak ular sawa atau ular berbisa bersaiz sederhana. Tiada kesan gigitan, mungkin ular berbisa menyebur bisa pada mangsa untuk mencuri telur...


Ayam disemadikan dipinggiran rumah.

Atas saranan jiran, keliling reban ditabur belerang...Tak taulah apa keberkesanannya nanti. Adakah ular masih bertandang..? Masa akan menentukan.. huhu.




CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK