click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, April 25, 2023

Hariraya 2023...

Selamat Hariraya Maaf Zahir Batin...

Tahun ini giliran anak menantu beraya bersama pada hariraya pertama.

Roda kehidupan, kami pula menjadi host tidak lagi pulang ke kampong halaman setelah ibubapa tiada.











Semua anak menantu cucu berkumpul kecuali seorang yang masih di Germany..























Menantu lelaki sudah 4 tahun beraya solo..PJJ dengan anak bongsu yang masih di Germany


Bulan ogos ini dijangka selesai pengajian.

Tahun depan bertambah meriah, In sha Allah..

Tuesday, April 18, 2023

Raya..Raya...

Dilema bila barangan terpakai tak tau nak buang dimana. Letak dihadapan rumah berbulan baru dikutip...sakit mata memandang setiap hari..ada juga barangan yang mempunyai nilai sentimenal terbitlah rasa sayang untuk dilupuskan, atas sebab tu selagi boleh, disumbat dimana- mana ruangan kosong. Semakin lama semakin bertambah.. Jika kita lihat balik barangan yang disimpan didalam store, kabinet dll lebih 99 peratus barangan tersimpan begitu saja. Daripada menyemakan ruang dengan sampah- sampah, lebih baik lupuskan..

 

Bila ada tong sewa sebegini, datang semangat menghumban barangan lama...kena kentalkan hati melupus walaupun ada sedikit rasa sayang. Periuk belanga, pinggan mangkuk, cawan  pakaian, komputer lama, beg-beg dll. Mula-mula rajin juga memasukkan pakaian lama dalam tong kitar semula..bila sudah terlalu banyak, lambat untuk selesaikan tugasan membersih, jadi humban saja didalam tong ini.

Bahan terpakai besi buruk bersaiz besar pun banyak, tiada kenderaan sesuai  untuk dihantar ke pusat kitar semula. Keesokan pagi ghaib barangan besi tersebut...ada yang mengutip..eloklah tu setidaknya dapat mengosongkan ruang tong.


Besi terpakai kecil dihantar ke pusat kitar semula. Kembara kebun kan ada.. 


Begitu juga dengan aircond terpakai kedai..dah lama menyemakkan ruangan kedai


Belum lagi dengan buku -buku...terlalu banyak...setiap kali anak -anak tamat pengajian, berbeg buku lama dibawa balik.. Hendak dilupus dalam tong tak sampai hati...sebahagiannya dibakar dan sebahagian lagi dihantar di pusat kitar semula.

Keseluruhan barang yang dihantar ke pusat kitar semula dapat juga dalam Rm180..

Jika barangan besi besar lain turut boleh dihantar sendiri ke pusat kitar semula rasanya lepas lah kos sewa tong Rm250..

Baru lega menjengah stor..nanti 2,3 tahun penuh lagi...huhu



Monday, April 10, 2023

Europe D45-Setiap yang bermula pasti berakhir...

19Feb-10hb April 2023 cukup 45 hari. Isnin kembali ke tanahair. 



Puas memang puas, segera ingin balik, banyak urusan yang perlu disambung sekembalinya nanti..Bila melihat video  kebun dan rumah yang jiran kirim hati menjadi sayu..halaman rumah kelihatan tidak terurus. Begitulah keadaannya, itu kita masih ada lagi di dunia, anak-anak sibuk dengan kehidupan masing -masing. Tak hairanlah rumah-rumah pusaka yang semakin uzur tak terurus di kampung, apabila waris semakin jarang pulang ke kampung.





Apabila membelek video-video terdahulu membangkitkan semula kenangan indah. 

Walaupun ada ketika terpaksa menempuh saat memenatkan, berkejar waktu berpindah -randah, adakalanya terpaksa bermalam di airport, selain kebas punggung lama didalam penerbangan., semua segera terpadam apabila mengingati momen- momen indah.

Ibarat makan sambal belacan taubatnya hanya sementara, semangat untuk meronda ke destinasi lain tetap berkobar-kobar. 

Sunday, April 9, 2023

Europe D44-Dortmond Stadium & Mosque

Mengakhiri minggu terakhir di Germany, melawat lagi bandar besar dalam negeri NRW iaitu Dortmond..

Banyak lagi bandar besar lain dalam NRW seperti Bonn yang tak berkesempatan pergi, tapi dah pergi 3 bandar Dusseldorf selaku ibu negeri, Cologne dan Dortmond selain bandar kecil  daerah seperti Bochum  sudah memadai untuk mendapat gambaran rupa keseluruhan bandar dalam Germany.



Sabtu terdapat banyak perlawanan bola Bundesliga. Laverkusen vs Frankfurt, Dortmund vs Berlin Union dll. Semua perlawanan di stadium berdekatan dengan penginapan kami.

Berbanding EPL, Bundesliga kurang mendapat liputan di Malaysia. Rasanya hanya Bayern Munich dan Dortmond yang sering diperkatakan kerana menyerlah diperingkat liga eropah. Penulis pun tak begitu mengikuti perkembangan bola Bundesliga sebab tu banyak team yang tidak diketahui.




Singgah ke Stadium Dortmund merasai kehangatan Bundesliga bersama penyokong setiap pasukan. Dortmund berjersey kuning dan pasukan pelawat Berlin berjersey merah. Semangat tak cukup kuat memasuki stadium melihat perlawanan secara live ..selain tak mengikuti  perkembangan bola, harga tiket jadi penghalang. Harga saat akhir memang sangat mahal, tiket untuk kerusi terpencil berharga €80 seorang dan untuk kerusi lebih strategik dalam €300  seorang..ermm 





Dalam pada semua penyokong sibuk memasuki stadium, kami beredar meninggalkan stadium, menuju ke bandar Dortmund



 
Singgah dulu ke Dortmund Central Mosque. 

Bertepatan ketika kami sampai azan zuhur dikumandangkan. Melihat kepada suasana, rasanya masjid ini aktif  dengan kegiatan kemasyarakatan. Dibahagian belakang terdapat meja-meja bersusun untuk majlis iftar.


Jemaah yang hadir dalam 3 saf, sebagaimana masjid lain Germany kebanyakannya berketurunan Turki.



Beginilah rupa apartmen berdekatan dengan masjid.




Dan ini pula di bandar Dortmund. Tak banyak beza dengan rupa  bandar besar lain. Hari sabtu beginilah keadaan di bandar- bandar Germany, ramai yang melangsaikan urusan sebab Ahad semua premis perniagaan tutup kecuali restoran dan cafe dan beberapa premis perlu saja.


Wahh, terdapat juga bas yang dijadikan cafe..

Sejurus Dortmond kami beredar pula ke bandar kecil Hattingen, segalanya mudah dihubungkan dengan tren, trem maupun bas. Di sini selain  pusat beli belah premis moden, terdapat juga kedai-kedai di deretan bangunan lama. Begitu menarik sekali...








 


Kunjungan Hattingen, menutup tirai kembara Eropah 2023.. Ahad tidak ke mana melainkan berkemas untuk balik ke Malaysia. Flight Isnin  7.30 pagi , transit di Istanbul sebelum sambung ke Kuala Lumpur. Insya Allah tiba 7.30 pagi Selasa.

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK