click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, April 3, 2023

Europe 40-Hagia Sofia Istanbul

Ketika mengikuti tour group 2011 dulu, Hagia Sofea masih belum dijadikan masjid setelah dijadikan muzium pada 1922 zaman Kamal Artatuk walaupun untuk sekian lama setelah kejatuhan  kerajaan Byzantine Hagea Sofea telah dijadikan masjid daripada gereja.


Nabi pernah memaklumkan Constantinople akan jatuh ke tangan orang islam dibawah seorang pemimpin yang hebat. Ramai sahabat nabi yang mencuba namun gagal sehinggalah tahun 1453, Constatinople yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan kristian Byzantiane berjaya dikalahkan dibawah pemimpin muda berusia 21 tahun Sultan Mehmet II Kerajaan Empayar Ottoman.

Selepas kejatuhan, Constatinople diubah nama kepada Islambul yang bermaksud kota Islam.

Pada 1922  Kamal Artartuk menukar nama Islambul  kepada Istanbul... tak pasti makna disebalik Istanbul..





Pengembara DIY tak perlu risau, tempat- tempat menarik Turki  dihubungkan dengan tren/trem maupun bas  dengan caj per entri yang murah.

Penulis suka dengan sistem tren/trem bandar Turki..stesen simple tapi moden, konsep yang boleh ditiru  untuk diterapkan di setiap bandar- bandar Malaysia .


Kiosk- kiosk menjual tiket pengangkutan awam boleh didapati di hampir setiap stesen, cuma perlu lebih mesra pelanggan kerana arahan walaupun terdapat pelbagai bahasa masih sukar diikuti dan perlukan bantuan warga tempatan. Warga tempatan mesra orang luar.













Masjid Ahmet 1 atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru yang dibina pada tahun 1609 oleh Sultan Ahmet 1 sedang dalam proses renovasi dan ditutup kepada pengunjung. Asalnya ingin bersolat di sini kerana menjangkakan Hagea Sofea akan sesak.


 Masjib Biru tutup  berpeluang datang awal bersolat jumaat di Hagia Sofea...





Sesudah solat jumaat telah ramai pengunjung beratur dipintu masuk Hagia Sofea. Bangunan yang dibina sejak tahun 300an menjadi tapak warisan dunia  tak putus- putus dikunjungi pengunjung seluruh dunia.


Bertembung dengan jemaah umrah Indonesia yang transit di Istanbul sebelum ke Mekah/Medinah.


Di Turki tak risau masjid sesak kerana masjid ada dimerata tempat. Reka bentuk hampir sama semuanya.

Sesudah ini kami pergi ke Grand Bazar...


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK