Sekarang musim buah durian..terdapat lambakan buah..kalau dulu harga kayangan, sekarang buah premium pun harga merudum. Yang sakit pekebun, yang untung pembeli.
Kita pun sudah berkira- kira pokok durian sekadar janji ada. Ketika ini ada dalam 20 pokok, mana yang terencat akan disulam dengan pokok avocado..Tak mau membuang masa dan berharap pokok pulih..Berbanding avocado, pokok durian ni manja sangat, biarpun pokok sudah meningkat dewasa masih berisiko mati. Namun pokok durian tetap kena ada..dusun tanpa pokok durian ibarat dusun yang bukan dusun..
Sekarang ni sudah menjadi trend, berkumpul ramai-ramai di kebun., kebun sekarang bukan lagi macam dulu. Dulu tiada siapa yang sanggup meredah semak dan berpencak silat dengan nyamuk.
Rabu bertandang ke kebun rakan atas rakan. Beliau turut membela kambing. Tinja kambing dijadikan baja pokok.
Apabila bertandang ke kebun orang setidaknya dapat mengembalikan semangat berkebun, kagum dengan kegigihan orang dulu. Dulu mereka menanam pokok dalam keadaan serba kekurangan juga, pengairan mengharapkan air hujan, turut dikacau makhluk liar, pokok tetap hidup dan kini dimanfaatkan generasi berikutnya.
Balik dibekalkan ole ole...













