click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, February 20, 2022

Tong Makanan Automatik...

Apabila membela ternakan, perkara paling merungsingkan adalah bekalan makanan semasa kita berada diluar kawasan.

Walaupun urusan itu boleh diserahkan ke orang lain namun selalunya kesungguhan itu kurang, dengan pelbagai alasan, sibuk lah, geli lah dan macam lagi. Dah nama pun reban, ketika musim hujan, tentu lantai reban becak, jadi memberi makanan secara manual agak melecehkan untuk orang yang bukan membela.

Mengatasi masalah ini banyak tempat makanan ayam secara automatik yang boleh dicuba. Pemberi makanan hanya sesekali menjenguk reban dan tidak perlu memasuki kawasan reban, cukup sekadar mengisi bekas makanan dari luar pagar.


Ini salah satu cara.
Cuma perlukan banyak batang paip jika bilangan ayam banyak.


Dalam banyak percubaan penulis, ini yang terbaik setakat ini. Tong dan corong bertindak sebagai peti simpanan dedak dan jagung.


Percubaan yang dilakukan ke atas 5 ekor ayam dewasa, dengan mengisi makanan sehingga separuh corong putih, bekalan cukup sehingga hari ke 4, jika tong dan corong diisi sepenuhnya nescaya cukup untuk 6-7 hari.

Hari ke 5 atau hujung minggu, perlu diperiksa untuk memastikan makanan masih tersedia. Sudah cukup lama lah tu tanpa perlu risau bekalan makanan ayam harian terputus, kita boleh berada di luar kawasan dengan hati tenang.




Kelemahan cara ini ayam tidak berhenti memakan, walaupun tembolok telah sendat. Jangan bimbang, makanan ditembolok itu ibarat simpanan untuk 2 hari.

Untuk penjimatan, kaedah ini hanya digunakan ketika kita berada diluar kawasan. Hanya makanan kering komersil, dedak dan jagung sesuai digunakan untuk membolehkan makanan turun secara graviti dengan lancar.

Hari biasa gunakan cara manual dengan memberikan makanan kering maupun basah yang diolah sendiri.

Sunday, February 13, 2022

Kunyit dan Halia..


Usaha sedikit hasil tetap lumayan, memanfaatkan tanah kosong daripada dibiarkan semak. Tanam dan tinggal, sampai waktu tuai.
Sesekali saja membersihkan rumput rampai keliling tanaman.

Lihat di UTube lagi handal, mereka menanam halia dan kunyit didalam guni. Hasilnya sangat hebat.


Hampir 2 kilo juga setiap satu tuaian kunyit dan halia Bentong. Halia Bentung di pasaran berharga hampir 30 sekilo.

Hasil diperolehi lebih dari memadai untuk kegunaan sendiri. Jiran dan kawan dapat juga merasa.


Ini kalau di kedai runcit sehelai berharga seringgit.

Ini baru dua rumpun pokok kunyit dan sebatas mini pokok halia yang terpaksa dituai kerana daun sudah kering sebab tua. Ada lagi dua batas mini halia yang menunggu masa dituai.

Pokok yang dituai akan diganti dengan benih baru.
Batas akan disilang. Batas kunyit akan diganti halia dan begitulah sebaliknya. Keperluan nutrient berbeza memungkinkan pokok yang ditanam kekal subur. Sebelum ditanam batas akan dibajai dengan taik ayam yang lama tak dikutip di reban. Lepas beberapa minggu baru tanam...Tanam kegunaan sendiri kita tenang- tenang saja.

Jom jom tak rugi berternak dan berkebun...

Friday, February 11, 2022

Barang Naik Harga...


Sana sini orang bercerita pasal kenaikan harga barang. Di pasaran terdapat kekurangan stok ayam, telor, minyak masak dll, pelbagai alasan dikemukakan untuk menaikkan harga. Minyak masak ni pelik, kita pengeluar sawit terbesar dunia, tapi sering saja berlaku kekurangan bekalan minyak masak.

Tekanan hidup disebabkan kos hidup tinggi sangat dirasai oleh warga kota. Walaupun kemiskinan sering dikaitkan dengan warga luarbandar, kemiskinan kota jauh memeritkan.

Kemiskinan kota, mudah difahami, sukar untuk mencapai kebergantungan kendiri dengan sumber terhad, tapi peluang menjana ekonomi lain masih terbuka luas.

Kemiskinan tegar luarbandar agak sukar untuk dihadam. Melainkan uzur, selain itu mudah untuk memenuhi kelangsungan hidup di luarbandar.

Penulis berpeluang meronda di rancangan-rancangan felda. Kagum dengan perancangan pemimpin terdahulu, menempatkan rakyat dengan persekitaran yang luas dan subur.  Tidak selayaknya warga rancangan felda berlebihan merungut dengan kenaikan harga barang diluar sana. Begitu juga dengan penduduk kampung tradisional yang lain.


Banyak sumber persekitaran yang boleh dimanfaatkan diluarbandar. Jika tiada tanah sendiri, tanah rizab dimana- mana. Mahu atau tidak.

Pelik jika tinggal diluar bandar tapi merungut harga ikan, ayam atau telur mahal. Lainlah jika menggunakan kuantiti yang banyak seperti untuk kenduri kendara dsb. Begitu juga dengan sayuran, ubi-ubian bahkan buahan. Semua ini boleh diusahakan sendiri dengan penjagaan yang sangat minima. Duit yang terselamat dari dibelanjakan untuk keperluan yang boleh diusahakan sendiri, boleh digunakan untuk keperluan lain yang tak mampu diusahakan sendiri.
Duduk di kampung tapi serai, kangkung, pucuk ubi pun membeli susah lah .

Ketika ini penternak komersil merungut harga makanan ternakan melambung, alasan meminta harga siling ternakan dinaikkan.

Sebagai penternak kegunaan sendiri banyak alternatif yang boleh diguna untuk tidak bergantung sepenuhnya dengan makanan komersil.

Boleh saja menggunakan makanan komersil yang diadun bersama umbut pisang, sayuran berdaun, ketum ayam dll dengan itu penggunaan makanan komersil boleh diminimakan.

Walaupun tinggal dikawasan taman, penulis dah tak membeli telur ayam untuk kegunaan harian.


Kaedah memberi makan ternakan pasca PKP turut berubah. Dulu 24 jam terkurung boleh memberi makanan secara manual, pasca pkp kaedah automatik lebih sesuai.

Kaedah automatik yang murah menggunakan batang paip, makanan akan tersaji secara graviti. Berapa besar atau banyak batang paip perlu disediakan bergantung kepada jumlah ternakan.

Tidak bimbanglah ternakan kebulur bila lama ditinggalkan.

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Saturday, February 5, 2022

Menara Kuantan 188...

Riadah Khamis di persekitaran Taman Tamadun Islam Losong Trengganu.

Sebelum dari itu mencari kawasan untuk riadah di sekitar Trengganu Waterfront, Pulau Warisan juga di Dataran Shahbandar, namun mendapati kawasan tersebut kurang menarik kerana tiada jogging trek yang selesa selain hati pedih melihat sampah-sampah yang bertaburan.

Cuti panjang tahun baru cina, Kuala Trengganu menerima kunjungan orang luar yang ramai membawa bersama perangai huduh mereka.



Di TTI terdapat tempat riadah mengelilingi tasik sederhana luas selain itu bersiar -siar ditempat pejalan kaki tebing sungai dapatlah juga berpeluh badan.



Untuk pengunjung disediakan juga kemudahan berbasikal berbayar untuk beriadah maupun bersiar-siar sekitar TTI.

Idea pembinaan TTI sudah cukup bagus namun tinjauan terkini TTI mendapati taman ini perlu mendapat suntikan modal baru, bangunan- bangunan dan prasarana sudah kelihatan uzur, landskap sudah tidak begitu indah. Keseluruhannya nampak tidak bermaya.

Tengahari meninggalkan Kuala Trengganu.

Singgah makan di warong viral masakan daging salai di Kuala Berang. Masakan lemak daging salai ala nogori memang membangkitkan selera.

Bosan memandu dilebuhraya singgah di bandar Kuantan, teringin berkunjung ke Menara Kuantan 188 yang baru dibuka kepada umum.

Setibanya di waterfront hati menjadi girang melihat kebersihan disana. Hiasan simple tapi menarik.



Mercutanda baru bandar Kuantan yang belum begitu lama dibuka kepada orng awam. Kehadiran kami agak tepat kerana bukan di waktu puncak, tempoh menunggu untuk menaiki menara tidak begitu lama.


Berbanding Menara Kuala Lumpur, menara ini hanya separuh ketinggian dan keluasan, namun kedudukannya sangat strategik. Pemandangan aras tinggi sehingga kelihatan Laut China Selatan begitu cantik sekali.


Tiket ke menara tinjau adalah RM8 untuk orang dewasa., Jika ingin menaiki sehingga ke menara terbuka di puncak dikenakan caj RM22.

Terbit keinginan untuk bertandang lagi sambil beriadah disepanjang trek ditebing sungai dimasa akan datang.


Wednesday, February 2, 2022

Pantai Batu Burok Kuala Trengganu...

Cuti tahun baru cina kami ke Kuala Trengganu, hajat ke Pulau Redang tidak kesampaian, tempahan saat akhir tidak tercapai, banyak hotel maupun chalet tiada kekosongan kecuali yang berharga ribuan ringgit semalaman, semakan resort di Tasik Kenyir pun sama. Daripada menghabiskan duit berbelanja penginapan mahal lebih baik tangguhkan dulu lawatan di luar waktu puncak.

Cuti panjang, warganegara memenuhi tempat- tempat percutian, lagipun sempadan luarnegara belum begitu terbuka, jadi destinasi tempatan menjadi tumpuan.


Tak boleh ke pulau mahupun tasik, kita habiskan masa di tanah besar saja. Pantai Batu Burok Kuala Trengganu pun ramai dengan pengunjung. Tempat-tempat makan pun sesak.

Pantai Batu Burok bagaikan pesta.


Berbanding kunjungan- kunjungan terdahulu, kini terdapat tarikan baru di pantai. Robocop berkeliaran dipantai. Penulis berpendapat idea ini sangat canggih, respond pengunjung sangat positif, ramai yang 
mengambil kesempatan bergambar.






Idea paling canggih sebenarnya terletak disini.,tiada tetapan bayaran dikenakan, sekadar seikhlas hati, kerana tiada ketetapan bayaran ramai yang bergambar dan ramai yang menghulur bukan seringgit 2 bahkan lebih. Melihat kepada ramai yang menghulur, penulis percaya banyak yang mampu dikutip.

Kerjaya sebegini jauh lebih bagus daripada menyamar sebagai orang susah dan meminta sedekah, di kakilima pintu-pintu bank, pasar malam dll.

Teringat kes viral wargaasing yang mengeksploitasi bayi sambil meminta sedekah di Seremban baru- baru ini. Beliau mampu menaiki grab dari Sg Buloh Selangor ke Seremban semata- mata untuk meminta sedekah. Didedahkan pendapatan beliau sehari mencecah 2-2.5 ribu sehari. Rakyat Malaysia sangat pemurah.


Penulis pun mengambil kesempatan bergambar hehe..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK