click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, February 5, 2022

Menara Kuantan 188...

Riadah Khamis di persekitaran Taman Tamadun Islam Losong Trengganu.

Sebelum dari itu mencari kawasan untuk riadah di sekitar Trengganu Waterfront, Pulau Warisan juga di Dataran Shahbandar, namun mendapati kawasan tersebut kurang menarik kerana tiada jogging trek yang selesa selain hati pedih melihat sampah-sampah yang bertaburan.

Cuti panjang tahun baru cina, Kuala Trengganu menerima kunjungan orang luar yang ramai membawa bersama perangai huduh mereka.



Di TTI terdapat tempat riadah mengelilingi tasik sederhana luas selain itu bersiar -siar ditempat pejalan kaki tebing sungai dapatlah juga berpeluh badan.



Untuk pengunjung disediakan juga kemudahan berbasikal berbayar untuk beriadah maupun bersiar-siar sekitar TTI.

Idea pembinaan TTI sudah cukup bagus namun tinjauan terkini TTI mendapati taman ini perlu mendapat suntikan modal baru, bangunan- bangunan dan prasarana sudah kelihatan uzur, landskap sudah tidak begitu indah. Keseluruhannya nampak tidak bermaya.

Tengahari meninggalkan Kuala Trengganu.

Singgah makan di warong viral masakan daging salai di Kuala Berang. Masakan lemak daging salai ala nogori memang membangkitkan selera.

Bosan memandu dilebuhraya singgah di bandar Kuantan, teringin berkunjung ke Menara Kuantan 188 yang baru dibuka kepada umum.

Setibanya di waterfront hati menjadi girang melihat kebersihan disana. Hiasan simple tapi menarik.



Mercutanda baru bandar Kuantan yang belum begitu lama dibuka kepada orng awam. Kehadiran kami agak tepat kerana bukan di waktu puncak, tempoh menunggu untuk menaiki menara tidak begitu lama.


Berbanding Menara Kuala Lumpur, menara ini hanya separuh ketinggian dan keluasan, namun kedudukannya sangat strategik. Pemandangan aras tinggi sehingga kelihatan Laut China Selatan begitu cantik sekali.


Tiket ke menara tinjau adalah RM8 untuk orang dewasa., Jika ingin menaiki sehingga ke menara terbuka di puncak dikenakan caj RM22.

Terbit keinginan untuk bertandang lagi sambil beriadah disepanjang trek ditebing sungai dimasa akan datang.


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK