click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, August 2, 2019

Jom Buat Baja Kompos


2hb Ogos 2019, Jumaat

Penulis bersemangat  membuat baja kompos menggunakan sisa organik  domestik dan sampah-sampah halaman rumah...Daripada dilupuskan memenuhi tempat pembuangan sampah, elok diolah bahan tersebut dan dimanfaatkan  sebagai baja organik.

Penulis memang suka bercucuk tanam keliling rumah. Masalah timbul untuk melupuskan ranting, dahan, daunan sesudah mencantas pokok-pokok yang semakin merimbun . Itu belum lagi rumput-rumpai atau dedaunan kering. Jalan pintas selalunya membakar namun ketika musim hujan sukar untuk dibakar selain mengeluarkan asap  tebal sehingga menganggu jiran jiran. Pernah terfikir untuk membina incinerator mini sebagai tempat pembakaran tanpa asap tapi kos mencecah ribuan ringgit, seringkali menangguhkan hasrat tersebut..

Penelitian UTube membawa penulis mencuba membuat baja kompos dengan barang barang terpakai..


Kebetulan banyak tong-tong cat sesudah mengecat rumah. Tong-tong ini akan dijadikan tempat mengumpulkan bahan yang ingin dijadikan baja kompos.

Untuk pengudaraan yang baik lubang-lubang kecil ditebuk di sekeliling tong...Lubang tidak terlalu besar untuk mengelakkan lalat memasuki tong. Percubaan pertama ini lubang-lubang turut ditebuk di keseluruhan dasar tong untuk menyahkan air yang terbentuk hasil pemeraman bahan buangan tadi...

Untuk fasa berikutnya akan menggunakan kaedah pengumpulan air buangan  kerana ia sangat baik untuk tanaman..


Paling senang buat lubang pengumpulan air mengguna penutup botol..Tebuk lubang dang gamkan ke belakang tong


Pastikan gam betul betul melekat dengan meletakkan pemberat untuk beberapa jam


Beginilah hasil modifikasi...


Jika tong  besar dan air ingin dikumpul dibahagian dasar tong, boleh letak bakul supaya air yang dikumpul tidak merendam kompos bahagian bawah...Air yang terkumpul boleh dikutip dengan membuka saja penutup botol nanti.

Jika tong kecil dan memaksimakan ruang kompos, tadah saja air dibawah tong menggunakan takungan lain tapi pastikan penadah betul- betul rapat dengan tong supaya tidak menarik minat lalat datang.


Segala jenis sisa domestik boleh dicampakkan ke dalam tong. Sebelum itu letak lapisan tanah. Kemudian di sulam dengan daun, rumput,kertas ranting dll...Tabur dengan lapisan tinja ayam untuk memperkenalkan micro organisma sebagai ejen pereputan. Sementara menanti sisa buangan berikutnya tutup dengan tanah supaya dapat membendung bau.  Ulang langkah sehingga tong penuh..



Percubaan pertama ini, ternyata kekurangan sisa domestik untuk tong kedua.. Tak mengapa, pelupusan sisa domestik berikutnya masih boleh dicampurkan kemudian dan sebahagian bahan yang hampir reput disitu dipindahkan ke tong no 3  pula


Tutup tong dan biarkan untuk proses pereputan  semula jadi. Tunggu sehingga sebulan

Untuk mengatasi masalah kekurangan sisa domestik, pembikinan akan datang akan mengutip sisa organik di pasar basah.

 Sekiranya setiap rumah mengambil inisiatif membuat baja organik, setidaknya dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah dipusat pelupusan sampah awam.

Jom jom kita berubah...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK