click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, March 30, 2021

Taman Rekreasi Telaga Tujuh Serendah...


Secantik macamana pun sesatu tempat jika saban waktu berkunjung ke tempat yang sama iyanya akan nengundang kebosanan. Apatah lagi jika kunjungan itu semata-mata  untuk riadah. Sudahlah berat untuk melangkah, ditambah dengan kunjungan tempat yang sama, akhirnya riadah sekadar hangat-hangat taik ayam..

Untuk tujuan ini penulis sebolehnya ingin beriadah ditempat berbeza. Jika bukan pkp akan mencari tempat luar kawasan walaupun terpaksa bermalam.. Sambil menyelam, sambil minum air. Meronda tempat orang sambil jalan-jalan cari makan,  diawal pagi berjalan santai mengelilingi kawasan rekreasi menarik.

Hariini kunjungan riadah kami adalah  Taman Rekreasi Telaga Tujuh Serendah, Rawang berjarak 17km dari kediaman kami. Selalu dengar nama tempat ini, kesempatan kaliini ingin mengetahui kenapa dipanggil telaga tujuh.


Keunikan empangan mini ini adalah air melempah melalui 7 buah telaga sebelum  dilepaskan ke sungai.

Tak pasti apa kelebihan kaedah ini berbanding  empangan biasa dimana air akan melimpah melalui sisi dinding empangan.

 Mungkin air yang terjun  melalui telaga akan memberi  sedikit tekanan ke dinding berbanding air yang terus terjun melalui sisi dinding .


Empangan dipercayai dibina sejak lebih 100 tahun dahulu. Empangan ini dibina  untuk menyokong perlombongan industri timah waktu itu dan mengawal banjir yang mudah berlaku di Serendah. 

Kini persekitarannya dijadikan taman rekreasi awam.

Berbanding taman rekreasi lain yang berlandskap dan mempunyai jogging trek bertar, disini keadaannya sangat asas sekali.  


Jogging trek tanah menyusuri tebing sungai  sebelum berkongsi dengan jalan bertar awam

Ada usaha mengindahkan tebing sungai dengan tanaman pokok bunga hiasan.


Sebahagian plot kosong ditepi sungai juga dimanfaatkan oleh individu persendirian untuk menanam pokok bunga melur. Melalui kawasan ini dapat menghidu bauan wangi yang menyegarkan.


Syoknya disini terdapat laluan berbukit  agak curam dikelilingi kehijauan,
yang akan menguji stamina pengunjung. Suasana yang sangat nyaman sekali.

 
Ermm rupanya  di puncak bukit terdapat jirat cina.

Sayang sungguh tempat menarik berpanorama indah sepatutnya dinikmati oleh orang yang hidup.

Tapi kepercayaan masing masing menganggap yang mati juga perlu menikmati apa yang orang hidup nikmati..

Mengelilingi trek keseluruhan dalam 3-4km cukup memberi kepuasan.

Sesudah berpeluh apa lagi... kita melahap lah sarapan diwarong berhampiran.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK