Hari ke 15 Jepun, bergerak ke Haneda Airport. Flight 11.55 mlm. Berada di Jepun teringin menaiki shinkansen.
Hanya kami berempat menaiki tren, dua rakan lagi memandu campervan dan akan bertemu di stesen tren Shin-Fuji.
Mengakhiri ronda ronda, bersarapan roti berinti telur dan keledek Jepun.
Stesen tren Hamamatsu. Rakan ronda dulu belajar di daerah ini, mereka lebih arif memilih stesen yang tidak sibuk.
Tak pasti berapa kelajuan maksima kerana tidak tercatat di skrin elektronik.
Berada di Jepun membeli jam pintar dilengkapi dengan bluetooth, boleh merekodkan jumlah langkah, denyut nadi, tekanan darah dll, akan dipakai ketika berjogging. Tak mahal 2 unit harga dalam Rm180.
Mencuci mata di kedai jam airport, harga jam berlipatkali ganda mahal..mujur membeli di kedai biasa..
Rakan ronda menghantar kami terus ke airport. Sesudah itu kembali ke Tokyo untuk mengembalikan Campervan. Mereka akan meneruskan ronda- ronda untuk 5 hari lagi.
Sepanjang 13 hari berCaravan, mencatatkan jarak perjalanan 2750km
Penggunaan petrol sebanyak Rm3500
Alhamdulillah berakhir percutian. Teringin nak naik tren laju dia. Insya Allah
ReplyDeleteNiat dah ada tu...x lama lg dpt lah naik
DeleteAamiin mudahan Allah rezekikan nanti
Delete