click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, November 11, 2023

Jom Jepun D6-Bandar Bersejarah Ishikawa..

Penginapan D 6- Roadside Station Fukumitsu...4.30 pagi telah masuk waktu subuh, jam 5 telah terang benderang, sementara belum beredar ke tempat lain merayap dulu ke kawasan berhampiran.

Menemui jawapan pengairan kawasan pertanian terutamanya sawah padi yang berselerak, samada di tanah tinggi atau dalam kawasan bandar dll, air dialirkan melalui jaringan longkang- longkang kecil, rasanya infrastruktur ini dirancang semasa membangunkan sesatu kawasan.





Jika sebelum ini tulisan hanya dalam Jepun, pembangunan baru menyertakan tulisan English juga, baru faham fungsi kegunaan  suis di tandas.. Di kawasan pelancongan ada yang tak flush tandas sebab tak faham fungsi suis...



Lawatan hariini ke beberapa tempat yang disenaraikan menarik di Ishikawa, Jepun. 


Parking berbayar juga canggih, bonggol penghadang tayar, menaik setelah kenderaan memasuki petak parking. 


Bonggol penghadang turun setelah bayaran dibuat...Kadar parking 1000 yen sekali masuk atau Rm30 sehari.

Lawatan pertama ke pasar basah awam.





Raja Ketam/crab king di sini 3 kali ganda mahal berbanding tempat kami makan di pelabuhan. Dulu kami makan 5000 yen untuk 3 ekor, disini seekor 5000.









Makanan laut dimakan-mentah mentah hanya di perah limau dan dicicah sos



Kami mencuba ikan bakar dan sushi ikan, bila dimakan dengan bahan sampingan lobak dan rumpai laut boleh juga ditelan...

Lawatan berikut ke Stesen tren utama Ishikawa.







Seterusnya ke sungai buatan keliling istana lama kurun ke 18..








Dan berikutnya ke bandar bersejarah... 








Bila melawat secara terjah tanpa mengetahui latarbelakang tempat bersejarah, memang tak akan dapat menghargai tempat-tempat lawatan seperti ini..bandar lama biasa-biasa tapi dikunjungi pengunjung ber bas-bas..

Destinasi berikutnya Kenroeken Garden..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK