click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, November 13, 2023

Jom Jepun ... Kyoto..

Malam ke 11 Caravan menginap di RnR Kureru Hirata.

Harini menuju ke Arasyiyama, Kyoto







Melalui hiway singgah di RnR  ..




Perhentian malam kami sebelum ini lebih banyak tidur di hentian jalan biasa, selepas ini akan cuba bermalam di RnR hiway..di RnR utama terdapat dobi layan diri dan shower berbayar..

Pemanduan 2.30 jam melalui hiway walaupun jarak perjalanan dalam 100km+ saja, bila keluar hiway melalui jalan raya kecil....tol hiway dikenakan dalam 2500 Yen atau RM75..




Memasuki kawasan tumpuan, selain jalan sempit pejalan kaki pula tersangat ramai.









Ole-ole Kyoto, Jepun...




 





Ramai pemuda menjadi penarik beca, Tertanya- tanya berapa gaji diperolehi  setiap bulan, perlukan stamina yang tinggi untuk menarik beban di jalan berbukit . Kalau dapat penumpang yang super gemuk..naya..






Di sini terdapat banyak restoran makanan Jepun halal. 



Burger wagyu halal pun ada, sebagai tanda hadir, membeli sebungkus burger wagyu 1800 yen satu. Rasa ok sedap..








Set Belut...


Set Tempura udang

Makan tengahari set hidangan Jepun, set tempura dan belut...Kawasan tumpuan harga set tentulah mahal 3300 Yen atau hampir Rm100 satu set, manakala minuman 600 yen segelas.. sesekali ok, kerap sangat tekak pun tak mau menerima selain tak berbaloi berbelanja yang tak selari dengan selera.




Pengunjung berkimono dimana-mana




Jila kunjungan terdahulu melawat destinasi pelancongan tidak ramai orang, di Kyoto ini tersangat ramai. 
Tarikan utama Kyoto adalah kebun buluh dan kuil- kuil lama, serius cakap, berbanding kunjungan kami terdahulu, Arasyiyama Kyoto adalah overated. Destinasi ini menjadi pilihan agensi pelancongan selain Tokyo dan Five Lakes Mt Fuji. Bertemu ramai pengunjung dari Malaysia Indonesia dll di sini.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK