Hentian pertama caravan adalah Sengokuhara. Berehat sebentar untuk bersolat zuhur asar sebelum sambung ke Ito Shizuoka. Lecehnya meronda musim winter, siang sangat singkat, 4.30 ptg telah maghrib. Aktiviti kurang santai...
Laluan pergunungan kecil dan berliku tetap dikenakan tol...perjalanan Sengukuhara ke bandar Ito bayaran tol hampir 2000 Yen atau Rm60..
Sepanjang laluan bergunung banyak hentian lokasi strategik
berlatarbelakangkan Gunung Fuji..Puncak belum diliputi salji lagi.
Di camperpark awam tiada caj parking dkenakan..penggunaan tandas juga percuma. Di Jepun jangan mengharap bidet/kepala paip ditandas, semuanya bertisu, jadi botol kosong sentiasa dibawa.
Budaya bercampervan juga masih baru di Jepun...bukan saja motorhome, kenderan biasa turut dijadikan tempat tidur dengan membentang toto..Budaya Jepun sampah dibawa balik, tiada tong sampah disediakan, dan tiada sampah yang dibuang merata.
Gelandangan Jepun, tidur diruangan sempit campervan...Yang penting enjoy..!
No comments:
Post a Comment