31hb Oktober tiba masa berangkat ke Jepun, penerbangan jam 2.45 ptg, perlu berada di aiport setidaknya 11 pagi. Seawal 7 pagi kami telah bergerak ke Klia2, mengikuti anak yang berkerja sambil menghantar kami ke Putrajaya Sentral, kemudian sambung menaiki ERL terus ke Klia 2. Bila bergerak awal kita tidak khuatir tergesa- gesa, faktor luar jangka masih boleh ditangani dengan santai...
2 peserta Kota Tinggi, juga tiba awal di airport, manakala 2 lagi peserta bertolak dari Batu Pahat menaiki bas, dijangka tiba dalam pukul 12, sekadar cukup masa untuk pendaftaran masuk
.Fuh... mujur rakan Batu Pahat sempat sampai, ketika semua penumpang hampir memenuhi pesawat, baru kelihatan kelibat beliau.
Penerbangan penuh...
Jam 11 lebih mlm tiba di Haneda Airport Tokyo, setelah berada di awangan selama hampir 6 setengah jam, dimaklumkan 12 minit awal dari jadual. Tempoh penerbangan tidak begitu menjemukan. Pada usia tidak begitu muda sudah tak sanggup berada lama sangat di ruangan terhad.
Sebelum berCampervan bermula Jumaat ke Selatan Jepun, kami akan meronda Tokyo dulu...
No comments:
Post a Comment