Ketika fasa ini, ronda- ronda lebih kepada bertukar angin dan makan- makan sambil melihat perubahan/kemajuan sesuatu tempat bukan lagi teruja melihat tempat- tempat tumpuan atau dikatakan menarik.
Melainkan tiada pilihan jarang kami menempah awal penginapan, lebih selesa terjah di mana -mana destinasi. Jadi kami tidak terikat dengan masa. Memandu santai dan berhenti apabila difikirkan perlu. Destinasi boleh berubah disaat akhir.
Pemanduan biasanya ditentukan oleh jarak antara 300-500km sehari ataupun ketibaan mesti sebelum waktu check in untuk penginapan berikutnya dalam pukul 3...Tak guna membuat tempahan awal tapi tiba tengah malam atau terlalu awal.
Bila aral melintang tidak rasa terkilan dengan pelbagai tempahan yang telah dibuat. Dan lagi kita banyak pilihan setelah melihat sendiri penginapan berbanding hanya melihat secara online..hebahan online kekadang lebih indah khabar dari rupa...
Dibantu dengan media sosial, tempat makan menarik mudah ditemui, cari yang mempunyai rating tinggi, selalunya tidak mengecewakan.
Semalam makan petang/malam di Kuala Perlis atas rekomendasi pekerja hotel...ternyata puashati..premis dikelilingi sawah berlatarbelakangkan bukit bukau, masakan laut, ikan bakar, masakan ala thai, fuh walaupun harga sedikit premium tapi ketika meronda, lokasi dan menu makan-makan begini sering menjadi pilihan, masih berbaloi..Makan berlima RM280
Malam menginap di Bintong ...
Perlis banyak tempat menarik. Semuga ada rezeki jenjalan seluruh perlis
ReplyDelete