Proses pembersihan dan pengosongan rumah diteruskan. Tawaran dibuka kepada anak- anak untuk tinggal dirumah lama kami, mereka memilih untuk tinggal dirumah pilihan sendiri atas alasan jauh dari tempat kerja.
Walaupun pernah disenaraikan kepada ejen untuk dijual, menukar fikiran untuk disewakan, termasuk dengan perabut dan perkakasan elektrik..seterusnya diwariskan kepada anak-anak..Keadaan rumah masih cantik dan utuh..apatah lagi setelah segala lampu siling diaktifkan semula. Lantai pun tak lebih setahun baru ditukar...
Harga rumah tak pernah menyusut, inikan lagi rumah memiliki halaman yang agak luas.
Microwave 2 unit, besi lampu- lampu lama tolak dikedai barangan lusuh..ermm dapat Rm18.30 saja..
Pakaian lama dah lebih 4 plastik sampah hitam disumbatkan ke tong kitar semula. Sebahagian lagi akan dibawa ke kebun untuk membungkus nangka atau dijadikan orang-orang .
Belum siap sepenuhnya, masih ada lagi kabinet yang belum dikemas. Penyewa akan masuk bermula 1 mei .
Fuh beginilah rupa rumah bila tiada penghuni tetap..sekejap saja ada yg menumpang, padahal hanya lebihkurang 2 bulan rumah tidak diduduki sepenuh masa.
Penyemburan racun anai-anai telah dibuat, lampu lampu telah dibaiki.. Akan memanjat bumbung untuk menyembur racun anai-anai juga..
Rumah telah berusia lebih 30 tahun daun-daun pintu selain serangan anai anai sebahagiannya turut telah reput. 3 unit pintu tandas termasuk frame ditukar baru menggunakan aluminium. Selepas ini baiki bumbung.
Berdasarkan anggaran 3-4 bulan pertama sewa memang habis untuk kerja kerja baik pulih...
Biarpun berpenyewa tetap berisiko rumah rosak andai dapat penyewa tak tahu jaga rumah.
Rumah dibiarkan kosong berisiko rosak juga.
Antara 2 pilihan, tak mengapa rumah rosak berpenyewa setidaknya kita dapat juga duit sewaan bulanan...
Yang pening berpenyewa tapi rumah rosak dan penyewa lari malam tak bayar sewa..
Berdoa dan bertawakal sajalah..
lajus anai-anai nie buat kerja...semoga dapat penyewa yang baik...salah satu risiko lah kalau kita sewakan rumah
ReplyDelete