click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, June 12, 2026

2H1M-Punggai, Pengerang

Menyantuni anak buah gunting di Parit Raja terus ke Kota Tinggi. Dah lama tak menjenguk mereka, sudah lebih lapan bulan. Budak-budak ni tak boleh dibiarkan terlalu berdikari, kena tinggalkan rasa bergantung harap juga.



Bertandang ke rumah abang Kota Tinggi, dibawa berjalan ke Punggai Pengerang dan menginap di homestay tepian pantai. Mereka kaki camping. 



Menginap di tepi pantai, dan kebetulan berdekatan dengan jeti nelayan, rugi tak menikmati hasil laut segar. Ikan kerapu Rm20 sekilo, ikan tudung periuk/ telinga gajah Rm12, Udang 65 sekilo. Kerapu sudah biasa, tudung periuk pertama kali dengar dan teruja mencuba, rupa seakan ikan bawal, daging sangat kembut dan enak..

Tiada perancangan awal menginap di pantai, jadi tiada persiapan berBBQ..lagipun cuma berempat. Ikan ikan digoreng bodo.


Untung jika kediaman tidak jauh dari laut, menjaring ikan boleh dijadikan rutin..Ini hasil tangkapan abang Kota Tinggi, menjaring ikan bersama rakan..Ikan memang tak pernah membeli..




Di Johor aktiviti perkhemahan sangat popular, di Punggai saja terdapat 16 tapak perkhemahan persendirian, sambutan sangat luarbiasa, perlu tempahan untuk berkhemah terutama dihujung minggu dan cuti umum. Khabarnya slot untuk cuti merdeka 31 Ogos sebahagian besar telah ditempah.



Sesudah Punggai merayap sekitar Pengerang. Melalui pusat tapisan minyak Rapid Pengerang. Pengerang bukan lagi seperti yang dulu, sejak ada Rapid Pengerang, pusat ekonomi dan kawasan perumahan pesat berkembang, Kalau dulu Pengerang dibawah Majlis Daerah Kota Tinggi, kini Pengerang dibawah Majlis Perbandaran Pengerang.


Lepas berkubang perut pun lapar...Makan tengahari berdekatan Jeti Pengelih.




Berada di Jeti Antarabangsa Pengelih terkilan kerana tidak membawa pasport..jika tidak boleh menyeberang ke Changi Singapura atau pun Batam Indonesia. 

Huh nampaknya pasport kena sentiasa dibawa bersama.  Jika ke rumah anak di utara boleh lajak ke Siam setidaknya ke Haadyai. Kalau ke rumah adik di Trengganu atau Kota Bahru boleh terus ke Patani atau Nharatiwat.  Ke rumah abang di selatan kita ke Batam atau Singapura la  apa lagi..






No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK