click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label Jom Ternak Ayam. Show all posts
Showing posts with label Jom Ternak Ayam. Show all posts

Monday, January 23, 2023

Ubi Kayu Rebus..


Pokok ubi banyak yang dah matang, ada yang daun mulai mengering, ada juga yang telah tumbang. Jika dibiarkan, dkhuatiri ubi akan membusuk. Banyak juga hasil dikutip dari 4 pokok yang dicabut. Batas baru akan disediakan, olah bersama taik ayam yang dah lama tak dikutip direban. Biarkan beberapa hari sebelum dicucuk dengan batang ubi baru. Pokok ubi senang jaga, sampai masa nanti tuai lagi.

Tak termakan kalau dimakan sendirian, jadi panggillah rakan- rakan untuk bersarapan bersama. Cicah dengan sambal tumis atau kelapa muda, fuh mengembalikan nostalgia. Kalau dulu tiap kali sarapan memang ubi rebus lah, muka sikit ceria jika ubi goreng.




Sekarang ubi pun dah mahal, dulu seguni 50sen. Ubi kayu dah jadi makanan eksotik, ramai yang menyerbu restoran maupun warong jika terdapat menu ubi kayu. Lempeng pun begitu. 



Terlupa harini awal Rejab, ramai jiran yang berpuasa. Ramai yang tak dapat datang sedangkan pokok yang dicabut banyak, sebahagian diberi mentah...mana yang dah terkopek teruskan dikukus untuk diberi yang telah siap masak..Tak terhabis untuk dihadap sendirian.



Dah alang-alang keluarkan pengukur kelapa, kukur sekali kelapa muda dan tua. Hampas boleh disejukbekukan. Banyak  buah tua menunggu masa gugur. Tak putus-putus  tiga pokok membuahkan hasil.




Sisa ubi kayu dimanfaatkan untuk ayam. Memang tak sia- sia membela ayam.



 

Jom jom sarapan dulu...



Thursday, April 14, 2022

Nikmat Membela Ayam



Nikmat yang sukar digambarkan apabila balik dari luar daerah dan menjengok reban terdapat banyak telur yang boleh dikutip.

Hilang penat membersih reban, mengolah makanan dan memberi ayam makan.

Tiap-tiap hari selalunya ada dalam 6-7 biji dari 12 induk ayam, kekadang mengutip telur dilantai tanah reban, tak menyempat ayam bertelur walaupun banyak sangkar disediakan, yang satu juga jadi rebutan.

Sesiapa ada tanah atau ruang, cubalah bela suka-suka...bela suka- suka supaya kita tidak stres bila projek gagal.
Banyak manfaatnya.

Telur memang dah tak payah beli..Kalau ayam dah banyak, ayam pun begitu.

Kalau dulu lebihan makanan keluarga memang berakhir ditong sampah, sekarang senang..campur saja dengan makanan ayam. Sedikit dedak dan jagung komersil diolah dengan segala macam daun/sayuran dari kebun. Manfaatkan juga empulur pokok pisang atau pisang hutan yang diracik halus.

Formula organik yang dibuat dari kulat nasi basi yang ditiru dari perkongsian utuber ternyata berkesan...

Campur cairan ini dalam makanan ayam...lalat dan bau reban hampir tiada sebab najis ayam mudah terurai.

Pembersihan laman rumah juga semakin mudah, segala macam daun, rumput, cantasan pokok semua di humban didalam pagar reban ..setelah hancur menjadi kompos boleh kutip dan tabur di bawah pokok yang ditanam.

Projek berikutnya nak cuba bela ayam beratus ekor secara suka-suka dikebun bukit. Mahu biarkan ayam berdikari memakan sumber makanan yang ada dikebun, jadi tak terikat dengan komitmen memberi makanan sangat...boleh tanam banyak pokok ubi dan ketum ayam sebagai makanan harian, cuma kena fikirkan bagaimana nak selamat dari pemangsa.

Pagar keliling kebun perlu dipasang, bukan saja untuk ayam tapi untuk tanaman juga., tak mengapalah kalau sebahagian kecil mati atau hilang.

Yang penting ayam dapat baja pun dapat...

Sunday, February 20, 2022

Tong Makanan Automatik...

Apabila membela ternakan, perkara paling merungsingkan adalah bekalan makanan semasa kita berada diluar kawasan.

Walaupun urusan itu boleh diserahkan ke orang lain namun selalunya kesungguhan itu kurang, dengan pelbagai alasan, sibuk lah, geli lah dan macam lagi. Dah nama pun reban, ketika musim hujan, tentu lantai reban becak, jadi memberi makanan secara manual agak melecehkan untuk orang yang bukan membela.

Mengatasi masalah ini banyak tempat makanan ayam secara automatik yang boleh dicuba. Pemberi makanan hanya sesekali menjenguk reban dan tidak perlu memasuki kawasan reban, cukup sekadar mengisi bekas makanan dari luar pagar.


Ini salah satu cara.
Cuma perlukan banyak batang paip jika bilangan ayam banyak.


Dalam banyak percubaan penulis, ini yang terbaik setakat ini. Tong dan corong bertindak sebagai peti simpanan dedak dan jagung.


Percubaan yang dilakukan ke atas 5 ekor ayam dewasa, dengan mengisi makanan sehingga separuh corong putih, bekalan cukup sehingga hari ke 4, jika tong dan corong diisi sepenuhnya nescaya cukup untuk 6-7 hari.

Hari ke 5 atau hujung minggu, perlu diperiksa untuk memastikan makanan masih tersedia. Sudah cukup lama lah tu tanpa perlu risau bekalan makanan ayam harian terputus, kita boleh berada di luar kawasan dengan hati tenang.




Kelemahan cara ini ayam tidak berhenti memakan, walaupun tembolok telah sendat. Jangan bimbang, makanan ditembolok itu ibarat simpanan untuk 2 hari.

Untuk penjimatan, kaedah ini hanya digunakan ketika kita berada diluar kawasan. Hanya makanan kering komersil, dedak dan jagung sesuai digunakan untuk membolehkan makanan turun secara graviti dengan lancar.

Hari biasa gunakan cara manual dengan memberikan makanan kering maupun basah yang diolah sendiri.

Monday, August 9, 2021

Apa Seronoknya Berternak dan Berkebun...

Perdana Menteri telah mengumumkan pelbagai kelonggaran untuk mereka yang telah lengkap vaksinasi melalui fasa-fasa pemulihan PKP berikutnya, namun untuk negeri-negeri yang masih di Fasa 1, pengumuman itu tidak mengujakan. Kami tak tau bila fasa 1 ini bakal berakhir untuk menikmati kelonggaran fasa pemulihan yang diumumkan itu.

Mujur ada aktiviti yang boleh dilakukan diperkarangan rumah.


Kegembiraan melihat apa yang diusahakan berhasil, sukar digambarkan dengan kata-kata., Lupa seketika kesah covid diluar sana.

Hilang penat lelah menyedia dan memberi makan ayam-ayam setiap hari.

Terhibur melihat gelagat ayam dan  dapat mengutip telur setiap hari.


Induk ayam junior 7 ekor sudah mula bertelur, jadi tidaklah lagi bergantung sepenuhnya dengan induk senior 5 ekor.


Sebulan dua lagi induk super junior 7 ekor pun rasanya dah boleh bertelur. Jumlah keseluruhan 19ekor.

Nampaknya kena mencari tanah yang lebih luas untuk mengembangkan aktiviti...


Saturday, July 24, 2021

Reban Ayam Bertelur...




Dulu ayam pernah bertelur ditong yang disediakan ini, tapi entah kenapa kebelakangan ini tong tidak lagi menarik minat ayam-ayam bertelur di situ.
Mungkin panas, mungkin juga basah apabila hujan.  Lantai berjaring  reban berbumbung juga yang menjadi rebutan. 


Bumbung dipasang supaya tempias tidak mengenai sangkar. Nyamanlah kot bila bumbung telah dipasang.
Dengan penambahbaikan ini diharap ayam ayam berminat bertelur ditempat yang disediakan.


Tambahan 7 ekor ayam betina untuk telur nampaknya telah mula berhasil, 2 ekor telah mula bertelur sulung semalam, yang lain pun sedang galak bising untuk bertelur..

Keseluruhan 20 ekor ayam betina jika semuanya aktif bertelur, banyak juga dapat mengutip telur harian nanti.



Telur ayam masin pun sudah menjadi setelah direndam didalam air garam selama 20 hari..Rasanya ok setanding dengan telur itik, cuma kuning telur agak kurang menyerlah berwarna pucat berbanding telur itik yang kemerahan. Tekstur ayam juga lebih lembut berbanding itik.

Pkp.. pkp..pkp tambah lagi..

Saturday, July 3, 2021

Telur Masin Ayam Kacuk Kampung...

Sebagaimana diduga PKP dilanjutkan lagi sehingga 12hb Julai. Kes harian masih lagi tinggi melebihi 5000 jangkitan.

Jika kes harian berada dibawah 4000, baru fasa ke 2 pemulihan berkuatkuasa, untuk banyak sektor ekonomi lain dibenarkan beroperasi.

Disebalik pkp ada juga rahmatnya, jika selama ini banyak sangat kufur nikmat ketika ini berpeluang untuk kembali ke pangkal jalan. 


Pkp juga memberi peluang untuk kita mencuba sesuatu yang baru. Berkebun dalam bandar dulunya ramai yang tak ambil kesah, tapi kini ramai yang memperagakan kebun dan hasil tanaman di media sosial. Semakin bersemangat bila apa yang dibuat semacam menjadi.

Untuk penulis pula menambah induk ayam penelur, tak sangka ada pasaran untuk telur ayam kampung. Produk belum banyak tapi sudah ada yang menanya.

Kedai runcit, gerai pasar awam dan terbaru kedai jamu sentiasa terbuka untuk menerima tak kira berapa kuantiti telur yang ada.

Ada yang membeli nanti, bolehlah menampung sebahagian kos makanan ayam yang sentiasa menaik.



Kini induk telah ditambah 15 ekor lagi kepada 20 ekor. 5 ekor induk penelur sediada tidak memadai, untuk kegunaan sendiri pun belum mencukupi. 

Batch betina terdahulu mencukupi untuk kuantiti itu...Rasanya dalam sebulan dua lagi ayam dara ini sudah mulai belajar bertelur.


Sementara menunggu 15 ekor induk tambahan bertelur, belajar membuat telur ayam masin, mencari formula terbaik supaya telur masin betul-betul menjadi. Kotlah nanti telur tidak begitu laku, setidaknya telur yang banyak boleh diawetkan.



Tuesday, June 29, 2021

Lampu Solar Taman

Seiring dengan perkembangan teknologi, lampu solar kini boleh dibeli dengan harga murah. Jika lampu yang dibeli berkualiti, lampu mampu bertahan lama.


Ini belian lampu solar online kedua penulis. Lampu solar berkapasiti 300watt. Dua unit berharga Rm89.


Dah cuba pasang, berpuashati  namun sikit terkilan..Berpuashati sebab lampu berfungsi dengan baik tapi terkilan kerana memilih warna kekuningan/warm white bukan keputihan/Daylight.

Jika membeli warna daylight, kecerahan lebih menyerlah.


 Ada 3 mode.

 1. Sentiasa Terang.

2. Malap dan Terang, apabila mengesan kelibat pergerakan

3. Tiba-tiba Menyala, lampu hanya menyala apabila mengesan kelibat pergerakan.

Jika pilih mode 2 dan 3 nyalaan boleh  tahan sehingga pagi. 



Dulu ada juga lampu ayam menggunakan minyak tanah, sekarang dah tak perlu bersusah payah. Pasang dan Tinggal.

Lampu solar belian pertama dipasang dihalaman rumah.
Walaupun terlindung bayangan pokok, lampu mampu mengecas sendiri.


 Cuma dulu tersilap membeli online COD  melalui promosi FB. 

Tergoda terus beli, untuk 5 unit lampu berharga Rm200+ untuk kapasiti lampu 100watt setiap satu.

 Rupanya jika dibeli di kedai online produk yang sama boleh diperolehi seunit tak sampai harga Rm20. Hampir separuh harga.

Bagusnya berlampu solar, kita dah tak ambil kesah untuk ON/OFF suis. Apabila hari mulai gelap lampu akan menyala sendiri, hari demi hari selagi lampu tidak rosak.

Senang bukan...

Sunday, June 20, 2021

Ternak Keli Dalam Longkang...

Pelebaran reban sudah. Rasanya penternakan ayam dalam taman perumahan awam dikira berjaya.




Kuota induk ayam 18 ekor khusus untuk telur pun sudah mencukupi, dijangka 3,4 bulan lagi sudah mulai memperoleh telur yang banyak. Jika terlalu bising kuantiti ayam akan dikurangkan.

Dah ada produk nanti bolehlah ringan- ringan mulut menanya orang pasar dan kedai runcit untuk buat barter trade.

Sebahagian lagi boleh guna untuk membeli makanan ayam premium untuk dicampurkan dengan makanan olahan sendiri.

Walaupun bela suka-suka, setidaknya bolehlah merasa ayam percuma kegunaan sendiri.

Untuk mencapai kitaran ideal, anak ayam baru akan dibawa masuk setelah batch sebelumnya mencapai usia lebih 40 hari, tidak mau terlalu awal membawa masuk supaya kuantiti ayam dalam sesatu masa tidak melebihi had maksima keseluruhan 40 ekor. Kebersihan dan bau segar  reban menjadi keutamaan.

Pada usia lebih 50 hari sebahagian ayam sudah boleh disembelih.


Ayam dah ok, sekarang mau menumpukan kepada ikan pula..Berbanding ayam, bela ikan jauh lebih mudah. Mahu pelbagaikan spesis selain telapia dan puyu emas.


Longkang ini boleh dimanfaatkan untuk membela ikan keli dan spesis lain yang sesuai dengannya.

Dinding longkang konkrit perlu ditinggikan untuk kedalaman ideal spesis ikan ini.

Sistem kitaran air dan pembersihan longkang boleh tiru kolam sediada, yang terbukti berkesan.

Kalau Pkp bersambung lagi dan lagi, ternak kelulut pun boleh cuba...

Pergh sudah mengalahkan duduk dikampung nih...



Friday, June 11, 2021

Sampah Bagi Yang Lain, Bernilai Bagi Yang Tahu......

Syarat utama untuk berternak walaupun skala kecil adalah minat dan gigih. Lebih- lebih lagi jika berternak di kawasan sempit dalam taman perumahan awam.

Pengurusan reban perlu betul. Perlu banyak mencuba untuk menambah baik sistem reban. Jadikan perkongsian pengalaman penternak lain sebagai panduan.

Reban kena rajin dibersihkan untuk menghindari bau dan lalat. Dulu keseluruhan lantai reban penulis di alas batu bata, alasannya untuk mudah dibersihkan, setelah dibongkar dan dibiar bertanah ternyata betul saranan penternak di utube ..Bau reban dapat dikurangkan apabila tanah mudah menyerap najis basah selain najis mudah dicerna oleh mikrob tanah.

Semburan kerap pencerna organik, mempercepatkan lagi pereputan najis untuk menghalang pelepasan bau busuk .

Selama hampir 2 tahun berternak dicelah rumah, tiada kedengaran komplen jiran-jiran, melainkan dulu bising ayam jantan berkokok. Ini mudah saja di atasi, bila ayam remaja mula belajar berkokok, memberi petunjuk minta disembelih lah tu.

Aspek pemakanan antara faktor lain yang perlu diambil perhatian jika ingin betah berternak. Kos makanan komersil sentiasa meningkat. Ayam yang dikurung berbeza dengan ayam yang di lepas bebas. Penggunaan makanan akan sentiasa meningkat apabila ayam makin membesar.
Jika bergantung seratus peratus dengan dedak komersil akan terasa beban membeli makanan ayam. Jadi alternatif makanan perlu dicari.


Mengetahui manfaat batang pisang hutan, memang tak lepas peluang bila tuan lot tanah membersih kawasannya. Umbut muda enak di gulai, yang lain dijadikan makanan ayam dan baja kompos.

Wakaf berlatarbelakangkan reban tempat penulis berhibur dimusim PKP, sambil memerhati gelagat ayam.

Gigih tak gigih, lihatlah penyediaan makanan alternatif ini. Semuanya menggunakan bahan percuma yang diperolehi dipersekitaran.

Hampas kelapa dan batang pisang, mungkin sampah bagi yang lain tapi sangat bernilai untuk yang tahu, diperam dengan pencerna organik mampu bertahan paling kurang sebulan.

Apabila peraman ini dicampurkan dengan nasi, jagung rebus, daun- daunan dan dedak komersil huh macam nak roboh reban, ayam berebut membedal ramuan.

Ayam kenyang, penternak pun girang...



Wednesday, June 9, 2021

Ikan Puyu Emas...


Kolah ni dulu dibuat untuk menadah air hujan konon ingin mengembalikan nostalgia mandi perigi. Serious syok mandi guna gayung. Bila makin lama mula berlumut, dan air rasa seperti berminyak, terus tak rajin mandi air kolah.

Silapnya dulu, bahagian dalam tidak dilapiskan dengan mozek. Air hujan dikota pulak, lain macam tak macam di kampong, mungkin pencemaran udara lah tu.. Perlu ditambah baik sistem penapisan air hujan jika ingin digunakan untuk mandi.

Kini kolah dijadikan tempat membela ikan tambahan, boleh membela dalam 20-30 ekor berbanding kolah utama lebih 100-200 ekor ...Jika dibiarkan kosong, jadi tempat pembiakan nyamuk.

Ikan puyu emas dan telapia sesuai berkongsi habitat.


Bila seekor 2 mulai mati, mungkin memberi isyarat kolam tak cukup ruang untuk ikan hidup dengan sihat..Ikan telapia lebih manja berbanding ikan puyu..Yang mati terapung tu telapialah, bangkai dicampak  direban ayam..sekejap jer lesap.

Di kolah ini  air dikitar semula semasa hujan saja, jika tiada hujan, airnya mudah keruh. Lebih-lebih lagi jika terlebih memberi makanan ikan, sisa yang tak dimakan akan mengeruhkan air .


20 ekor ikan yang dituai, selebar 4 jari orang dewasa. Ikan puyu emas dan telapia ini jika betul habitat dan penjagaan, seekor boleh mencecah berat sekilo lebih. Mungkin habitat tidak begitu kondusif selain faktor permakanan yang tidak teratur. Makan pun kekadang lupa diberi. 

Setelah dituai beberapa jam, ikan
 telapia terus tak bernyawa sedangkan ikan puyu  masih melompat- lompat bila disentuh. Tak sabar menunggu, puyu mati dihujung parang. 


 Ok juga rasa ikan puyu yang digoreng, bau tak hanyir dan daging pejal.

Baki ikan puyu yang ada ingat nak salai dan masak lemak cili api super pedas. Tambah daun cekur/kencur Fuhh..Kalau kat kampung dulu sampai terjelir lidah tepi tingkap kepedasan hehe.

Ketum Ayam...

Sebagai langkah mempelbagaikan sumber makanan ayam, harini penulis membeli pokok ketum ayam. Dikatakan sebagai sumber makanan kaya protin dan rendah  lemak, ketum ayam sangat popular dikalangan penternak. Penulis tak pernah mencuba, tapi percaya ayam- ayam akan sangat menggemarinya.


Berdasarkan harga pasaran Rm10-15 sepokok anak kecil, pokok remaja yang dibeli dari rakan ini RM20, nampaknya lebih kepada pemberian saja sebenarnya.

 
Pokok segera ditanam di lot kosong  di hadapan rumah. Setelah serasi di habitat baru nanti, pokok akan dibiakkan lagi.

 Pembiakan adalah melalui keratan batang. Menggunakan batang pucuk muda pun boleh khabarnya.

3 pokok munggai/kelor baru pun dah mulai tumbuh  di bahu jalan. 

Dengan adanya alternatif tambahan ini diharap ayam cepat membesar dan sihat dengan kos makanan yang murah.


Monday, June 7, 2021

Baja Organik PSB

Untuk menjimatkan kos, sebaik mungkin penulis tak mau menggunakan baja komersil., Cuba menghasilkan sendiri baja organik melalui perkongsian petani di Utube.

Jika baja organik berkesan , alhamdulillah, tak menjadi pun tiada masalah. Bertanam suka-suka tak sama dengan bertanam komersil. Tiada tekanan supaya pokok segera subur dan mengeluarkan hasil, menanam dijadikan sebahagian riadah jadi percubaan demi percubaan sanggup penulis lakukan.

Harini penulis mencuba membuat baja organik PSB(Purple Sulphur Bacteria) yang sangat popular di Thailand

Kontras dengan percubaan sebelum ini dengan adunan yang hampir sama tetapi sebatian diperam didalam gelap, sebatian kalini dijemur dibawah terik matahari.

Dikatakan baja mampu menyuburkan pokok dan menjadi penggalak buah. Sedang eloklah, penulis memang sedang mencari baja untuk nenyuburkan pokok betik dan pokok rambutan, selain tanaman lain

Pokok betik ada 5 pokok tapi kurang subur, buah kecil dan sedikit. Sedangkan jika dibelai dan dibaja sepokok saja makan tak habis.

Kat Fb ramai yang rekomen baja tertentu, lihat harga beratus, terus lemah semangat...

Gambar hiasan...

Jadi mencuba lah membuat baja organik sendiri.


Bahan-bahan terdiri dari

1. Air hujan 6 liter
2. Telur 3 biji
3. Ajinomoto 3 sudu makan
4. Belacan satu sudu
5. Sos ikan 2 sudu

Semua bahan dicampur sebati menggunakan blender termasuk kulit telur.


Siap dah. Mudah dan Murah.
Produk yang dihasilkan dijemur selama sebulan sehingga warna sebatian bertukar gelap keperangan dan sedia untuk digunakan.

Penggunaan pati baja pun tak banyak. Setiap 20 liter air sekadar menggunakan 4 sudu atau penutup botol.

Sebatian ini sesuai juga dicampurkan dalam makanan dan minuman ternakan.

Ternakan penulis memang diberikan dengan sebatian organik yang dicampurkan dalam makanan. Melainkan semasa mula menternak dulu, kini ayam penulis 100 peratus hidup.

Harap-harap selepas dibajai pokok-pokok pula hidup subur dan berbuah lebat...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK