Sunday, April 19, 2026
Europe26-Dortmond
Peminat bola hampir pasti tau kelab bola sepak Borussia Dortmund. Dalam liga Jerman atau Bundesliga, Dortmund sering bersaing rapat dengan pendahulu liga Bayern Munich.
Dortmund hanya berjarak 20km dari penginapan kami. Jika terdapat perlawanan, peminat kuning hitam memenuhi tren. Kami bukan kaki bola, walaupun berpeluang menonton secara langsung di stadium, sayang untuk berhabis duit untuk membeli tiket.. Bukan murah..
Kunjungan pertama Dortmund dulu, turut berkunjung ke stadium untuk bergambar..Kalini mencuci mata di pusat beli belah, sesudah itu makan-makan..
Di Food court terdapat premis makanan halal..Di luarnegara kena yakin dengan paparan halal, tiada pantauan pihak berkuasa seperti jakim di tempat kita..
Jersey Dortmund 100 euro ..
Berjalan lebih kurang di pusat bandar, kemudian mencari masjid berdekatan. Suka bila mencari di internet akan muncul senaraian masjid berhampiran..
Di Jerman hampir setiap tempat akan terdapat masjid..Masjid utama selalunya ditulis dibuka 24 jam.
Hari jumaat ramai jemaah pelbagai latarbelakang bersolat di sini. Khutbah dalam bahasa Turki, tapi akan ada terjemahan bahasa Jerman.
Thursday, April 16, 2026
Europe26-Hercules Monument Kassel
Sementara menunggu sesudah zuhur untuk lawatan Menumen Hercules, yang dikatakan sebagai tarikan utama tapak warisan dunia Bergpark Wilhelmshohe, merayap dulu pusat bandar Kassel.
Berbanding daerah lain yang sudah kami lawati, komuniti muslim di sini sangat ramai..Selain keturunan Turki dan Arab, ramai juga keturunan Afghan dan Somalia...Premis perniagaan makanan dan keperluan harian banyak diusahakan oleh mereka..
Macamana nak teringat rumah bila makanan menepati selera mudah didapati dan harga di Kassel lebih mesra poket.
Jika ditempat lain hidangan sebegini hampir pasti melebihi 20 euro..disini hanya 12 euro. Kebab yang sering kami beli pun hanya 6 euro berbanding 8 euro ditempat lain. Size hidangan cukup besar untuk makan berdua..
Masjid Turki dan Arab hanya bersebelahan..
Ermm bermalam juga di Kassel walaupun asalnya hanya ingin melawat balik hari...jarak pun dah jauh lebih 200km dari rumah atau hampir 3jam menaiki tren. Dah alang alang jauh keinginan melawat Berlin atau Praque berputik semula..Menginap di hostel tengah pusat bandar . Harga satu malam Rm200
Bayangkan saja harga pakaian dalam RM
Dek kerana memang tiada niat untuk meronda tempat lain, keperluan meronda memang tak dibawa..jadi beli saja..
Sesudah zuhur terus melawat Monumen Hercules.
Patung bogel Hercules di puncak bangunan..
Pagi tadi kami berada nun jauh dibawah..
Monumen sedang dalam proses renovasi.
Pandangan peribadi, walaupun keindahan keseluruhan tidak dinafikan, tapi monumen adalah biasa-biasa, mungkin sejarah disebalik pembinaan yang melayakkan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia..Kalau nak dibandingkan dengan bangunan bersejarah lain seperti Borobodur atau Angkor wat, size binaan monumen Hercules adalah kerdil.
Ermm balik lah besok..
Subscribe to:
Comments (Atom)
CUTI CUTI
Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.



















































