click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, February 25, 2025

Pokok Nenas Mati daa...


Ermm kalau di kebun bukit gangguan haiwan liar dan penyakit, dipersekitaran rumah bebas dari haiwan liar tapi tidak  penyakit...

Pokok betik yang ditanam daun berkerinting keputihan dan sebahagiannya terus layu..Yang tumbuh sendiri juga yang masih gagah dan berbuah...

Sepokok nenas dalam pasu pun tak tau tiba tiba daun layu, padahal inilah yang paling subur. Kawan bertandang memberitahu mungkin pokok terlebih  siram...perkara sama terjadi dipokok yang ditanamnya...menurutnya  pokok nenas semasa disiram air akan memasuki celah pucuk daun dan membusuk...berbeza dengan air hujan, air siraman  mungkin mengandungi bakteria perosak..ermm kita ingatkan air basuhan ikan baik untuk nenas rupanya lebih memudaratkan...


Lepas ini tak perlu bersiramlah...

Monday, February 24, 2025

Baja Organik Taik Kambing

Nak ikutkan semangat memang ada sedikit luntur sebab tanah tumpang sudah tidak begitu subur...Pokok pisang, ubi dan tanaman lain tumbesarannya tidak seperti dulu...Namun adab menumpang, kawasan tetap kena bersihkan. Bila hanya membersih tanpa ada hasil terasa rugi dan membuang masa..Oleh itu kawasan  perlu dimanfaatkan sebaiknya, penyulaman tetap perlu diteruskan. Kena keluarkan sedikit modal membeli baja nampaknya.



Batas baru untuk pokok ubi ..sehari buat sebatas untuk 3 pokok sudah cukup..Tak mau bersemangat sangat..sambung di  hari lain untuk batas seterusnya... bekas batas-batas pokok ubi terdahulu masih banyak lagi yang boleh dimanfaatkan

Dua batas mini dari bekas batas pokok ubi dimanfaatkn untuk tanaman halia pula...2 batas pokok kunyit terdahulu mula bertunas baru..

Batas batas digaul dengan baja organik taik kambing...



Biarpun hasil tak semantap tanaman komersil, untuk kegunaan sendiri itu sudah memadai...Nenas bersaiz mini, ubi kayu dapat juga dalam 3 kilo dari sebahagian  baki pokok terdahulu, pisang biarpun tandan kecil, jika masak serentak kembang tekak juga menikmati  hari-hari. Biarpun ada lagi tandan yang hampir matang,  dibiarkan dulu dipokok, manfaatkan satu persatu...


Anak- anak pokok pisang dari rumpun terdahulu digemburkan tanah sekeliling..Sayang jika pokok yang sudah tumbuh dibiarkan tidak dibela...Sebahagian perdu pokok pokok yang disungkup dengan daun daun kering nampaknya berdaun lebih subur..Setelah ditabur baja lagi harapnya membesar dengan sihat..


Jom jom berkebun..

Saturday, February 22, 2025

Tamu Tak di Undang-Gajah...

Pokok pisang, kelapa, nenas, betik nampaknya sudah boleh di keluarkan dari senarai tanaman kebun bukit Puncak Rasa kecuali keliling kebun dipagari.. Tanpa pagar semua yang ditanam habis tidak berbaki, samada disodok babi untuk umbut atau daun dibuat ulam monyet..Biarpun pokok berpagar berlapis dengan tayar terpakai dan jaring ermm tetap tidak selamat. 

Terkini satu-satunya baki pokok pisang ketinggian 3 kaki habis bersepai biarpun di tanam di sebelah penggera solar..siang penggera berfungsi baik, bila malam kehabisan bateri penggera tidak berfungsi..


Tak mengapalah matlamat kebun bukan sangat untuk komersil, lebih kepada riadah dan mengisi masa usia pencen..Kebun pun tak luas...Melihat kebun bersih dan pokok- pokok membesar dengan pucuk-pucuk baru selain terselamat dari haiwan liar itu juga kepuasan. Berhasil  nanti itu kelebihan..biarpun terpaksa berkongsi dengan haiwan liar..

Adakala kita lemas, bila memikirkan gangguan dipihak kita taklah seberapa, tetap bersyukur..ada kebun rakan lebih teruk diganggu haiwan liar, biarpun berpagar elektrik. 

Bebas dari gangguan babi tapi tidak dari monyet..Makhluk ini sentiasa mencari jalan untuk menceroboh kebun. Ramai rakan terpaksa  memelihara anjing dikebun. 

Manakala di bawah ini kebun milik rakan di Kota Tinggi..Jika abang besar gajah datang tiada apa yg dapat menghalang biarpun dijaga beribu anjing..mujur hanya bertandang sesekali...




Kita pun tak boleh menyalahkan makhluk liar, habitat mereka telah terganggu...apabila sumber makanan dihutan semakin menyusut, apa yang ada di kebun itulah menjadi rezeki...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK