click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label Latep's first. Show all posts
Showing posts with label Latep's first. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

Jom Pantai Morib...

 14hb Jun 2014

Teruja  dengan pelawaan kawan untuk ke lapang sasar menembak di Jugra Banting.
Sedang elok.. Teringin mencuba  Hiway SKVE yang telah dibuka namun belum pernah melaluinya.. Capai kunci motor terus ke sana ..






Setelah mencuba 3 peluru..ermm minat aku bukan ke situ la..Tak terasa apa apa pun..Barangkali seronok kot kalau menembak menggunakan rifel...trat tat tat tat..tat .dapat pulak membidik target sehingga bersepai barulah berasa puas...haha

Kemudian menuju ke Pantai Morib.. Dah lama aku tak ke sini. Seingat aku pernah dulu datang penghujung 90an..Ternyata terdapat penambahbaikan. dan peingindahan..




   

Dataran mini menghidangkan pelbagai maklumat








                                 
Replika yang menarik...


Padang permainan layang-layang turut disediakan..

                         

Dan pastinya gerai-gerai makan ...

Usaha yang baik... Namun masih banyak yang boleh diperbaiki terutamanya di jalan besar memasuki kawasan pantai dan persekitaran...Keceriaan belum terserlah.. Wow faktor masih kurang...

Diharap pengunjung dapat berkerjasama menjaga kebersihan pantai dan tidak merosakkan harta awam yang disediakan...Penyelengaraan berkala perlu dibuat oleh pihak berwajib.. Sekiranya tiada penyelengaraan nescaya usaha pengindahan ini akan menjadi sia-sia ...

Wednesday, May 28, 2014

Jom Australia- Handorf Bandar komuniti Jerman

Aku akur bila membaca artikel menyenaraikan Australia termasuk antara 10 negara tercantik didunia. Dan pada aku resipi utama  untuk memasuki carta itu adalah kebersihan dan kekemasan persekitaran. Kecantikan semula jadi sahaja tidak cukup untuk melayakkan negara diberi pengiktirafan sedemikian. Secara peribadi aku berpendapat kecantikan semulajadi disana adalah biasa-biasa saja tapi bila  diadunkan dengan solekan landskap buatan ditambah  dengan kebersihan dan kekemasan..pergh bertambah terserlah keindahan itu...dan lagi kecantikan tidak tertumpu di sesatu tempat bahkan di merata tempat. Bayangkan dalam kita memandu di kawasan agak terpencil tetiba memasuki satu pekan kecil...di pekan kecil ini pun sangat bersih dan kemas..landskap persekitaran terpelihara..pendek kata seolah berada di resort percutian...Jadi sangat layaklah mereka mendapat pengiktirafan itu..

Beberapa jam meninggalkan Great Ocean Road malam itu kami bermalam di Mount Gambier..Tidak berbaloi meneruskan perjalanan ke Adelaide kerana sausana telah gelap. Penginapan untuk bilik famili dengan satu katil berkembar dan dua katil single dikenakan caj 130 AUD..

                          
Sebelah pagi melawat pusat bandar. Dibandar ini terkenal dengan tasik yang terbentuk kesan ledakan gunung berapi...


Inilah yang aku maksudkan dalam entry terdahulu..Dikawasan awam disediakan karung plastik untuk mengutip najis binatang peliharaan. Lebih seminggu aku Di Australia..,langsung tidak  kelihatan anjing liar.. semuanya bertuan..


Melawat lebih kurang, kerana tidak banyak tempat menarik di sini kami menyambung perjalanan ke Adelaide. Keputusan bermalam ternyata tepat. 


Dapatlah menyaksikan keindahan pemandangan. Kiri kanan jalan dihidangkan dengan pemandangan ladang-ladang anggor . Sangat cantik..





Sesekali dihidangkan dengan pemandangan ladang ternakan. .





 Melalui pekan kecil. Kebetulan hariini adalah ANZAC Day di seluruh Australia

 

 Hari  memperingati prajurit tempatan yang gugur di medan perang di negara yang mereka turut serta seperti di Vietnam dsb. Sempat menyaksikan perbarisan sempena majlis itu. Prajurit vateran setempat diraikan.. Bunga-bunga di letakkan ditugu peringatan...

Seterusnya singgah di Tapak Warisan Dunia. Tapak penemuan rangka-rangka binatang purba di gua-gua bawah tanah yang banyak terdapat di sini. 

                            


                       
Secara zahirnya memang tiada kelihatan gua-gua di sini disebabkan keadaan tanah persekitaran yang mendatar. Lazimnya gua-gua  wujud di kawasan  yang bergunung.


                             

Di sini gua -gua terbentuk didasar tanah. Rangka-rangka binatang purba ditemui di dalamnya yang  mungkin terperangkap dizaman dahulu...







Singgah juga di Murray Bridge untuk makan dan solat..Juga tidak menarik perhatian..Jambatan besi dan lokomotif lama di jadikan ikon pelancongan. Juga terdapat river cruise. 







Segera meninggalkan Murray Bridge. Menghampiri jam 4 petang tiba di Handorf.., bandar yang disarankan untuk dikunjungi jika ke Adelaide. Satu bandar kecil yang dihuni imigran dari Jerman ratusan tahun dulu. Kebetulan minggu ini mereka merayakan kewujudan bandar ini yang ke 175 tahun..

Ok. Sausana bandar sangat cantik. Kebetulan daun-daun pokok mula bertukar warna sebelum gugur untuk menghadapi musim sejuk...




Namun melihat kepada persekitaran bandar aku seolah tidak percaya bandar ini telah wujud begitu lama.. Bukan dari segi rupabentuk bangunan tapi dari pertambahan bilangan penduduk maupun binaan bangunan -bangunan dipersekitaran...




Takkan terlalu perlahan evolusi bandar yang berlaku...sedangkan jika di negara sedang membangun jangankan ratusan tahun bahkan belasan tahun akan terdapat perubahan fizikal yang ketara disesatu tempat.

                                 
Bandar pun tak besar . Sepatutnya melawat ke ladang strawbery, memandangkan hari telah gelap, menangguhkan lawatan keesokan hari.  Jam 6 petang tiba di rumah pelajar di Adelaide berkedudukan 3km dari pusat bandar.

Esok kami akan ke bandar Adelaide...


Friday, May 23, 2014

Jom Australia- Great Ocean Road



Harini  menuju ke Adelaide. Berdasarkan google map jarak tak sejauh Sydney - Melbourne dalam 780km . tapi disebabkan melalui jalan pantai tempoh perjalanan dijaangka melebihi 13 jam. sebagaimana yang diberitahu oleh rakan se homestay...Malam tu kami bersembang dengan  En Rosli sekeluarga dari Shah Alam tapi mengambil penerbangan ke adelaide dan berkereta ke Melbourne.




Mencari maklumat lagi di pusat informasi yang banyak terdapat di sepanjang hiway. Pusat ini digerakkan oleh para sukarelawan. Kami memang terpegun dengan maklumat dan layanan yang diberikan. Jika berkesempatan kami akan singgah saja di mana-mana kawasan menarik sepanjang laluan kami. Sebagaimana aku ceritakan dulu..inilah antara kelebihan mengatur perjalanan sendiri.

                         

Setelah memandu hampir 3 jam dari Melbourne kami memasuki zon Great Ocean Road...Melalui jalan berbukit di persisiran pantai. berliku-liku. Aku tak kata tak cantik...Keindahan alam semulajadi sebegini sememangnya cantik. Tapi tak seindah yang aku tengok di Sumatera semasa meronda berkapchai dulu. Kombinasi kehijauan hutan tebal tropika dan kebiruan lautan berserta ombak memutih menghasilkan pemandangan yang sungguh menakjubkan. Bezanya  di sini mereka mempromosi keindahan yang ada sehingga dikenali di merata dunia.

                         

Membaca maklumat di akhbar tempatan, pihak kerajaan akan membuka lebih banyak laluan baru disamping memperbanyakkan caravan park untuk menampung pengunjung yang semakin bertambah...ermm

                         

Melihat gulungan ombak seolah berkejaran menghampiri pantai seterusnya membadai pantai berbatu meninggalkan buih memutih ..sungguh mengasyikkan...



Hakisan tebing meninggalkan struktur batuan dengan bentuk unik. Pelbagai gelaran diberikan seperti London Bridge...



 Berbondong-bondong pengunjung dari dalam dan luar negara melawat tempat ini...Pengunjung dari Taiwan Jepon dll ramaii...


                         

Tanjung pemerhati...Aku merasakan tanjung ini jugak tak akan kekal lama..Kesan hakisan dan runtuhan jelas terdapat di tebing tanjung...



Pemandangan tanjung dilihat dari jauh..Sedikit demi sedikit hakisan ombak meruntuhkan tebing..Tak lama lagi akan lenyaplah tebing ini meninggalkan bentuk bentuk unik juga.  Entah bentuk apa pulak yang akan muncul...
                       

Twelve apostles menggambarkan 12 bentuk bentuk batu unik kesan hakisan yang boleh dilihat di sepanjang laluan ini. Hanya sebahagian yang boleh dilihat melalui tanjung pemerhati..





Boleh menggunakan khidmat helicopter dengan bayaran 150 AUD seorang untuk tinjuan lain dari udara selama 30 minit...


Betul aku cakap.. Ungkapan 'Biar menyesal membeli daripada menyesal tak beli' memang sangat bertepatan maknanya. Dalam kes ini biar menyesal beli tiket naik heli daripada tak naik..

Sesudah sampai di tanahair...kami memang menyesal tak naik ..bukan senang untuk mendapat peluang sebegitu.. Kami tak naik bila mencongak 600AUD untuk membeli tiket empat orang...Walhal sekali seumur hidup apa salahnya. Secara perbandingan 150AUD seorang  adalah murah berbanding 250USD untuk menaiki belon panas di Capadoccia Turki dulu. Dulu kami pejamkan mata tak mau congak-congak untuk  menaiki belon panas..hehe



Olehkerana   berhenti merata tempat menikmati pemandangan selain terpaksa melalui pekan-pekan kecil disepanjang laluan yang menghadkan kelajuan kenderaan hanya 40km/jam, jam 3 petang baru selesai melawat tempat ini.., bermakna ada 500km  lebih lagi untuk sampai ke Adelaide...

Setelah memandu beberapa jam ternyata tidak berbaloi meneruskan perjalanan. Jalanraya tersangat sunyi. Lagipun jam 5 petang sausana telah gelap..Walaupun jam menunjukkan pukul 8 malam, sausana seperti jam 3 pagi ..Jika menggunakan lebuhraya mungkin sausana yang berbeza..Hanya beberapa kenderaan berada di jalanraya..itupun trailer trailer..

Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Mt Gambier berjarak 435km lagi ke Adelaide.


Monday, May 19, 2014

Jom Australia-Philips Island

23hb April 2014, Rabu..

Berdasarkan google map jarak Philips Island dari Melbourne sejauh 140km.,  Walaupun dekat kami keluar rumah awal juga. Lagipun kami terpaksa menempuh pusat bandar untuk memasuki lebuhraya. Hati tidak begitu gundah kerana semalam sudah memerhatikan cara pemanduan di sana.


 Namun begitu kekadang timbul kekeliruan dengan sistem lampu isyarat di sana..samada di Sydney atau Melbourne. Untuk membelok ke kanan di persimpangan  lampu berisyarat, isyarat membelok hanya akan menyala setelah beberapa saat/min. Namun demikian pengguna kenderaan boleh membelok sekiranya tiada kenderaan dari arah berlawanan dilorong sebelah sana. Jika  trafik bertaliarus  maka bolehlah menunggu sehingga isyarat membelok menyala. Disinilah timbulnya kekeliruan bagi pengguna baru. Kita teragak-agak untuk melintas...Apa lagi kena hon dengan pengguna belakanglah beb. Terkejut...!



Memandu menuruti GPS . Apa saja cadangan laluan dipatuhi. Walaupun tunjuk arah di papan tanda destinasi jelas terpampang supaya memandu terus, jika isyarat di gps memberi isyarat belok, maka dengan tanpa soal tangan memulas stereng membelok..hehe. Sebab itu aku suka peta turut berada di kereta untuk mengetahui kedudukan semasa. Owh sekarang disini...owh pekan ni sebelah sini dll.. Jika tak memang macam berjalan dalam gelap lah..Blurr

Philips Island destinasi wajib sebab terdapat pusat konservasi haiwan  seperti beruang koala , kangaroo juga penguin...Ramai yang terpengaruh untuk turut mendakap beruang koala atau memberi makan kanggaro setelah menyaksikan rakan-rakan yang telah berbuat demikian semasa  lawatan mereka...Tarikan lain, aku ingin melihat dari jarak dekat litar lumba F1 atau Motogp yang selama ni dilihat di kaca tv saja.


Berbanding dengan apa yang disaksikan di tv yang hanya menumpukan litar perlumbaan dan persekitaran dari udara  keadaan persekitaran dari jarak dekat ternyata sungguh jauh berbeza..Litar Philips Island berada sangat terpencil dikelilingi oleh ladang-ladang ternakan.  Jaringan jalan kesana menggunakan jalan-jalan ladang yang tidak begitu lebar. Dihari perlumbaan aku tertanya-tanya bagaimanakah penonton yang begitu ramai menginap kerana pekan di Philips Island bukanlah besar dan tidak begitu banyak hotel maupun motel. Mungkin penonton menginap di tapak-tapak caravan atau menginap di luar pulau..



Kami singgahlah di zoo yang mengenakan bayaran 17AUD seorang..Menyaksikan dari jarak dekat kanggaro juga binatang lain...Kanggaro di sini bergerak bebas. Namun Koala berada dikurungan.





Habis meronda di zoo berehat di pekan sambil makan tengah hari..Terdapat kedai muslim halal tapi hanya dibuka disebelah malam. Cari saja Fish dan Chip...Masa panjang lagi..Sebelah petang kami akan ke pusat konservasi penguin...Penguin hanya akan balik ke sarang setelah matahari terbenam dan keluar sarang pula di awal pagi. Kalau diikutkan sambil menunggu petang boleh saja menaiki bot bermudik dari pulau ke pulau  dengan bayaran 70 AUD seorang..ermm mahal..maka melepaklah di tepi laut sambil menantikan waktu petang. Ingin meronda pulau tiada tempat menarik lain boleh dilawati selain ladang-ladang..



Laluan berkayu ini dibina untuk mengelakkan pengunjung memijak pokok-pokok maupun rumput yang menjadi habitat burung-burung..



Anak anak penguin yang dapat dilihat bersembunyi di bawah laluan berkayu sementara menunggu ahli keluarga kembali dari mencari rezeki...

Di pusat konservasi penguin kami melawat sehingga hari gelap. Terdapat banyak kotak-kotak dipinggir bukit yang dijadikan tempat burung bersarang dan bertelur... Dikala hari menghampiri gelap, kami diarah meninggalkan kawasan kerana waktu ini penguin akan berduyun-duyun pulang ke sarang. Sekiranya ingin menyaksikan penguin juga bolehlah pergi ke tempat berbayar. ermm ingatkan tiada sebarang sekatan untuk melihat yang percuma... Tengok saja di internetlah. hehe. Bertemu dengan krew RTM yang mencari latarbelakang menarik untuk pogram tv berkenaan pemastautin Australia berpuasa di bulan ramadhan.

Dalam jam 7 malam kami meninggalkan Philips Island. Rating lawatan harini aku beri 3 bintang daripada 10 haha.


Esok kami  akan melawat lagi destinasi wajib..Great Ocean Road...dalam perjalanan ke Adelaide..






CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK