click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, July 18, 2026

Pokok Tanam vs Tumbuh Sendiri..

Allah punya kehendak, apa yang tumbuh sendiri hidup subur, yang bersusah payah kita tanam macam susah betul nak membesar.



Dicelah celah pokok bunga lahan sempit ini pokok betik tumbuh,  nak dibuang sayang, nak dipindahkan takut tak panjang hayat, jadi  dibiarkan disitu walaupun  macam tak kena tempat.



Pokok ini lagi hebat, dicelah- celah batu tempat kita membakar sampah tetap gagah hidup...cuba kalau kita sumbat benih disitu ermm tak maunya tumbuh...


Ini pula pokok yang kita tanam, dibelai dibaja, tanah sekeliling digemburkan tapi tumbesaran tak boleh lawan dengan pokok yang tumbuh meliar.



Betik beli dikedai adalah mahal, sebiji sebegini berharga hampir Rm8, sedangkan kalau ada sepokok makan pun tak habis..


 Begitu juga dengan pokok namnam/pokok katak dipindahkan dari rumah lama sudah hampir setahun tapi tak mau membesar dengan cepat..mulanya hanya tinggal ranting dan sedikit daun. Tanah berbatu sekeliling digemburkan dan alhamdulillah mulai tumbuh  pucuk baru.

Betul lah petua yang dibaca, pokok ingin dimanjakan  dengan bau cangkul...

Friday, July 17, 2026

Mainan Orang Kebun...

Biarpun kenderaan kebun, janganlah tunjukkan kekebunannya, pastikan luaran dan bahagian dalam sentiasa berkilat.

Kembara bersaiz kecil senang dibersihkan sesudah balik kebun. Tak sampai 30 minit siap dibasuh.. 

 


Bahagian kargo tak boleh nak buat apa, kerana sentiasa penuh dengan barangan kebun, kita kemas sebaik mungkin.


Penghadang cargo dipasang menggunakan kayu supaya tong-tong dan barangan lain tidak berselerak ketika Kembara bergerak lasak. Hujung kayu disangkut menggunakan besi sebagaimana di dalam kabinet baju.  Hujung palang dikunci dengan skru, supaya tidak mudah tercabut.


Bahagian tengah mudah dibersihkan bila barangan kargo belakang kekal ditempatnya
Tidaklah segan bila Kembara kebun turut dijadikan kenderaan basahan harian.


Mainan orang kebun..Cangkul dipasang hulu baru.


Mesin rumput dihantar bengkel untuk servis. Potong stim kalau sedang memotong rumput tetiba enjin mengaum.

 
Tong sembur baja foliar berbaki satu, yang satu dah pecah apabila terhempas  ketika mengisi air baja. Kena beli baru lagi nampaknya..

Monday, July 13, 2026

Makan Durian Kebun...

Ahad hari kebun, menerima kunjungan rakan, sepatutnya berempat, sorang terpaksa membatalkan hasrat kerana mengundi PRN Johor.


 

 
Sempena menerima kunjungan rakan, ambil kesempatan meminta mereka menanam pokok dan diabadikan nama. Ramai rakan lain yang telah berbuat demikian. Kelebihannya setiap kali berkunjung ke kebun kita akan teringat mereka ini, begitu juga selalunya pelawaan berikut akan lebih senang untuk mereka datang, menjengok pokok yang ditanam.

Sebahagian 4 dari 10 pokok avocado yang dibeli untuk menyulam mana-mana pokok yang mati... Moga pokok membesar sebagai johan berkat air tangan penanam,




Plot ini dikhaskan untuk pelbagai spesis pokok avocado berserta nama penanam. Suka melihat pokok yang seragam ketika besar nanti. Biarpun ada yang ditanam terdahulu mati, tetap semangat menyulam dengan pokok baru.



Meraikan rakan makan durian di dusun, untuk merasakan keunikan spesis pokok yang ditanam. Musang King, Duri Hitam, D24 dan Kampong,  Pokok sendiri belum berbuah, kita bawak buah luar, yang penting dapat suasana melantak di dusun sendiri..hehe


Thursday, July 2, 2026

Healing Di Kebun Durian Pusaka.....

Sekarang musim buah durian..terdapat lambakan buah..kalau dulu harga kayangan, sekarang buah premium pun harga merudum. Yang sakit pekebun, yang untung pembeli. 




Kita pun sudah berkira- kira pokok durian sekadar janji ada. Ketika ini ada dalam 20 pokok, mana yang terencat akan disulam dengan pokok avocado..Tak mau membuang masa dan  berharap pokok pulih..Berbanding avocado, pokok durian ni manja sangat, biarpun pokok sudah meningkat dewasa masih berisiko mati. Namun pokok durian tetap kena ada..dusun tanpa pokok durian ibarat dusun yang bukan dusun..




Sekarang ni sudah menjadi trend, berkumpul ramai-ramai di kebun., kebun sekarang bukan lagi macam dulu. Dulu tiada siapa yang sanggup meredah semak dan berpencak silat dengan nyamuk.



Rabu bertandang ke kebun rakan atas rakan. Beliau turut membela kambing. Tinja kambing dijadikan baja pokok.

Apabila bertandang ke kebun orang setidaknya dapat mengembalikan semangat berkebun, kagum dengan kegigihan orang dulu. Dulu mereka menanam pokok dalam keadaan serba kekurangan juga, pengairan mengharapkan air hujan, turut dikacau makhluk liar, pokok tetap hidup dan kini dimanfaatkan generasi berikutnya.



 Balik dibekalkan ole ole...

Aksesori Kebun..






 



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK