click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label Jom Chumpon 23. Show all posts
Showing posts with label Jom Chumpon 23. Show all posts

Sunday, October 1, 2023

Jom Chumpon 23-ICT Pantai Penarik...

5H4M Siam melabuhkan tirai. Perancangan asal ingin kembali ke Malaysia melalui Takbai/Tumpat., semasa bersembang dengan tetamu hotel, dberitahu feri  Takbai/Tumpat sudah tidak beroperasi sejak PKP lagi, jika berkenderaan hanya boleh melalui Sg Golok/Rantau Panjang.





Sambil menuju sempadan menyinggah mengabadikan foto di Riverfront  Naratiwat.


Jumaat memasuki sempadan Golok/Rantau Panjang mudah, yang sedikit sesak di imigresen menghala ke Siam. Warga Malaysia mengambil kesempatan cuti Maulidul Rasul Khamis untuk berpusu -pusu ke Siam. Pekedai siam pun macam dah bersedia menerima kehadiran pengunjung Malaysia sempena cuti umum. 



Hujung minggu, Siam sering menjadi tumpuan Mat Motor...




Pagi bersarapan di Rantau Panjang, tengahari makan- makan  di Pantai Penarik Setiu, Trengganu. Premis makan-makan tumbuh bak cendawan semuanya berhias cantik dan meriah disini. Tak boleh lawan pantai Siam berbanding keindahan Pantai Penarik



Sabtu, memetik duku di dusun Marang. Musim buah duku tak termakan.. ..


Hajat  memanjat tak kesampaian, kudrat tak cukup power.. badan berat..bimbang memudaratkan jika dipaksa...



Serahkan ke budak-budak untuk memanjat, kita mengutip saja di bawah.






Ok sudah...Kita balik dulu..

Saturday, September 30, 2023

Jom Chumpon 23-Naratiwat


Warga Malaysia memang suka meronda. Ketika kami di Yala bertemu dengan segerombolan penonggang motorsikal kapchai dan skuter. Mereka memasuki Thailand dari sempadan Pengkalan Hulu/Betong. Ketika di Pak Bara berjumpa juga Mat motor . Di Songkla dan Hatyai tak payah cerita, sentiasa berselisih kenderaan dan bahu. Katalah kami teruskan ronda- ronda sehingga ke sempadan Myanmar di utara Thailand sekalipun, peluang bertemu warga Malaysia adalah sangat cerah.

Biasanya asean, khususnya Thailand menjadi batu loncatan sebelum mengembara lebih jauh lagi. Ada yang meronda dunia secara solo...

Berbanding bandar lain Selatan Thai, Naratiwat sedikit sukar mencari penginapan kerana tidak banyak hotel.. Kebetulan lagi Raja Thai melawat Naratiwat, banyak bilik  telah ditempah.

Mujur Hotel Tanyong mempunyai beberapa bilik kosong. Bertemu dengan beberapa tetamu Malaysia yang sedang mencari penginapan juga.







Malam sesudah selesai urusan hotel, melepak di cafe tepian pantai,  berdekatan dengan Airport Naratiwat, 18km dari penginapan kami.

Berbumbungkan langit, berlampukan bulan purnama, berdendangkan ombak dan hembusan bayu pantai Naratiwat, bersajikan kentang goreng saja kerana  sup keting yang dicari tiada didalam menu ...di sini tiada, ditempat lain tentu ada.






Terserempak dengan pasangan kental Mat Motor dari Masai Johor. Kegemilangan zaman bermotor sudah berlalu bagi penulis, walaupun masih berkeinginan, tapi kudrat tidak mengizinkan..sakit punggung bila terlalu lama duduk di atas motor...Motor berbungkus sesekali dibuka untuk mengubati rindu.. huhu 




Stok pakaian bersih habis dipakai seminggu, ambil kesempatan membersih pakaian di kedai dobi.



Sambil menunggu pakaian dicuci, kita sambung melepak sambil pekena sup. Sup keting tiada juga di warong ini, tapi sup pipi lembu tetap Marvelous...Terangkat beb..





Friday, September 29, 2023

Jom Chumpon 23-Patani




Pekan sempadan tumpuan warga Malaysia adalah Hatyai..Kalau hujung minggu atau cuti umum, sesak bukan kepalang. Mereka yang tiada kekangan masa, pergilah pada hari lain jika tidak mau bersesak..Di imigresen sudah seperti  pasar malam, urusan menjadi sangat lambat.


Awal-awal dulu ketika Ringgit Malaysia kukuh, RM turut diterima di sini.  Tukaran ketika itu RM1:12B, sekarang dah terbalik, Bath Thai lebih mengukuh.. Rm1 cuma dapat 7.5B

Walaupun bermalam di Songkla, kami bersarapan  di Hatyai, tak jauh dalam 30minit pemanduan.



Ramai warga Malaysia di Tamrab Muslim Restaurant. Walaupun banyak lagi tempat bersarapan atau makan- makan, perkongsian  media sosial membawa kami ke sini.





Masjid Songkla...popular dikalangan mereka yang ingin bernikah di Siam.






Perjalanan kami ke Patani,  singgah dulu di Sakom, gerai menjual produk hasil laut maupun jajan lain..harga lebih murah, kacang di sini separuh harga berbanding Hatyai.




Sebelum jam 12 tengahari dah sampai Patani, kawan ada cadang tempat makan baik..Nak singgah, perut masih kenyang, tak singgah,  sayang. Bimbang menyesal, kami singgah dan makan. Premis berada di kawasan paya bakau perkampungan nelayan.




Warga Malaysia suka tempat-tempat makan begini. Kawasan parking bersusun kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia..








Hah ko..Ais satu baldi mini




Walaupun harga makanan sedikit premium, kita  bukannya selalu datang ke Banlay Seafood & Cafe Patani...


Meneruskan pemanduan ke Naratiwat melencong ke Yala. Pengaruh media sosial, orang rumah teringin merasa laksa Yala, dalam keterpaksaan dituruti jua. Mujur jalan di setiap penjuru Thai besar dan cantik.

Sebelum maghrib tiba di Naratiwat...

Jom Chumpon 23-Pantai Samila, Songkla

Pergi Kuala Trengganu, tidak sah jika tidak berkunjung ke Pantai Batu Burok. Tak sah lawatan Songkla jika tidak datang ke Pantai Samila.

Dah alang alang sampai, bergambar di mana-mana replika atau tugu yang terdapat di sana sebagai tanda hadir.





Tugu kucing dan tikus. 

Ramai yang bergambar disini, kita pun turut terikut bergambar...Ada tertulis catatan disebalik cerita tugu..ermm kita tak baca pun.. 



Sahabat sekolah/ Uni/kebun Penang yang tinggal berhampiran dengan sempadan, hanya menggunakan  pas sempadan untuk berulangalik Malaysia/Thai.  Memanfaatkan usia pencen kini turut mengusahakan kebun secara santai. Pantang berpeluang, terus ke seberang kerana jarak kebun dan sempadan kurang dari sejam.

Sambil bersiaran, membeli keperluan harian di Siam kerana harganya lebih murah, cuma kini agak ketat kawalan sempadan.  Hanya barangan dengan kuantiti kecil yang dilepaskan atas budibicara pengawal sempadan. Adakala buahan pun dirampas.



Tugu ikan duyung mercutanda Pantai Samila, berpusu-pusu orangramai bergambar disitu.









Walaupun terdapat jambatan untuk ke seberang tanjung Ko Yu, terdapat juga alternatif feri . Tambang sekadar 20B untuk satu kenderaan termasuk penumpang, tak jauh cuma mengambil masa kurang 10 minit, masa menunggu giliran yang hampir sejam. Ingin merasa punya pasal, tunggulah juga.

Sesudah makan-makan di Songkla, sahabat meneruskan perjalanan ke Satun membawa cucu jalan-jalan..

Kami dah timbang- timbang bermalam saja di Songkla.   Ada dua jam lagi pemanduan ke Patani.

Kita rehat duluu...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK