click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label INFO KESELAMATAN. Show all posts
Showing posts with label INFO KESELAMATAN. Show all posts

Wednesday, April 17, 2019

Tasik Metropolitan Kepong 2019

14hb April 2019, Ahad. 

Kunjungan ulangan jom sihat hari ini di Tasik Metropolitan Kepong lagi. Ambil kesempatan singgah setelah menghantar anak ke Gombak yang bertemujanji berkongsi kenderaan pulang semula ke Kertih. 

Rasanya pemandangan di taman ini bertambah indah berbanding kunjungan terdahulu. Mungkin disebabkan pemandangan melatari tasik terdiri dari bangunan-bangunan baru dan rimbunan hijau pokok-pokok  lanskap yang semakin matang. 

Keseluruhan kebersihan dan kekemasan taman juga bertambah baik.. Cuma di luar pagar pintu  masuk utama masih dicemari sampah sampah.. 


Trek berjogging mengelilingi tasik menjanjikan kepuasan walaupun sekali pusing... 



Cuma penyelenggaran perlu dipertingkatkan... Struktur struktur di taman seperti jambatan kayu yang reput perlu diganti segera untuk keselamatan pengunjung.. 



Fauna ditasik dengan pelbagai spesis ikan boleh menjadi terapi minda yang mendamaikan.. 


Pemandangan yang cantik pastinya tercemar jika pengunjung tidak perihatin dengan kebersihan. Petugas petugas terpaksa melakukan pembersihan demi memelihara keindahan taman. 




Kawasan kawasan rekreasi memang sentiasa menjadi tumpuan dihujung minggu atau hari kelepasan am..

Taman Metropolitan Kepong akan sentiasa menggamit untuk kunjungan akan datang. Syabas DBKL

Saturday, April 21, 2012

Ronda-ronda 1Malaysia-Trailer tercabut

Gambar ini dirakam sewaktu menuruni Cameron Highland ke Tapah baru-baru ni...


Memang cukup berbahaya...jalan yang lengang biasanya membuatkan pemandu mudah leka...mulalah melayan kepala otak...fikir sana fikir sini, teringat sana, terkenang sini..angan-angan menerjah lagi... bla bla..tumpuan pemanduan semakin kurang...Bila  situasi begini tetiba muncul didepan mata baru tergamam dan panik...berdebooM...!


Jarang berlaku kemalangan yang melibatkan kematian di jalanraya yang sesak teruk...setakat ringan-ringan tu biasalah....Tapi  sausana lengang seperti diatas ditambah pulak lokasi berselekoh, kemalangan sebegini memang mudah mengundang maut..


Kita mengharapkan tuanpunya kenderaan rosak lebih perihatin akan keselamatan pengguna jalanraya yang lain..kalau kon keselamatan kurang/tiada letaklah sesuatu objek yang dapat memaklumkan pengguna jalanraya akan situasi bahaya begini, ditempat yang mudah dilihat...

Keselamatan di jalanraya adalah tanggungjawab bersama...

Tuesday, October 25, 2011

Periksa tayar kenderaan anda...!


Nampak tak kereta terbabas diseberang longkang tu..?


Sekarang ni boleh dikatakan sebelah petang je hujan...jadi waspadalah semasa di jalanraya. Kita berhati-hati orang lain pulak cuai, bila berlaku kemalangan sama-sama rasa. Pemandangan kenderaan terbabas seperti diatas mungkin pemandangan biasa dimusim hujan begini. Selagi boleh, harap-harap bukan disebabkan kecuaian kita. Kalau dah terbaik kita lakukan tapi masih berlaku juga perkara tak diingini, pasrah sajalah, adalah hikmah disebalik kejadian yang menimpa.

Pasal tayar kita mesti tak berkompromi . Lebih-lebih lagi musim hujan sekarang..Kalau duit di poket belum mengizinkan simpan saja kenderaan itu daripada mengambil risiko membawanya..Aku dah kena wei. Bila tayar menipis mudah saja pecah bila terkena objek dijalanan..batu kerikil pun cukuplah..Oleh itu bila tanda tukar tayar mula kelihatan  jangan bertangguh. Tukarlah segera..Kalau tak..Baik-baik nak jimat, lagi banyak duit melayang. Aku punya tayar motor dulu takdalah botak sangat, sebelum tu dah juga rujuk kat geng motor lain..

"Aku nak ride jauh ni, agak-agak ok tak tayar aku ni..?"

"eigh ok lagi tu...!"

Kebetulan  duit di poket agak nipis, jadi bertangguhlah..ha ha..Masa tiba pekan di Kuala Lipis ..pamm..!! tayar suda pecah beb..ride sorang-sorang nak ke Besut sekolah anak aku..Bayangkan kalau berlaku ditengah-tengah hutan antara Kuala Lipis dan Gua Musang..tak ke hiba...atau semasa bawak laju dilebuhraya..pergh serik aku...panggil lori angkut bawak KL terbang RM500...Dah tu aku terpaksa pulak naik bas . Nak tumpang lori, driver kata malam hari baru sampai.  terpaksalah  tinggal motor disana sementara tunggu lori datang mengambil...main percaya beri kunci motor kat tauke gerai untuk serah kat driver lori..

Memang tak berbaloi bertangguh...! hu hu..

Wednesday, September 14, 2011

Robot dan Manusia...

Aku keliru..kerapkali juga aku baca di akhbar seperti di ruangan soal jawab CBT sisipan News Strait Times hari Ahad dan akhbar lain juga, kalau menonggang motorsikal berkapasiti lebih 500cc ke atas ada sedikit kelonggaran untuk menggunakan laluan utama berkongsi dengan kenderaan empat roda lain walaupun lorong motorsikal disediakan. Hah..tapi apa yang terjadi, aku sudah kena saman daa semasa menggunakan laluan utama GCE baru-baru ni ..Selalu mereka buat sekatan jalanraya selepas  Tol Plaza Bukit Jelutong . Nak berhujah pun tak guna..Polis tu dah minta IC serta lesen seterusnya hulur kertas saman untuk ditandatangani..terima sajalah saman tu...Dulu masa aku guna skuter 200cc aku takdalah kesah sangat , tapi kali ni aku naik motor 1000cc ..! pun kena juga..

Ini pandangan peribadi aku ok mungkin anda bersetuju dan sebaliknya.. biasalah kita kan manusia biasa, mesti ada pertentangan pendapat...

Abang-abang polis sepatutnya menggunakan pertimbangan semasa mengeluarkan saman ..yea betul,  undang undang adalah undang-undang, tapi pada aku undang-undang tu masih boleh dilaksanakan atas budi bicara.. Anda tak sepatutnya bertindak seperti robot..Anda ada akal fikiran. Berpadalah untuk memaksa motor besar menggunakan laluan motor yang lebarnya tak lebih dari 3 meter..dahlah tu ..banyak selekoh maut pulak..bukan ke lagi membahayakan diri..

Lagi amat tidak wajar larangan itu dilaksanakan di GCE yang ketika ini laluan utama amat lengang dan jauh lebih selamat berbanding laluan motor yang disediakan. Kalau di Lebuhraya Persekutuan aku amat faham...di sini aku pun tak nak lalu dan dengan penuh rela akan menggunakan laluan motor sebab lebih selamat berbanding laluan utama., disamping tak maulah aku berebut-rebut ruang sempit dengan pengguna kenderaan empat roda lain...Kita bukannya nak guna jalan main redah saja, mana yang lebih bermanfaat dan lebih selamat, kita pilihlah...

Aku nak beri  contoh lagi..penguasa kekadang perlu menggunakan akal budi untuk melaksanakan arahan tugas. Penyediaan lampu isyarat...bukan kah tujuannya untuk menyuraikan trafik demi keselamatan pengguna..? Kalau dah jam 3 pagi dan trafik pun lengang...adakah wajar kita disaman sekiranya melanggar lampu isyarat tersebut...? Insan robot akan memberi jawaban YA.

Kembali kepada isu penggunaan laluan motor..untuk apakah laluan motor disediakan..? Untuk keselamatan juga bukan..? kalau  laluan utama lebih selamat sepatutnya pertimbangan ini yang diguna pakai oleh pihak penguasa...dan kenapa perlu disaman..?

Korang dapat bayangkan bagaimana abang-abang Kawasaki GTR1400, Honda Goldwing 1800 atau Harley Davidson Electra Glide 1700 dipaksa menggunakan lorong kecik motor ...he he..menggeletar satu badan nak kawal motor beb..  .Ya ampunn.. motor berat..! ha ha...terpaksa juga aku ketawa walaupun duit melayang sebanyak RM300 gara-gara kena saman.. Tak patut betoll..!

Friday, November 19, 2010

AWAS JERANGKAP SAMAR 4

Berikut adalah tambahan kepada info Jerangkap samar1, Jerangkap samar 2 dan Jerangkap samar 3

MOTOR KECIL JOIN MOTOR BESAR DAN SEBALIKNYA

Memang bahaya sebab si kecil akan memerah motor ke limit maksima dalam apa jua keadaan dengan harapan tidak tersisih dibelakang..Yang pasti motor tidak mampu menggalas cabaran..Silap percaturan terperosok dalam semak..

Motor besar join motor kecil pun bahaya..kena pula ada rider kecil suka mengacah si besar. Dek kerana tak tahan acahan, mula le yang besar beraksi diluar kemampuan diri. Ego punya pasal..

TAYAR BOTAK

Yang ini jangan main-main.. Apabila tanda tukar tayar sudah kelihatan jangan bertangguh, jika tidak anda akan membayar dengan harga yang jauh lebih mahal..Pomen bergerak memang sentiasa bersedia, tapi dengan harga sembelih..Kalau motor besar pulak bersedialah dengan kos tambahan transport untuk mengangkut motor anda..Bukannya murah..

Tapi harga ini adalah 'nothing' kalau nak dibandingkan dengan nyawa yang dipertaruhkan..Pergh aku tak dapat bayangkan kalau tayar motor tiba-tiba pecah semasa sedang memecut..Memang tidak berbaloi.. Berjimat tak kena tempat..

KENDERAAN MEMASUKI SIMPANG

Jaga-jaga bila anda menggunakan lorong kiri. Kenderaan berhenti dihadapan anda mungkin sedang memberi laluan kenderaan arah bertentangan untuk memasuki simpang. Kenderaan membelok anda pun terjah..Minggu lepas seorang geng riders maut di Kemaman dalam situasi ini.

Sunday, November 7, 2010

AWAS ..! JERANGKAP SAMAR 3

MENGANTUK

Ada orang cakap kalau mengantuk, tingkatkan kelajuan atau menjerit atau lakukan apa saja aktiviti supaya mengantuk itu hilang..Tetapi pada pendapat aku semua itu kurang berkesan..Ubat mengantuk yang paling mujarab adalah TIDUR..Benar, berehatlah sebentar barang 15 minit dan cuba lelapkan mata, nescaya anda akan segar sesudah itu.

Menunggang dalam keadaan mengantuk umpama merelakan diri masuk ke kandang harimau lapar..

KENDERAAN ROSAK

Kenderaan rosak di lorong kecemasan mengundang bahaya. Keghairahan serta kealpaan menunggang dengan memintas ke kanan kemudian ke kiri, balik semula ke kanan memang sengaja menempah maut apabila bertembong dengan situasi ini..,apatah lagi di waktu malam.

SELEKOH SEDAP

Apabila melalui selekoh tajam selalunya pengguna akan memperlahankan kenderaan dan lagi tajam selekoh lagi berhati-hati pengguna jalanraya..Tetapi melalui selekoh sedap ramai yang mengambil peluang mempamerkan aksi..berapa ramai yang terbabas semasa melayan selekoh sedap ini..Kehadiran tumpahan minyak dan pasir sangat membahayakan penunggang..

MENGEKORI RAPAT KENDERAAN

Situasi ini bukan jerangkap samar tetapi perangkap terang..Aku perhatikan ada mat-mat motor suka melakukan aksi ini padahal ianya sangat merbahaya. Mengekori kenderaan besar dengan rapat dengan harapan dapat berlindung dari terjahan angin kuat sewaktu menunggang motor adalah tindakan sangat kurang bijak. Aku yakin pemandu dihadapan tidak menyedari kehadiran mereka ini..Penunggang ini seolah-olah boleh membaca isi pemikiran pemandu kenderaan dihadapan. Apa jadi sekiranya pemandu dihadapan membrek secara tiba-tiba..? Tidak perlu aku ulas,pembaca tahu sendiri jawapannya..

Wednesday, November 3, 2010

AWAS ..! JERANGKAP SAMAR 2

KENDERAAN BERAT

AWAS..! Sentiasa berwaspada apabila terdapat kenderaan mengekori kenderaan berat lain. Kenderaan ini seumpama tentera musuh yang akan membuat serang hendap tanpa diduga. Mereka akan tiba-tiba menukar arah untuk memintas kenderaan berat dihadapan..Kemalangan maut melibatkan peserta konvoi Robert Lim pada 29hb Oktober lepas di Terowong Manora Ipoh berpunca dari serang hendap ini..Kejadian sama hampir terjadi pada aku pada 9hb Okt 2010 di Lebuhraya Plus arah selatan berdekatan Kawasan Rehat Pagoh..


BINATANG MELINTAS

Kejadian yang menimpa aku pada Mei 2010 berpunca dari ini. Aku terkejut lalu secara spontan menyentap brek dan.. tersungkur bersama skuter aku. Mujur kecederaan tidak serius..Kucing yang entah datang dari mana tiba-tiba berlari melintas depan aku..Berapa banyak lagi peristiwa kemalangan melibatkan binatang melintas jalan..

BONGGOL JALAN

Whepan, Whekang dan Tersembam jawabnya kalau tidak sempat memperlahankan kenderaan. Kemalangan sering terjadi apabila bonggol baru saja siap dibina dan belum bercat lagi..kebiasaan bonggol tiada..tiba-tiba dibina ..Jadi jangan ambil mudah sebarang kemungkinan walaupun jalan itu sering kita lalui.

GARISAN JALAN YANG DIPADAM

Amat berbahaya diwaktu jalan basah kerana kedudukan garisan yang dipadam ini kebiasaannya berada dilaluan utama. Lagi merbahaya sekiranya berada di selekoh..,tayar mudah tergelincir kerana permukaan garisan yang licin..

Tuesday, November 2, 2010

AWAS...! JERANGKAP SAMAR 1

Kepada riders semua..Aku cuba senaraikan jerangkap-jerangkap samar yang pada pandangan aku patut dikongsi bersama. Komen-komen dan input tambahan riders amat dialu-alukan untuk peringatan bersama..

JALAN BERLUBANG

Antara penyebab utama kemalangan motorsikal. Sangat berbahaya apabila terlindung oleh kenderaan lain lebih-lebih lagi diwaktu malam..Kalaupun mungkin terselamat dari terjatuh, rim anda mungkin bengkok bila terlanggar lubang ini..

BONGKAH KAYU, SERPIHAN TAYAR

Sering kali bongkah kayu terjatuh dari lori kargo..
Jerangkap samar ini sering menunggu mangsa siang atau malam selagi tiada siapa mengalihkan rintangan ini. Kejadian penunggang motorsikal wanita Ducati yang maut di Lebuhraya Plus sebelah utara dipercayai terlanggar bongkah kayu ini pada kelajuan tinggi.

SIMPANG

Berapa ramai penunggang motorsikal yang rebah disini..? Terlalu ramai..Simpang-simpang di jalan kampung lebih-lebih lagi, adalah perangkap maut..Kenderaan keluar masuk simpang tanpa memberi apa-apa isyarat..Almaklumlah jalan kampong yang kebiasaannya adalah lengang..

LAMPU ISYARAT HIJAU

Yea lampu isyarat hijau..,betul betul jerangkap samar.. Laluan anda kosong ..tetapi jarak anda masih jauh dari lampu isyarat.. Anda semakin ghairah untuk melepasi lampu isyarat..tetapi lampu bertukar menjadi kuning dan merah sebelum sempat anda melepasi lampu isyarat ini..Kebiasaannya pengguna akan menambahkan lagi kelajuan..,tanpa menyedari risiko kenderaan disimpang yang lain juga sedang menekan pedal minyak melintasi simpang..Kejadian aku di Kertih dalam situasi ini membuatkan aku fobia bila ternampak lampu isyarat hijau..

Sunday, October 31, 2010

AWAS JERANGKAP SAMAR 2

KENDERAAN BERAT

AWAS..! Sentiasa berwaspada apabila terdapat kenderaan mengekori kenderaan berat lain. Kenderaan ini seumpama tentera musuh yang akan membuat serang hendap tanpa diduga. Mereka akan tiba-tiba menukar arah untuk memintas kenderaan berat dihadapan..Kemalangan maut melibatkan peserta konvoi Robert Lim pada 29hb Oktober lepas di Terowong Manora Ipoh berpunca dari serang hendap ini..Kejadian sama hampir terjadi pada aku pada 9hb Okt 2010 di Lebuhraya Plus arah selatan berdekatan Kawasan Rehat Pagoh..


BINATANG MELINTAS

Kejadian yang menimpa aku pada Mei 2010 berpunca dari ini. Aku terkejut lalu secara spontan menyentap brek dan.. tersungkur bersama skuter aku. Mujur kecederaan tidak serius..Kucing yang entah datang dari mana tiba-tiba berlari melintas depan aku..Berapa banyak lagi peristiwa kemalangan melibatkan binatang melintas jalan..

BONGGOL JALAN

Whepan, Whekang dan Tersembam jawabnya kalau tidak sempat memperlahankan kenderaan. Kemalangan sering terjadi apabila bonggol baru saja siap dibina dan belum bercat lagi..kebiasaan bonggol tiada..tiba-tiba dibina ..Jadi jangan ambil mudah sebarang kemungkinan walaupun jalan itu sering kita lalui.

GARISAN JALAN YANG DIPADAM

Amat berbahaya diwaktu jalan basah kerana kedudukan garisan yang dipadam ini kebiasaannya berada dilaluan utama. Lagi merbahaya sekiranya berada di selekoh..,tayar mudah tergelincir kerana permukaan garisan yang licin..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK