Hah setelah sekian lama memasang azam menanam pokok di pinggiran jalan hadapan rumah akhirnya harini ditahun 2026 misi terlaksana. Bermula memecah laluan berkonkrit pada dipertengahan tahun 2025 menggunakan pahat dan tukul, sikit demi sedikit lubang bersaiz 2'x2' siap dipecahkan.
Friday, January 16, 2026
Pokok Pinggir Jalan...
Hah setelah sekian lama memasang azam menanam pokok di pinggiran jalan hadapan rumah akhirnya harini ditahun 2026 misi terlaksana. Bermula memecah laluan berkonkrit pada dipertengahan tahun 2025 menggunakan pahat dan tukul, sikit demi sedikit lubang bersaiz 2'x2' siap dipecahkan.
Wednesday, January 14, 2026
Eropah dan Sabah 2026
Monday, January 12, 2026
Mangga..
Alhamdulillah tahun ini dapat merasa hasil buahan keliling rumah... Pokok mangga setelah sekian lama lawas, puncanya mungkin merajuk bila dahan dicantas supaya lebih rendang.. tak mahu berbuah, asyik bertunas daun saja, tersangat rimbun. Tahun ini tak perasan rupanya belajar berbuah semula..tersedar bila beberapa biji buah tua gugur kesan kena digigit binatang, mendongak mencari rupanya ada 5 biji yang sedang menunggu masa matang. 5 biji ini terselamat kerana kerengga bersarang di buah- buah itu.
Buah rambutan dan jambu bol pun sama, 2 tahun kebelakangan langsung tak merasa walau sebiji, berebut dengan tupai ataupun musang..kalini kerengga jadi pengawal, dapatlah merasa.
Tak sangka sebelum ini pokok buahan tersebut memang berbuah lebat dan kerengga pun banyak, kita yang tak tau manfaat kehadiran kerengga pergi musnahkan sarang- sarang kerengga, bila kerengga tiada, seronok tupai membedal hasil buahan..




