click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label Diari bikers. Show all posts
Showing posts with label Diari bikers. Show all posts

Thursday, September 3, 2026

Lalamove Kembara...

Tiada rotan akar pun berguna, kecil kecil cili padi. 

Kembara kebun beraksi lagi, kalini mengangkut motor. 

Motor modenas dibeli dari pemilik bengkel motor Rm480. Kelasakan Modenas generasi ni memang tidak diragukan, kita yang juga memiliki sebuah lagi motor ini sangat yakin dengan ketahanannya, biarpun berminggu tidak digunakan tiada masalah untuk menghidupkan enjin.

Mencari motor murah bawah Rm500 biarpun tanpa geran untuk digunakan pekerja supaya lebih berdikari, mencari keperluan diri seperti ke kedai, menghantar pakaian ke dobi dll.

Kita jaga budak budak kita supaya mereka betah ditempat kita mencari rezeki..



 Padu...

Saturday, May 30, 2026

Honda Beat..

Kalau boleh berjimat kenapa perlu membazir. 

Kita memang sedang mencari motor kecil biar senang bergerak dalam  taman, anak pula dah tak guna skuter ini, jadi kita belilah dengan harga kasih sayang.. Setakat mencari sepeket minyak masak atau pergi surau atau cari kudapan petang tak payahlah keluarkan kereta..cepat dan jimat..



Enjin bersesaran kecik  mengerang ketika mendaki bukit, jadi kurang selesa untuk perjalanan jauh.

Honda Beat 110cc sangat sesuai untuk penggunaan ringan dalam taman.


 
Minyak tersangat jimat, isi RM5 dah penuh tangki..Tonggangan Wangsa Maju-Antara Gapi Serendah minyak tak turun pun setakuk. 



Melalui Jalan Pintas Rawang. Di lokasi ini  viral terdapat besi terjongket, kini dalam proses penggantian. Sambungan antara 2 jambatan adalah komponen utama dalam pembinaan jambatan untuk membenarkan pengembangan dan penguncupan struktur.


Saiz motor cukup-cukup  memasuki gate mini. 

Gate auto utama tidak terbeban setiap kali ingin keluar masuk. Jangka hayat motor dan switch board boleh dilanjutkan.

Minyak dah lah mahal bercatu pula, dengan adanya motor kecik serba serbi jimat.


 

Sunday, February 4, 2024

Lampu Depan Belakang Motor..


Ok, not bad. Gara-gara kenderaan basahan Kancil kerap tersadai sebab susah nak start, manakala Kembara Kebun masih lagi dibengkel, pilihan lain adalah motor. Nak guna kenderaan famili lain tak selesa dengan saiz, susah nak menyelit dan parking...

Beli lampu depan dan belakang boleh recaj basikal harga bawah RM15 termasuk post. Untuk penggunaan ringan sudah sangat memadai.

Motor kebun sejak dari awal diubah suai memang tiada lampu depan belakang. Walaupun sudah tidak digunakan dikebun sejak ada 4wd Kembara, keadaannya kekal begitu, penggunaan pun terhad untuk ke surau/masjid berdekatan memandangkan rupa fizikal tersangat menjolok mata tanpa lampu depan belakang, ia lebih untuk offroad selain tiada cukai jalan. Tak pasal-pasal kena tahan dengan abang polis.






 




Apabila lampu depan belakang dah dipasang, pengguna jalan lain akan lebih peka kehadirannya jadi bolehlah diluaskan penggunaan, curi-curi  ke destinasi berdekatan seperti kedai runcit, ngopi-ngopi dengan rakan. 

Rotan tiada akar pun berguna, 

Monday, November 2, 2020

Berbasikal di Tasik Cyberjaya

Bila nikmat kebebasan ditarik balik inilah jadinya. Banyak aktiviti tersekat. Pusing-pusing mengulangi perkara  sama. Melainkan perlu, ingin keluar daerah maupun  negeri pun tak boleh inikan pula ingin ke luar negara.







Sepanjang Lembah Klang pkpb ini hampir saban hari menatap Utube melihat perkongsian pengembara- pengembara berbasikal, bermotoran maupun  berkenderaan empat roda meronda merata tempat. Semuanya sangat memberi inspirasi.




Dulu terbit juga keinginan untuk mengembara berbasikal paling kurang ke negara negara berjiran...Hasrat itu terbantut kerana tiada kesanggupan setelah mencuba dulu didalam negara. 

Fizikal dan mental perlu kental untuk mengharungi cabaran. Terjauh pernah penulis berkayuh ialah sejauh 150km. Rasa nak humban basikal sebab mental dan fizikal sudah koyak. Tak sanggup berpanasan dengan kudrat yang semakin longlai...

Tabik spring untuk pengembara yang sanggup meredah pelbagai rintangan berbasikal merata ceruk didunia.

Jika masih berpeluang, rasanya masih berkeinginan bermotor ke tempat-tempat orang. Melihat perkongsian pengembara mengelilingi dunia dengan berkapchai membuakkan semangat untuk meronda bermotoran. 

Setelah merasai sendiri bermotor berkapasati kecil mengelilingi Sumatera dan Pulau Jawa maupun motor berkapasiti besar meronda pelosok negara asean Thai Laos Kemboja, penulis  merasakan motor bersesaran kecil lebih memberi kelebihan.

Melihat perkongsian pengembara, penulis dapat menyelami apa yang dirasa. Dengan kudrat fizikal dan mental yang semakin menurun, motor berkapasiti besar lebih membebankan untuk dikendalikan. 

Menyedari hakikat usia dan kudrat sudah tidak menyebelahi, pilihan terbaik kini adalah  meronda dengan kenderaan empat roda..Berbanding berbasikalan maupun  bermotoran,  berkenderaan empat roda orang rumah boleh turut serta. Syok melihat pengembara berkaravan menikmati pemandangan negara orang. 

Tapi itulah entah bila boleh menikmati kebebasan seperti dulu , kini hanya mampu untuk berangan sajalah...





Wednesday, January 23, 2013

Jom Ayuthaya--Yeha Bangkok 14hb Dec 2012...

Aku sambung semula cerita Kembara Ayatuhaya yang terputus ditengah jalan....

Walaupun tajuk kembara adalah Kembara Ayuthaya, tapi matlamat utama adalah ke Bangkok. Selama ini ramai yang menyarankan supaya menghindari Kota Bangkok kerana kesesakan yang teruk selain kekhuatiran tersesat semasa berkenderaan di kota yang dihuni lebih 8 juta penduduk. . Aku ingin merasai sendiri pengalaman itu.


                            

                                          
Antara candi yang terdapat di Ayuthaya, Thailand...

                                             Candi di Muara Takus, Sumatera...

Sebelum memasuki Kota Bangkok kami singgah dulu di  Ayuthaya City. Kota lama yang diwartakan sebagai tapak warisan dunia Unesco  berkedudukan  70km dari Bangkok. Aku teruja melihat tinggalan kota lama melalui ciri binaan yang mungkin mempunyai pertalian  rapat dengan candi-candi lain di Nusantara. Ternyata rupabentuk binaan tidak jauh berbeza dengan candi yang pernah aku lawati di Muara Sungai Takus Sumatera. Melalui foto-foto, binaan juga tidak jauh berbeza dengan candi Borrobodur di Pulau Jawa Indonesia atau Angkor Wat di Kemboja atau candi Batu Pahat di Lembah Bujang, Kedah Malaysia...

Ekspidisi bermotor pada cuti tahun baru cina 1-16 Febuari 2013 ke Angkor Wat  Kemboja sesungguhnya amat aku nanti-nantikan..Owh hanya tinggal beberapa hari saja lagi...

Lawatan ke Ayatuhaya juga tidak lama kerana hari telah beransur gelap. Kegusaran memasuki Kota Bangkok memaksa kami memendekkan lawatan...

Daripada Ayatuya kami menggunakan lebuhraya bertol untuk ke pusat bandar Bangkok. Oleh kerana masing-masing memiliki GPS Garmin, kami berkeputusan untuk tidak berkonvoi dalam perjalanan ke Kota Bangkok sebaliknya bertemu saja di lokasi yang telah diset bersama sebelum memulakan perjalanan. Cara ini lebih mudah. Kekhuatiran menempuh kesesakan akan menyukarkan pergerakan bersama. Tidak mengapa, Walkie talkie ada. Sekiranya berjarak kurang 5km, kami masih boleh berhubung sesama sendiri...

Perjalanan dimalam hari ternyata lancar bila  kenderaan kurang. Argh ternyata gambaran yang diwar-warkan selama ini tidaklah seburuk yang disangka. Berpandukan GPS mudah saja kami menelusuri Kota Bangkok dan mencari penginapan. Untuk memudahkan lawatan di Bangkok kami  mencari lokasi penginapan berhampiran dengan stesen MRT. Pergerakan di Kota Bangkok kelak hanya dengan menaiki MRT , Skytrain dan bermudik sampan di Sungai Chao Phrya.

Setelah bertemu semula dilokasi yang telah diset bersama, kami berpendapat elok saja letakkan kereta di pusat membeli belah dan tinggalkan keluarga disana sementara kami meronda-ronda berjalan kaki mencari tempat penginapan. Cara ini lebih mudah berbanding mencari dengan  menaiki kenderaan di lokasi yang amat asing bagi kita orang luar. Malam hujung minggu memang sukar memperolehi tempat penginapan berkos murah atau sederhana. Kebanyakan hotel bernilai 1000 baht kebawah semalaman penuh dengan pengunjung.Setelah puas mencari, dapat hotel penginapan 2200 baht semalaman. Ok tiada masalah.

Mengandaikan kesukaran mendapatkan makanan halal setibanya di Bangkok..kami  makan petang dan membawa sedikit bekalan di gerai muslim tepi lebuhraya Nakon Sawan. Ternyata tindakan kami tepat..Selesai check in dihotel jam sudah menunjukkan pukul 11 malam...Ingin mencari kedai halal dilewat malam pastinya suatu yang teramat sukar...Makan..makan terus saja tidur...


Friday, December 21, 2012

Koh Lanta-Terkenang suatu masa dulu...

Bila membelek album lama, segera kenangan lama menggamit memori....pengalaman indah untuk dikongsi bersama...

Gambar-gambar kenangan semasa pertama kali berkonvoi ke negara jiran...Ketua konvoi kami ketika itu Sdr Sham telah kembali ke rahmatullah..Al fatehah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan orang beriman...

Sunday, December 2, 2012

Sembang Hujung Minggu--Jom ronda-ronda...


 
Sahabat biker yang aku kenali di alam maya...Pergh ..hati wanita mana tak cair dengan lerekan mata Cikgu Mat...ha ha..


Perghh Abe mat sudah tayang pada wa..dia pergi Laos naik kapchai dengan isteri beliau Cikgu Zimah...Wa ada sedikit terkilan dia hanya memberitahu melalui FB..kalau dia hello awal teringin juga wa ikut serta..hati wa sedikit kecik untuk ronda sorang-sorang.. lagipun wa fikir elok bergerak berjemaah, paling tidak ada teman berkongsi masalah...lainlah kalau terpaksa...Macam Abe Mat dia berkelebihan..Pasangan beliau berkongsi minat yang sama..takda masalah duduk berjam atas motor...Tapi kalau berteman cara mana nak pergi wa tak kesah....kapchai pun kapchailah janji sampai. Nak naik basikal pun boleh...lama niat terpendam ke sana tapi belum kesampaian. Dulu bersama geng vespa hanya sampai ke sepadan Laos dan Cambodia saja..kali ini teringin meronda-ronda di Laos atau Vietnam atau Cambodia itu sendiri dengan cara sempoi begini...sampai hati Cikgu Mat tak bagitau wa...Mungkin dia nak ronda-ronda dengan pasangannya saja..ok-ok wa tak mau kacau ...Pengalaman kembara beliau boleh dikongsi DISINI

Lagi bersemangat bila tengok sepasang Mat Salleh berbasikal  di Jalan Batu Pahat ke Muar minggu baru nih....entah  berapa negara sudah dijelajahi..cukup sempoi...wa berhenti dan abadikan gambar mereka sebagai pencetus semangat sambil tunjukkan isyarat bagus kepada mereka...Orang lain terus mengorak langkah..,sedangkan wa hanya mampu menulis  menyatakan hasrat berbasikal tapi belum tertunai...siapa lah yea yang sudi menemankan wa..huhu...

Friday, November 16, 2012

Lagi cerita pasal 1MBW...

Biker Diraja, DYMM Sultan Johor mencemar duli melepaskan konvoi bermula dari Hotel The Zon Johor Baharu. Dikhabarkan Tuanku akan menyertai konvoi juga tahun hadapan. Mungkinkah konvoi akan menggabungkan Kembara Mahkota Johor..? Tunggu dan lihat..Aku berpendapat elok dihadkan jumlah penyertaan. Sekiranya Tuanku turut serta pastinya melibatkan kontinjen yang besar terdiri dari pegawai-pegawai istana, wakil-wakil istana negeri yang dilawati, wakil-wakil kerajaan negeri dsb. jika jumlah penyertaan bikers  tidak dikawal aku tidak dapat bayangkan betapa lamanya pengguna jalanraya lain terpaksa menunggu untuk memberi laluan kepada para peserta konvoi 

Polis peneraju ini akan berada 10km dihadapan konvoi utama untuk membuka jalan...diikuti dengan polis sokongan lain dan marshal mengawal trafik dari arah bertentangan dan disimpang-simpang. Sekurang-kurang nya 5km dihadapan telah dipastikan kenderaan awam berhenti untuk memberi lalan kepada konvoi utama di jalan terlibat..Difahamkan team ini turut berpengalaman mengendalikan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi...oowhh, patut pun aku tengok mereka begitu cekap mengawal aliran trafik..

Konvoi kali ini cukup istimewa kerana disertai oleh dua OKU. Daripada dua insan istimewa itu aku berpendapat En Azhar yang bisu dan pekak paling menakjubkan aku . Aku takjub dengan kebolehan beliau berada ditengah-tengah riders normal dan dengan cekap memahami  setiap arahan konvoi dalam sausana  sunyi sepi. Beliau menonggang Versys 650, manakala seorang lagi menggunakan satu kaki palsu   menonggang kawasaki GTR1400...

Jangan terkejut walaupun cacat pendengaran sesetengah bikers pekak turut menukar ekzos standard kepada ekzos aftermarket untuk bunyi lagi mengancam..he he taktaulah bagaimana mereka menghayati bunyi mengancam itu dalam sausana sunyi sepi..barangkali gegaran ekzos sudah cukup untuk membezakan bunyi dihasilkan ekzos standard dan ekzos aftermarket. ho ho hebat-hebat..! 



 Beliau yang sudah berkahwin dengan pasangan yang turut mengalami kecacatan yang sama dikurniakan 4 orang anak normal. Berkerja di Jabatan Kemajuan Masyarakat di Serendah Selangor.....lihatlah bagaimana beliau berinteraksi dengan insan lain menggunakan teknologi terkini...

 Hehe adik-adik sekolah turut berbaris menunggu peserta konvoi, setiap kali diadakan pogram setempat bersama mereka...di Melaka mereka tunggu seawal 7 pagi..konvoi tiba 3 petang..!..apa nak buat dik konvoi jalan slow...!


 Lagi lambat jika ada kemalangan atau kerosakan pada motorsikal peserta....


Paling kurang 45 minit diperlukan untu mengisi minyak para peserta seramai 400 orang lebih...Walaupun aku tidak berada di kelompok tersebut, aku dapat bayangkan keperitan mereka menanti giliran ditengah-tengah terik mentari..hu hu...Sudahlah sepanjang konvoi  dilaluan jalan persekutuan dan negeri  konvoi bergerak dengan kelajuan 60-90km/jam ..bila tiba di stesen minyak terpaksa berbaris panjang...hangin beb...

"Mana air..! mana  air...!"

"Apasal takda orang kawal trafik di stesen minyak grrr..panas nih...!"

Ha ha..Nak salahkan para seketariatlah tu...

Barisan seketariat sempat bergambar menantikan konvoi tiba...Beberapa kenalan rapat aku menyuarakan hasrat untuk berada diunit seketariat ditahun hadapan...he he semangat nampak brader...Tempat wa kosong, wa ingat malaslah nak join lagi tahun depan...!. wa  teringin menjelajah naik basikal pulak...Ahli seketariat En Shahril dua dari kanan telah memberi inspirasi pada wa...beliau pergi menyaksikan sukan Olimpik Athen Greece 2004 dengan menaiki basikal secara solo...! Pergh...itu yang sedang wa fikir-fikirkan , kalaupun tak dapat pergi sejauh dia, dapat menyeberang ke negara-negara jiran pun kira satu pencapaian..

Ramai geng berbasikal telah menjelajah dunia, takkan  mat-mat motor asyik main motor keliling taman sini saja ..Apa barang bro...! ha ha..


Monday, November 12, 2012

Konvoi 1MBW-Overview...


He he gambar wa turut terpapar didada akhbar..tiga dari kiri barisan depan....BOS Rosli Kadir kiri sekali, Ar Mastor, wa, Pak Usop (klon Johan Jaafar-jgn tak tau ramai yang terkeliru menyangkakan PakUsop adalah Johan Jaafar hatta dikalangan anggota media prima sendiri..!), Dr Ikhwan, Azman JO sm Khaidir...

6H5M keseluruhan hari terlibat dalam menjayakan konvoi 1MBW. Bermula di Johor Bahru pada 6hb Nov dan berakhir pada 11 Nov 2012 di Putrajaya. Pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor. Rekod baru tercipta dalam Malaysian Book Of Record sebagai konvoi teramai iaitu sebanyak 438 buah motorsikal tidak termasuk kenderaan sokongan lain. Berbanding peserta konvoi lain yang mengikuti pergerakan konvoi utama,  aku berada dalam konvoi seketariat  dibahagian logistik,  bergerak berasingan dari konvoi utama memastikan pergerakan peserta  bergerak lancar semasa mengisi minyak di stesen minyak terpilih.. Oleh kerana pergerakan kami berbeza dengan konvoi utama, kami berpeluang menyaksikan sendiri bermula dari bahagian ekor sehinggalah ke bahagian kepala konvoi yang diterajui seorang anggota polis peneraju 10km dihadapan konvoi utama.

Mohon kemaafan kepada pengguna jalanraya lain kerana pergerakan anda terhalang setiap kali konvoi melalui jalan terlibat..Mengikut pengamatan aku tidak kurang 15-20km panjang konvoi utama saja..Dan mereka diarahkan berhenti  oleh anggota polis peneraju dan marshal 5-10 km dihadapan sebelum konvoi utama tiba ..Jadi dapat anda bayangkan betapa lamanya pengguna jalan raya lain terpaksa menunggu sebelum memulakan perjalanan semula...Harap-harap tiada kes kecemasan seperti wanita ingin bersalin atau kes-kes kecemasan lain  yang dihantar dengan kenderaan biasa  sepanjang tempoh menunggu tersebut...

Perjalanan terjauh adalah pada hari pertama sepanjang 540km dari JB ke Kuantan Pahang melalui Merlimau, Melaka dan Bahau Negeri Sembilan sebelum menuju Muadzam Shah di Pahang dan terus ke Kuantan. Secara keseluruhan keadaan cuaca adalah baik. Konvoi direnjis air hujan pada hari ke 4 dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik dan disimbahi hujan setibanya di Ijok membawa ke Kuala Lumpur pada hari ke 5 konvoi...Secara amnya pergerakan konvoi adalah lancar hanya sedikit dicemari insiden kemalangan ahli seketeriat di Grik bilamana berlanggar dengan kenderaan awam yang tetiba keluar dari simpang dan kemalangan yang melibatkan  seorang anggota polis peneraju  di Lekir Perak. berlangar dengan lori ais yang terus menerjah walaupun diarahkan berhenti..Walaupun motorsikal anggota polis mengalami kerosakan teruk dan sedikit kerosakan pada motorsikal ahli seketariat, namun anggota polis dan ahli seketariat tidak mengalami kecederaan.

Secara peribadi aku tabik kepada pihak penganjur kerana berjaya menjayakan konvoi sebesar ini. Walaupun terdapat sedikit rungutan dikalangan peserta tapi keseluruhannya berjaya...Aku pun nak ucapkan terimakasih kepada BOS  Rosli Abd Kadir, he he kerana mendaftarkan aku dikelompok seketariat..Walaupun terpaksa  berkerja untuk keselesaan peserta, tapi kami mempunyai keistimewaan...Lesen besar beb bergerak sana sini keluar masuk konvoi...kami tak guna protokol...ada seketika anggota polis pengiring membawa kami sehingga ke barisan vvip kerana menjaga protokol..tapi tidak bagi kami yang terus membesit meninggalkan asap kepada semua peserta   ha ha..Jumpa kami di stesen minyak ok...!

ikuti coretan lain di entry akan datang...


Sunday, November 4, 2012

Kembara 1 Malaysia...

Kembara 1Malaysia akan bermula esok 5hb dan akan mencapai  kemuncak di Putrajaya pada 11hb Nov 2012. Dikhabarkan koata 500 peserta telah dipenuhi..Simbolik pelancaran boleh dibaca DISINI  Selangor sahaja telah menghantar wakil lebih 100 peserta, merupakan penyumbang terbesar peserta berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.. Pemeriksaan motorsikal kontinjen Selangor telah diadakan di Stesen Petronas Ijok pada Sabtu 3hb November 2012 untuk menentukan hanya motorsikal yang mematuhi spesifikasi dan undang-undang layak menyertai konvoi...


 Kekadang aku pelik, lagi ketat syarat penyertaan, rupanya lagi ramai yang berminat menyertai acara itu..

 Mungkin pembaca perasan kot, upacara persiapan konvoi ini turut mendapat liputan berita TV3 melalui Buletin 1.30 hari yang sama...

Dan yang paling menarik perhatian aku adalah penyertaan peserta OKU cacat pendengaran. Lebih 5 peserta akan menyertai konvoi itu nanti..Hebat yea tak..? bukan sebagai pembonceng tapi sebagai penonggang...!

Terfikir aku bagaimana mereka berkeupayaan melayan kerenah pengguna jalanraya lain...Hebat..hebat...!

Tak sangka... disebalik kekurangan yang mereka miliki...mereka boleh melakukannya...Yea,nampaknya kita kena luaskan dimensi pemanduan/tonggangan kita..Selepas ini sekiranya kita menekan hon tetapi ada pengguna buat taktau saja..bersangkabaiklah... mungkin OKU pendengaran kot..ha ha...

Aku mengambil kesempatan  ini.untuk mengucapkan selamat berkonvoi dan kepada anak-anak yang akan menduduki SPM Isnin ini..Selamat maju jaya...



Friday, October 12, 2012

Kena catu air ke...?


Tarikh 11/10/2012
Lokasi Bukit Frazer, Raub Pahang..

Khamis, menghadiri taklimat tender baikpulih jalan/cerun di Raub Pahang.  Taklimat diadakan di Pejabat Jurutera Daerah JKR Raub. Seawal 7 pagi aku bergerak kesana. 

Dimaklumkan lokasi kejadian adalah di Bukit Frazer...Dari Raub ke Bukit Frazer akan melalui Sg Koyan. Mat-mat motor selalu sebut layan konar di sana...Cuba ..Try..Test...! apa seronoknya laluan Sg Koyan itu...

 Owhh.. rupanya laluan itu akan bertemu semula simpang tiga ke Bukit Frazer jika dari arah Bentung...Sebagaimana tulisan aku terdahulu..Klik sini. memanglah jalan tu berbelit-belit...hu hu..patutlah mat-mat motor suka...


Beginilah keadaan jalan yang runtuh dan ditutup kepada semua kenderaan awam ..

Dalam perjalanan balik melalui Kuala Kubu Bharu...Pasti tidak akan terlepas pandang pemandangan Empangan  Sg Selangor Kuala Kubu Bharu..Ride terdahulu memang aku teringin mengambil gambar empangan yang semakin kosong, disebabkan ride bersama rider lain malaslah nak berhenti.. Rupanya dalam minggu yang sama akhbar Utusan Malaysia telah memaparkan gambar empangan tersebut... Nayalah orang Selangor yang tinggal di sebelah Rawang dan kawasan liputan lain ditakdirkan hujan tak turun berpanjangan...



Kerajaan Negeri Selangor cakap nak buat pembenihan awan...ini langkah jangka pendek...apa langkah jangka panjang..? takkan tiap kali empangan kering asyik ambil langkah kecemasan ..sedangkan keperluan air semakin meningkat...Rakyat akan menanggong akibat jika masalah air turut dipolitikkan...

Pelik...jika negara beriklim tropika terpaksa bercatu air...!

Tuesday, October 9, 2012

Kembara Merdeka 2012...




Tarikh 9hb Okt 2012, Selasa
Lokasi : Perkarangan Sri Pentas, TV3
Simbolik pelancaran Kembara Merdeka 2012 telah diadakan di Perkarangan Sri Pentas pagi tadi. Majlis telah dihadiri lebih 50 peserta .  Konvoi telah dilepaskan oleh Dato' Ahmad A. Talib yang aku kenali melalui tulisan beliau  di ruangan Pahit Manis, Berita Harian. Konvoi Kembara Merdeka 2012 sebenar akan diadakan pada 6Nov-11 Nov 2012 depan.  Kembara yang  bermula di Johor Bahru akan melalui Mersing-Kuantan-K.Trg-Kota Bahru- Penang-Ipoh dan berakhir di Putrajaya. Seramai 500 peserta telah mendaftar diri untuk menyertai acara tersebut..

Lintas langsung pelepasan konvoi  telah disiarkan di MHI...Korang tengok tak MHI pagi tadi...?





Dato' Ahmad A.Talib dan aku..


Senyum-senyum..muka masuk tv...!

Takpalah tak dapat masuk tv, dapat masuk blog sendiri pun ok...Boboi..Boy...! ha ha...

Tuesday, October 2, 2012

Jom Monggolia...

Banyak perancangan bermotor yang dijadualkan pada tahun ini nampaknya tak jadi...Ride Kapchai Bali, Ride Kapchai Borneo, Ride Kapchai Himalaya  terpaksa ditunda atas sebab tertentu. Yang pasti Ride Himalaya mungkin mengambil masa untuk direalisasikan kerana bajet ke sana melalui peruntukan penyelidikan ditolak oleh pihak atasan Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Perancangan terbaru Ride Kemboja sedang diaturkan pada cuti sekolah November ini. Ride ini bersama grup sama semasa ke 1000 konar dulu diharap menjadi kenyataan. Tapi tanda-tanda tak jadi pun macam dah ada sebab pada awal November ini ramai peserta akan menyertai Konvoi Merdeka dari JB ke Putrajaya selama seminggu...bagi mereka yang terikat dengan majikan, cuti tahunan mungkin menjadi penghalang sedangkan untuk sesuatu ride yang jauh, minima 10 hari diperlukan, barulah dapat menikmati kembara yang  dirancangkan.

Sebab itu aku suka berjalan dengan dua, tiga orang rider saja, perancangan lebih kurang selebihnya terjah...kalau terlalu berperancangan selalunya tak jadi...Aku memang berkobar-kobar untuk melihat negara orang. luaskan pemandangan, menambahkan pengalaman...Duit-duit yang dapat aku selamatkan dari masuk kantung tokeh stesen minyak mahupun pengendali lebuhraya bertol  atau duit terselamat dari dibakar api rokok ...sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban perbelanjaan berkembara nanti...

Argh malas nak tunggu geng bermotor, sempena Eidul Adha ini aku dan isteri akan mengikuti rombongan ejen pelancongan...Segala perancangan agent aturkan... sediakan saja duit RM2250...Jom Monggolia...!



6D5N QURBANI BEIJING MONGOLIA

DAY 1
24 Oct 2012 ARV KUL - BEIJING – HUHHOT (BY TRAIN) 
Arrive in Beijing at midnight. Pick up group from airport and check in.
After breakfast, transfer to visit the Tian An Men Square which is the largest city square in the world, bordered by the Great Hall of the People ,then tour the Forbidden City, the complex of imperial palace, which was home to the Empero
rs for over 500 years. Grand halls and courts gradually give way to more intimate domestic quarters, giving an insight into the pampered isolation of the emperors. After lunch, Visit the Niujie Mosque & pray at there and we will shop at the Muslim Super Market and Niujie, it is in the Muslim community and the only super market for Muslims in Beijing. Visit the local famous Silk Show Room. Enjoy Traditional Free Foot Massage at the Chinese medicine center. After dinner send to Beijing West Railway Station. Take night go to the capital city of Inner Mongolia—Hohhot. Overnight on train. B/L/D
DAY 2
25 Oct 2012 HUHHOT
Upon arrival. pick up and send for breakfast at local Muslim restaurant. Check in hotel for slight rest. Early lunch, then transfer to Xilamuren Grassland (90KM). Vast grasslands, the Xilamuren Grassland are a good place for a grassland experience. Themushroom-like yurts, bright sky, fresh air, rolling grass and the flocks and herds moving like white clouds on the remote grassland, all contribute to make the scenery a very relaxing one. During the visiting, you may try different activities such as Mongolian wrestling, horse & camel riding, rodeo competitions, archey. Transfer back to Hohhot city center. B/L/D
DAY 3
26 Oct 2012 HUHHOT-BEIJING (BY FLIGHT)
Breakfast at hotel. transfer to local mosque to pray. Then do Qurban. After lunch, transfer to visit the Imam’s Family. Visit the Arabic School. In the afternoon, shopping at the local famous Muslim Market. In the evening, transfer to Hohhot airport. Fly back to Beijing. B/L/D
DAY 4
27 Oct 2012 BEIJING
Breakfast. Today is the highlight of our China tour, the climbing of the Great Wall of China, which was first built in the Warring States period (475-221BC) as a series of earthworks erected by individual kingdoms as a defense against each other as well as from invasions from the north. The present day wall was left from the Ming dynasty. Stop at the Jade Museum and Crystal Center for shopping. Lunch at a local Muslim restaurant near the
Great Wall. Visit the Burning cream Center. Enjoy Chinese tea ceremony at Tea House. Dinner at local restaurant. Enjoy the local famous Acrobatic Show at night. B/L/D
DAY 5
28 Oct 2012 BEIJING DEPARTURE
Breakfast. transfer to visit the Summer Palace. Being the largest imperial garden in China, the Summer Palace was first built in the Qing emperor Qianlong’s time in 1751 and burned down in 1860 by the French and British army and restored by the Dowager empress Cixi for her own enjoyment. It became a favorite haunt of Cixi, who preferred it to the Forbidden City, and named it Yi He Yuan meaning the garden of health and harmony. Shopping at the Fresh Water Pearl Center. Lunch. shopping at Jewelry City. Visit to the Ma Dian Mosque which is one of the most famous mosques with hundreds years history. Visit the Kitchen Knife Shop. In the afternoon, enjoy shopping at famous Xiushui Street. Till evening, go on shopping at Yashow Market until dinner.
After dinner, send to airport. Catch early morning flight D7317 0150. 29Oct. departure from Beijing. B/L/D
DAY 6
29 Oct 2012 ARRIVAL KUL
Fly from Beijing airport to Kuala Lumpur with sweet memory. HOME SWEET HOME. ALAHAMDULLILAH. A Safe Trip Home -/-/-
* Menu & itinerary are subject to change. Please note.

Price included:

• 4 Nights hotel accommodation based on twin room.
• HALAL meals 06 lunch and 05 dinner as specified in the itinerary
• Private land transfers by air-conditioned company coach English speaking
• All entrance fees of sightseeing places as mentioned in the itinerary.
• Private escorted tour with service of Malay, Indonesian or English speaking guide
• Visa Single Entry
• Tips for tour guide
• 1 way train ticket ( soft class) & 1 way domestic flight (tourist class)

Price excluded:
• Domestic flight KBR-KUL
• Personal expenses (Laundry,telephone,mini items)
• Excess Baggage
• Sheep RM280 per sheep
• Cow RM380 per person (RM2560 per Cow)

Proposed Flight detail:
DATE SECTOR FLIGHT NO ETD ETA
23 Oct 2012 KUL – PEK D7 316 19:50 01:05+1
29 Oct 2012 PEK – KUL D7 317 01:50 08:45
KUL – Kuala Lumpur PEK– Beijing

Monday, October 1, 2012

Majlis Pohon Restu ...


Sempena peperiksaan PMR dan SPM yang akan diadakan tidak lama lagi satu majlis pohon restu telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti berikut.

Tarikh 30hb Sept 2012, Ahad
Tempat: MRSM Besut Trengganu


Walaupun hari Ahad adalah hari berkerja bagi sebahagian negeri di Pantai Timur, kehadiran ibubapa agak ramai. Ibubapa, walau sesibuk mana seharusnya mengambil kesempatan untuk menghadiri majlis yang dianjurkan. Pengalaman mengikuti majlis seumpama ini mendapati ramai pelajar yang menangis teresak-esak memerhatikan pelajar lain  dapat bersalaman dan berpelukan dengan ibubapa masing-masing, sedangkan mereka bersendirian tanpa ditemani oleh ahli keluarga.

Dengan kesedaran inilah, walaupun jauh dan baru saja menjenguk anak di asrama 2 minggu sudah, aku gagahkan jua bermotor  untuk memberi sokongan moral kepada anak yang akan menduduki PMR..


 

Aku tak pasti samada sekolah-sekolah selain MRSM turut menganjurkan majlis pohon restu sebegini.  Selain solat hajat dan bacaan yasin sebaiknya tradisi ini turut dikongsi oleh sekolah-sekolah lain..Pelajar boleh mengambil kesempatan bermaafan dengan guru, ibubapa juga rakan-rakan sebelum menduduki peperiksaan utama..Adab menuntut ilmu, sebaiknya turut memohon keredhaan guru ilmu yang dipelajari..Mana tahu selama belajar disekolah pelajar ada melakukan kesalahan pada guru-guru atau bergaduh sesama murid atau menyinggung hati ibubapa dsb. Jadi pelajar dapat menduduki peperiksaan dengan tenang setelah bermaaf-maafan

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon PMR dan SPM sekalian...  

Monday, September 24, 2012

Jom Frazer Hill...

Tarikh 22hb Sept 2012, Sabtu
Mula berkumpul 9.30 pg, BHP Gombak..

Destinasi: Perancangan asal Genting Highland namun beralih arah ke Frazer Hill melalui Bentung
3 perserta bersama GTR1400, RT1200 dan GS1200 . Kebanyakan geng lain yang dipelawa menguzurkan diri.




Seumur hidup pertama kali menuju  Bukit Frazer melalui Bentung. Setibanya disimpang 3, kanan ke Raub/Gua Musang manakala kiri ke Bukit Frazer sausana jalan ditanah tinggi mula terasa. Kenangan menempuh sausana sama di Sumatera dulu segera menyelinap dibenak fikiran.




Jarak perjalanan berliku serupa mini 1000 konar adalah sejauh 30 KM sebelum masuk laluan ke puncak sejauh 8KM. Dahulu laluan ke puncak mengikut jadual Naik/Turun., kerana jalan sempit. Kini tidak lagi kerana laluan mendaki dan menurun telah diasingkan. Mendaki dan menurun mengikut laluan berbeza. Satu perkembangan yang sangat baik..Syabas.


Walaupun dahulu mendaki dan menurun mengikut jadual yang ditetapkan, kekadang terserempak juga dengan kenderaan semasa giliran kita menggunakan laluan tersebut, barangkali masa yang diperuntukkan tidak mencukupi atau pengguna terlalu bersantai atau berhenti dipertengahan jalan. Kita yang sedang leka memandu tersentak apabila tetiba muncul kenderaan lain dilaluan sempit dari arah bertentangan...
Penambahbaikan laluan naik/turun ini sangat bermanfaat kepada pengguna.


He he adat orang berbini..."Bola satu..bola satu  melaporkan...kini di puncak Bukit Frazer ...OVER...!.."


Bagus-bagus bercintan biar berterusan... sentiasa mekar... sesegar bunga di Frazer Hill..ha ha...


Pergh...orang lain pun sayang kat bini jugak lah wei...! 



Konsep terbuka dengan payung-payung ala resort begini yang aku suka...bukannya  payung pasar malam atau zink berkarat...sayang sambungan bumbung gerai dibelakang tidak mengaplikasikan  konsep resort...

Aku suka sausana di Frazer Hill, sausana dingin dan persekitaran tenang lagi bersih sungguh melekakan. Tak sedar kami bersembang dari jam 12.30 sehingga 3.30 ptg.


Pencinta hidupan liar sangat suka bertandang ke sini. Sewaktu kami disana sekumpulan NGO WWF membuat lawatan hutan disana. Dalam perjalanan balik terserempak dengan pencinta-pencinta burung sedang mengendap burung migrasi dengan bantuan kamera  berlensa sebesar pemeluk... pergh...! biarkan..biarkan..ha ha...

Ada kelapangan nanti kami akan kesana lagi...Jomlah..!

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK