Mula berkumpul 9.30 pg, BHP Gombak..
Destinasi: Perancangan asal Genting Highland namun beralih arah ke Frazer Hill melalui Bentung
3 perserta bersama GTR1400, RT1200 dan GS1200 . Kebanyakan geng lain yang dipelawa menguzurkan diri.
Seumur hidup pertama kali menuju Bukit Frazer melalui Bentung. Setibanya disimpang 3, kanan ke Raub/Gua Musang manakala kiri ke Bukit Frazer sausana jalan ditanah tinggi mula terasa. Kenangan menempuh sausana sama di Sumatera dulu segera menyelinap dibenak fikiran.
Jarak perjalanan berliku serupa mini 1000 konar adalah sejauh 30 KM sebelum masuk laluan ke puncak sejauh 8KM. Dahulu laluan ke puncak mengikut jadual Naik/Turun., kerana jalan sempit. Kini tidak lagi kerana laluan mendaki dan menurun telah diasingkan. Mendaki dan menurun mengikut laluan berbeza. Satu perkembangan yang sangat baik..Syabas.
Walaupun dahulu mendaki dan menurun mengikut jadual yang ditetapkan, kekadang terserempak juga dengan kenderaan semasa giliran kita menggunakan laluan tersebut, barangkali masa yang diperuntukkan tidak mencukupi atau pengguna terlalu bersantai atau berhenti dipertengahan jalan. Kita yang sedang leka memandu tersentak apabila tetiba muncul kenderaan lain dilaluan sempit dari arah bertentangan...
Penambahbaikan laluan naik/turun ini sangat bermanfaat kepada pengguna.
He he adat orang berbini..."Bola satu..bola satu melaporkan...kini di puncak Bukit Frazer ...OVER...!.."
Bagus-bagus bercintan biar berterusan... sentiasa mekar... sesegar bunga di Frazer Hill..ha ha...
Pergh...orang lain pun sayang kat bini jugak lah wei...!
Konsep terbuka dengan payung-payung ala resort begini yang aku suka...bukannya payung pasar malam atau zink berkarat...sayang sambungan bumbung gerai dibelakang tidak mengaplikasikan konsep resort...
Pencinta hidupan liar sangat suka bertandang ke sini. Sewaktu kami disana sekumpulan NGO WWF membuat lawatan hutan disana. Dalam perjalanan balik terserempak dengan pencinta-pencinta burung sedang mengendap burung migrasi dengan bantuan kamera berlensa sebesar pemeluk... pergh...! biarkan..biarkan..ha ha...
Ada kelapangan nanti kami akan kesana lagi...Jomlah..!
bukit fraser mmg best! nice ride bro!
ReplyDeleteAboy, tkasih krn bertandang ke blog ini..nxt time jom ngeteh di Frazer hill lg..
ReplyDeleteLayan route Bentung_Fraser Hill memang memualkan tekak, memeningkan kepala! Loya dan hampir menghamburkan segala isi perut...pening kangg..(Berdasarkan pengalaman naik kereta laa dulu..hehee)
ReplyDeleteHe he. ABN, baru 30km...kalau di 1000 konar lebih 10 kali jarak dan selekoh lebih xtreme..
ReplyDelete