Sunday, September 9, 2012

Ukur Baju di Badan Sendiri...


Sebagaimana ride terdahulu, aku cuba mengelak menonggang motor diwaktu malam...tapi selalunya perkara yang cuba dielakkan tetap juga terjadi...Ride balik dari K.Trg ke KL baru-baru ni terpaksa juga menempuh perjalanan diwaktu malam. Selesai membaiki kebocoran pada tangki motor jam 3 ptg, selepas dari itu bersembang lagi dengan kekawan di Ajil..Jam 5 ptg baru mula bergerak menuju KL..Sebagaimana jangkaan, kami sempat solat magrib di R n R  Temerloh...Selepas dari ini terpaksa menempoh jalan berliku Lebuhraya Karak..diwaktu malam...

Aku tak taulah, nak kata baru menonggang motor, hampir 4 tahun ke hulu ke hilir menonggang motor...Berbanding motor kekawan yang lain mileage motor aku rasanya jauh lebih tinggi...Dalam tempoh tersebut dua biji motor aku sudah melewati 100000KM..! Tapi bab menonggang diwaktu malam awal-awal aku menyerah kalah...Aku merasakan kaku mengawal motor...menonggang pada kelajuan 14 dirasakan macam nak terbang motor..huh...Jadi terpaksa bawak dalam lingkungan 12-14 saja..Diwaktu siang kalau mat superbike memimpin di lebuhraya lurus dengan kelajuan 18-200 atau lebih 200 sikit aku rasa takda masalah untuk mengekori. dan barangkali untuk perjalanan yang jauh mat superbike akan angkat bendera putih untuk mengekalkan kelajuan tersebut, namun tidak untuk motor jenis sport touring yang berpenghadang angin besar macam motor aku...ha ha..

Merasakan motor kecik, mat-mat motor kapchai terlebih berani cilok mencilok, tak perasan halangan dihadapan...sebab tu aku suka motor bertong untuk mengingatkan aku supaya jangan selit menyelit dicelah-celah kenderaan..ada alasan untuk bawak slow..ha ha..

Awal-awal aku bagitau pada Pokli jangan ikut rentak aku..jumpa saja di Tol Gombak sekiranya dia tak selesa dengan kelajuan aku...

Mungkin sebab aku bawak lembab sangat kot maka mat-mat motor bercc kecik selalu mengacah ...malam itu sebiji motor RZ mengekori rapat aku...bila aku perlahankan motor untuk beri laluan, tak mau pulak dia memotong...Aku perasan dari Temerloh lagi dia mengekori rapat kami pada kelajuan 12-14...Aku perlahan dia perlahan, laju dia turut laju...Separuh perjalanan menghampiri exit Lanchang kelihatan sayup-sayup cahaya lampu motor rz tersebut...tak tahan kot menahan gegaran dan rempuhan angin...he he..kekadang mat-mat motor ni lupa mengukur baju dibadan sendiri.

Semasa di lebuhraya Karak selepas Genting Sempah bertembong dengan segerombolan mat-mat motor besar baru turun dari Genting..pergh melihat cara tonggangan mereka kecut perut aku wei...Takpalah menonggang ikut kemampuan masing-masing...aku percaya selaju mana pun anda, tak lebih sepuluh minit kami yang slow ni akan tiba juga..


Ada orang memberi tips semasa menonggang/memandu,  bawa kenderaan tidak melebihi 80 peratus tahap maksima  prestasi kenderaan. Sekiranya meter motor anda mampu berkelajuan  maksima 160km/jam, tapi ingin mengekalkan kelajuan pada 140km/jam untuh tempoh yang lama..memang anda mendera motor  dan diri anda...begitu juga dengan kereta..bila dipandu atau ditonggang pada tahap bukan kemampuan maka mudahlah sistem brek, suspensi dll memberi masalah...dan lagi cepatlah enjin kenderaan anda terbarai/rosak..

Dan diwaktu malam jugak kereta-kereta kecik suka sangat membesit...dan aku rasa dipandu diluar kemampuan kereta tersebut...tak sabar sangat nak memotong, siap memberi lampu tinggi dari kejauhan...memang selalu aku terpedaya, ingatkan kereta sport berprestasi tinggi, bila dekat baru perasan..Myvi, Viva, Avanza, Vios., City..huh handal korang...Jangan ditiru pemanduan kenderaan canggih lain..kenderaan mereka mungkin lengkap dengan sistem keselamatan terkini...Bagaimana dengan kenderaan anda...?

2 comments:

  1. Sokong pada Kang!! Jangan mengikut rentak orang lain, buruk padahnya. Kalau dah tau gayat nak corner, jangan di paksa..hehehe. Selaju mana pun diaorang, mesti kita tak jauh sangat tertinggal. Ride safe, Ingat orang tersayang!

    ReplyDelete
  2. ABN, nafsu punya pasal...lupa mengukur baju di badan sendiri..hhu hu..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK