11 pm 16 Sept 2012, tiba di rumah dari Besut, keesokan 17hb , 4 ptg bergerak ke Johor...temujanji dengan MRSM Mersing pada 18hb Sept., menyelesaikan urusan tertunggak disana..yuran,buku teks, dobi dsb...kalau ikut perancangan, selepas itu kami akan ke Hospital Sultan Ismail JB untuk mengambil laporan perubatan anak..Manusia hanya merancang, Allah menentukan.
Kereta klasik wa buat hal lagi ditempat yang sama...enjin tak mahu hidup...macam tak sudi saja pergi Mersing....entah-entah terkena sumpahan kot ha ha...
Wa terpaksa kontrol macho walhal dalam hati tuhan saja tau betapa geramnya dengan kereta ini..Selama ni wa belai, wa tatang rupanya begini balasan yang wa terima...hangin woo...dihadapan pihak sekolah terpaksa ditunda menggunakan kereta penunda syarikat insuran...jangan-jangan orang ingat kereta wa ditarik sebab tak bayar pinjaman bank..uish..ishh
Macam ribut drebar bawa bas...kecut perut melalui jalan berselekoh antara Mersing dan Rompin...Perjalanan Mersing ke Terminal bersepadu Tasik Selatan, mengambil masa hanya 5 jam...! pukul 11malam tiba disana...
Nampaknya keinginan ke Pulau Tioman dipendamkan dulu..Kalau anak masih bersekolah di Mersing mudahlah tertunai hajat..sambil melawat anak sambil tu melencong melawat pulau...2 dlm 1..Sebagaimana percutian di Pulau Perhentian..,sekiranya anak ke 3 tidak bersekolah di Besut alamat tak ter pergi lah kami ke pulau itu...
Takpalah yang sudah, biarlah berlalu..pandang ke hadapan...yang sudah jadikan tauladan...
Ok..ok Wa nak ride ke Genting...member menggelitik mengajak ke sana...Jom...!
:D Sabar je la..
ReplyDeletehe he..sdg memendam rasa dengan kereta klasik sy tu en aniff...
Deletehuhu..berapa rm tukar fuel pump?
ReplyDeleteLaRa,RM1000 terbang...!huhu
ReplyDelete